Hari ini saya nak kongsi resepi ayam pandan yang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar. Ayam goreng pandan ini juga dikenali dengan nama tempatannya Gar Hor Bai Toey. Biasanya dinikmati dengan sos bijan. Katanya, Gar Hor Bai Toey hanya disajikan di restoran menengah dan mewah disebabkan cara penyediaannya yang unik. Tapi kini, semua orang boleh menikmatinya! Sedap dihidangkan bersama nasi panas. Anda harus mencuba resepi istimewa ini.
Resepi Ayam Pandan Thai Mat Gebu
Ayam Pandan Thai: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 400 gram daging ayam bahagian dada
- 18 – 20 helai daun pandan yang BESAR
- Lidi penyucuk secukupnya
- Minyak untuk menggoreng terendam
Bahan pemerap:
- 1 camca besar cincangan bawang putih
- 1/2 camca besar cincangan halia
- 2 camca besar santan
- 2 camca besar sos cili
- 1 camca besar sos tiram
- 1 camca besar kicap pekat
- 1 camca teh minyak bijan
- 2 camca teh gula
- 2 camca teh serbuk lada sulah
Bahan Sos:
- 160 gram gula melaka
- 125 ml cuka makan (mat letak 100ml je)
- 1 camca teh kicap pekat
- 1 1/2 camca teh cincangan bawang putih
- 5 – 6 cili padi, cincang halus
- 1 camca besar sos ikan (nampla)
- 1/2 camca teh bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi
Cara-cara:
- Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
- Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 – 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 – 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.
- UNTUK SOS :- Cairkan gula melaka dengan sedikit air, kemudian tapis. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali bijan. Kacau rata dan sesuaikan rasa, jika suka boleh tambah sedikit gula. Taburkan bijan sebelum dihidangkan bersama ayam pandan tadi.
Resepi Ayam Pandan Thai Istimewa Che Nom
Ayam Pandan Thai Istimewa: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam, potong kecil kepada kiub 1.5 inci setiap satu
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu besar serbuk jintan manis
- 1/2-1 sudu besar serbuk cili (boleh ganti dengan 1 sudu besar cilikisar)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap cair (boleh ganti dengan 1 sudu besar kicap pekat)
- sedikit garam
- daun pandan saiz besar secukupnya
- bilah pencucuk gigi secukupnya
- Bahan-bahan tumbuk halus:
- 4-5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 ketul kunyit hidup
Cara-cara:
- Bersihkan ayam toskan seketika.
- Gaulkan ayam bersama bahan-bahan tumbuk halus dan juga bahan-bahan lain (kecuali daun pandan dan bilah pencucuk gigi). Perap ayam selama minimum 1/2 jam.
- Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan seperti cara membalut ketupat. Tidak perlu terlalu rapat dan ada ruang sedikit. Cucuk dengan bilah pencungkil gigi atau lidi untuk mengelakan dari daun terbuka.
- Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai dan nasi panas.
Nota:
- Kicap cair sudah masin rasanya, jadi anda harus hati-hati jika meletak garam supaya tidak terlebih masin.
- Jika tiada kunyit hidup, boleh gantikan dengan serbuk kunyit.
- Bahan-bahan pula sekadar anggaran dan anda boleh agak untuk melebihkan atau mengurangkan sesetengah bahan
Resepi Ayam Pandan Berempah Ala Thai Qaseh Honey
Ayam Pandan Berempah Ala Thai: Sumber Qaseh Honey
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam – potong kecil
- 1/2 sudu besar gula halus
- 1 biji limau kasturi – perah jusnya
- garam secukup rasa
- daun pandan saiz besar secukupnya – cuci
- lidi/pencungkil gigi yang baru
- Minyak masak secukupnya
Bahan kisar:
- 5-6 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu besar penuh ketumbar biji
- 1 sudu kecil jintan manis
Cara-cara:
- Ayam dicuci bersih, tos kering dan cucuk dengan garfu pada seluruh bahagian ayam.
- Masukkan ke dalam satu bekas, gaul dengan bahan kisar, masukkan gula halus dan jus limau kasturi, gaul rata2.
Tambah garam secukup rasa, gaul lagi dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1-2 jam. - Keluarkan ayam, ambil sehelai dan pandan, buat bentuk kon, kemudian isikan dengan seketul keratan ayam yang diperap tadi.
- Selitkan hujung daun pandan yang berbucu pada celah bahagian antara ayam dan daun pandan, tarik keluar hujungnya pada bahagian yang berlubang, dan kemaskan hingga membentuk 3 segi, balut sekali lagi dan temukan dengan pangkal daun pandan, sematkan dengan pengcungkil gigi.
- Buat kaedah sama hingga siap.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Masukkan ayam tadi dan kecilkan api.
- Tutup permukaan kuali dan biar ayam masak dengan api perlahan.
Balik-balikkan hingga masak sekata. Angkat dan toskan, letak atas beberapa helai kitchen paper towel, biar minyak terserap. Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.
Bahan Sos Cili:
- 6 tangkai cili merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 sudu besar cuka
- gula dan garam secukup rasa
Cara-cara:
- Kisarkan cili merah bersama bawang putih dan tambahkan sedikit air hingga lumat.
- Sediakan kuali/pan dan masakkan cili yang dikisar sebentar. Tambahkan cuka, gula dan garam secukup rasa.
- Masak hingga cili bertukar warna sedikit gelap.
- Perasakan rasanya, jika ok boleh matikan api.
- Siap untuk dihidangkan bersama ayam pandan.
Resepi Ayam Bakar Pandan Wani Sukarno
Ayam Bakar Pandan: Sumber Wani Sukarno
Bahan:
- dada ayam potong tebal sikit ( guna 6 ketul ayam bersaiz besar )
Bahan perap:
- Bawang merah ( 2 ulas bawang merah bersaiz besar )
- Bawang putih ( 3 ulas bawang putih )
- serai ( 2 batang serai )
- sos tiram ( ikut tuang je hihi tapi tak banyak sangat anggaran dalam 2/12 sudu besar )
- sos ikan ( tak letak )
- serbuk kunyit ( 1 sudu teh serbuk kunyit )
- lada sulah ( 1 sudu teh serbuk lada hitam kasar )
- garam dan sedikit gula.
Cara-cara:
- Semua bahan dikisar lumat dan digaul dgn ayam tadi, perap 2-3 jam.
- Bungkus dalam daun pandan macam buat ketupat tu…boleh lah dibakar dalam kuali saja. NOTA: BAKAR DALAM SUHU 200 C HINGGA MASAK…. SEPARUH MASA TU BALIK-BALIKKAN AYAM ..SUPAYA MASAK SEKATA.
Resepi Ayam Pandan Thai Yang Sangat Sedap! Amie’s Little Kitchen
Ayam Pandan Thai Yang Sangat Sedap!: Sumber Amie’s Little Kitchen
Bahan-bahan:
- 800 gram dada ayam – potong 4 segi sama – anggaran 3 cm x 1.5 cm
- 2 sudu besar gula perang
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 kiub ayam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit – sepatutnya tak perlu tapi Amie ‘termasuk’
Bahan kisar:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 cm halia
- 1 sudu besar ketumbar biji
- 1/2 sudu kecil lada putih
Bahan lain:
- daun pandan secukupnya
- lidi pencungkil gigi / lidi sate
Cara-cara:
- Perap kesemua bahan selama 3 jam.
- Letakkan dua keping ayam di atas daun pandan, dan gulung sebanyak 5 kali gulungan.
- Ambil lidi dan cucuk gulungan daun pandan berisi ayam tadi. Buat sampai habis.
- Didihkan air di dalam periuk pengukus. Seterusnya susun gulungan ayam daun pandan tadi ke dalam periuk pengukus.
- Kukus selama 10 minit atau sehingga daging ayam separuh masak. Oh!. Aroma wangi daun pandan memang sungguh menggoda ketika ayam sedang dikukus!
- Panaskan minyak, dan goreng ayam pandan yang dikukus tadi. Oleh kerana ayam sudah hampir masak, tak perlulah goreng terlalu lama.
Penutup
Resepi ayam pandan ini sangat mudah untuk disediakan dan seharusnya digoreng menggunakan kaedah deep-fry sehingga ayamnya kuning keemasan. Ayam goreng pandan wangi ini juga sangat lazat jika dicicah bersama sos Thai.
Jom cuba resepi INI: