fbpx

Resepi Ayam Sos Tiram Popular, 7 Cara Mudah Dan Paling Sedap Untuk Hidangan Keluarga!

0

Hari ini saya nak share resepi ayam sos tiram. Sos Tiram kebiasaannya digunakan sebagai pelengkap rasa pada satu masakan kan. Kali ini saya kongsikan resepi ayam sos tiram, dimana ayam diperap bersama bahan sos kemudian dimasak sehingga ayam empuk dan lembut. Menarik kan, sos tiram dijadikan bahan utama dalam masakan. Rasanya memang sangat sedap. Rugi korang tak cuba tau! Cara nak sediakan ayam sos tiram ini cukup mudah dan paling sedap untuk anda sediakan sebagai hidangan keluarga.

Resepi Ayam Sos Tiram Che Nom

Ayam Sos Tiram Che Nom

Ayam Sos Tiram: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 400 gram ayam
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 6-10 biji cili padi
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
  • air tambahan, untuk kuah

Cara-cara:

  1. Potong bawang putih (cincang kasar), bawang holand, cili padi dan daun bawang.
  2. Perap ayam dengan tepung jagung, sos tiram dan kicap cair.
  3. Perap dalam anggaran masa 10 minit.
  4. Panaskan miyak kemudian tumis bawang holand kemudian bawang putih.
  5. Bila bawang putih dah perang dan bawang holand dah lembut, angkat dan ketepikan.
  6. Dalam minyak yang sama, goreng ayam.
  7. Bila ayam sedikit garing, masukkan sos tiram, lada sulah dan air.
  8. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis dan daun bawang.
  9. Tambah air bancuhan tepung jagung.
  10. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  11. Masukkan balik bawang goreng tadi dan kacau sekata.

Tips:

  • Bawang perlulah diangkat selepas ditumis. Tujuan supaya ayam lebih garing bila digoreng berasingan.

Resepi Ayam Sos Tiram Patyskitchen

Ayam Sos Tiram Patyskitchen

Ayam Sos Tiram: Sumber Patyskitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
  • 50 gram kacang peas atau daun bawang
  • 2 sudu besar minyak masak

Untuk Sos:

  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 cawan stok ayam
  • sedikit lada hitam
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan sos dan gaul pada ayam. Perap ayam.
  2. Panaskan minyak dan masukkan ayam perap tadi.
  3. Kacau sehingga ayam agak masak.
  4. Boleh tambah air jika suka berkuah.
  5. Akhir sekali masukkan kacang peas.

Resepi Ayam Goreng Sos Tiram Bella Jamal

Ayam Goreng Sos Tiram: Sumber Bella Jamal

Bahan-bahan:

  • 5-6 ketul ayam
  • 1 sudu kunyit
  • 3-4 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • Garam

Cara-cara:

  1. Masukkan kunyit, kicap manis, garam bersama sos tiram dan perap ayam dalam 10-15 minit. Untuk sos tiram, kak bell suka brand Maggie atau Adabi.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah mula menggoreng sampai habis. Pastikan ayam korang tak hangit kay!

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Amie’s Little Kitchen

Ayam Masak Sos Tiram Amie's Little Kitchen

Ayam Masak Sos Tiram: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 800 gram daging ayam – potong 8
  • 3 biji kentang – kupas kulit – belah 4
  • 1/2 batang lobak merah – kupas kulit – potong bulat
  • 4 kuntum cendawan kering shiitake – rendam hingga lembut – belah dua
  • 1 biji cili hijau – hiris
  • 1 biji cili merah – hiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 sudu kecil lada putih – tumbuk
  • 2 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan

Bahan tumbuk/kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia

Cara-cara:

  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar / tumbuk bersama cili merah dan cili hijau hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam bersama kentang, lobak merah dan cendawan shiitake.
  3. Gaul rata hingga daging ayam layu.
  4. Tuangkan sos tiram dan sos kicap lemak manis serta lada putih.
  5. Tambahkan air dan biarkan masak sehingga daging ayam dan kentang serta lobak empuk.
  6. Tambahkan garam / gula / perasa pilihan jika perlu – Amie tak tambah sebarang perasa.
  7. Gaul beberapa kali, dan padamkan api dapur.

Resepi Mudah Ayam Masak Sos Tiram Nadia

Mudah Ayam Masak Sos Tiram Nadia

Mudah Ayam Masak Sos Tiram: Sumber Nadia

Bahan-bahan:

  • Ayam semestinya..macam nad 3 ketul cukup..
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Sos tiram
  • Sos kicap kipas udang warna merah
  • Cili merah
  • Garam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan haliaa sehingga naik bau.
  2. Dah bau sedap, masukkan sos tiram dan sos kicap.
  3. Dah tu masukkan garam dan penambah perisa secukup rasa.
  4. Masukkan ayam..gaul-gaul kan.
  5. Masukkan air sedikit.
  6. Sesudah air kurang, masukkan cili merah. Adela warna sikit.
  7. Dah rasa kuah pekat..cukup semua, apa lagi angkat dan hidang.

Resepi Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering Zera Naim

Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering

Ayam Sos Tiram Masak Cili Kering: Sumber Zera Naim

Bahan-bahan:

  • 250 gram ayam
  • 3 cm halia
  • 1/2 bawang besar
  • 7 cili kering – rendam hingga separuh lembut
  • daun bawang – hiris
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan A: (perap)

  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap cair
  • sedikit kicap pekat

Bahan B: (untuk kuah)

  • 1/2 cawan air masak
  • 1 sudu makan sos oyster
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh (pilihan) tepung
  • Sedikit serbuk lada putih & hitam

Cara-cara:

  1. Perap ayam dengan bahan A selama 30 minit
  2. Campurkan semua bahan B hingga larut.
  3. Goreng ayam yang telah di perap dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali dan sedikit minyak. Masukkan halia, setelah naik bau masukkan bawang besar dan cili kering. Goreng sehingga bawang sedikit layu.
  5. Masukkan bahan untuk kuah & ayam yang telah di goreng tadi.
  6. Setelah kuah sedikit pekat, angkat & hidangkan.
  7. Taburkan hirisan daun bawang. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer

Ayam Masak Sos Tiram Madu Mudah Air Fryer: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 1 biji bawang besar holland – hiris
  • 1 biji cili besar – hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar madu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam

Bahan Perap:

  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil madu

Cara-cara:

  1. Perapkan ayam dengan bahan perap. Kemudian, masak ayam dalam air fryer pada 200C selama 25 minit. Pada minit ke 15 pusingkan ayam kemudian sambung sehingga masak.
  2. Dalam kuali tumis bawang putih hingga naik bau wangi. Masukkan bawang besar. Tumis seketika.

  3. Masukkan sos tiram, madu, lada hitam dan kicap manis. Kalau suka masin boleh tambahkan sedikit garam, jangan banyak sangat sebab sos dah masin.

  4.  Masukkan ayam. Kacau-kacau hingga ayam dan sos sebati. Taburkan cili merah. Siap masak.

Penutup
 
Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.