fbpx

9 Resepi Ayam Varuval Viral: Easy And Tasty!

Hari ini saya nak kongsi resepi Ayam Varuval. Hidangan berasaskan ayam yang digoreng kering dan pedas ini agak mudah untuk disediakan tetapi cukup mengenyangkan apabila dimakan bersama nasi. Masakan ayam varuval ialah sejenis kari yang dimasak kering tetapi cukup kaya dengan perisa dan aroma yang wangi.  Bagi  anda yang suka masakan mamak yang macam indian style, masakan ayam varuval ini wajib anda cuba dan rasai keenakannya. 

Resepi Ayam Varuval Che Nom

Resepi Ayam Varuval

Resepi Ayam Varuval: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar yogurt atau tairu

Bahan-bahan untuk rempah sangai:

  • 1 sudu besar biji jintan manis
  • sudu besar biji jintan putih
  • 1 sudu besar biji lada hitam
  • **NOTA: Rempah yang disangai masuk sekali bersama serbuk cili, serbuk kari dan serbuk ketumbar. Tertinggal tunjuk di video.

Bahan-bahan lain:

  • cawan minyak masak
  • Rempah 4 sekawan: (1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3-4 cengkih, 4 biji buah pelaga)
  • 1 tablespoon biji jintan manis
  • tablespoon biji jintan putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 – 2 biji bawang besar
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato
  • 5 tangkai cili padi hijau
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • Potongan batang ketumbar
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Cili kering goreng
  • Daun ketumbar

Cara-cara untuk perapan ayam:

  1. Gaul sebati ketulan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan yogurt atau tairu. Perap ayam dalam peti sejuk.

Cara-cara untuk ayam varuval:

  1. Tumbuk/kisar halus bawang putih dan halia.
  2. Sangai jintan manis, jintan putih dan lada hitam sehingga naik bau dengan api yang perlahan.
  3. Tumbuk halus bahan sangai.
  4. Panaskan minyak. Masukkan rempah 4 sekawan, biji jintan manis, jintan putih, potongan cili kering, hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang kelihatan layu dan lembut.
  5. Masukkan daun kari, hirisan tomato, potongan cili padi, pes bawang putih dan halia. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
  6. Masukkan perapan ayam dan kacau sekata, lalu masak sehingga kering air ayam serta pecah minyak.
  7. Tambah sedikit air serta bahan bahan sangai, serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk ketumbar.
  8. Tabur potongan batang ketumbar dan masak sampai kuah pekat kering.
  9. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa (jika perlu).
  10. Hias dengan taburan cili kering goreng dan hirisan daun ketumbar.
  11. Kemudian, ayam varuval siap untuk dihidang.

Resepi Ayam Varuval Atau Rendang Berempah India Dapur Kak Jee

Ayam Varuval Atau Rendang Berempah India

Ayam Varuval Atau Rendang Berempah India: Sumber Dapur Kak Jee

Bahan-bahan:

  • 600 grams ayam (dipotong kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato
  • 4 biji cili hijau
  • 2 helai daun kari
  • 2 batang serai (dipotong memanjang hingga putus dan ketuk-ketuk)
  • Garam Masala (disangai dan dikisar halus)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecik jintan manis
  • 1 sudu kecik jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 8-10 biji kacang gajus (optional)

Bahan Tumis:

  • 1 kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 5 biji cengkih

Cara-cara:

  1. Ayam dicuci, tos kering dan dilumur dengan serbuk kunyit dan serbuk cili. Kjee guna cili flakes. Tepikan.
  2. Bawang besar didadu. Halia dan bawang putih ditumbuk halus. Tomato jugak didadu.
  3. Tumis bahan tumis. Minyak lebih kurang ¼ cawan. Apabila sudah naik bau, masukkan bawang besar. Goreng sampai layu. Kemudian masukkan pes bawang putih,halia dan daun kari. Apabila sudah keperang-perangan, masukkan ayam.
  4. Masak sehingga ayam kecut. Kemudian masukkan lebih kurang ½ cawan air dan tomato. Biarkan ia didih seketika dan masukkan garam masala dan cili hijau yang dihiris tepat.. Kacau hingga rata. Guna api sederhana, masak hingga hampir kering. Sekali sekala dikacau supaya dasar periuk tak hangit.
  5. Bubuh garam secukup rasa.
  6. Hidang dan hias guna daun ketumbar kalau suka. Enak dimakan dengan roti, dhosei, Idli, Roti Canai Capati, nasi impit, lemang atau pulut.
  7. Bila sudah siap, baru Kjee sedar ia bukan Ayam Paratel walaupun bahan bahannya hampir sama. Pada Kjee, lagi mudah buat dari Rendang. Dan mungkin lebih sihat sebab tiada penggunaan santan. Cubalah.

Nota:

  • Selain gajus (kalau guna), boleh gantikan dengan kacang badam.

Resepi Ayam Varuval oleh Diana Chan

Resepi Ayam Varuval oleh Diana Chan

Resepi Ayam Varuval: Sumber Diana Chan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, dipotong ketulan kecil
  • 10 biji cili kering, dibelah dua, biji dibuang dan cili direndam dalam air selama 10 minit
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 biji bawang merah, dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih, dipotong halus
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu kecil gula
  • Garam secukup rasa

Bahan Perapan:

  • 1 sudu besar halia parut
  • 2 ulas bawang putih, dipotong halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • ½ sudu kecil lada
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Satukan bahan-bahan perapan dan masukkan ayam. Gaul rata dan biarkan rehat di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman.
  2. Panaskan sedikit minyak di atas api sederhana panas, kemudian goreng ayam sehingga perang keemasan. Keluarkan ayam daripada minyak dan letak ke tepi.
  3. Kurangkan minyak di dalam kuali sehingga tinggal hanya 2 sudu besar minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Goreng sehingga wangi dan agak keperangan.
  4. Masukkan daun kari, cili kering dan rempah-ratus. Teruskan menggoreng sehingga wangi.
  5. Masukkan serbuk cili dan tumis di dalam minyak untuk beberapa saat. Masukkan garam dan gula diikuti dengan ayam. Teruskan mengacau ayam sehingga digaul rata. Jika terlalu kering, masukkan 1 atau 2 sudu besar air pada satu-satu masa. Akhir sekali, masukkan lada hitam. Gaul rata.
  6. Angkat kuali daripada penunu dan hidangkan ayam varuval bersama nasi dan sedikit raita.

Resepi Ayam Varuval Yang Sangat Sedap

Resepi Ayam Varuval Yang Sangat Sedap

Ayam Varuval Yang Sangat Sedap: Sumber Surainti Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil & dibersihkan)
  • 1 sudu  besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar rempah kari Babas
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 inci halia (ditumbuk halus)
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

Cara-cara:

  1. Gaul rata semua bahan di atas, perap 1 jam dan kemudian digoreng garing.
  2. Ketepikan.

Bahan A (goreng sekejap):

  • 4 sudu besar jintan manis
  • 10 tangkai cili kering (di potong 3)
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 labu bawang putih dihiris
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng jintan manis sekejap, angkat.
  2. Dengan minyak yang sama, goreng pula cili kering, bawang putih hiris dan daun kari hingga wangi.
  3. Angkat dan ketepikan.

Bahan B (untuk tumis):

  •  2 – 3 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji tomato dipotong 8 (kalau besar guna 1 biji)
  • 1/2 inci halia ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 2 sudu besar serbuk cili Babas
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih yang tumbuk halus dan buah tomato hingga layu.
  2. Masukkan cili serbuk (pesan dari tuan punya resepi asal supaya jangan letak air kerana ada air dari bawang). Tambahkan garam serta gula secukup rasa. Masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan bahan A iaitu bahan yang kita goreng sekejap tadi. Masukkan ayam dan kacau rata hingga sebati. Boleh ditabur daun pudina atau daun ketumbar. Ayam varuval rasanya seimbang pedas, manis dan masam. 

Resipi Ayam Varuval Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani - Resipi Ayam Varuval

Ayam Varuval: Sumber Dapur FiezaSani

Bahan Utama:

  • Ayam (kuantiti terpulang korang nak masak berapa banyak) – ayam ni kena perap dahulu lepas tu baru di goreng. Nak perap dengan apa? Ni bahan perapan nya pula. Banyak step juga nak masak ayam varuval ni rupanya. 

Bahan Perap:

  • 1-2 ulas Bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kari
  • Garam

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar di hiris (kalau letak lebih lagi sedap)
  • Halia (di tumbuk)
  • 2 Biji Tomato (potong 4)
  • Cili kisar (1-2 Sudu Besar)

Nota:

  • Kalau masak dalam kuantiti yang banyak, lebihkan bahan-bahan perap, varuval & tumis.

Cara-cara:

  1. Tumis bahan tumisan sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. **Varuval tak boleh pedas sebab nanti tak sedap. Jangan letak air, cukup air dari bawang sahaja. Jadi kalau nak letak bawang lebih pun tak ada masalah**. 
  2. Masukkan gula & garam. Tumis sampai pecah minyak. 
  3. Lepas tu baru masukkan semua bahan yang dah di goreng dari awal – ayam & semua bahan varuval.
  4. Cuba rasa kalau dah okey, Siap!! Sedia untuk dihidang.

Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu

Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu

Resipi Masakan India Ayam Varuval Versi Sugu: Sumber Keluarga.my

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong 24(1.5-2kg)
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar jintan manis (SANGAI)
  • 1 sudu besar jintan putih (SANGAI)
  • 1 sudu besar lada hitam (SANGAI)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar (SANGAI)
  • 2 sudu kecil serbuk cili kering
  • 2 tangkai cili kering (SANGAI)
  • 2 genggam kelapa parut putih (SANGAI)
  • 3-4 batang kayu manis
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 @ 2 biji bawang besar dimayang (kalau bawangnya besar guna sebiji)
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • 2 biji tomato (dipotong 10 setiapnya)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 pokok daun ketumbar (dipotong panjang)
  • Minyak untuk menumis
  • 3 sudu besar air untuk mengisar
  • Garam gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Mula-mula perap ayam dengan yogurt dan serbuk kunyit.
  2. Sangaikan jintan manis, jintan putih, lada hitam dan cili kering.
  3. Kemudian sangaikan kelapa parut hingga keperangan.
  4. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
  5. Tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga hingga bawang sedikit layu dan naik bau.
  6. Seterusnya, masukkan bawang putih dan halia tumbuk. Tumis hingga naik bau.
  7. Masukkan tomato dan teruskan kacau hingga tomato menjadi lembut.
  8. Sementara menunggu tomato lembut, kisarkan bahan SANGAI dengan sedikit air.
  9. Apabila tomato lembut, masukkan ayam dan kacau sebati. Biarkan lebih kurang 2 minit.
  10. Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan bahan kisar (SANGAI). Kacau rata.
  11. Masukkan serbuk cili. Kacau rata dan biarkan ayam keluar air dan lembut.
  12. Masukkan garam, gula dan separuh daun ketumbar yang telah dipotong. Gaul rata dan biarkan kuah sedikit kering dan sedikit pekat.
  13. Akhir sekali taburkan baki daun ketumbar dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

Resepi Ayam Varuval Thyaga Rajan

Resepi Ayam Varuval Thyaga Rajan

Ayam Varuval: Sumber Thyaga Rajan

Bahan-bahan:

  • 500 gm ayam,potong kecil-kecil

Bahan perap:

  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk garam masala, jika ada
  • Garam secukup rasa

Bahan A:

  • 1 sudu makan pes halia
  • 1 sudu makan pes bawang putih

Bahan B:

  • 1 biji tomato,dicencang
  • 1/4 air

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar,mayang halus
  • 1 batang kayu kulit manis
  • 2  kuntum bunga lawang
  • 1/2 sudu biji sawi
  • 4-5 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 5-6 sudu minyak

Cara-cara:

  1. Ayam diperap dengan bahan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (kalau kuali non-stick lagi bagus) masukkan bahan tumis dan tumis hingga bawang jadi perang.
  3. Masukkan A dengan sedikit air dan tumis hingga hilang bau bawang putih. Masukkan B dan kacau rata.
  4. Masukkan ayam perap dan kacau rata. Dan tudung periuk masak dengan api yang kecil. Air akan keluar dari ayam ( jangan masuk air). Masak hingga ayam masak dan betul-betul kering. Hidangkan dengan nasi.

Resepi Ayam Varuval Warisan Turun Temurun

Cara Memasak Masakan India Ayam Varuval , Warisan Turun Temurun

Ayam Varuval: Sumber Kalaivani a/p Krishnasamy

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor Ayam

Cara-cara:

  1.  Perap ayam dengan semua bahan perapan.
  2. Perap ayam dalam satu jam. Kemudian boleh goreng macam biasa dalam minyak yang banyak (deep fry).

Bahan Varuval:

  • 4 sudu besar jintan manis
  • 15 ulas bawang putih
  • Daun kari
  • Cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • Halia-ditumbuk halus
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar serbuk cili/ cili kering kisar

Cara-cara:

  1. Goreng jintan manis dalam minyak. Ketepikan.
  2. Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari. Ketepikan juga. Bahan-bahan ini nak letak banyak pun boleh sebab tidak akan pedas dan tidak akan ade bau bawang putih. Lagi tambah lagi sedap.

  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan tomato. Tumis sampai bawang tukar warna.

  4. Sudah bertukar wana boleh masukkan serbuk cili kering atau cili kering kisar. Tambah ikut selera masing-masing sebab varuval tidak boleh pedas sangat sebab nanti tidak  sedap. Masak atas minyak jangan letak air sebab air dari bawang itu pun dah cukup. Kalau mahu lebih sedap tambah lagi bawang.

  5. Perasakan dengan garam dan gula. Tunggu sampai garing dan pecah minyak sebab varuval kena garing dan rasa manis sedikit.

  6. Kemudian masukkan bahan-bahan yang sudah digoreng tadi jintan manis, cili kering, bawang putih dan daun kari. Gaul hingga sebati.

  7. Selepas itu masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sebati dan rasakkan lagi  jika perlu tambah bahan perasa.

  8. Sudah siap boleh tutup api. Boleh taburkan daun pudina atau daun ketumbar.

Resepi Ayam Varuval Paling Mudah & Sedap

Ayam Varuval Paling Mudah & Sedap

 Ayam Varuval Paling Mudah & Sedap: Sumber Rasa Nak Masak

Bahan-bahan: 

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 7-8 helai daun pandan – dipotong
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • 2-3 tangkai cili kering – gunting halus
  • 2 biji cili hijau – hiris
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk halus
  • 5-6 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Rempah:

  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3-4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 helai daun briyani ( daun bay)

Bahan Perasa:

  • 2 sudu makan serbuk cili kering
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk garam masala
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1.  Perap ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya. Gaul rata dan biarkan seketika.
  2. Panaskan minyak masak, tumis bahan rempah hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan potongan daun pandan. Kacau rata hingga naik bau.
  4. Masukkan bawang besar, cili kering, cili hijau, kunyit hidup, bawang putih dan halia. Masak lagi hingga sekata dan kelihatan sempurna.

  5. Seterusnya masukkan ayam. Gaul semua bahan hingga rata dan ayam masak sepenuhnya.

  6. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan perasa. Gaul sekali lagi hingga semua bahan sebati dan bergaul rata.

  7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Penutup

Ayam Varuval, masakan India yang terkenal dan disukai ramai. Varuval bermaksud garing, ayam masak garing ala India. Resepi ini sedap, senang dan sihat. Ayam varuval menggunakan pelbagai bahan seperti cili, bawang daun kari dan lain-lain. Oleh sebab itu, masa makan ada rasa pedas-pedas sedikit, manis sedikit, aroma wangi bawang putih dan jintan besar. 

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.