fbpx

7 Resepi Rendang Ayam Sedap (Masakan Istimewa Sajian Perayaan)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi rendang ayam yang sedap. Masakan istimewa ini, aroma kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis. Resipi rendang ini sangat mudah dan sedap. Menu ini cukup popular dan disajikan pada hari raya. Jika teringat pada kampung halaman pada musim perayaan ini, anda boleh cuba resepi ini. Lagipun menu rendang ayam ini antara masakan wajib. Sesuai dimakan dengan nasi putih, lemang, ketupat mahupun roti. Jika dijadikan lauk roti jala pun sedap!

Resepi Rendang Ayam Pedas versi Perak Azie Kitchen

Resepi Rendang Ayam Pedas versi Perak Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam – dipotong 14
  • 1 kg santan segar
  • 1 biji kelapa parut 
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 keping asam keping
  • 1 1/2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
  • 1 sudu besar gula pasir atau secukup rasa

Bahan Kisar:

  • 15 – 20 tangkai cili kering – saya guna 8-9 sudu besar cili kisar
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup

Bahan Hiris:

  • 8 batang serai 
  • 2 inci halia 
  • 20 ulas bawang merah 
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 helai daun kunyit

Cara-cara:

  1. Masukkan ayam yang dicuci bersih ke dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. Kacau rata. 
  2. Nyalakan api dan masak seketika agak agak air ayam kering sedikit. Tuangkan santan dan masak dengan api sederhana sehingga kuah hampir kering. Api jangan besar, lagi baik kalau guna api kecil. 
  3. Kacau sekali sekala supaya ianya tidak hangus dan melekat di bahagian bawah kuali. Tapi kena berhati hati supaya isi ayam tidak hancur. Nota: teknik mengacau sangat penting. Jangan kacau bahagian ayam, cuma dikacau di bahagian bawah kuali sahaja. 
  4. Sementara itu, goreng kelapa parut sehingga keperangan dan tumbuk atau kisar kasar kasar sahaja. 
  5. Setelah kuah hampir kering dan terbit minyak, masukkan kelapa goreng, garam, gula dan asam keping. 
  6. Setelah kuahnya kering, tabur hirisan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Lagi lama atas dapur, rendang akan menjadi lebih kering, tidak kelihatan basah dan lebih sedap.  

Nota:

  • Boleh tambah cili kisar mengikut kepedasan yang diingini ketika rendang sedang dimasak di atas dapur. 
  • Jika mahu lebih sedap, biarkan rendang lama lama di atas dapur dengan api kecil sehingga rendang tidak lagi kelihatan basah. Minyak akan kering dan menyerap semula pada ayam.

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Nogori Azie Kitchen

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Nogori Azie Kitchen

Rendang Ayam Cili Padi Nogori: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 – 1 1/2 kotak santan kotak
  • 2 – 4 batang serai – ketuk
  • 2 sudu besar cili kering kisar – opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
  • 1 keping asam keping
  • 4 keping daun limau purut – opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit serbuk kunyit – jika perlu
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 7-10 tangkai cili padi kampung –  boleh tambah
  • 4 hirisan nipis lengkuas

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
  2. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit.
  3. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.

Resepi Rendang Ayam Johor

Resepi Rendang Ayam Johor

Rendang Ayam Johor: Sumber Resepi Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, potong , bersihkan dan toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2/3 cawan kerisik
  • ½ cawan rempah kari daging
  • 4 helai daun kunyit (koyakkan)
  • 2 helai daun limau purut (koyakkan)
  • 1 sudu besar pati ayam
  • ½ sudu besar gula
  • 4 keping asam keping
  • garam secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai (titik)
  • sedikit minyak

Bahan Kisar:

  • 12 batang lada kering (rendam air hangat)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ½ inchi kunyit hidup
  • 1 ½ inchi halia dihiris
  • 1 inchi lengkuas dihiris
  • 4 batang serai dihiris

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, kemudian masukan bahan tumisan, tumis hingga naik bau  
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dengan rempah kari sekali. Masakkan sampai pecah minyak rempah itu.
  3. Masukkan ayam, separuh daun kunyit dan santan cair, kacau rata.
  4. Jika ayam nampak masak dan kuah makin kering masukkan pula santan pekat, pati ayam, gula, asam keping, garam dan kerisek. Kacau rata.
  5. Pelahankan api, akhir sekali masukkan daun limau purut dan baki daun kunyit tadi. Kacau rata dan biarkan kering sedikit.
  6. Matikan api dan hidangkan.

Resepi Rendang Ayam Utara

Resepi Rendang Ayam Utara

Rendang Ayam Utara: Sumber Masak Ala-ala Chef

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam, potong ikut selera anda
  • 3 sudu besar kerisik
  • 2 senduk minyak, untuk menumis
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 2 helai daun kunyit, di carik atau hiris kasar
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar sos tiram

Bahan Kisar:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai, hiris nipis
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus

Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng ayam separuh masak.
  2. Angkat dari kuali dan asingkan. Dalam kuali berasingan panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Pastikan bahan kisar betul-betul masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, serai dan sos tiram. Gaul rata dan biarkan masak seketika.
  4. Masukkan kerisik dan santan cair. Masak sehingga kuah mendidih dan ayam menjadi empuk.
  5. Kemudian masukkan pula santan pekat, asam keping dan daun kunyit.
  6. Pada ketika ini, kuah perlu kerap dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan kuah menjadi pekat sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Jika kuah sudah cukup rasa masam, boleh diangkat keluar asam keping dari kuah.

Nota:

  • Jika anda rasa minyak terlalu banyak tidak mengapa, kerana minyak yang banyak memudahkan proses untuk memasak bahan kisar. Minyak boleh dibuang sedikit apabila kuah rendang sudah dimasak.

Resepi Rendang Ayam Gula Melaka

Resepi Rendang Ayam Gula Melaka

Rendang Ayam Gula Melaka: Sumber Bella Jamal

Bahan A:

  • 2 ekor ayam
  • 2 kotak santan (kotak kecil)
  • 1 paket kerisik
  • 1 ketul gula melaka/gula merah (dihancur)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 asam keping
  • Daun limau purut

Bahan B (bahan kisar):

  • 2 genggam cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup

Cara-cara:

  1. Rebus cili kering sampai layu. Masukkan sedikit minyak untuk senang cili korang hancur. Minyak tu agak-agak lah dengan cili yang nak dikisar.
  2. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan gula melaka dan kacau rata. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
  3. Masukkan kerisik, garam, daun limau purut dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.
  4. Confirm sedap kalau korang cuba buat. Selamat memasak!

Resepi Rendang Ayam Tok

Resepi Rendang Ayam Tok

Rendang Ayam Tok: Sumber Resepi Sedap

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam fresh dipotong 4-5 dan dicuci bersih
  • 250 ml santan pekat
  • ½ cawan air
  • 4  helai daun limau purut dicarik
  • 2 paket kecil kerisik
  • 2 lembar daun kunyit dihiris tipis
  • 1 keping asam keping
  • 1 ½ sudu besar gula pasir
  • 1 ½ senduk  minyak untuk masak
  • Perasa secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  1. Panaskan minyak secukupnya dikuali dan tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Seterusnya masukkan asam keping dan gula. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air.  Pastikan selalu dikacau bagi elakkan santan daripada pecah minyak. Biarkan santan mendidih, barulah dimasukkan ayam yang dipotong tadi.
  4. Masak dengan api kecil selama 30 minit supaya ayam mula empuk, seterusnya sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa. Taburkan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya.
  5. Angkat dan sajikan.

Resepi Rendang Ayam versi Melaka

Resepi Rendang Ayam versi Melaka

Rendang Ayam versi Melaka: Sumber Diina Ardina

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Kerisek
  • Daun kunyit
  • Daun lumau purut

Bahan Kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Cili kisar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan cili. Kacau dan pastikan betul-betul garing.
  4. Masukkan ayam. Kacau.
  5. Masukkan santan.
  6. Tunggu dan kacau sekali sekala hingga pekat. (Jangan gunakan santan yang terlalu cair-lama kena tunggu nanti. Ayam pun hancur). Masukkan perasa dan kerisik. Masukkan daun limau purut.
  7. Bila hampir kering, masukkan daun kunyit yang dihiris halus.
  8. Siap! Sesuai dimakan dengan ketupat untuk hari raya.

Penutup

Ditambah dengan hirisan daun kunyit dan daun limau purut, pastinya menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.  Daun kunyit merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama dimusim perayaan orang Islam pada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Haji. Daun kunyit dan daun limau ini, menaikkan aroma keenakan rendang ayam. Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Sajian bersantan semestinya antara masakan kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan yang menggunakan santan menjadikannya lebih enak dan berlemak.Oh ya! Anda boleh cuba Resepi Ayam Masak Kuzi ini. Jika inginkan masakan ringkas anda boleh cuba Resepi Singgang Ikan ini.

Jom cuba resepi ini:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.