fbpx

7 Resepi Masak Lemak Labu Sedap (Masakan Kampung Yang Menyelerakan)

Hari ini saya nak kongsi resepi Masak Lemak Labu yang sedap. Masakan Kampung ini pastinya menyelerakan. Jika anda rindu masakan kampung, boleh cuba resepi masak lemak labu ini. Pasti macam air tangan mak kat kampung. Masakan ni memang sedap kalau dipadankan dengan ikan goreng atau sambal belacan. Rasa manis labu menambah rasa sedap.

Resepi Masak Lemak Labu Sedap

masak lemak labu che nom

Masak Lemak Labu: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 500 gram labu, atau 4 ruas labu
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 cawan santan cair
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 biji cili merah, dipotong

Bahan ditumbuk halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 1 cm kunyit hidup/kunyit segar

Cara-cara:

  1. Kupas kulit labu dan potong kepada bentuk kiub yang besar. Basuh bersih.
  2. Masukkan labu dan bahan yang ditumbuk halus di dalam periuk dan masak bersama santan cair di atas api perlahan sehingga empuk. Anggaran 5-10 minit, bergantung kepada saiz labu.
  3. Masukkan pula santan pekat dan serai yang diketuk. Masak di atas api yang perlahan sehingga santan pekat mendidih. Perlu kerap dikacau kuah supaya tidak berketul. Tetapi hati-hati mengacau supaya ketulan labu tidak hancur.
  4. Apabila labu sudah masak angkat dan hidang.

Tips:

  • Apabila labu sudah lembut dimasak dalam kuah yang mendidih, untuk memudahkan proses mengacau kuah supaya labu tidak hancur, saya cuma angkat sedikit periuk dan goyangkan beberapa saat supaya kuah tidak berketul. Diulang beberapa kali sehingga masak. Boleh juga kalau nak kacau dengan senduk.

Resepi Masak Lemak Labu Kuning Azie Kitchen

Masak Lemak Labu Kuning: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 500 gram labu kuning – potong kecil
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar udang kering (atau ikan bilis)
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit – carik
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 batang serai – ketuk
  • Sedikit lada hitam – tumbuk kasar

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk.
  2. Rebuskan hingga labu lembut.
  3. Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.
  4. Masakkan hingga mendidih sekali lagi. Apabila sudah mendidih, tutup api dan hidangkan.

Resepi Masak Lemak Labu Udang

masak lemak labu udang

Masa Lemak Labu Udang: Sumber Salina Jalaludin

Bahan-bahan:

  • 300 gm labu
  • 1 liter air
  • 3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 1 inci kunyit hidup (ditumbuk kasar)
  • 10 ekor udang
  • 200 ml santan kotak
  • 2 biji cili hijau (dipotong dua)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa

Cara-cara:

  1. Labu dikupas kulit, dicuci dan dipotong kecil. Rebus sehingga separuh masak.
  2. Masukkan bawang dan kunyit hidup ke dalam periuk berisi labu tadi. Didihkan seketika.
  3. Masukkan udang, daun kunyit, cili hijau dan santan. Perasakan dengan garam dan cukup rasa.
  4. Masak sehingga labu empuk dan kuah mendidih. Tutup api.
  5. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi Masak Lemak Labu bersama Bayam

masak lemak labu bersama bayam

Masak Lemak Labu bersama Bayam: Sumber Hana

Bahan-bahan:

  • 1 kg labu kuning
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 helai daun kunyit
  • 3 cawan santan
  • 1 sudu teh garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang,bilis. Masukkan ke dalam periuk bersama hirisan cili besar.
  2. Tambah air dan masukkan sekali daun kunyit, biar mendidih.
  3. Giliran labu pula, dimasukkan masak hingga agak lembut.
  4. Masukkan santan dan daun bayam, serta garam.
  5. Kacau selalu hingga mendidih, agar santan tidak pecah minyak. Siap.

Resepi Labu Masak Lemak Cili Padi

labu masak lemak cili padi

Labu Masak Lemak Cili Padi: Sumber Hani Shaimi

Bahan-bahan:

  • Labu
  • Santan
  • Cili padi
  • 2 inci kunyit
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam/perasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk halus cili padi, ikan bilis dan kunyit. Didihkan dalam periuk.
  2. Dah mendidih masukkan labu dan daun kunyit. Biar labu lembut.
  3. Kemudian masukkan santan, garam dan perasa dan biar mendidih seketika boleh matikan api.
  4. Sedia untuk disajikan.

Resepi Masak Lemak Labu Daun Kemangi

masak lemak labu daun kemangi

Masak Lemak Labu Daun Kemangi: Sumber Hani Shaimi

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk labu
  • Setengah kotak santan
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • Garam/sesedap rasa
  • Air
  • Daun kemangi
  • Ikan bilis

Cara-cara:

  1. Labu potong ikut suka. Bawang putih, bawang merah, ikan bilis labu masukkan dalam periuk bersama air (tenggelam labu).
  2. Biar hingga labu agak lembut.
  3. Bila labu telah agak lembut masukkan santan, duan kemangi dan garam/sesedap rasa.
  4. Buat seketika kacau perlahan agar santan tak pecah dan labu lembut. Sedia untuk disajikan.

Resepi Masak Lemak Labu Mudah

masak lemak labu mudah

Masak Lemak Labu Mudah: Sumber Norlinda Saim

Bahan-bahan:

  • Santan sebiji/sekotak
  • Labu
  • Daun kunyit
  • Bawang besar
  • Ikan bilis
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Serai

Cara-cara:

  1. Mula-mula masukkan santan dalam periuk, kemudian tambah labu yang dipotong dadu besar.
  2. Masukkan daun kunyit dipotong kasar, ikna bilis tumbuk, bawang besar hiris, serbuk kunyit sikit, serai ketuk dan garam secukunnya.
  3. Masakkan sehingga labu empuk.

Penutup

Mudah rupanya nak buat resepi masak lemak labu ini. Masakan kampung ini pasti membangkitkan selera keluarga. Resepi Pucuk Ubi juga sedap! Anda boleh cuba. Masakan kampung pastinya mengamit memori anda dengan air tangan mak di kampung. Bahan nak sediakan masak lemak labu dan pucuk ubi ini mudah. Ikut sahaja bahan-bahan dan cara-cara nak masak. Pasti terubat rindu nak makan masakan kampung.

Leave A Reply

Your email address will not be published.