fbpx

9 Resepi Sambal Belacan Viral (Mesti Nak Cuba!)

Hari ini saya nak kongsi resepi sambal belacan viral. Anda pasti nak cuba! Yang pastinya mudah dan sedap, boleh kata penyedap makanan dan tak kick kalau tak ada sambal! Nak sambal belacan? Ini cara mudah buat sambal belacan. Dapat makan sambal dengan nasi panas-panas memang sedap. Bolehlah simpan stok dekat rumah nanti.

Resepi Sambal Belacan Azie Kitchen

Sambal Belacan: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 3 tangkai cili merah
  • 5-7 tangkai cili padi hijau – ikut pedas disukai
  • ½ sudu kecil belacan
  • ½ sudu kecil pes asam jawa
  • ½ sudu besar gula
  • Garam – jika perlu
  • 1 biji limau kasturi

Cara-cara:

  1. Cili dipotong kecil dan tumbuk. Jangan terlalu halus.
  2. Masukkan belacan dan tumbuk lagi. 
  3. Masukkan cili hijau dan tumbuk kasar.
  4. Masukkan pes asam jawa, gula dan tumbuk bagi sebati. 
  5. Akhir sekali, perah jus limau kasturi. Sesuaikan rasa masin, masam dan manis. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Sambal Belacan Padu

Sambal Belacan Padu: rasa.my

Bahan-bahan:

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen ( kalau saiz besar bawang bombay, guna 2 biji dah cukup )
  • 2 ulas bawang putih **( Alirkan @ basuh bawang bawah air paip sekejap, belah dua dan bakar atas pan sampai perang.

Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah tu tebal jadi ambik masa lama sikit untuk masak.Takpa bagi hangit kulit tu. Nanti nak kisar baru kupas. Tak perlu basuh dah).

  • 1 inci belacan bakar juga ( alirkan bawah air juga sebelum bakar )
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili padi hijau thai – buang tangkai
  • 3 sudu makan gula putih
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu makan cuka
  • 9-10 biji limau kasturi saiz kecik ( kalau saiz sederhana besar guna 6/7 biji sahaja)
  • 1 sudu makan gula perang – untuk cantikkan sambal

Cara-cara:

  1. Potong cili, alirkan bawah air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga nak bagi sambal sedap.
  2. Dalam pengisar,masukkan bawang bakar, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan,bawang putih dan tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk.
  3. Lepas tu kisar bagi lumat atau hingga dapat tekstur yang anda mahu.
  4. Kemudian barulah masukkan cili bersama 1 1/2 biji kulit limau kasturi ( tanpa sebarang biji dan
    tangkai). Kisar ikut tahap lumat yang anda suka 80-85% lumat je.
  5. Seterusnya tabur parutan kulit limau kasturi yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi (kalau suka.) Lepas tu boleh rasa sambal dan ubahsuai rasa ikut citarasa masing-masing.
  6. Simpan sampan dekat luar semalaman. Esok baru simpan dalam peti dan mula makan.Makin lama makin sedap rasa sambal ni.

Resepi Sambal Belacan Thai

Sambal Belacan Thai: Vanilla Kismis

Bahan-bahan:

  • Segenggam cili padi merah + hijau
  • 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
  • 1/4 keping kecil nisse / gula melaka
  • 1 labu bawang putih jeruk
  • 2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan : 2 sudu besar cuka, 1/2 sudu kecil garam, 1/2 sudu besar gula. Secubit dua ajinomoto. Sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat).
  3. Kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
  4. Siap!

  • TIP: Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau cita rasa sendiri.

Resepi Sambal Belacan Ala’ Kak Wok

Sambal Belacan Ala’ Kak Wok: Sumber Kaki Share

Bahan-bahan:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi ikut pedas
  • 2 inci belacan
  • 1 labu bawang besar dibakar
  • 1 labu bawang putih dibakar
  • Gula, garam, perasa
  • Asam jawa

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

Resepi Sambal Belacan Sarawak

Sambal Belacan Sarawak: Sumber Agnes Nazri

Bahan Yang Ditumbuk:

  • Segenggam Ikan Bilis
  • 2 tangkai Cili Padi Merah
  • 2 tangkai Cili Padi Hijau

Bahan Lain:

  • Secubit Garam
  • Secubit Ajinomoto
  • 1/2 sdm Air Belacan
  • 1/2 ketul Belacan
  • 4 biji limau
  • 3 sdk Kicap Kacang Soya

Bahan Tambahan:

  • 2 sdm Air Panas

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan ditempat yang sesuai.
  2. Basuh ikan bilis, limau dengan cili sehingga bersih. Sediakan lesung batu. Tumbuk sedikit demi sedikit ikan bilis dengan cili.
  3. Letakkan di dalam mangkuk bersih. Masukkan ketulan belacan dgn air belacan. Lenyekkan ketulan belacan itu tadi & gaul rata. Masukkan kicap, garam dgn ajinomoto & gaul rata. Tambahkan air panas sedikit demi sedikit (mengikut kecairan masing-masing) Kalau nak pekat, jgn tambahkan air.
  4. Masukkan sambal tadi ke dalam bekas bersih & sedia utk dihidang.

Resepi Sambal Belacan Tomato

Sambal Belacan Tomato: Sumber Zaryn

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (dibelah 4)
  • 1/2 biji bawang holland (dibelah 2)
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 biji cili masak
  • Sedikit belacan
  • 6 biji limau kasturi
  • 1/2 biji air limau kasturi
  • Garam secukupnya (mengikut citarasa sendiri)
  • Gula secukupnya (mengikut citarasa sendiri)
  • Perasa sedap secukupnya (mengikut citarasa sendiri)

Cara-cara:

  1. Bakar tomato, bawang merah, bawang holland, bawang putih & belacan.
  2. Masukkan yang dibakar, garam, gula, serbuk perasa sedap & sedikit air ke dalam blender, kisar sederhana halus.
  3. Masukkan perahan air lemon & limau kasturi blend sekejap jangan halus sangat.
  4. Sedia untuk dihidang.

Resepi Sambal Belacan Goreng Acheh

Resepi Sambal Belacan Goreng: Sumber Mariati

Bahan-bahan:

  • 10-15 biji cili padi suka pedas borre tambah ye..
  • 2-3  inci belacan
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • Garam gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Bawang dipotong atau belah 4 atau 6.
  2. tomato dibelah 4 atau 6.
  3. Goreng semua bahan kecuali garam dan gula.
  4. Goreng sampai layu, tapi jangan garing.
  5. Setelah itu baru semua bahan ditumbuk. Memang lembut dan senang untuk menumbuk.
  6. Akhir sekali baru masukkan garam gula secukup rasa. Boleh juga nak tambah serbuk perasa.

Sambal Belacan Buah Kuinin

Sambal Belacan Buah Kuinin: Sumber Noor Akma

Bahan-bahan:

  • Cili padi
  • Lada merah besar
  • Sedikit belacan yang sudah dibakar
  • Garam
  • Buah kuinin masak
  • Sedikit gula

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi dan lada merah besar sehingga lumat.
  2. Seterusnya  campurkn belacan, garam dan gula,
  3. Kemudian bila cili sudah hancur dan bahan-bahandi dalam lesung bergaul sebati, masukkan buah kuinin masak yang telah di hiris kasar dan gaul serta tumbuk perlahan-lahan hingga sebati.
  4. Bolehlah di hidangkan. Selain buah kuinin, boleh juga gantikan dengan buah mempelam, mangga, bacang dan seumpamanya.

Sambal Belacan Air Asam Pekat

Sambal Belacan Air Asam Pekat: Sumber Noor Akma

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 biji tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan –

Cara-cara:

  1. Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
  2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan; 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.*Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah. 3 tangkai cili padi hijau. 3 tangkai cili padi merah
  3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar. Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
    *Ikut kepekatan yang diingini*
  4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
  5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

  • *Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
  • Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
    Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.

Penutup

Mudah kan nak sediakan bahan untuk sambal belacan. Saya pasti ramai yang suka makan sambal belacan. Tambah pula bila digandingkan dengan nasi dan ulaman. Resepi sambal belacan viral diatas pastinya berbaloi untuk dicuba di rumah! Menyelerakan dan memang sedap.

Leave A Reply

Your email address will not be published.