fbpx

Cara Pakai Pelitup Muka Berganda (2 Lapis Pelitup Muka, Elak Risiko Jangkitan Covid-19 di Tempat Awam)

0

Hari ini saya nak kongsi cara pakai pelitup muka berganda. Pelitup muka atau facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus, termasuk COVID-19. Saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menggalakan orang ramai memakai pelitup muka berganda. Pemakaian pelitup muka berganda atau dua lapis / double-masking digalakkan untuk mengelakkan risiko jangkitan dan memaksimumkan perlindungan di tempat awam  dan tempat sesak seperti pasar raya dan dalam pengangkutan awam.

Kaedah Meningkatkan Keberkesanan Penggunaan Pelitup Muka

Berdasarkan akhbar Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan pemakaian pelitup muka berganda dengan mengenakan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan. Kelebihan memakai pelitup muka berganda adalah membantu menapis lebih banyak zarah berbanding menggunakan pelitup muka kain semata-mata.

Kerajaan menyerankan kita menggunakan double face mask kerana, hasil kajian mendapati pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4 peratus manakala knot and tuck dapat memberi perlindungan sebanyak 77%.

Namun kedua-dua kaedah ini lebih berkesan dari pemakaian biasa face mask jenis surgical iaitu 56.1% manakala jenis fabrik iaitu 51.4%.

tahap keberkesan pelitup muka

Selain itu, pemakaian pelindung muka (face shield) bukan satu yang wajib, namun ia membantu memberikan perlindungan yang maksimum” (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 2021).

Peningkatan Kes Covid-19

Semalam, pada (28 May 2021) jumlah kes Covid-19 harian yang direkodkan di negara ini terus melonjak dengan 8290 kes dan sebanyak 61 kes kematian baru direkodkan menjadikan jumlah kematian terkini 2552. Pihak kerajaan juga telah mengumumkan PKP Penuh “total lockdown” di seluruh Malaysia bermula 1 Jun 2021. Fasa pertama bermula 1 Jun sehingga 14 Jun 2021.

Kajian Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit (CDC), AS

Sumber: KP Kesihatan

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS), juga menjelaskan bahawa pemakaian pelitup muka berganda (dengan pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus Covid-19. Secara ringkasnya amalan pemakaian double facemask mula dilakukan di Amerika Syarikat.

Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka. Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

Kaedah Knot and Tuck

Bagi kaedah pertama, knot and tuck:

  • Ikat gelung telinga ke tepian pelitup muka dan selitkan lipatan sisi pelitup muka bagi mengurangkan jurang dengan muka.

Kaedah Double-masking

Bagi kaedah kedua, double-masking:

  • Sentiasa memakai pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain untuk pemakaian berganda dan elakkan menggunakan pelitup muka jenis sama sebagai pelitup muka berganda.

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Tutorial double-masking Tok Ti

Sumber : instagram ctdk

Oleh itu, pemakaian pelitup muka benganda di tempat awam dan kawasan sesak dapat mengurangkan jangkitan dan meningkatkan perlindungan maksimum. Menyambut positif saranan kerajaan, Dato’ Siti Nurhaliza atau mesra dikenali sebagai Tok Ti telah berkongsi satu video pendek cara beliau memakai satu lapis pelitup muka surgical dan dilapiskan dengan pelitup muka fabrik.

Kaedah Pemakaian Pelitup Berganda Yang Betul

Sumber: Portal Rasmi Biro Pengaduan Awam

Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul:

  1. Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain.
  2. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
  3. Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.

Kenapa N95 tak sesuai digabungkan?

Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Etika Pemakaian dan Penjagaan Pelitup Muka

Untuk Pelitup Muka pakai buang surgikal:

1. Pemakaian maximum 8 jam sehari; jangan guna semula.
2. Buang/ganti dengan yang baru sekiranya basah, koyak, atau kotor.
3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.
4. Jangan kongsi pelitup muka terpakai.
5. Putuskan tali pelitup muka ketika buang.

Untuk Pelitup Muka Fabrik
1. Cuci sekali sehari mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
2. Jangan kongsi pelitup muka.
3. Jangan sesekali menyentuh permukaan luar pelitup muka sewaktu memakai.

Jika pelitup muka dipakai secara berterusan, kita digalakkan menukar setiap empat hingga enam jam atau setelah pelitup muka menjadi lembab bagi mengelakkan kuman tersebar kepada pemakai (Dr. Nurulilyana Samsuddin, 2020).

Penutup

Sebenarnya, untuk mengelakkan jangkitan di kawasan yang berisiko tinggi dan sesak, orang awam digalakkan memakai  pelitup muka secara berganda (dua lapis). Penggunaan pelitup muka berganda (dua lapis) dapat memberi perlindungan yang lebih berkesan berbanding pelitup muka selapis yang dipraktikkan dan diwajibkan kerajaan kepada orang ramai. Pemakaian pelitup muka memang antara langkah terbaik bagi mencegah penularan wabak covid-19 disamping penjarakan sosial dan sanitasi tangan. Pandemik COVID-19 mengajar kita satu aspek yang sememangnya dititikberatkan dari dulu, kini dan selamanya; kebersihan.  Serata dunia telah mengamalkannya dan banyak kajian menunjukkan keberkesanan langkah tersebut. 

Jom baca  Idea Jana Side Income Musim Covid 19 dan dapatkan Tips Produktif Bekerja Dari Rumah Musim Covid 19

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.