fbpx

7 Perkara Anda Perlu Tahu : Kad Touch ‘n Go Dengan Teknologi NFC

0

Hari ini saya nak kongsi mengenai Kad Touch 'n Go dengan Teknologi NFC! Kad terbaru INI telah dinaik taraf dengan teknologi baru yang membolehkan anda tambah nilai pada bila-bila masa, di mana sahaja, untuk gaya hidup tanpa sentuh, tanpa tunai dan mudah. Kad TnG NFC baru ini digelar sebagai Enchanced Touch ’n Go Card! Kad generasi baharu ini pastinya lebih memudahkaan orang ramai untuk tambah nilai melalui eWallet tanpa  perlu ke kiosk atau kaunter perkhidmatan.

Kad Touch ‘n Go Yang Dinaik Taraf

Touch 'n Go yang dinaik taraf

Kad Touch ‘n Go yang Dinaik Taraf: Sumber Website Touch ‘n Go

 

Kad Touch ‘n Go yang dinaik taraf dilengkapi dengan teknologi NFC untuk membolehkan tambah nilai melalui Touch ‘n Go eWallet, membolehkan anda tambah nilai dengan mudah di mana sahaja anda berada, bila-bila masa yang anda mahukan (Touch ‘n Go, 2022).

Apakah Teknologi NFC?

tng-nfc -01

Sumber: amanz

Menurut pihak  Touch ‘n Go Sdn Bhd, “KAD  YANG DINAIK TARAF” ialah kad yang telah ditambah baik dengan dengan teknologi NFC bagi memudahkan pengguna menambah nilai kad melalui eWallet. 

Near Field Communication” ataupun NFC merupakan kaedah menghantar data secara “wireless” dengan menggunakan gelombang radio. Kad Touch ‘n Go (TNG) yang dinaik taraf menggunakan NFC untuk menghantar data tambah nilai secara “wireless” daripada terminal pembayaran iaitu pembaca NFC pada telefon bimbit anda yang telah diaktifkan untuk penggunaan

(ecentral, 2022)

Perbezaan Antara Kad Touch ‘n Go Berteknologi NFC Dengan Kad Touch n’ Go Yang Lama

touch n go

Sumber: Website Touch ‘n Go

Kad Touch ‘n Go dinaik taraf ini dilengkapi dengan teknologi “Near Field Communication” (NFC) untuk menambah nilai kad degan menggunakan Touch ‘n Go e wallet melalui teknologi NFC. Manakala versi lama tidak mempunyai teknologi ini. Kad TNG dinaik taraf akan dijual di ejen-ejen pihak ketiga terpilih TNG dan melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

Tempat Tambah Nilai

Pengguna hanya perlu menambah nilai di dalam kad tersebut melalui applikasi Touch ‘n Go ewallet untuk menggunakannya.  Pengguna juga boleh menambah nilai kad tersebut di:

  • Hub Touch ‘n Go,
  • Hub Touch ‘n Go Spot di stesen-stesen minyak,
  • Kaunter Khidmat Pelanggan di sepanjang lebuhraya terpilih, 
  • stesen LRT,
  • stesen MRT,
  •  stesen KTM terpilih, 
  • ATM/CDM (bank terpilih),
  • Kiosk layan diri 
  • ejen-ejen TNGSB yang terpilih

Harga Touch ‘n Go NFC

nfc-purchase qr code

Sumber: Website Touch ‘n Go

Kini, anda boleh dapatkan KAD DINAIK TARAF (Kad Touch ‘n Go) ini dengan harga sekeping kad tanpa tambah nilai, iaitu RM10 (Touch ‘n Go, 2022).

Fungsi Touch ‘n Go NFC: Boleh Ditambah-Nilai Terus Melalui Telefon

nfc-tng

Touch ‘n Go NFC: Sumber ecentral

Kad baharu ini boleh dikenalpasti melalui ikon NFC pada hujung kad seperti gambar di atas. Kad baharu ini hadir dengan integrasi sokongan NFC.

Dengan sokongan ini, anda boleh terus melakukan tambah-nilai menggunakan telefon – dengan menyentuh kad baharu ini pada bahagian NFC telefon. Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu mencari kiosk tambah-nilai, dan boleh melakukannya terus pada telefon bersama aplikasi TNG eWallet.

(Amanz, 2022)

top up tng nfc

Sumber: Amanz

Pengguna perlu mengesahkan akaun TNG eWallet, dan mempunyai telefon pintar dengan sokongan NFC – dan menjalankan sekurang-kurangnya iOS 13 atau Android 4.4.

Cara Tambah Nilai

  1. Pertama sekali perlu kemaskini aplikasi eWallet.
  2. Selepas itu akan ada butang short cut TNG Card tertera di laman utama. Pertama kali akses menu berkenaan, anda akan diberikan pengenalan bagi kad baru itu dan arahan untuk menambah kad anda kepada aplikasi menggunakan NFC. Kalau nak masukkan nombor siri secara manual untuk tujuan ini pun boleh.

  3. Kemudian anda akan diminta menyediakan kad Enhanced tersebut, yang mana telefon anda akan memaparkan arahan agar meletakkan kad di bahagian belakang selama lima saat.
  4. Selepas kad dibaca, nombor siri akan dimasukkan secara automatik ke dalam ruang kotak pada paparan; anda kemudian perlu memasukkan PIN enam-digit yang didaftarkan dengan eWallet sebelum kad berkenaan ditambah ke katalog anda.
  5. Dengan aplikasi terbaru, anda kini boleh menghubungkan lima kad TnG (termasuk kad baru ini), daripada hanya tiga kad sebelum ini (paultan.org, 2022).

Apabila menerima kad fizikal Enhanced Touch ‘n Go itu, pengguna perlu melakukan pautan kad tersebut ke eWallet, membolehkan pengguna menyemak baki nilai di dalam kad, seperti mana kad sebelum ini, serta melakukan proses tambah nilai. Untuk melakukannya, kad baharu ini perlulah diletakkan di belakang telefon pintar yang mempunyai fungsi NFC selama lima saat. 

(paultan.org, 2022)

Info Tambahan:

  • Ingin pindahkan baki dari kad lama? Anda perlu membuat permohonan refund melalui servis Touch ‘n Go eRefund, yang akan memasukkan nilai baki sama ada ke akaun bank atau eWallet anda (refund dari kad tak aktif akan dikenakan RM5). Bila duit itu sudah di dalam eWallet anda, anda boleh gunakannya untuk menambah nilai kad baru seperti biasa. Dalam proses ini, kad lama akan dinyah-aktif (paultan.org, 2022).

Penutup

KINI, segala transaksi tambah nilai pastinya lebih mudah dilakukan atas talian tanpa perlu menunggu lama jika baki kad Touch ‘n Go anda kekurangan baki.

Anda mungkin berminat:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.