fbpx

Cara Mudah Renew Passport Online 2022

Hari ini saya nak kongsi cara renew passport online. Mulai 11 Mei 2022 anda sama sekali tidak boleh buat sebarang urusan untuk renew passport dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia. Semua operasi pembaharuan passport perlu dilakukan secara online. Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (2022), MyONLINE* PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

notis

Disebabkan pertambahan ramai orang yang ingin memperbaharui passport mereka, kerajaan Malaysia telah membangunkan aplikasi permohonan pembaharuan secara dalam talian melalui platform MyIMMS eServices.

(ecentral, 2022)

MYIMMS eServices

MyIMMs

MyIMMS eServices adalah sebuah portal yang diperkenalkan untuk pelbagai kemudahan yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia antaranya:

  1. MyOnline Permit
  2. MyOnline Residence Pass
  3. MyOnline Passport
  4. MyOnline Foreign Maid/Foreign Worker
  5. eMM2H@JIM (Malaysia My Second Home (MM2H))
  6. ePLSI

Cara Mudah Renew Passport Online: MyOnline Passport

My Online Passport

MyOnline Passport

Untuk membolehkan anda menggunakan sistem tersebut, pastikan anda memiliki kad kredit atau online banking (FPX) bagi urusan pembayaran pembaharuan passport.

(Semakan Online, 2018)

Cara Renew Passport Online:

  1. Buka portal Portal MyIMMs dan pilih MyOnline Passport.
  2. Klik link Permohonan Passport.
  3. Klik SETUJU selepas anda baca dan bersetuju dengan Terma & Syarat yang dinyatakan.
  4. Isi maklumat dalam ruangan yang disediakan. Sebaiknya anda sediakan passport lama semasa isi maklumat yang diperlukan bagi memudahkan anda dan sebagai rujukan.
  5. Pilih Cawangan Kutipan. Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.
  6. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.
  7. Pastikan anda upload gambar ikut kriteria yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Spesifikasi Foto Passport. Kegagalan berbuat demikian yang menyebabkan permohonan anda ditolak.
  8. Lengkapkan bayaran dengan menggunakan fungsi perbankan internet atau kredit kad.
  9. Simpan resit. Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.
     

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan passport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.

Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Spesifikasi Foto Passport

gambar passport

Spesifikasi Foto Passport: Sumber Gambar Jabatan Imigresen Malaysia

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.

Kadar Bayaran

Kadar bayaran adalah seperti berikut
i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200
ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

Siapa Yang Dibenarkan Urusan Walk In Ke Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia?

Anda dibenarkan walk in untuk urusan di pejabat untuk:

  • Kanak kanak 13 tahun dan ke bawah
  • Golongan orang kurang upaya OKU
  • Warga emas
  • Bakal jemaah haji
  • Pelajar di Malaysia yang nak sambung belajar (further study) dibenarkan untuk walk in untuk urusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Anda yang baru nak buat passport ataupun mahu menggantikan passport yang telah rosak ataupun sudah hilang, DIBENARKAN untuk walk in ke pejabat imigresen yang terdekat dengan anda.

Penutup

Kini anda boleh gunakan MyOnline Passport untuk urusan pembaharuan passport secara atas talian. Anda tak perlu beratur dan tunggu lama di Jabatan Imigresen Malaysia untuk urusan renew passport. Pembaharuan passport secara atas talian lebih mudah! 

Anda mungkin berminat:

Leave A Reply

Your email address will not be published.