fbpx

Tips Pemilihan Bingkai Kaca Mata Yang Paling Sesuai Dengan Bentuk Muka Anda

Hari ini saya nak kongsi tips pemilihan bingkai kaca mata yang paling sesuai untuk anda. Dalam pemilihan bingkai kaca mata, anda perlu bijak memilih supaya ianya bersesuaian dengan bentuk muka anda apabila digayakan. Selain itu, warna juga memainkan peranan yang penting! Saya juga kongsikan jenis-jenis cermin yang biasanya digunakan dan cermin yang terbaik mengikut keperluan anda.

Cara Mudah Menentukan Bentuk Muka Anda

BENTUK MUKA

Anda boleh menentukan bentuk muka dengan mengambil ukuran berikut:

  •  Dahi: Ambil pita pengukur dan lakukan ukuran dari bahagian lengkungan kiri dan kanan di atas kepala
  •  Tulang pipi: Ukur di pipi atas anda pada setiap sudut luar dan bawah setiap mata.
  •  Garis rahang: Ukur rahang ke seluruh muka anda bermuka dari telinga.
  •  Panjang muka: Ukur dari tengah garis rambut anda hingga ke hujung dagu anda.

Tuliskan empat ukuran ini. Perhatikan yang paling besar.

(Tajria, 2019)

Cara Menentukan Bentuk Wajah

  •  Bulat: Tulang pipi dan panjang muka mempunyai ukuran yang serupa selain mempunyai nilai ukur yang lebih besar dari dahi dan garis rahang.
  •  Oval: Panjang wajah lebih besar daripada lebar tulang pipi, dan dahi lebih besar daripada garis rahang. Sudut rahang juga berbentuk seakan bulat.
  •  Bersegi/Petak: Semua ukuran agak serupa. Sudut rahang tajam.
  •  Segitiga: Garis rahang besar sementara tulang pipi dan dahi adalah paling kecil.

Bentuk Wajah Dengan Jenis Kaca Mata

Bentuk Muka Bulat (Round Face)

Bentuk Muka Bulat (Round Face)

round_face

Bentuk Muka Bulat (Round Face): Sumber Belang Tarung

round face frame

Sumber: Vanilla Kismis

Kaca mata yang sesuai untuk mereka yang berbentuk bulat mukanya adalah:

Lelaki

  • Aviator
  •  Retro Square
  • Square

Wanita

  • Cat Eye
  • Oversized
  • Square

Bentuk Muka Bujur (Oval Face)

Bentuk Muka Bujur (Oval Face)

oval_face

Bentuk Muka Bujur (Oval Face): Sumber Belang Tarung

oval face frame

Sumber: Vanilla Kismis

Bagi yang berwajah bujur, kaca mata yang sesuai adalah:

Lelaki

  • Aviator
  • Retro Square
  • Round

Wanita

  • Aviator
  • Oversize
  • Retro Square

Bentuk Muka Petak (Square Face)

Bentuk Muka Petak (Square Face)

Bentuk Muka Petak (Square Face): Sumber Belang Tarung

square face frame

Sumber: Vanilla Kismis

Untuk mereka yang bentuk wajahnya adalah petak ini adalah kaca mata yang sesuai:

Lelaki

  • Aviator
  • Brownline
  • Round

Wanita

  • Aviator
  • Brownline
  • Round

Bentuk Wajah Segi Tiga (Triangle Face)

Bentuk Wajah Segi Tiga (Triangle Face)

Bentuk Wajah Segi Tiga ( Triangle Face): Sumber Belang Tarung

triangle face frame

Sumber: Vanilla Kismis

Kaca mata sesuai untuk mereka yang memiliki wajah segitiga adalah:

Lelaki

  • Semi-Rimless
  • Rimless

Wanita

  • Semi-Rimless
  • Rimless

Warna Bingkai Yang Bersesuaian Dengan Tona Kulit

  • BERKULIT CERAH – Bingkai yang berwarna terang, seperti merah, biru atau nuansa keemasan.
  • SAWO MATANG – Bingkai yang berwarna natural seperti nuansa kecokelatan.

Warna-warna bingkai yang sesuai untuk hampir semua warna kulit adalah seperti warna hitam, motif kulit penyu, atau merah anggur.

(Optometris Noor, 2017)

Padanan Yang Sesuai Untuk Imej Menarik

Padanan Bentuk Muka

Sumber: Puan Mary

Jenis-jenis Cermin

  1. Satu pandangan (single vision). Ini untuk sama ada jauh / dekat saja.

  2. Dua pandangan (bifocal). Ini untuk jauh & dekat dengan garisan pemisah pada cermin (kebiasaannya berbentuk separa bulat tapi ada juga jenis lain).

  3. Banyak pandangan (multifocal). Jauh, pertengahan & dekat dengan dua kawasan gangguan. Tanpa garisan pemisah pada cermin.

(Sumber: Empire Kini, 2020)

Cermin Yang Terbaik Mengikut Keperluan Anda

  • Blue coating. Cermin ni ada lapisan tambahan pada cermin untuk tapis cahaya biru yang dipancarkan melalui gadget seperti handphone, tv, laptop dan lain-lain. Sangat sesuai untuk pelajar, mereka yang kerja di office, gamers, dan mereka yang selalu menggunakan ‘screen devices’. Cuma cerminnya kelihatan sedikit kuning kerana cahaya biru yang dah ditapis tadi.
  • Transitions. Banyak nama lain, tetapi istilah ini worldwide jadi lebih mudah untuk kita faham. Cermin ini bila terkena cahaya uv/matahari akan bertukar menjadi gelap dan bila masuk indoor akan bertukar cerah semula. Sesuai untuk mereka yang selalu bekerja outdoor macam traveler, mereka yang selalu pergi tapak pembinaan, petani dan lain-lain. Ada yang cepat, ada yang lambat bergantung pada material transitions ini tadi.
  • Drive safe lens. Cermin ini boleh tingkatkan kejelasan cermin pada waktu malam.
  • Anti fog lens. Cermin ini buatkan cermin tak berkabus walaupun sedang berpeluh, sejuk berwap, dan air tak tinggalkan kesan pada cermin (tidak perlu lap sangat)
  • Tinted. Cermin dicelup dalam larutan warna untuk hasilkan warna yang kekal pada cermin. Bagi yang tak mahu cermin transitions boleh guna jenis yang macam ini, cuma warnanya kekal. Terdapat pelbagai jenis warna dan kepekatan ikut kemahuan. Bagi yang nak buat sunglass ada power mata pun boleh request yang macam ini juga.

(Sumber: Empire Kini, 2020)

Penutup

Selain elok dipandang, pemilihan bingkai kaca mata yag sesuai juga penting untuk keselesaan si pemakai.

Anda mungkin berminat:

Leave A Reply

Your email address will not be published.