41+ Tips-Tips Temuduga Kerajaan, SPA, IPG, Polis dan Pembantu Tadbir N19 Yang Terbaru
Mencari panduan temuduga kerajaan ? Di sini terdapat beberapa tips untuk temuduga kerajaan , spa , polis dan pembantu tadbir. Selain itu kami sediakan juga soalan-soalan yang bakal ditanya dan pengalaman dari orang sudah mengambil temuduga tersebut dan berjaya diserap ke dalam jawatan kerajaan.
Sudah tentu ramai yang akan memohon dalam pekerjaan dengan kerajaan kerana banyak manfaat untuk kita. Namun ada juga yang suka bekerja sendiri atau dalam sektor swasta.
Tips Temuduga Kerajaan
Anda boleh melayari laman web suruhanjaya penjawat awam untuk permohonan pekerjaan dalam kerajaan : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
1. BERPAKAIAN KEMAS DAN SESUAI
- Kebiasaannya pakaian yang harus dipakai ketika temuduga adalah bagi lelaki pakaian formal seperti baju kemeja dan tie. Selain itu pakaian casual.
- Bagi calon wanita , baju kurung sesuai untuk kaum Islam dan ditambah dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/Skirt labuh melebihi paras lutut.
- Kasut bertutup dan sesuai.

2. DATANG AWAL
- Elakkan datang lewat ke tempat temuduga kerana ia menunjukkan attitude anda jika bekerja nanti. Kalau temuduga dah datang lambat, kerja nanti apatahlagi.
3. DATANG SENDIRI KE TEMPAT TEMUDUGA
- Jangan kelihatan anda seperti anak yang manja. Jika ketahuan kepada penemu duga anda akan dilabel susah untuk berdikari.
4. SENYUM
- Sila senyum dan maniskan muka kepada semua orang.
5. BAWA SIJIL YANG DIPERLUKAN
- Susun sijil anda mengikut panduan yang mereka beri didalam clear folder.
- Bawa juga salinan sijil , kad pengenalan yang diminta untuk salinan dan yang asli. Buat persediaan awal agar ada yang tidak tertinggal.
- Jangan lupa bawa pen hitam/biru
6. PENGALAMAN KERJA
- Kebiasaannya penemuduga akan bertanya sama ada anda pernah bekerja ataupun tidak sebelum ini. Oleh itu , anda perlulah cari pengalaman bekerja untuk menimba pengalaman walaupun kerja itu bergaji murah.
- Ini akan membuatkan penemuduga melihat kesungguhan anda untuk bekerja.
- Kebanyakan syarikat suka mengambil pekerja yang sudah punya pengalaman kerana akan menjimatkan wang syarikat untuk melatih pekerja baru.
7. KAJI JAWATAN YANG DIMINTA DAN KEMENTERIAN
- Pemohon perlu mengkaji dahulu jawatan yang diminta terlebih dahulu kerana ini akan membuktikan bahawa anda berminat dan membuat research terlebih dahulu.
- Kaji juga tentang carta organisasi tentang pengarah , timbalan pengarah dan sebagainya.
8. PROMOSI DIRI
- Ceritakan tentang kelebihan anda apabila ditanya namun ayat harus disantuni dan elakkan kelihatan angkuh dan bongkak.
- Yakin untuk memegang jawatan yang dipohon
Tips Temuduga SPA
Layari laman web : https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
Jawatan dalam SPA terdapat banyak kategori mengikut kelulusan anda bermula dari lepasan SPM/SIJIL/MATRIKULASI/STPM/DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA/ MASTER dan PHD.
1. BAWA DOKUMEN PENTING
- Isi borang yang patut diisi dan ruang yang patut dikosongkan.
- Resume haruslah tidak melebih 2 muka surat
2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SESUAI
- Kebiasaannya pakaian yang harus dipakai ketika temuduga adalah bagi lelaki pakaian formal seperti baju kemeja dan tie. Selain itu pakaian casual.
- Bagi calon wanita , baju kurung sesuai untuk kaum Islam dan ditambah dengan blazer berwarna gelap dan tudung didalam blazer. Seluar panjang/Skirt labuh melebihi paras lutut.
- Kasut bertutup dan sesuai.
3. MAKE UP
- Make up ringan sahaja dan pakai sedikit pelembap bibir agar tidak kelihatan pucat.
4. KETIKA MASUK BILIK PENEMUDUGA
- Ketuk bilik terlebih dahulu dan jika memberi masuk baru lah melangkah masuk
- Kebiasaannya penemuduga ada 3 orang. Hantarkan dokumen dan resume anda dan pusingkan dokumen-dokumen tersebut ke arah mereka.
- Sila duduk dengan tangan di atas paha. Jangan memeluk tubuh pula.
5. CARA PERCAKAPAN
- Percakapan haruslah formal dan jangan menjawab dengan jawapan dalam dialek negeri masing-masing.
- Jangan bercakap seperti percakapan kita dengan kawan-kawan
6. SOALAN YANG DITANYA
- Isu Semasa
- Pengetahuan Am
- Berita dalam Negeri ataupun Luar Negeri
- Politik
7. POLITIK
- Jika ditanya tentang politik , jawab seperti anda menyokong kerajaan walaupun anda tidak.
8. PENUTUP
- Ucapkan terima kasih dan bersalaman (sama jantina)
Tips Temuduga IPG
- Kebiasaannya pakaian yang harus dipakai ketika temuduga adalah bagi lelaki pakaian formal seperti baju kemeja dan tie. Selain itu pakaian casual.
- Bagi calon wanita , baju kurung sesuai untuk kaum Islam dan ditambah dengan blazer berwarna gelap dan tudung didalam blazer. Seluar panjang/Skirt labuh melebihi paras lutut.
- Kasut bertutup dan sesuai.
2. DOKUMEN
- Bawa dokumen lengkap dan jangan buat persediaan last minute. Kalut nanti.
- Surat Temuduga , IC , Surat Beranak , Sijil-Sijil pelajaran akademik ataupun kokurikulum(jika diminta)
3. KEYAKINAN DIRI
- Bercakap dengan yakin walaupun dalam hati jantung berdegup kencang.
- Jangan gugup, ini akan mengakibatkan anda akan blur tentang soalan yang ditanya
- Jika berbahasa inggeris , usah pedulikan grammar yang penting yakin.
4. SOALAN ISU SEMASA
- Kerap mengambil tahu tentang isu semasa yang dikaitkan dengan bencana , kesihatan, pelajaran , politik dan sebaginya.
- Baca tentang carta organisasi kementerian yang dipohon
5. BUAT KAJIAN
- Kaji dahulu tentang jawatan yang dipohon , skop pekerjaan , gaji , tempoh pengajian dan lain-lain.
6. BERTENANG
- Jangan gelabah. Berusaha untuk menjawab soalan yang ditanya walaupun anda tidak tahu dan tidak pasti akan jawapannya.

Tips Temuduga Polis
JAWATAN YANG ADA DALAM PDRM
Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat dan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis, dan kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel.
Berdasarkan dari portal rasmi Polis Diraja Malaysia, Pegawai Polis berpangkat daripada inspektor ke atas adalah pegawai yang diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumlpulan Komisioner (ACP – IGP), Kumpulan Superintendan (ASP – SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP).
Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor.
Berikut adalah senarai pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM:
- Pegawai Kanan Polis
- Inspektor General Polis (IG)
- Deputi Inspektor General Polis (DIG)
- Komissioner Polis (CP)
- Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
- Deputi Komisioner Polis (DCP)
- Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
- Asisten Komisioner Polis (ACP)
- Superintendan Polis (SUPT.)
- Deputi Superintendan Polis (DSP)
- Asistan Superintendan Polis (ASP)
- Inspektor (INSP)
- Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis :
- Sub-Inspektor (SI)
- Sarjan Mejar (SM)
- Sarjan (SJN)
- Koperal (KPL)
- Lans Koperal (L/KPL)
- Konstabel (KONST)
1. SALAM
- Memberi salam kepada penemuduga anda " Selamat Pagi Tuan !"
2. MULAKAN MENJAWAB SOALAN
- Dengan muka confident.
- Wajib tahu tentang IS, 1MDB, ESSKOM dan macam-macam lagi jadi anda kena buat kajian dan belajar.
3. MINAT
- Kenapa memohon jawatan polis ? Adakah minat ? Jawab dengan jawapan yang anda sangat minat dan bersungguh untuk membanteras jenayah.
4. PENGETAHUAN AM
- Perlu tahu tentang Rukun Negara , Rukun Iman & Rukun Islam.
- Banyakkan pengetahuan tentang PDRM. Misi , Visi , Bahagian jabatan dan macam macam lagi.
5. FIZIKAL & MENTAL
- Seperti yang kita tahu , BMI , ketinggian , tahap rabun dan fizikal tubuh kita semua diambil kira untuk pengambilan polis ini. Jadi , kawal pemakanan anda.

Tips Temuduga Pembantu Tadbir N19
1. BAWA DOKUMEN PENTING
- Isi borang yang patut diisi dan ruang yang patut dikosongkan.
- Resume haruslah tidak melebih 2 muka surat
2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SESUAI
- Kebiasaannya pakaian yang harus dipakai ketika temuduga adalah bagi lelaki pakaian formal seperti baju kemeja dan tie. Selain itu pakaian casual.
- Bagi calon wanita , baju kurung sesuai untuk kaum Islam dan ditambah dengan blazer berwarna gelap dan tudung didalam blazer. Seluar panjang/Skirt labuh melebihi paras lutut.
- Kasut bertutup dan sesuai.
- Jangan memakai baju yang berwarna block. Elakkan.
3. MAKE UP
- Make up ringan sahaja dan pakai sedikit pelembap bibir agar tidak kelihatan pucat.
4. KETIKA MASUK BILIK PENEMUDUGA
- Ketuk bilik terlebih dahulu dan jika memberi masuk baru lah melangkah masuk
- Kebiasaannya penemuduga ada 3 orang. Hantarkan dokumen dan resume anda dan pusingkan dokumen-dokumen tersebut ke arah mereka.
- Sila duduk dengan tangan di atas paha. Jangan memeluk tubuh pula.
5. CARA PERCAKAPAN
- Percakapan haruslah formal dan jangan menjawab dengan jawapan dalam dialek negeri masing-masing.
- Jangan bercakap seperti percakapan kita dengan kawan-kawan
6. SOALAN YANG DITANYA
- Isu Semasa
- Pengetahuan Am
- Berita dalam Negeri ataupun Luar Negeri
- Politik
- Antara tugas-tugas pembantu tadbir N19 ialah :
- Menjalankan tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen,
- Pengiraan,
- Penyediaan laporan bulanan,
- Statistik serta
- Penyediaan
7. POLITIK
- Jika ditanya tentang politik , jawab seperti anda menyokong kerajaan walaupun anda tidak.
8. PENUTUP
- Ucapkan terima kasih dan bersalaman (sama jantina)
BEZA PEMBANTU TADBIR PERKERANIAN & PEMBANTU TADBIR OPERASI
Calon Pembantu Tadbir Perkeranian akan bertugas di kementerian/jabatan/agensi kerajaan yang tidak terlibat dengan operasi di luar pejabat. Contohnya seperti pembantu tadbir di kementerian luar bandar dan wilayah, pembantu tadbir jabatan kerja raya dan lain-lain.
Manakala bagi Pembantu Tadbir Operasi N19 pula lebih kepada kementerian/jabatan/agensi kerajaan beruniform seperti pembantu tadbir operasi di jabatan pengangkutan jalan, dan sebagainya.
Cara Menjawab Soalan Temuduga
1. CARA PERKENAL DIRI
Jangan terlalu menceritakan tentang peribadi anda. Ceritakan tentang bidang kerja kenapa anda memohon jawatan tersebut dan ceritakan tentang minat anda tentang jawatan tersebut.
2. KEKUATAN & KELEMAHAN
Jangan terlalu mengangkat diri dan jangan terlalu merendah diri. Contohnya jika ditanya soalan tentang kekuatan anda. Jawab - " Saya seorang yang komited dalam pekerjaan saya dan jenis yang menepati masa. Malah saya jenis seorang yang akan menyiapkan kerja saya dalam masa yang ditetapkan. "
Jika ditanya tentang kelemahan , jawab " Saya jenis yang fokus dan tidak akan meninggalkan kerja selagi ia nya belum lagi siap sepenuhnya. Kadang-kadang saya terlalu teliti membuat kerja sehingga memakan masa yang agak lama untuk mendapat hasil yang sempurna"
3. LATAR BELAKANG PELAJARAN
Cerita tentang kos dan pencapaian /anugerah anda yang penting sahaja. (Jangan cerita dari zaman sekolah rendah lagi).
Ceritakan juga ketika latihan industri tentang apa yang anda buat.
4. Kenapa Kami Perlu Mengambil Anda Bekerja?
JAWAPAN: Jika encik/puan mengambil saya bekerja, ia merupakan platform yang terbaik untuk saya menunjukkan kebolehan saya. Walau apa pun tujuan dan impian saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya dalam masa yang terdekat. Saya juga berminat untuk menjadikan syarikat encik/puan ini sebagai institusi untuk saya belajar perkara-perkara baru.
5. Beritahu Saya Tentang Kebolehan Anda Untuk Bekerja Di Bawah Tekanan?
JAWAPAN: Saya akan kawal emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang, seterusnya fokus untuk melakukan pelbagai kerja dalam masa yang sama di samping menanam sifat sabar.
6. Apa Ekspektasi Anda Terhadap Sesuatu Pekerjaan?
JAWAPAN: Peluang untuk meningkatkan kemajuan diri secara professional serta menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin.
7. Terangkan Tentang Pengurusan Menurut Pemahaman Anda?
JAWAPAN: Saya akan selalu peka dengan kerja dan tugasan yang diberikan malah, dari masa ke masa akan sentiasa berbincang dengan ahli pasukan yang lain supaya kerja sentiasa berjalan dan dapat dilengkapkan sebelum sampai waktu yang telah ditetapkan.
8. Anda punya soalan yang ingin diajukan kepada kami ?
JAWAPAN: Jenis cabaran yang bagaimana yang berkaitan dengan (jawatan dipohon) yang memberi tekanan & projek yang bagaimana akan diberikan kepada saya ?
Ini akan membuktikan bahawa anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pekerjaan yang anda pohon.
Semoga panduan menjawab soalan ketika temuduga ini memberi manfaat kepada anda untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan. Semoga berjaya.