fbpx

15 Tempat Menarik di Kuala Lumpur Untuk Kanak-Kanak

Setiap kali tiba musim cuti sekolah, tentu anda akan merancang untuk pergi bawa keluarga bercuti. Salah satu destinasi popular adalah ke Kuala Lumpur. Cuma ada ke tempat menarik di KL untuk kanak-kanak?

Haa, artikel ini cukup istimewa. Kami fokuskan 15 tempat menarik khas untuk kanak-kanak. Kesemua tempat ini berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat.

d12

sumber : http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/district-21.htm

1. District 21

District 21 adalah tarikan seisi keluarga yang sangat menarik dan mengujakan adrenaline. Dengan keluasan 70,000 kaki persegi, taman rekreasi ini terletak di dalam IOI City Mall, Putrajaya.

Ia boleh dikatakan playground ala Fear Factor yang bukan saja menarik buat anak-anak, tetapi juga remaja, ibu bapa, atau sesiapa saja yang sukakan aktiviti lasak.

Antara halangan yang terdapat dalam District 21 termasuklah Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride and Roller Glider.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 12tghri – 8mmlm, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10pg – 8mlm

Harga Tiket: Pas Aktif: RM58 (Hari biasa) / RM75 (Hari cuti), Pas Tidak Aktif: RM10

Alamat: AT-6, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.


d13

sumber : http://www.hiphippopo.com/2015/12/lets-ice-skate-icescape-ioi-city-mall.html

2. Icescape Ice Rink

Bagi yang kurang berminat dengan aktiviti lasak, anda boleh cuba meluncur ais di IOI City Mall. Apa salahnya sekali-sekala merasakan pengalaman seperti di negara bersalji.

Gelanggang luncur ais bersaiz Olimpik ini juga menyajikan persembahan dan pertandingan untuk anda menyaksikannya bersama keluarga. 

Andai anda atau anak-anak yang belum pandai meluncur, janganlah susah hati ya! Sekejap saja nak biasakan diri.

Icescape Ice Rink turut menyediakan figurine penguin yang comel untuk membantu anda berpaut dan belajar meluncur.

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat: 12tghri – 8mlm, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah: 10pg – 8mlm

Harga Tiket: RM25 (Hari biasa), RM30 (Sabtu, Ahad & cuti sekolah)

Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor.

Tel: 03-8328 8880


lego

sumber : https://kualalumpurkids.wordpress.com/2015/08/29/lego-mania-a-kids-only-zone-at-blok-space/

3. Blokspace

Di dalam tempat ini, disediakan lebih 300 jenis mainan sedemikian, termasuklah model-model terbaru dari Lego, Djeco, serta robot Gundam yang bertujuan untuk mengasah kreativiti dan imaginasi mereka.

Permainan seperti ini sememangnya bagus untuk meningkatkan perkembangan spatial serta kemahiran motor anak-anak!

Harga Tiket: RM18

Alamat: Terdapat 5 outlet Blokspace di sekitar KL & Selangor

  • IPC Shopping Centre, Damansara,
  • The School Jaya One
  • Main Place USJ 21
  • Empire Shopping Gallery
  • 1 Mont Kiara

Tel: 03-7722 1227


nature

4. Min Nature

Min Nature adalah satu lagi tempat unik yang berbaloi untuk anda singgah. Min Nature adalah sebuah tempat pameran dan pembuatan model miniature. 

Di sini, anda dan anak-anak berpeluang melihat bagaimana staf membuat model rumah, lansdskap, pokok, dan sebagainya dengan begitu teliti.

Bukan itu saja, anda juga boleh cuba menghasilkan sendiri model miniature tersebut dengan membeli modeling kit dengan harga yang amat berpatutan, iaitu sekitar RM20. Ia tentunya sebuah pengalaman unik dan membuka minda anak-anak!

Alamat: Level 4, Summit USJ, Subang Jaya

Waktu Operasi: 10pg – 10mlm setiap hari

Harga Tiket: RM28 (Dewasa), RM15 (4-12 tahun), RM15 (60 tahun ke atas), Bawah 4 tahun percuma

Tel: 03-8011 9372


skytrex

sumber : http://www.kuala-lumpur.ws/magazine/skytrex.htm

5. Skytrex Shah Alam

Di Skytrex, ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di samping menikmati keindahan landskap semulajadi serta udara segar.

Terdapat aktiviti lasak, aktiviti yang berkait dengan air, atau sekadar riadah biasa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Aktiviti lasak di sana direka khas mengikut kesesuaian umur. Ada yang untuk dewasa iaitu Big Thrill dan Extreme Challenge, manakala Little Adventure untuk kanak-kanak.

Ketinggian minimum untuk menyertai aktiviti lasak ini adalah 1.1m. Cabaran yang lebih thrill dan adventure dibuka kepada yang berusia 16 tahun ke atas.

Waktu Operasi: Selasa – Ahad & Cuti Umum 08:30 – 5:00ptg

Harga Tiket: RM35 (Little Adventure), RM45 (Big Thrill), RM55 (Extreme Challenge)

Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, 40000 Shah Alam, Selangor

Tel: 013 276 9841


farm

6. Farm In The City

Farm In The City adalah sebuah taman berkonsepkan petting zoo di mana anak-anak berpeluang untuk menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya.

Berbanding zoo biasa seperti Zoo Negara, haiwan yang terdapat di Farm In The City ini tidak dikurung di dalam sangkar dan pengunjung boleh berinteraksi secara terus dengan mereka.

Kawasan dalam tempat ini dibahagikan kepada 11 habitat yang berbeza seperti:

Mood’s Lake, Turtle & Tortoise Farm, Bird Aviar, Reptile Cavern, Rabbit Farm, Pets Village, Jungle Walk, Vegetable & Fruit Farm, Savannah, Longkang Fishing ,Kampong Mahmood

Memang amat berbaloi kerana anda dapat membawa anak-anak melihat dan mempelajari tentang haiwan serta habitat mereka dengan lebih dekat. Terdapat juga pony rides untuk anak-anak yang suka menunggang kuda!

Waktu Operasi: Isnin, Rabu – Jumaat 10pg – 6ptg, Sabtu – Ahad 9:30pg – 6ptg

Harga Tiket: RM32 (Dewasa), RM27 (Kanak-kanak), Pakej Keluarga RM116 (2 dewasa & 2 kanak-kanak)

Alamat: 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan

Tel: 03 8941 2099


jump street

sumber : https://www.yelp.com/biz/park-trampolin-7-jump-street-olsztyn-2

7. Jump Street Trampoline Park

Bagi anak-anak yang suka melompat, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan seluruh tenaga mereka dan terapung di udara.

Rasa macam boleh terbang! Jump Street Trampoline Park adalah satu-satunya trampoline park di dalam Malaysia dan ia juga adalah yang terbesar di Asia.

Terdapat open court untuk anda melompat sesuka hati, bermain dodge ball,high performance area,wall walking, slam dunk, dan macam-macam lagi.

Bahkan, anda tidak perlu risau kerana mereka juga mengkhaskan sebuah tempat untuk anak sekecil usia 3 tahun. Orang dewasa mahupun orang yang tak suka melompat pun tentu akan teruja dengan trampoline yang sangat besar dan anjal.

Waktu Operasi: Hari biasa 11pg – 9mlm, Sabtu & Ahad 9pg – 9mlm

Harga Tiket: RM27

Tel: 03-7969 1051


tadom

sumber : Chef-koch.github.io

8. Tadom Hill

Perjalanan sekitar 45minit dari Kuala Lumpur dan 15minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015.

Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.

Andai tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.

Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting

Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)

Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari

Tel: 012-522 5908 / 012-5225728 / 013-8116175 (10am-6pm)


galactic

sumber : https://hype.my/2015/62019/6-fun-activities-in-klang-valley-for-fathersday2015/galactic-laser-tag/

9. Galactic Laser Tag

Mungkin dulu ada trend bermain paint ball, kali ini ada pula permainan tembak menembak yang tetap mendebarkan – tetapi tidak menyakitkan. Oleh itu, Galactic Laser Tag sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dan yang tak takut bermain dalam gelap.

Seperti namanya, ia memperkenalkan permainan tembak menembak dengan lampu laser yang menarik. Sekali ditembak, anda akan hilang keupayaan untuk menembak. Maka, anda perlu cekap bersembunyi sambil meloloskan diri dalam halangan yang disediakan. Galactic Laser Tag terdapat di Sunway Pyramid dan Mid Valley.

Waktu Operasi: 10pagi – 10malam (Ahad hingga Khamis); 10pg– 12malam (Jumaat, Sabtu, dan malam sebelum cuti esoknya)

Harga Tiket: RM30 – RM50 (bergantung kepada waktu cuti dan keahlian)

Alamat: Mid Valley Mega Mall, KL & Sunway Pyramid Mall, Selangor

Tel: 03 2283 2999


climbing

sumber : https://www.camp5.com/

10. Camp 5 Indoor Climbing Gym

Camp5 adalah sebuah tempat untuk anda meneroka hobi rock climbing dengan selesa, dalam kedinginan air cond – tanpa perlu berpanas. Dengan ketinggian 24m, pemandangannya begitu unik dan memukau apabila anda berjaya memanjat hingga ke atas!

Untuk mereka yang pertama kali ingin mencuba, pakej percubaan disediakan. Anak kecil berusia 8 tahun ke bawah juga boleh memanjat secara percuma. Jadi, tak perlu risau kerana semua kelengkapan juga ada disediakan di sana.

Tentunya ia adalah pengalaman baru untuk  beriadah bersama keluarga!

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat, 2pm-11pm; Sabtu, Ahad, Cuti Umum, 10am-8pm.

Harga Tiket: RM36 (Dewasa), RM25 (Junior), RM16 (Youth), Kanak-kanak bawah 8 tahun percuma.

Alamat: 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre , 1 Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya


petrosains

sumber : http://www.kuala-lumpur.ws/attractions/petrosains.htm

11. Petrosains

Dengan keluasan 7,000 kaki persegi, banyak sekali yang dapat anda dan keluarga terokai di Petrosains ini.

Antara pameran yang terdapat di sini adalah Dark Ride (persembahan audio visual dari zaman pra-sejarah sehingga ke zaman moden di Malaysia), Space (pameran tentang sains angkasa lepas), Speed (pameran kereta Formula 1), Molecule Nano World, 3D Theatre dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Selasa –  Jumaat (9.30am – 5.30pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.30am – 6.30pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah (Tutup)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM20, Biasa: RM30 | Kanak-kanak 3-12 Tahun MyKAD: RM8, Biasa: RM18 | Kanak-kanak 2 Tahun & Kebawah Percuma | Warga Emas MyKAD: RM10, Biasa: RM15

Alamat: Level 4, Suria KLCC, PETRONAS Twin Towers, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


p.sc

sumber : http://m.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/robot-bertempur-8232-di-pusat-sains-negara-1.536471

12. Pusat Sains Negara

Pusat Sains Negara ni dibuka pada tahun 1996 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pameran sains di sini dibahagikan kepada beberapa bahagian berbeza mengikut tema.

Konsep yang digunakan di Pusat Sains Negara adalah untuk menghubungkan penemuan saintifik dengan alam sekitar, nilai-nilai agama, ilmu dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan aplikasinya dalam kehidupan seharian manusia.

Bagi anda yang tak begitu meminati subjek sains pun pasti akan teruja dengan cara-cara info sains dan teknologi disampaikan kepada pelawat di pusat sains ini yang penuh dengan kreativiti.

Alamat: National Science Centre, Ministry of Science, Technology and Innovation, Persiaran Bukit Kiara, 50662 Bukit Kiara, Kuala Lumpur


times square

sumber : https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-kuala-lumpur/

13. Berjaya Times Square

Merupakan bangunan kesembilan yang terbesar di dunia dengan 700,000 kaki persegi, Berjaya Times Square menempatkan lebih daripada 1000 kedai.

Kalau anda nak shopping di sini, sehari memang tak cukup untuk ke semua kedai yang ada di sini.

Harga-harga pun bermacam-macam. Ada murah, ada mahal, boleh rambang mata kalau membeli belah di sini.

Kedai makan pula ada dalam 65 buah untuk dipilih mengikut selera anda. Yang menarik lagi, dalam pusat membeli-belah ini juga terdapat taman tema indoor yang memiliki banyak permainan yang menyeronokkan termasuklah roller coaster!

Alamat: Berjaya Time Square, No. 1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur


aqua

14. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC yang terbesar di dunia ini terletak di dalam salah satu bangunan yang tertinggi di dunia.

Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Pengalaman ke akuarium ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat anda dan keluarga.

Selain daripada melihat hidupan-hidupan lau, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks. Syaratnya anda mesti ada lesen menyelam. Anda akan menyelam dan mendekati jerung ini di dalam air.

Andai kata tak ada lesen, anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air. Jangan risau ya, sebab ikan jerung di akuarium ini telah dijinakkan dan selamat untuk didekati. Pengalaman yang pasti menyeronokkan!

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)

Harga Tiket: Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur


perpustakaan

sumber : http://www.tourmalaysia.com/malaysia-tourism/tag/kuala-lumpur-childrens-library/

15. Perpustakaan Kanak-kanak Kuala Lumpur

Apa yang membezakan perpustakaan kanak-kanak dan perpustakaan biasa?

Kalau anda nak tahu, bukan sahaja terdapat perbezaan dari segi buku-buku yang ditawarkan di sini tetapi, untuk kanak-kanak, terdapat sesi bercerita, pertunjukan boneka, permainan papan dan macam-macam lagi yang membuatkan kanak-kanak seronok untuk ke perpustakaan.

Selain itu, buku-buku yang mudah untuk dibaca bagi yang baru belajar mengeja diletakkan pada rak yang sama. Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, nak anak suka membaca, bawalah mereka ke perpustakaan sejak kecil lagi.

Waktu Operasi: Isnin (2.00pm – 6.45pm) | Selasa – Jumaat (10.00am – 6.45pm) | Sabtu, Ahad (10.00am – 5.00pm) | Sabtu & Ahad Minggu Pertama Setiap Bulan & Cuti Umum (Tutup)

Alamat: No. 1, Jalan Raja, 50050 Kuala Lumpur


Apa Lagi Tempat Menarik di KL?

Percaya atau tidak, tempat-tempat menarik di KL untuk keluarga akan bertambah dari masa ke masa. Malah makin menarik.

Baru-baru ini ada kafe yang dibuka khas untuk kanak-kanak. Ibu bapa boleh menjamu selera. Manakala anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Ini nanti kita cerita nanti.

Ada lagi tak tempat menarik di KL untuk kanak-kanak? Boleh kongsikan dan saya akan tambah lagi dalam artikel ini. Supaya boleh menjadi rujukan kita semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.