Apakah doa-doa dan amalan murah rezeki? Sebelum itu, apa itu rezeki? Rezeki adalah sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Kita perlu bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam kerana Islam ialah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dengan penuh kecintaan kepada umatnya. Allah menjanjikan ganjaran bagi hambaNya yang berusaha dan bertawakkal dengan rezeki.
Artikel ini dipecahkan kepada tiga kategori utama iaitu Jenis-Jenis Rezeki, Doa-Doa Murah Rezeki dan Amalan-Amalan Menjemput Rezeki. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Jenis-Jenis Rezeki
Terdapat pelbagai jenis rezeki yang kadangkalanya manusia sendiri tidak perasan bahawa ianya merupakan salah satu daripada rezeki yang dikurniakan oleh yang Maha Pemberi.
Apakah rezeki-rezeki itu? Mari kita baca.
Rezeki Yang Telah Ditetapkan
Ini adalah rezeki yang Allah telah tetapkan sejak kita dalam kandungan lagi. Semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita, 4 perkara telah ditetapkan untuk diri kita termasuklah rezeki kita.
Rezeki Yang Tidak Disangka
Dalam ayat seribu dinar ada menyatakan sekiranya kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kita rezeki daripada sumber yang kita sendiri tidak sangka seperti melalui cabutan bertuah, hadiah dan lain-lain. Ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka.
Rezeki Anak
Allah mengingatkan bahawa setiap anak yang lahir di dunia telah ditetapkan rezekinya. Ramai yang mengistilahkannya dengan ‘rezeki anak’. Sebagai contoh, apabila lahir seorang anak, mendapat pekerjaan atau meningkatnya gaji ibu dan bapa bayi tersebut.
Rezeki Melalui Usaha
Orang yang berusaha pasti akan dapat lebih. Itulah hakikatnya, walaupun rezeki telah ditetapkan, kita perlu berusaha lebih gigih sekiranya nak jadi kaya atau mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Kadang-kadang manusia hanya menunggu rezeki jatuh daripada langit sahaja , memang tidak bertambahlah rezeki kita.
Rezeki Menerusi Usaha
Orang yang kerap bersyukur akan ditambahkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Cara paling mudah untuk bersyukar adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah.
Rezeki Perkahwinan
Ada yang bimbang dengan nafkah kewangan selepas bernikah. Hakikatnya, Allah menjanjikan tambahan rezeki untuk mereka yang bernikah.
Rezeki Daripada Bersedakah
Salah satu cara terbaik untuk menarik rezeki adalah dengan memperbanyakakan sedekah. Nilai sedekah yang dikeluarkan tidaklah penting berbanding perbuatan sedekah itu sendiri. Biar sedikit tetapi ikhlas.
Rezeki Menerusi Istighfar
Orang yang banyak meminta ampun atas segala kesalahannya dan dosa yang dilakukan dengan beristighfar akan menyebabkan rezekinya mudah dan berkat.
Memperbanyakkan istighfar kepada Allah adalah benda paling utama kerana dengan beristighfar dan sentiasa memohon keampuan daripada Allah dapat meluaskan lagi pintu rezeki kita seperti yang diperkatakan dalam al-Quran dan hadis.
Doa-Doa Murah Rezeki
Selain itu, kita juga perlu sentiasa berdoa sebagai salah satu daripada usaha untuk mendapatkan rezeki yang berkat. Terdapat banyak doa serta zikir yang boleh diamalkan oleh masyarakat dalam memohon agar dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan urusan memperoleh rezeki dalam kehidupan.
Doa Waktu Dhuha
Selain daripada itu, amalan membaca Surah Al-Waqiah juga boleh memperbanyakkan lagi rezeki kepada seseorang. Ini adalah kerana salah satu keutamaan dalam membaca Surah Al-Waqiah adalah untuk menghindari kefakiran dan kesempitan rezeki. Amalan membaca Surah Al-Waqiah ini disarankan agar dilakukan pada setiap waktu pagi seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis.
Doa Murah Rezeki (sepertimana dibaca oleh Rasulullah SAW kepada Anas Bin Malik)
Doa Nabi Sulaiman
Di samping itu, amalan membaca doa Nabi Sulaiman juga dapat memurahkan rezeki dalam kehidupan. Ini kerana Allah S.W.T. telah mengabulkan doa daripada Nabi Sulaiman dan memberinya anugerah ilmu serta kekuasaan yang banyak. Doanya ialah seperti berikut.
Doa Pembuka Dua Belas Pintu
Doa Memohon Tambah Rezeki
Zikir Astaghfirullah
Zikir al-Mughni
Seseorang itu juga boleh mengamalkan asmaul-husna, iaitu zikir al-Mughni bagi membuka ruang kekayaan dan rezeki dalam kehidupan mereka. Al-Mughni memberi makna Yang Maha Memberi Kekayaan. Zikir ini boleh dibaca Ya Mughni Ya Mughni 100 kali pada setiap hari.
Zikir Ya Fattah, Ya Razzak
Selain itu, zikir-zikir selepas solat yang diamalkan adalah membaca Ya Fattah Ya Razzak sebanyak 11 kali. Ya Fattah itu ertinya adalah yang Maha Pembuka dan Pemberi Keputusan. Manakala Ya Razzak ertinya ialah Maha Pemberi Rezeki. Amalan ini adalah sangat bertepatan dengan setiap orang yang ingin menambahkan rezeki mereka dan memperbaiki keadaan ekonomi mereka.
Zikir La Haula Wala Quwwatailla
Maksud zikir ini: Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin-Mu Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Membaca Surah Al-Ikhlas
Cara Allah Menjawab Doa Kita
Ada orang mengeluh doa tidak dimakbulkan Allah. Benarkan doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Ada tiga cara bagaimana Allah menjawab doa kita:
- Ya. Dan Allah mengabulkan permintaan/doa kita.
- Tidak. Sebaliknya Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.
- Tunggu. Allah akan memberi yang terbaik untuk kita.
Kita sebagai hamba sememangnya diciptakan untuk diuji samaada besar ataupun kecil ujian itu, haruslah terus taat kepada Allah. Semakin besar ujian yang diberi , semakin besarlah ganjaran atau pahala yang Allah beri kepada hamba yang terus taat kepadaNya.
Amalan- Amalan Murah Rezeki
Selain doa-doa, saya kongsikan amalan-amalan yang boleh dipraktikkan supaya rezeki bertambah-tambah. Amalan adalah apa yang kita lakukan. Jadi bukan setakat tahu, paling penting kita laksanakan. Ilmu tanpa amal bagaikan pokok tanpa buah. Baik kita terus kepada amalan-amalan murah rezeki.
Memperbanyakkan istighfar
Allah amat menyukai hambanya yang bertaubat dan menyesali dosa yang telah dilakukan. Maka perbanyakkanlah istighfar kerana istighfar itu berbentuk penyesalan, pengakuan dosa dan rintihan hamba kepada Allah. Allah mengasihani hambaNya dan akan memberi rezeki kepada mereka yang sering beristighfar.
Berikut adalah hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a. :
Barangsiapa memperbanyakkan istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.
Menghindari Dosa
Selain itu, kita haruslah menghindari daripada terus melakukan dosa dan maksiat. Maksiat berpunca daripada kelemahan iman untuk melawan nafsu sendiri.
Dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :
Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya.
Mungkin kekurangan rezeki kita selama ini berpunca daripada dosa-dosa yang kita lakukan sebelum ini maka Allah menahan rezeki kita. Percepatkanlah melakukan taubat sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi. Allah tidak akan menolak taubat seseorang jika hambanya benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh memohon keampunan dariNya.
Memperbanyakkan Sedekah
Melalui amalan sedekah juga dapat menambahkan lagi rezeki kita. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk wang, namun boleh dalam pelbagai cara seperti belanja kawan makan, memberi dalam bentuk pakaian malah memberikan senyuman kepada orang lain juga dianggap sedekah.
Bersedekah perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan apa-apa balasan daripada orang lain. Apabila anda perbanyakkan sedekah, harta anda akan bertambah dan sering merasa cukup dengan rezeki yang ada kerana rezeki itu diberkati oleh Allah.
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-nya) lagi maha mengetahui (Al-Baqarah:261)
Menghubungkan Silaturrahim Sesama Manusia
Mempunyai ramai kenalan dan hubungan baik sesama manusia adalah amalan yang disukai oleh Allah. Contohnya, peniaga yang akan bergaul dengan pelanggan perlulah ramah dan memberikan senyuman. Pelanggan pun akan merasa senang untuk berurus niaga dengan peniaga yang ramah dan mesra. Allah pasti akan menambahkan rezeki peniaga tersebut.
Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalinkan silaturahim) (Hadis Riwayat Bukhari)
Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa
Ibubapa adalah orang bertanggungjawab membesarkan dan mendidik kita untuk menjadi insan yang berguna untuk masyarakat dan umat.
Maka berbuat baiklah kepada mereka dan kenanglah jasa mereka apabila sudah besar kelak. Mereka sudah banyak berkorban untuk kita maka tidak salah untuk membalas jasa baik mereka. Walaupun kita mungkin tidak mengirimkan duit setiap bulan kepada mereka, cukuplah dengan sering bertanya khabar tentang mereka. Selitkan doa untuk mereka setiap kali selepas solat sama ada mereka masih ada ataupu sudah meninggal dunia. Doa ibu bapa adalah doa yang mustajab dan tidaak ditolak oleh Allah.
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. (Riwayat Al-hakim dan Ad-Dailami)
Memuliakan Tetamu Yang Datang
Kehadiran tetamu untuk bertandang haruslah dialu-alukan kerana kehadiran mereka sebagai pembuka rezeki untuk kita. Muliakanlah mereka dan berikan layan yang sebaik mungkin.
Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,
Wahai Ali! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah ke rumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan.
Bertawakal Kepada Allah
Amalan untuk murah rezeki yang terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Firman Allah,
Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (Surah At-Thalaq ayat 3)
Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita.