fbpx

7 Resepi Dalca Sayur Popular 2021: Mudah Dan Sedap!

Hari ini saya nak kongsi resepi dalca sayur yang sedap. Bagaimana cara nak masak Dalca Sayur Istimewa? Mudah sahaja, ikut resepi dalca dibawah. Masakan dalca ini versatile, boleh makan dengan nasi minyak, beriani, roti, lempeng pekak, roti jala, roti canai dan lain-lain. Cukup mudah disediakan dan sedap. Dimakan dengan ayam goreng berempah dan nasi panas-panas, makin bertambah selera pasangan dan anak-anak. Kita pun senyum ke telinga dan rasa gembira.

Resepi Dalca Sayur Istimewa 

Dalca Sayur Istimewa

Dalca Sayur Istimewa: Sumber MyResipi

Bahan A:

  • 1 cawan kacang dal (Direndam selama 1 jam)
  • 3 biji ubi kentang (Dibelah 4)
  • 1 labu bawang besar (Dibelah 4)
  • 1 biji terung bulat (Dibelah 8)
  • 5 batang kacang panjang (Dipotong pendek)
  • ½ biji lobak merah (Dipotong pendek dan kecil)
  • 3 biji cili hijau (Dibelah 2)
  • 1 biji mangga muda (Dipotong kecil)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan B: (Tumisan)

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 5 tangkai cili kering (Dipotong pendek)
  • 1 sudu makan halba campur
  • 5 tangkai daun kari

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebuskan sehingga lembut.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan B sehingga wangi. Kacau rata. Padamkan api. 
  3. Masukkan tumisan ke dalam periuk rebusan sayur dan biarkan sebentar. Kacau sedikit dan sedia dihidangkan.

Resepi Dalca Sayur Kasih Ilmar

Dalca Sayur Kasih Ilmar

Dalca Sayur: Sumber Kasih Ilmar

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar rempah kari ikan jenama Adabi dibancuh dengan
  • sedikit air, kacau rata
  • 1/3 cawan minyak
  • 8 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 sudu teh rempah halba campur
  • 1 kiub ikan bilis maggie
  • 50 gram kacang dal direndam selama 2 jam
  • 4 batang kacang panjang dipotong
  • 2 biji kentang dibuang kulit, belah dua dan potong saiz sederhana besar
  • 1 batang lobak merah, buang kulit dan belah dua. Potong saiz sederhana
  • 1 terung panjang saiz kecil dibelah dua dan hiris saiz sederhana
  • 100 gram kobis bunga. Dipotong saiz sederhana
  • 1 biji buah tomato. Dibelah dua dan hiris nipis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kuning.
  2. Masukkan halba campur dan goreng sekejap.
  3. Masukkan rempah kari dan masak sehingga terbit minyak dan rempah kelihatan merah tua.
  4. Masukkan pati ikan bilis. Kacau rata.
  5. Masukkan kacang dal dan 1 1/2 cawan air. Masak sehingga kacang dal lembut.
  6. Masukkan ubi kentang.
  7. Apabila ubi kentang kelihatan hampir lembut masukkan lobak merah, terung dan bunga kobis.
  8. Bila kuah hampir pekat, masukkan kacang panjang, buah tomato dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  9. Reneh sehingga kuah pekat.

Resepi Dalca Kacang Kuda Mat Gebu

Dalca Kacang Kuda Mat Gebu

Dalca Kacang Kuda: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 500 gram daging (nak sedap pilih yg ada “tetel”)
  • 200 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji terung, didadu besar-besar
  • 2 biji kentang, didadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong berbaji
  • 10 tangaki kacang panjang, kerat-kerat
  • 2 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
  • 1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum-sekuntum
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah

Bahan Tumis:

  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaha

Cara-cara:

  1. Daging disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian rebus hingga empuk, asingkan daging dan stoknya untuk kegunaan kemudian. Rempah kari daging tadi dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan bawang kepeerangan. Masukkan lengkuas danbahan2 kisar halus, tumis hingga pecah minyak, tuang bancuhan rempah kari, kacau dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging tadi, kacau rata dan tuang stok daging dan santan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah asam gelugor, bunga kobis, kacang panjang, kacang kuda dan terung. Biar mendidih perlahan.
  4. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala, biar mendidih pada api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan lada belah, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda. Sedap juga dimakan bersama nasi putih.

Resepi Dalca Sayur Simple

Resepi Dalca Sayur Simple

Dalca Sayur Simple: Sumber Blog Ibu Siti

Bahan-bahan:

  • Kacang Dal (1 genggam – basuh dan rebus sampai empuk)
  • Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)
  • Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)
  • Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang)
  • buah pelaga takyah
  • Santan
  • Sayur yang digemari

Cara-cara:

  1. Rebus kacang dal sampai empuk.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis.
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing.
  5. Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras (saya guna carrot, kacang panjang dan kentang).
  6. Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut, saya letak terung je.
  7. Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan.
  8. Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api.

Resepi Dalca Sayur Fauziah Yahya

Resepi-Dalca-Sayur-FY

Dalca Sayur: Sumber Fauziah Yahya

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk tulang ayam
  • 1 kotak santan – jadikan 3 cawan santan
  • 1 cawan kacang dal – rebus hingga empuk
  • 1 biji cili merah– potong 2
  • 4 biji kentang – belah 4
  • 1 biji karot- potong mancis
  • 4 batang kacang panjang – potong 1 1/2 inci
  • 1 biji terung bulat – belah 6
  • 1 biji tomato – belah 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit garam

Bahan dihiris:

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan bahan dihiris dan tumis hingga wangi.

  2. Masukkan rempah kari daging, daun kari dan sedikit air. Tumis hingga rempah masak dan terbit minyak.

  3. Masukkan tulang ayam. Tumis sebentar dan masukkan kacang dal, santan, kentang dan sedikit air. Masak hingga tulang ayam dan kentang empuk.

  4. Masukkan semua sayur-sayuran. Masak hingga sayur masak. Masukkan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Dalca Sayur

Dalca Sayur

Dalca Sayur: Sumber Resepi Masakan Kegemaran

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging tetel/ boleh digantikan dengan ayam yang dicincang halus
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging
  • 1 setengah kotak santan pekat – 300ml
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia – jika suka
  • 1/2 keping gula Melaka @nise
  • 1 sudu cili giling
  • Minyak untuk menumis
  • Sayur – Karot, Jagung muda,terung, kacang panjang dan bendi
  • 1/2 biji nenas – potong kecil

Cara-cara:

  1. Tumis bawang yang telah ditumbuk/mesin sehingga Wangi
  2. Masukkan cili giling tumis sehinga cili masak kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air tumis sehingga pecah minyak
  3. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
  4. Masukkan santan dan air mengikut kepekatan kuah yang disukai
  5. Masukkan nenas dan masak seketika sehingga kuah mendidih
  6. Masukkan sedikit gula Melaka atau nise.
  7. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur sedikit layu.
  8. Perasakan dengan gula dan garam. Sekiranya tidak amsak boleh masukkan air asam jawa atau asam keping atau memadai dengan masam nenas.

Resepi Dalca Sayur PATY’S

DALCA SAYUR PATY'S

Dalca Sayur: Sumber Paty’s

Bahan-bahan:

  • 3 genggam kacang dal – dicuci dan direbus hingga empuk dan agak hancur
  • 2 biji kentang – dipotong 4
  • 1 biji karot merah – dipotong 1 1/2 inci panjang dan dibelah mancis
  • 3 biji buah murunggai – dipotong 2 inci panjang
  • 2 biji tomato – dibelah 4
  • 5 kacang panjang dipotong ” panjang
  • 2 biji terung bulat dipotong 4
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji cili hijau – belah 2
  • 1/2 cawan santan
  • 2 cawan air

Bahan Tumis:

  • 1 kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 2 tangkai daun kari

Bahan Tumbuk Lumat:

  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar – saiz sederhana
  • 1/2 inci halia
  • 1 paket rempah kari daging

Tumbuk bahan dan gaul bersama rempah kari dan sedikit air

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari, daun kari dan bahan tumis. Tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan kacang dal rebus tadi, santan, asam gelugor. Kacau rata. Jika pekat sangat, bolehlah dimasukkan sedikit air lagi. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan semua sayuran kecuali tomato. Masak hingga kentang empuk.
  5. Masukkan garam dan serbuk perasa serta buah tomato dan cili hijau belah Kacau rata dan bolehlah ditutup apinya.

Penutup

Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Briyani malah Nasi Arab tidak akan lengkap tanpa dalca. Biasanya kita makan dalca daging atau dalca ayam bersama nasi minyak, nasi tomato dan pelbagai jenis nasi lagi. Tapi dalca sayur ini sedap bila makan dengan nasi putih. Lebih-lebih lagi bila kita gandingkan dengan sambal belacan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.