fbpx

9 Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Berkilat Viral!

0

Hari ini saya nak kongsi resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah yang sedap. Pasti menyelerakan jika digandingkan denggan Ayam Masak Merah yang warnanya merah berkilat dan acar jelatah! Sajian Nasi Tomato ini saya kongsikan istimewa untuk anda. Nasi Tomato yang sedap rasanya sedikit masam dari tomato, harum bau tumisan bawang dan daun pandan. Warna dia merah oren elok. Nak pikat hati pasangan anda, cuba bekalkan Nasi Tomato yang lazat dan menyelerakan ini, apalagi jika  menggunakan beras basmathi yang lembut jika dikukus nasi akan lebih gembur dan tiada kerak seperti mana cara masakan Mat Gebu untuk resepi masakan Mat Gebu.

Resepi Nasi Tomato Yang Mudah Dibuat Mat Gebu

Nasi Tomato Yang Mudah Dibuat Mat Gebu

Nasi Tomato Yang Mudah Dibuat: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit, toskan
  • 1 camca besar penuh tomato paste
  • 2 camca besar tomato sos
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan susu sejat IDEAL
  • 1 genggam kismis
  • Daun sup, hiris kasar
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji bawang besar, saiz sederhana*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 kiub pati ayam Maggi*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar penuh mentega (boleh guna minya sapi)
  • Hirisan daun sup untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi. Tumis daun pandan, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum. Masukkan tomato paste, kacau rata dan masak sekejap, tambah sos tomato dan beras. Gaul rata dan goreng 1 minit dengan api kecil. Kacau sentiasa.
  2. Alihkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan air dan susu sejat. Tambah garam secukup rasa, kacau dan masak seperti biasa. Sementara itu panaskan kukus, alas kukus dengan daun pisang dan cucuk sedikit daun pisang tadi.
  3. Bila nasi kering (bila lampu pada periuk nasi bertukar ke ‘warm’), terus off kan suis periuk nasi dan alihkan nasi tomato ke dalam kukus. Tabur daun sup yang dihiris kasar, kismis dan satu camca besar bawang goreng. Tabur rata-rata. Kukus 15 minit dan gemburkan.
  4. Hidangkan nasi dengan lauk pauk sampingan seperti ayam masak merah, kari ayam atau daging, dalca, pencuk, acar timun dan paceri nenas.

Ayam Masak Merah Mat Gebu

Ayam Masak Merah: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

 

  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
  • 1 genggam kacang gajus, goreng hingga perang, angkat dan toskan
  • 3 camca besar pes tomato (tomato puree)
  • 3 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos cili
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan air
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Kacang pis untuk hiasan (tak letak)

Bahan Kisar Halus:

  • 1 biji bawang besa
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/4 cawan kismis
  • 2 biji buah keras

Cara-cara:

  1. Ayam digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam, perap sekejap dan goreng hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato pure dan masak sekejap. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata.
  2. Tambah ayam tadi dan gaul rata2 dan tuang air. Masukkan gula melaka, kacau dan masak dengan api sederhana hingga pekat. Rasa dan tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan masukkan gajus goreng, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun bawang dan kacang pis. Boleh hidangkan.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Che Nom

Nasi Tomato Che Nom

Resepi Nasi Tomato: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras

Bahan dipotong halus:

  • 3 cm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
  • Bahan-bahan lain yang berkaitan:
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato sup
  • 1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:

  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

Ayam Masak Merah Ala Pengantin

Ayam Masak Merah Ala Lauk Pengantin: Sumber Che Nom

Bahan Kisar Halus:

  • 20-25 biji cili kering
  • 5-8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit air

Bahan-bahan lain:

  • ½ -1 ekor ayam (size kecil atau sederhana)
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • minyak masak, anggaran 2 cawan
  • ½ biji bawang besar
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis (boleh tambah pelaga,bunga lawang dan cengkih, jika suka)
  • 1 biji tomato
  • 1 batang serai
  • sedikit air,untuk berkuah
  • 2 sudu besar gula melaka
  • ½ -1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • garam, secukup rasa
  • ½ cawan kacang pis
  • 1 biji bawang Holland/bawang besar, untuk taburan akhir

Cara-cara:

  1. Cincang kasar kesemua bahan-bahan untuk kisar halus.
  2. Masukkan dalam pengisar, tambah sedikit air dan kisar halus.
  3. Potong ayam kepada bahagian kecil, gaulkan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
  4. Panaskan minyak. Goreng kesemua ayam sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
  5. Keluarkan sedikit minyak, tumis bawang besar yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  6. Masukkan daun pandan yang dicarik dan juga kayu manis.
  7. Masukkan hirisan tomato dan serai. Kacau sehingga tomato hancur.
  8. Tuang kesemua bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak serta warna kuah sambal bertukar manjadi gelap dan pekat.
  9. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, diikuti gula melaka, susu cair, air asam jawa, garam secukup rasa dan kacang pis.
  10. Tambah sedikit air jika kuah kering. Tabur dengan hirisan bawang holland pada akhir sekali dan masak sebentar sukup sekadar bawang holland layu.
  11. Bolehlah angkat dan hidang bersama nasi tomato, dan jelatah atau acar timun.

Resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Azlita Aziz

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah

Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras – cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar majerin /minyak sapi
  • 5 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
  • daun pandan disimpul
  • daun sup cincang

Bahan Tumis:

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker.
  2. Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.
  5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.

Bahan Ayam Masak Merah: (Bahan A)

  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Minyak masak secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan B:

  • 15 tangkai cilikering Kisar
  • 2 inc halia ~ kisar
  • 3 ulas bawang putih ~ kisar
  • 1 labu bawang besar ~ kisar
  • 2 batang serai ~ titi
  • 4 biji tomato ~ potong baji

Cara-cara:

  1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum.
  3. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
    Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

Resepi Nasi Tomato Utara Dan Ayam Masak Merah Style Kenduri Eny Abdullah

Nasi Tomato Utara Dan Ayam Masak Merah Style Kenduri

Nasi Tomato Utara Dan Ayam Masak Merah Style Kenduri: Sumber Eny Abdullah

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras parboiled basmathi Jasmeen
  • Daun pandan disimpul
  • 5 sudu Minyak sapi atau butter
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tin kacang pis hijau
  • 2 sudu teh garam 
Bahan cair kita campur sekali bagi cukup 5 1/2 cawan iaitu :
  • 1 cawan susu sejat
  • 1/2 tin besar tomato puree
  • Air cukupkan jadi 5 1/2 cawan bersama bahan diatas
Bahan kisar dengan sedikit air
  • 10 ulas bawang merah atau 2 ulas bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi atau butter. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan  bunga lawang serta daun pandan. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi bahan kisar tu.
  2. Masukkan beras, masak sekejap dan masukkan bahan cecair yang dicampur sekali.
  3. Masak sampai kering airnya, bila kering air, tutup periuk dan kecilkan api. Masak sampai nasi masak sepenuhnya.
  4. Tabur kacang pis diatas nasi dan gaul rata

Nota:

  • 4 cawan beras basmati ni bila kembang banyak boleh makan 10 ke 15 orang. Kalau beras biasa 4 cawan boleh makan 5 ke 6 orang. Sebab tu ayam saya guna 2 ekor.

Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam dipotong, gaul garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 tin kacang pis hijau
  • Daun pandan disimpul
  • 1 cawan santan
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1 cawan sos cili
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak goreng ayam

Bahan Kisar:

  • 1 mangkuk besar cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 15 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis kuliy kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili garing dan masak sepenuhnya. 
  2. Masukkan sos cili, sos tiram dan tomato puree serta asam gelugur. Masuk garam dan gula secukup rasa. 
  3. Masukkan ayam dan masukkan sedikit air supaya ayam lembih lembut dan meresap kuahnya dalam ayam. Masak sampai pekat dan akhir sekali masukkan santan. Kacau rata dan biar mendidih. 
  4. Tabur kacang pis hijau dan siap. 

Resepi Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato Bonda

Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato Bonda

Ayam Masak Merah Dengan Nasi Tomato: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmati – cuci dan rendam 20 minit dan toskan
  • 3 cawan air – ikut sukatan dipeket beras seeloknya
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 biji tomato didadu
  • 1/2 biji carrot diparut
  • 1 sudu makan kismis (optional)
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak jagung
  • 1 kiub ayam dan 1 sudu kecil garam

Bahan Tumis A:

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji Lawang
  • 3 biji buah pelaga

Bahan Tumis B:

  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas garlic*
  • 1 inc halia*
  • Finely chopped bahan *
  • 1 helai daun pandan disimpulkan
  • 2 tangkai pudina

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk rice cooker dan tumis bahan A, diikuti dengan bahan B dan tumis hingga wangi. Masukkan sos tomato, tomato dadu dan carrot parut. Kacau sebentar.
  2. Masukkan susu, air, kiub ayam dan garam biarkan mendidih, baru masukkan beras. Pindahkn periuk ke rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  3. Bila nasi sudah kering, masukkan kismis dan selepas 15 minit baru gemburkn nasi dengan garfu. Hidangkn bersama lauk ayam masak merah.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 10 ketui ayam potong sederhana gaul garam dan kunyit
  • 1 bj tomato cincang
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos cili
  • Minyak untuk menggoreng ayam dan menumis
  • Air secukupnya
  • Kiub, gula dan garam secukup rasa

Bahan Tumis:

  • 1 kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

  • 10 biji cili kering rebus
  • 1 labu bawang besr
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dan tumiskan bahan tumis diikuti bahan kisar hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, tomato cincang dan ayam. Balancekn rasa dengan kiub, gula dan garam. Kacau rata hingga masak. Hidangkan dengan nasi kegemaran. 

Resepi Nasi Tomato Kukus Azie Kitchen

Nasi Tomato Kukus Azie Kitchen

Nasi Tomato Kukus: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5 cawan beras Basmathi – cuci dan toskan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 biji tomato – cincang
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 s/b majerin/minyak sapi
  • 5 sudu besar minyak
  • Garam secukup rasa
  • Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan)
  • Daun pandan disimpul atau daun sup cincang 

Bahan Tumis:

  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 5 ulas bawang merah – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. 
  2. Masukkan susu cair, tomato cincang, tomato sos, garam dan gaul rata. Tambah air, daun pandan dan  masak sehingga air mendidih.
  3. Masukkan beras. Alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti biasa.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata perlahan lahan supaya nasi tidak patah dan hancur. Boleh dihidangkan bersama lauk Beriani Kambing, Ayam Masak Merah dan Dalca atau Acar Timun.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil, lumur kunyit garam & goreng

Bahan Kisar:

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili merah
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato
  • 2 sudu besar tomato sos

Bahan lain:

  • Kacang peas (tak letak)
  • Sedikit susu cair
  • Bawang besar – potong bulat gelang
  • Garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
  2. Setelah itu masukkan sedikit susu cair, ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. 
  3. Gaulkan hingga sebati dan rata. Jika terlalu kering, masukkan air secukupnya.
  4. Apabila telah kering bolehlah diangkat. Hias dengan daun sup atau daun bawang.

Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Hafizah Yahya

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Hafizah Yahya 

Nasi Tomato Ayam Masak Merah: Sumber Hafizah Yahya

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras – dibersih dan ditoskan (Kalau guna beras basmathi rendam selama 20 minit dan toskan)
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 5 sudu besar tomato sup – Saya guna jenama kimball 

Bahan Tumis:

  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 1 labu bawang besar – dicincang 
  • 2 biji tomato – di cincang
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 ulas bawang putih – di hiris
  • 3 ulas bawang merah – di hiris
  • 1 inci halia – di hiris nipis
  • 2 helai daun pandan – di simpul
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Cairkan minyak sapi dan minyak masak diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 2 minit. 
  2. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.
  3. Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit.
  4. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato sup, simpulan daun pandan dan garam secukup rasa.
  5. Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.

Ayam Masak Merah

Bahan A:

  • 1 ekor ayam – di potong 12
  • garam dan kunyit secukupnya – untuk menggoreng ayam
  • 2 batang serai – di ketuk
  • 1 labu bawang besar – di potong bulat 
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1 sudu besar gula melaka

Bahan B: (Dikisar)

  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 10 tangkai cili kering – di rebus hingga lembut dan toskan
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga keemasa dan ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
  4. Perasakan dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api dapur.

Resepi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Citarasawan

Nasi Tomato Citarasawan

Nasi Tomato: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras Basmathi
  • 2 1/2 cawan air
  • sedikit halia di hiris
  • 1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
  • 2 ulas bawang putih potong dadu
  • 3 sudu besar tomato paste
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 batang serai diketuk
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam
  • Hiasan daun pudina dan bawang goreng

Rempah Kasar:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 biji bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang

Cara-cara:

  1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta rempah kasar.
  3. Tumis sehingga naik bau, masukkan tomato paste, serai, kacau sebati.
  4. Kemudian toskan beras dan masukkan dalam rice cooker bersama bahan tumis tadi serta air dan garam. Kacau biar rata dan tanak seperti biasa.
  5. Bila masak gemburkan dengan garfu perlahan-lahan supaya nasi tak patah.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana*
  • 3 ulas bawang putih*
  • sedikit halia*
  • 2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
  • 2 sudu besar tomato paste
  • 2 sudu besar sos cili / sos tomato
  • garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang besar potong bulat untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan, gaul garam dan kunyit, kemudian goreng
    dan ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian tumis dengan cili kisar
    sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
  3. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato.
  4. Masukkan gula dulu dan masukkan sedikit air, perasakan dengan garam
    secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis. Tambah kacang
    peas jika suka

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Buat Orang Lapo

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Buat Orang Lapo

Nasi Tomato Ayam Masak Merah: Sumber Nazatul Fairuz

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 3/4 cawan tomato puri
  • 1 biji tomato (didadu)
  • 1/4 cawan susu cair
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 cawan beras

Cara-cara:

  1. Cairkan minyak sapi kemudian tumis bawang bersama cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun pandan, tomato puri dan jugak tomato yang didadu. Kacau sebentar.
  3. Masukkan pula susu cair dan air secukupnya (ikut kuantiti beras macam masak nasi biasa).
  4. Tambahkan sedikit garam. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan ke dalam periuk tadi. Kacau sedikit. Kemudian masak seperti biasa.

Nota:

  • Minyak sapi boleh digantikan dengan mentega@marjerin@minyak masak.
  • Tomato puri boleh digantikan dengan sos tomato (lebihkan sikit kuantiti).

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • 5 Ketul Ayam
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan Lain:

  • Minyak untuk menumis
  • 1 Kulit Kayu Manis
  • 2 Bunga Lawang
  • 2 Buah Pelaga
  • 1 Batang Serai
  • 2 Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Inci Halia
  • 2 Sudu Besar Cili Kering Kisar
  • Air Secukupnya
  • 3 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Sudu Besar Tomato Puri
  • Gula
  • Garam
  • Bawang Holand
  • Tomato

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit sehingga rata. Perap ayam lebih kurang 30 minit.
  2. Goreng ayam separuh masak. Jangan goreng ayam sampai garing kerana ayam akan menjadi keras nanti. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Sementara itu sediakan kuahnya. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan serai tumis sebentar.
  4. Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Tumis sehingga naik bau.
  5. Kemudian, masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga garing.
  6. Masukkan sedikit air, tumis lagi sehingga cili garing dan pecah minyak.
  7. Kemudian, tambah sedikit air lagi dan ulangi proses ini sebanyak 3 kali sehingga cili betul-betul garing dan cili bertukar warna menjadi sedikit gelap.
  8. Masukkan sos cili dan tomato puri dan kacau hingga sebati.
  9. Tambahkan garam dan gula secukupnya dan seimbangkan rasa.
  10. Seterusnya, masukkan ayam dan tambah air secukupnya dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
  11. Akhir sekali, masukkan bawang holand yang dihiris serta tomato sebagai hiasan dan tunggu sehingga sedikit layu dan sedia untuk dihidangkan.

Penutup

Resepi Nasi Tomato ini, jika anda nak gunakan beras biasa pun boleh, cuma kalau guna beras basmathi pasti lagi cantik dan menyelerakan. Beras basmathi juga bagus untuk kesihatan. Lauk yang digandingkan sangat ringkas namun pasti membangkitkan selera anda dengan Ayam Masak Merah, Kari Ayam mahupun Daging, Dalca ataupun mana-mana lauk kesukaan anda.

Anda juga boleh cuba resepi ini:

Leave A Reply

Your email address will not be published.