fbpx

9 Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

0

Teringin nak makan ayam masak merah tetapi mahu kelainan sedikit pada masa yang sama masih lagi mengekalkan kesedapan?

Selalunya ayam masak merah dimasak dengan pelbagai cara mengikut kreativiti dan versi masing-masing.

Dan setiap versi yang dibuat pasti mempunyai keistimewaan dan kesedapannya yang tersendiri.

Apa kata anda mencubanya versi yang saya senaraikan terlebih dahulu barulah masakan kita menjadi lebih versatile.

Belum cuba, belum tahu. 

Jom lihat 9 resepi ayam masak merah memang padu habis. 

1. Ayam Masak Merah ala Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan kisar halus:

  • 2 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 inci lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang besar
  • 20 biji cili kering (lebihkan jika anda suka pedas)

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah:

  • 1/2 biji bawang merah, hiris nipis untuk tumisan
  • minyak
  • 1 ekor ayam
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2-3 tangkai daun kari
  • gula melaka secukupnya
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil serbuk secukup rasa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang, hiris membulat
  • hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam blender kemudian blender semua bahan kisar bersama cilik kering sehingga halus
  2. Gaulkan ayam bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam sehingga separuh masak
  4. Angkat ayam tersebut kemudian ketepikan
  5. Tumis bawang merah dan masukkan 2 tangkai daun kari.
  6. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi. Kacau sampai pecah minyak.
  7. Masukkan gula melaka secukupnya dan 3 sudu besar sos tiram.
  8. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi bersama sedikit air asam jawa dan serbuk secukup rasa.
  9. Masukkan garam secukup rasa dan bawang merah merah yang dihiris bulat. Kacau sampai bawang sedikit menjadi layu.
  10. Tutup api. Ayam masak merah sudah siap sedia untuk dihidangkan

2. Ayam Masak Merah Madu

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend ) 
  • 5 ulas bawang merah ( blend ) 
  • 3 ulas bawang putih ( blend ) 1 cm halia ( blend ) 
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan ) 
  • 1 biji cili merah (hiris) 
  • 1 biji tomato (belah 4) 
  • 3-4 sudu makan cili giling 
  • 1 sk gula merah 
  • 1-2 sudu makan tomato puri/sos tomato 
  • 1 sudu besar madu 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • Minyak Garam, kunyit dan Gula/perasa 
  • Sedikit gajus dan daun ketumbar Air

Cara Penyediaan: 

  1. Ayam dibersihkan, perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan 
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing. 
  3. Masukkan cili giling dan juga gula merah tumis hingga pecah minyak 
  4. Masukkan tomato puri, sos tiram dan madu. Kacau sebentar Masukkan air (jika ingin sedikit berkuah).
  5. Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)Tak boleh terlalu masin sbb ayam dah diperasakan dengan garam kunyit 
  6. Masukkan ayam, kacau hingga mesra dengan sos/kuah.
  7. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, gajus dan tomato. Kacau sebentar. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.Tutup api

3. Ayam Masak Merah Kelantan

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong 12 bahagian
  • Serbuk kunyit dan garam secukupnya
  • ½ keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 tin kecil tomato pes
  • 2 biji tomato. Belah 4
  • ½ tin kacang peas. Toskan airnya
  • Rempah kasar
  • 1 labu bawang holland, hiris nipis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 5 batang serai di ketuk
  • ½ cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 5 sudu besar cili kering yang di rebus dan di kisar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 labu sedang bawang holland

Cara Penyediaan:

  1. Cuci ayam hingga bersih, toskan.
  2. Gaul garam dan kunyit, kemudian goreng ¾ masak. Ketepikan.
  3. Tumis dahulu bawang besar hiris hingga layu
  4. Kemudian masukkan serai dan rempah kasar, tumis hingga naik bau
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
  6. Masukkan gula dan tumis hingga pes berkilat.
  7. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato
  8. Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukuppnya.
  9. Apabila mendidih, masukkan buah tomato.
  10. Akhir sekali masukkan ayam yang di goreng tadi, gaul hingga bersalut rata.
  11. Tambah kacang peas dan daun ketumbar jika suka.

4. Ayam Masak Merah ala Thai

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan A (wajib)

  • 10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 batang serai dititik
  • Daun limau purut
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • Minyak
  • Sedikit air

Bahan B (kisar):

  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili api

Cara Penyediaan:

  1. Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.
  2. Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garam untuk rasa secukupnya.

5. Ayam Masak Merah Berempah

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji tomato (potong dadu)
  • 3 sudu cili kering yg diblender

Bahan-bahan (Perapan Rempah):

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 sudu gula
  • 1 sdt garam
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 1sdt jintan manis
  • 1 sdt jintan putih
  • 1 sdb rempah rosemary

-tumbuk bawang merah, bawang putih, serai kemudian gaul semua bahan untuk perapan rempah.

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan cili kering yang teleh diblend. Tumis sehingga sebati.
  2. Masukkan ayam yang telah diperap. Goreng hingga ayam masak.
  3. Kecilkan api kemudian masukkan sos tomota. Kacau hingga rata.
  4. Tutup kuali dengan penutup kemudian biarkan seketika selama 5-6 minit.
  5. Kemudian masukkan bawang besar dan tomato yang telah dihiris.
  6. Tutup api dan siap dihidangkan.

6. Ayam Masak Merah Rempah Kari

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • 6 ketul ayam
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Bunga Cengkih
  • Ketumbar
  • Garam Secukupnya
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 cawan sos tomato
  • Minyak Secukupnya

Bahan A

  • 2 biji Bawang Merah (Dikisar)
  • 2 biji Bawang Putih (Dikisar)
  • 1 inci Halia (Dikisar)
  • 1 sudu besar cili boh

Bahan B

  • 2 biji Bawang Merah (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)

Cara Penyediaan:

  1. Ayam dilumur dengan kunyit dah ketumbar yang ditumbuk. Kemudian goreng hingga garing. Setelah garing, asingkan di dalam pinggan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. 
  3. Setelah panas, tumis Kayu Manis, Bunga Lawang, Bunga Cengkih hingga naik bau. Setelah naik bau, masukkan bahan A. Tumis hingga naik minyak. 
  4. Kemudian masukkan serbuk kari, sos tomato dan garam. Kacau hingga sebati. Setelah sebati masukkan ayam yang telah digoreng sebentar tadi. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan bahan B. Kacau untuk 2 minit dan kemudian boleh dihidangkan.

Cadangan Hidangan:

Masakan ini sesuai dimakan dengan nasi minyak atau nasi tomato

7. Ayam Masak Merah Penang (Ala Mamak)

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam . Bersih dan potong 10 bahagian 
  • 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) “Kimball Sup Tomato”.
  • 3 sudu besar tomato puri/ 1 tin kecil - (boleh digantikan fresh tomato 1 biji di blender)
  • 1/2 Tin Susu cair/sejat.
  • 1 helai pandan dipotong 2″ 
  • 2 biji bawang besar dihiris panjang
  • 2 btg. kayu  Kayu manis berukuran 2″ 
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.
  • 1 sudu besar  serbuk jintan putih.
  • 1 sudu kecil  serbuk jintan manis.
  • 1 sudu kecil kas-kas (opsyenal)
  • 1 sudu kecil garam masala (opsyenal)
  • 2 sudu besar serbuk cili ( ikut suka pedas).
  • Sedikit perwarna merah oren-aku bubuh jus sunquick
  • 100gm santan pekat -aku tak bubuh
  • 2 sudu besar buah badam direbus dan dikisar halus.
  • 1 sudu besar pes halia 
  • 2 biji bawang putih.
  • Garam secukupnya rasa
  • Daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

Bahan-bahan (untuk dikisar):

  • 10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
  • 1 batang karot.
  • 1 biji tomato.
  • 1 biji bawang labu besar.
  • 1 inci Halia.
  • 5 ulas bawang putih
  • 100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.

*Sekiranya anda punyai pes bawang putih halia gunakan 2 sudu besar. Tak perlu gunakan Halia dan Bawang putih.

Cara Penyediaan:

1. Goreng ayam + kunyit + garam hingga sedikit kekuningan.

2. Kisar bawang +halia, + bawang putih dan asingkan.*

3. kisar karot +tomato +cili hidup dan asingkan.

4. Panaskan kuali dan masukkan minyak minyak lebihan gorengan ayam tadi.. Masukan rempah ratus kayu manis dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan.

5. Masukan kisaran bawang+bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, masukkan kisaran tomato+cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman  dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6. Masukan serbuk cili +serbuk jintan putih + jintan manis.

7. Bila kuah mula pecah minyak masukan  100 gm santan pekat.

8. Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9. Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum

 

8. Ayam Masak Merah Perak

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-bahan:

  • ⅓ cwn santan pekat
  • ½ ekor ayam lumur garam kunyit dan goreng sekejap
  • Sedikit air
  • Sos Tomato

Bahan (untuk dikisar):

  • 10 tangkai cili kering*
  • 1sd makan jintan manis*
  • 3sdu makan kacang tanah*
  • 2biji buah keras*
  • 1inci belacan*
  • 2 bunga lawang*
  • 2 cengkih*
  • ¼ btg kayu manis* (xblh bnyk sbb bau kuat)
  • 1biji cili hidup
  • 5biji bwg merah

-sangai bahan bertanda* dan blend halus dgn sedikit air bersama cili hidup dan bawang merah.

Bahan (untuk ditumis):

  • 2biji bwg merah dimayang
  • 3ulas bwg putih dimayang
  • 3inci halia dimayang
  • 1kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 cengkih

Cara Penyediaan:

  1. Tumis semua bahan tumis hingga wangi. 
  2. Masukkan bahan blend tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing. 
  3. Masukkan ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar.
  4. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
    Pemilik Resepi: Cik Puan Nurshima via MAHN

9. Ayam Masak Merah Sos Tomato

Resepi Ayam Masak Merah Padu Habis

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, dipotong sederhana kecil
  • 1 tin kecil kacang pis
  • 1/2 biji bawang besar, hiris
  • 1 senduk minyak masak
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai, dititik

Bahan untuk dikisar:

  • 1 biji tomato saiz besar
  • 10-15 biji cili kering, buang biji dan rebus
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar

Cara Penyediaan:

  1. Goreng ayam 3/4 masak
  2. Cincang kasar bahan untuk dikisar, dan kisar menggunakan blender hingga halus
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga kekuningan.
  4. Masukkan bahan kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, serai dan akhir sekali kacang pis. Perasakan dengan garam dan gula ikut rasa.
Leave A Reply

Your email address will not be published.