fbpx

9 Resepi Nasi Ayam yang Mudah dan Sedap (Confirm Menjadi)

0

Nasi Ayam menjadi memang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. 

Hidangan ini paling femes terutama majlis rumah terbuka. 

Hal ini disebabkan cara penyediaannya yang sangat mudah, simple dan versatile serta dapat memenuhi selera semua orang. 

Jadi tidak hairanlah sekarang ini terdapat pelbagai variasi nasi ayam yang mempunyai cara masakan yang berbeza.

Betullah, kalau asyik masak menu yang sama terutamanya pada majlis tertentu bukan ke tak versatile lebih-lebih lagi untuk tetamu terhormat kita. 

Jadi, apa kata kita uprgrade sikit cara masakan kita dengan pelbagai variasi resepi nasi ayam.

Disini kami kongsikan di bawah ini 9 resepi nasi ayam yang cukup mudah dan sedap untuk anda cuba dirumah. 

1. Nasi Ayam Hainan

Resepi Nasi Ayam

AYAM CELUR @ REBUS

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam belum dipotong – dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya
  • Air secukupnya ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
  • Halia – dipotong
  • Daun bawang – dipotong
  • bawang besar – dibelah
  • bawang putih – dibelah
  • sup bunjut

Cara Memasak :

  1. Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais.
  2. Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

NASI AYAM

Bahan-bahan :

  • 4 pot beras 6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
  • 3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi – yang dalam botol
  • Minyak untuk menumis
  • Daun pandan – disimpul

Bahan Kisar:

  • 4-5 ulas bawang merah 4-5 ulas bawang putih 4 inci halia

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih.
  3. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.

SOS CILI

Bahan-bahan :

  • 4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak

Cara Memasak:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
  2. Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  3. Tutup api dan tuang sedikit cuka.
  4. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

SOS HALIA DAN BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • Seketul halia
  • 2 ulas bawang putih garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak

Cara Memasak:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
  2. Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  3. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

SOS KICAP

Bahan-bahan :

  • Sedikit air rebusan sup
  • Kicap

Cara Memasak:

  1. Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!

2. Nasi Ayam Madu

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras
  • 1/4 bawang besar
  • 2 sudu mentega
  • sehelai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • madu
  • kicap pekat
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 sup bunjut adabi
  • sos tiram
  • 1/2 sudu serbuk lada putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih

Bahan Hiasan:

  • daun bawang
  • daun sup
  • bawang goreng
  • daun salad/timun

Cara Penyediaan:

  1. Bersih ayam. Potong ikut suka
  2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
  3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
  4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
  5. Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
  6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

3. Nasi Ayam ala Thai

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan

Sup:

  • I biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Ayam satu ekor
  • 3-4 batang akar daun ketumbar
  • 4-5 hirisan halia tua
  • 1 kiub ayam

Air Asam:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili api
  • Sedikit sos cili
  • Tomato

Cara Cara Memasak:

Sup:

  1. Blend bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
  2. Rebus ayam bersama daun ketumbar, halia tua, kiub ayam dan bahan blend tadi
  3. Rebus sampai ayam lembut. Perasakan dengan garam, gula, aji(optional) lada sulah, lada hitam sikit. Sejukkan. (simpan sikit sup untuk buat air asam padu)

Nasi:

  1. Rendam dulu beras dalam masa setengah ke 1 jam.
  2. Lepastu basuh beras tadi dan masak nasi ayam macam masak nasi biasa. Tetapi gunakan air rebusan ayam tadi. 

Air Asam:

  1. Bend bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili api dan sedikit sos cili. blend kasar kasar na. Jangan halus sangat. Ketepikan.
  2. Potong atau hiris tomato ikut citarasa anda.
  3. Hiris kasar kasar daun ketumbar.
  4. Bila dah siap semua, satu kan semua bahan dan campur dengan sup ayam tadi dengan air limau nipis/lemon. Perasakan. Pastikan air asam Ni ada rasa manis, masam, pedas.

# Untuk lebihan sup tadi hakak masukkan sengkuang yang di potong kiub. Tapi kalau takmau letak pun takpa. Kalau letak memang sedapp.

# Untuk nasi yang lembut dan mabeles. Guna minyak ayam. Apa tu minyak ayam?? Lemak lemak yg ada kat ayam jangan buang Tau. Goreng tanpa minyak lemak lemak ayam tu sampai lah lemak lemak tu keluarkan minyak. Guna minyak tu untuk masak nasi.

4. Nasi Ayam Sos Lemon

Resepi Nasi Ayam

Untuk resepi Nasi Ayam Pusa Gold Planta:

1. Basuh beras dalam penapis.

2. Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.

3. Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.

4. Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum ditutup apinya.

5. Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan yang betul.

6. Masak nasi seperti biasa. Selepas nasi masak, boleh tambahkan sedikit lagi Planta untuk rasa yang lebih sedap.

 

Resepi Sup Ayam Ringkas:

1. Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.

2. Masukkan 3 hirisan halia. Masuk sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.

3. Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri. Kemudian masukkan 5-6 cawan air.

4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa. Tutup api selepas rasa sebati.

 

Resepi Air Cili:

1. Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato.

2. Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.

3. Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.

4. Tambahkan garam gula sekiranya perlu. Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.

 

Resepi Sos Kicap:

1. Ambil 2 senduk sup. Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.

2. Tambahkan sedikit perasa. Tutup api selepas sos mendidih perlahan.

 

Resepi Ayam Goreng Crispy:

1. Hiris nipis 1 ketul dada ayam

2. Perapkan bersama bahan dalam gambar (gandakan untuk depan belakang).

* 1 sudu besar sunquick

* 1/2 sudu kecil kicap Jalen

* 1 titik sos ikan

* secubit garam

* secubit perasa

* 1/2 sudu kecil lada sulah

* secubit lada hitam kisar

3. Lumurkan putih telur. Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang (boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih). Perap selama 1 jam.

4. Panaskan minyak. Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering (kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali).

5. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata. Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.

 

Resepi Sos Madu Lemon:

1. Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon. Masukkan 1 sudu besar madu.

2. Tuang bancuhan air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam). Masukkan secubit garam/secukup rasa.

3. Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.

4. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.

5. Nasi Ayam Ipoh

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan: 

Untuk Nasi:

  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu mentega
  • sedikit lemak ayam

Untuk Ayam:

  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)

Untuk Sup:

  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah

Untuk Sos Cili:

  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air rebusan ayam

Untuk Kicap:

  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat secukupnya
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

Bahan Hiasan:

  • Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara Memasak Nasi:

  1. Mula mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair.
  2. kemudian masukkan bahan* yg telah di blend.
  3. Biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
  4. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
  5. Kacau2 sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
  6. Biarkan hingga nasi masak.

Penyediaan ayam:

  1. Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam.
  3. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven.
  4. Kalau nak goreng, jgn  terlalu lama...agak2 warna  dah bertukar kehitaman boleh terus diangkat.

Cara penyediaan cili:

  1. Masukkan semua bahan di dalam blender dan blend hingga hancur.

Cara penyediaan kicap:

  1. Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Selepas blend isi dalam periuk dan panaskan atas dapur.
  3. Agak2 dah panas..boleh la dimasukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.

Cara cara penyediaan sup:

  1. Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
  2. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa.
  3. Masak hingga mendidih.
  4. Perasakan sup.

6. Nasi Ayam Panggang

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Untuk Nasi Ayam:

  • 3 cawan beras - dicuci dan ditoskan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 4 ulas bawang putih - dihiris
  • 4 ulas bawang merah - dihiris
  • 4 ½ cawan air rebusan ayam 
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 helai daun pandan - dikoyak dan simpulkan
  • 2 inci halia - diketuk

Untuk Sos Cili:

  • 4 biji cili merah
  • 2 biji cili padi (ikut citarasa)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia muda - dihiris
  • 100 ml air rebusan ayam
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar jus limau kasturi

Untuk Sos Kicap:

  • (digaul dalam mangkuk):
  • Kicap lemak manis secukupnya
  • 4 sudu besar air rebusan ayam
  • 3 sudu kecil minyak bawang putih (bawang putih cincang yang digoreng dengan minyak masak)

Bahan untuk rebusan ayam:

  • 1 ekor ayam - saiz sederhana
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia - diketuk
  • 4 ulas bawang putih - diketuk

Bahan untuk perapan ayam:

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu beasr madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu teh minyak bijan (opsyenal)
  • Sedikit lada sulah

Cara Memasak

Ayam:

  1. Cuci ayam dengan bersih di bawah air yang mengalir, kemudian masukkan kedalam periuk. Rebus ayam bersama halia, bawang putih dan masukkan juga kiub ayam.
  2. Setelah air rebusan mendidih dan isi ayam agak lembut, matikan api dapur dan toskan ayam. Perap ayam dalam 15 minit, masukkan kedalam oven dan panggang sehingga kulit ayam agak garing.
  3. Sementara ayam masak, asingkan air rebusan tadi untuk penyediaan nasi, sos kicap dan sos cili.
  4. Biarkan ayam seketika sebelum memotong mengikut saiz hidangan yang diingini (untuk mengelak dari isi ayam menjadi keras setelah sejuk, jangan potong ayam tersebut ketika masih panas).

Nasi:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan gorengkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang sehingga naik bau dan bewarna perang keemasan.
  2. Masukkan beras ke dalam kuali dan kacau sehingga rata. Kemudian, alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
  3. Masukkan air rebusan ayam, daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam periuk nasi yang berisi beras.

Sos Cili:

1. Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan halia yang dihiris bersama dengan air rebusan ayam di dalam pengisar sehingga ia mencapai kepekatan yang diiingini.

2. Untuk sos yang tahan lama, bolehlah dimasak terlebih dahulu dan ia boleh disimpan di dalam bekas kaca kedap udara sehingga 1 minggu di dalam peti sejuk.

7. Nasi Ayam Penyet

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan:

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):

  • 1 ekor ayam, potong 4 atau 8
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • air secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:

  • 1/2 sudu jintan manis *
  • 1/2 sudu jintan putih *
  • 3 sudu besar ketumbar *
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:

  • Lebihan perapan rempah ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam:

  • 3 cawan beras, bersihkan dan tos
  • 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
  • 1 helai daun pandan, carik dan simpul
  • Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 ikat sup bunjut adabi
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 batang serai
  • bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:

  • 10 biji cili padi
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji bawang merah, belah 4
  • 3 biji bawang putih, hiris kasar
  • 3 biji tomato, belah 4
  • 5 cm belacan bakar
  • 1/2 gengam ikan bilis
  • 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
  • secawan minyak
  • limau nipis atau limau kasturi
  • sedikit garam, jika perlu secukup rasa
  • Bahan untuk hidangan sampingan:
  • 4 ketul tauhu
  • 2 keping tempe
  • Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):

  1. Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
  2. Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:

  1. Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
  2. Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
  3. Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.
  4. Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
  5. Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.
  6. Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:

  1. Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
  2. Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:

  1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan kacau seketika.
  3. Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:

  1. Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
  2. Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:

  1. Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
  2. Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
  3. Kemudian goreng tomato sehingga layu.
  4. Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
  5. Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.

Cara-cara untuk bahan sampingan:

  1. Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.
  2. Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

8. Nasi Ayam Spesial

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

Untuk rebus

  • 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia yg diketuk

Untuk perap

  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit kicap cair
  • Sedikit minyak bijan

Cara cara:

1. Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja untuk menghasilkan ayam lembut.  

Untuk nasi

  • 5 cawan beras
  • 3 sudu besar butter
  • 1 cm halia - ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  • air rebusan ayam secukupnya
  • Sedikit garam
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 1 batang serai – ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna kuning

1. ​​​​Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

2. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

Untuk sos

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam 
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

*Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup

  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar kisar
  • Rempah sup
  • Garam
  • Daun sup yg dihiris.

*Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap 

  • Kicap manis cap kipas udang
  • Gula
  • 3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
  • Air rebusan ayam

*Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat. 

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera.

9. Nasi Ayam Diraja

Resepi Nasi Ayam

Bahan-bahan

Nasi:

  • 2 cup beras basuh dan toskan
  • 2 cup air
  • 2 cup chicken stock
  • halia (ambil dari chicken stock)
  • bawang putih
  • 1 sudu besar butter
  • daun pandan

Sup / Chicken stock:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 inci halia hiris kasar dan ketuk sedikit
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu besar perencah sup
  • daun sup dan daun bawang
  • 4 ulas bawang putih di ketuk

Bahan Perap: 

  • 1/2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu besar kicap manis
  • 3 ulas bawang putih diketuk

Sos Cili:

  • 1 Batang cili merah dicincang halus
  • beberapa batang cili api dicincang halus (ikut kepedasan masing-masing)
  • sedikit halia (ambil dari chicken stock) dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar sos cili
  • sedikit air
  • sedikit perahan jus limau
  • sedikit serbuk kunyit – ni letak dalam nasi. nak bagi warna cantik sikit

Cara Penyediaan:

  1. Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
  2. Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
  3.  Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam. Perap sekejap pun ok je.
  4. Yang selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. Suaikan rasa anda.
  5. Siap.
  6. Untuk nasi pula. Panaskan butter dalam periuk nasi.
  7. Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
  8. Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
  9. Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam. Sikit sahaja sebab chicken stock dah masin. Kalau tak nak letak pun takpe sebab nanti sup tu dah pun masin.
  10. Tanak nasi macam biasa.
  11. Sementara tunggu nasi masak. Siapkan pula sos cili.
  12. Korang boleh blend semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
  13. Adjust kepekatan ikut suka. Tapi jangan terlalu pekat.
  14. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kalau taknak letak gula pun ok je.
  15. Untuk ayam goreng dengan api sederhana. Tak payah goreng lama sangat. Agak dah hitam sikit boleh la angkat. Hati-hati jangan sampai hangus pulak.
  16. Siap. Sajikan dengan sedikit salad dan tomato.
Leave A Reply

Your email address will not be published.