fbpx

10 Tempat Menarik di Port Dickson

0

Tak mungkin anda tidak kenal dengan 10 Tempat Menarik Di Port Dickson ini. Seperti yang kita ketahui, Port Dickson dikenali dengan pantai yang cantik dan tarikan yang terdapat disitu. Nak tahu apa dan dimana ? Mari kita lihat. 

Rumah Terbalik Port Dickson

Rumah Terbalik Port Dickson
Jangan tidak tahu Port Dickson mempunyai Rumah Terbalik dimana ini merupaka salah satu tarikan disini. Pelancong melihat kekreatifan disini malah menjadi tempat mengambil gambar yang unik. Dengan harga yang berpatutan anda boleh membawa anak anak anda masuk ke temoat sebegini agar mereka terpegun. Rugi rasa nya jika singgah ke Port Dickson namun tidak singgah ke sini. Terdapat beberapa ruang sperti rumah biasa namun semua nya diterbalikkan seperti ruang tidur, ruang tamu, tandas dan dapur. 

Port Dickson Sunset Cruise

Port Dickson Sunset Cruise
Ingin merasai naik Cruise sambil melihat keadaaan sekeliling ? Anda harus cuba menaiki Port Dickson Sunset Cruise dimana mereka membawa pelancong melihat kawasan sekitar dan melihat matahari terbenam. Cruise ini akan melalui di kawasan pantai Port Dickson itu sendiri dan ia adalah peluang keemasan buat anda bergambar sepuasnya kerana keadaan sekeliling sangat cantik. 

Taman Tema Wild West Cowboy

Taman Tema Wild West Cowboy

Kali ini kita ke Taman Tema Wild West Cowboy pula. Disini terdapat beberapa bahagian seperti pawagam menceritakan kisah koboi, tempat makan dan tempat pameran baju-baju dan alatan koboi. Jadi siapa anak anda yang sukakan koboi malah anda sendiri, boleh singgah ke sini untuk melihat sendiri keunikannya. 

Pantai Saujana

Pantai Saujana

Credit : visitMalaysia.com

Selain Pantai Port Dickson , disini juga mempunyai Pantai Saujana yang cantik dan air yang biru kehijauan namun tidak sesak seperti di Port Dickson. Disini sesuai bagi anda yang mahu melihat ketenangan dan jauh daripada orang ramai. Namun saya tidak pasti jika selepas anda membaca artikel ini, Pantai Saujana akan dipenuhi pengunjung seperti Pantai Port Dickson.

Pantai Blue Lagoon

Pantai Blue Lagoon

Selain itu, terdapat juga Pantai Blue Lagoon. Patutlah dinamakan sedemikian kerana kawasan pantai ini membiru dan sangat indah. Sudah pasti menjadi tumpuan pengunjung lebih lebih lagi jika pada hujung minggu. Anda boleh bersantai disini sambil menikmati air kelapa yang dijual gerai berhampiran. 

Extreme Park PD

extreme park pd

Sudah bosan di pantai, ingin cuba melakukan aktiviti mencabar ? Anda boleh bermain go kart di Extreme Park PD dimana selain go kart, disini juga menyediakan aktiviti ekstrem seperti menaiki ATV, Flying Fox, Paintball dan memanah. Bunyi macam best kan ! Dengan harga yang berbeza untuk setiap pakej anda boleh bermain sepuasnya bersama rakan. Bahkan ada harga yang istimewa buat pelajar. 

Muzium Tentera Port Dickson

Muzium Tentera Port Dickson

Rasa nak tambah ilmu dan lebih patrioktik ? Anda boleh datang ke Muzium Tentera Port Dickson dimana disini terdapat pelbagai jenis kenderaan yang telah digunakan tentera ketika berperang dengan Komunis dahulu. Bukan sahaja kenderaan darat, malah kenderaan laut dan udara juga. Anda boleh melihat kereta kebal, jeep, helikopter dan pesawat pejuang yang laju. Menarik juga kan !

King’s Char Kuey Teow

King’s Char Kuey Teow

Sudah penat melihat kawasan sekeliling Port Dikcson dan terasa lapar ? Saya cadangkan anda makan di Kings Char Kuey Teow dimana restoran ini sering dipenuhi orang lebih lebih lagi ketika petang dan malam. Menjadi tempat lepak orang muda. Menu yang istimewa disini adalah char kuey teow ayam, kerang, udang dan ketam. 

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang

Credit : www.Malaysia-traveller.com

Bagi penggemar hidupan laut, anda harus datang ke Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang dimana disini pelbagai ikan hiasan seperti ikan Nemo, kuda laut, dan macam macam lagi yang sukar dijumpai. Disini ikan dijaga rapi dan anda tidak dibenarkan membelinya walaupun ia ikan hiasan. Tidak semua yang kita suka kita boleh miliki. 

Pantai Teluk Kemang

Pantai Teluk Kemang

Akhir sekali adalah Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang tersohor di Port Dickson dan menjadi tumpuan pelancong. Ini kerana terdapat pelbagai tarikan disini seperti bermain layang-layang, banana boat, jetski dan macam macam lagi. Bahkan makanan juga banyak dijual dsini. Memang serobok betul la sampai di Port Dickson ni. 

Saya harap anda manfaatkan 10 Tempat Menari di Port Dickson ini kerana semua tempat sangat cantik dan menarik. Rugi rasa nya jika anda tidak singgah disini. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.