Hari ini saya nak kongsi resepi kuih kaswi yang paling sedap. Kuih kaswi ini juga dipanggil Kasui / Kosui. Rasa kuih kaswi ini lembut dan tidak terlalu manis. Teksturnya sedikit kenyal. Rasanya pun seolah-olah kuih lompang. Cuma perbezaannya ialah kuih lompang menggunakan tepung beras dan tepung ubi manakala kuih kasui menggunakan tepung gandum dan tepung ubi. Mudah je nak sediakan bahan-bahan kuih kaswi ini. Jom kita cuba resepi kali ini.
Resepi Kuih Kaswi Che Nom
Kuih Kaswi: Sumber Che Nom
Bahan A:
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula putih
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan
Bahan B:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi kayu
- 3 cawan air
- 2 sudu besar bancuhan air kapur
Bahan C:
- 1 biji kelapa parut
- sedikit garam
Cara-cara:
- Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
- Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
- Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
- Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
- Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.
Tips:
- Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih.
- Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan.
Resepi Kuih Kaswi Istimewa Azie Kitchen Yang Sedap
Kuih Kaswi Istimewa: Sumber Azie Kitchen
Bahan bahan:
-
2 cawan tepung gandum
-
1 cawan tepung ubi
-
2 keping gula Melaka – saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
-
1 cawan gula pasir – saya tambah 1 sudu besar
-
7 cawan air
-
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
Bahan lain:
-
Kelapa parut muda
-
Sedikit garam
Cara-cara:
-
Masak air dengan gula Melaka dan gula pasir sehingga gula hancur. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
-
Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
-
Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam jug bermuncung.
-
Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar. Saya kukus dalam 1 jam.
-
Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
-
Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Resepi Kuih Kaswi Goyang Mat Gebu
Kuih Kaswi Goyang: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 1 1/3 cawan tepung ubi kayu
- 1 cawan hirisan gula melaka (atau boleh guna gula merah timbang)
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan, disimpul
- 5 cawan air
- 1 camca besar kicap pekat (untuk warna)
- 1 camca teh rata kapur makan (bukan air kapur, tapi ‘kapur makan)
- Kelapa parut putih secukupnya
- Sedikit garam halus
Cara-cara:
- Masak gula putih, gula melaka (atau gula merah timbang) dan daun pandan dengan lima cawan air hingga mendidih dan gula larut. Kacau rata dan sejukkan. Kemudian tapis. Sukat kembali air gula tadi sebanyak lima cawan. Jika kurang tambah air untuk mencukupkannya. Ketepikan.
- Panaskan kukus. Balut tutup kukus dengan tuala dapur bersih. Lenser tin bulat berukuran 11 inci dengan sedikit minyak makan. Alas dengan plastik bersih dan sapukan juga sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum dan tepung ubi kayu dalam mangkuk besar. Kacau rata. Tuang air gula sedikit demi sedikit hingga habis sambil dikacau hingga sebati. Masukkan kapur makan dan kicap pekat. Kacau hingga semua rata dan tapis adunan tadi.
- Tuangkan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 1 jam 15 minit atau hingga masak (nak tau masak, boleh cucuk tengah2 bahagian kuih dengan lidi sate, jika keluar bersih tanda kuih dah masak). Jika anda guna acuan2 kecil seperti acuan kuih lompang, masa mengukus kurang lebih 25 minit. Biarkan kuih betul sejuk sebelum dipotong dan sebelum makan, gaulkan dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam. Selamat mencuba!
Resepi Mudah Kuih Kaswi Asli Sedap Sukatan Cawan
Mudah Kuih Kaswi Asli: Sumber Salina Johari
Bahan A:
-
Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
-
Tepung jagung/sagu ~ setengah cawan
-
Gula merah ~ 2 cawan
-
Garam halus ~ suku sudu kecil
-
Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
-
Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ suku sudu kecil
Bahan B:
-
Garam halus ~ Secukupnya
-
Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa
Cara-cara:
-
Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
-
Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
-
Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
-
Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
-
Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
-
Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
-
Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.
Tips:
-
Kukus selama 30-45 minit kalau guna loyang 7 inci.
-
Kurangkan sedikit sukatan gula merah untuk kurangkan manis.
-
Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (sehingga gula cair) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam bahan lain.
-
Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang digunakan.
Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap Eny Abdullah
Kuih Kaswi Paling Sedap: Sumber Eny Abdullah
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 2 keping gula Melaka – saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
- 4-5 sudu besar gula merah – untuk mendapatkan warna yang gelap
- 1 cawan gula pasir – saya tambah 1 sudu besar
- 7 cawan air
- 1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air
Bahan lain:
- Kelapa parut muda
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Masak air dengan gula Melaka, gula merah dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.
- Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.
- Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras.
- Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.
- Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.
- Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
- P/s : Saya punya pengukus kumpul air di atas kuih tu, sebab tak letak tuala, jadi saya cedok air dari atas kuih dan buang. Nasib baik kuih jadi elok 🙂
Penutup
Mudah je kan nak buat kuih kaswi.
Antara resepi yang anda boleh cuba: