fbpx

7 Resepi Cream Puff Sedap (Mudah, Gebu Je!)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi cream puff yang sedap dan gebu! Resepi cream puff ini sangat lembut ye, gebu je! Apalagi fillingnya creamy dan sedap dengan inti cream custard. Ada juga yang buat inti cream cheese, vanilla coklat dan sebagainya. Ikut selera anda. Bukan sahaja mudah untuk dibuat, hasilnya pun gebu je! Anda boleh pilih resepi yang anda suka dan ikut cara-cara yang dikongsikan untuk menghasilkan isi atau filling dan juga puff itu sendiri. 

Resepi Cream Puff Che Nom

Resepi Cream Puff Che Nom

Cream Puff : Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk krim diplomat:

  • 1 cawan / 313ml susu full cream
  • 2 kuning telur
  • 1/4 cawan / 55 gram gula
  • 1 sudu besar / 8 gram tepung gandum
  • 3 sudu besar / 24 gram tepung jagung
  • sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar / 28 gram mentega tak bergaram
  • 1 cawan / 240 gram non-dairy whipping cream

Bahan-bahan untuk choux pastry:

  • 1 cawan / 250 gram air
  • cawan / 56 gram mentega
  • sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar / 12 gram gula
  • 1 cawan / 125 gram tepung gandum
  • 3 hingga 4 biji telur saiz B (rujuk video)

Nota:

  • Boleh gandakan resepi choux pastry, sebab cream tu banyak cukup untuk 2 adunan.

Cara-cara untuk pastry cream:

  1. Masukkan susu full-cream didalam periuk lalu panaskan dan susu tidak perlu mendidih.
  2. Asingkan kuning telur ke dalam mangkuk dan masukkan tepung jagung, tepung gandum dan gula kastor. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  3. Tambah garam.
  4. Tuang susu yang suam-suam panas sedikit demi sedikit ke dalam bahan. Kerapkan mengacau bahan semasa menuang susu dan kacau sehingga sekata dan larut.
  5. Kemudian, tapis bahan adunan bagi mengelakkan dari sebarang ketulan, lalu panaskan ia di atas api yang sederhana perlahan dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
  6. Masukkan esen vanilla/ekstrak vanilla. Teruskan mengacau adunan.
  7. Tutup api apabila bahan adunan kelihatan pekat dan sudah mendidih.
  8. Selepas itu, masukkan mentega tak bergaram dan kacau sehingga sebati.
  9. Tuangkan kedalam mangkuk dan tapis jika adunan mempunyai ketulan.
  10. Tutup mangkuk adunan mengunakan plastic wrap atau apa-apa dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Cara-cara untuk diplomat krim:

  1. Masukkan non-dairy whipping cream kedalam mixer lalu putarkan ia sehingga kental dan kembang.
  2. Masukkan whipping cream kedalam pastry cream sedikit dan gaul sekata.
  3. Kemudian, masukkan adunan ke dalam lebihan whipping cream semula dan adun kesemuanya sehingga sekata.
  4. Sejukkan semula adunan bahan kedalam peti sejuk.

Cara-cara untuk choux pastry:

  1. Panaskan kuali dan masukkan secawan air, mentega tak bergaram, gula dan sedikit garam. Masak sehingga bahan-bahan cair.
  2. Masukkan esen vanilla dan tuang kesemua tepung gandum lalu kacau adunan 2-3 minit sehingga sebati menjadi doh.
  3. Masukkan doh kedalam mesin pengadun bila sedikit sejuk dan pukul adunan sambil memasukkan sebiji demi sebiji telur sehingga ia menjadi sedikit lembut dan pekat.
  4. Bila adunan kelihatan pekat dan licin serta tidak terlalu keras, masukkan adunan kedalam piping bag lalu pipekan diatas loyang yang telah disapu marjerin.
  5. Letak sedikit air diatas adunan dengan menggunakan jari supaya kelihatan kemas dan tidak terlalu tajam.
  6. Bakar pada suhu 160c dalam anggaran masa 40 minit sehingga pastry menjadi keperangan dan kembang.

Cara-cara untuk cream puff:

  1. Masukkan krim diplomat kedalam piping bag.
  2. Tebuk lubang kecil dibahagian bawah pastry.
  3. Isikan krim diplomat dengan pipekan krim sehingga penuh kedalam pastry.
  4. Atau;
  5. Potong bahagian atas pastry menggunakan pisau atau gunting.
  6. Pipekan krim diplomat ditengah pastry sehingga penuh keluar keatas lalu tutup bahagian atas pastry.
  7. Hiaskan cream puff dengan gula aising. Kemudian, cream puff siap untuk dihidang.

Tips:

  • Untuk pastry cream, teruskan kacau adunan diatas api dan jangan berhenti.
  • Jika adunan choux pastry kelihatan masih keras, tambah telur.
  • Boleh menggunakan nozzle didalam piping bag jika ada.
  • Wajib panaskan ketuhar terlebih dahulu sebelum mula membakar cream puff.
  • Untuk hiasan yang lebih stabil dan tahan lama, gunakan serbuk salji berbanding gula aising.

Resepi Cream Puff Yang Sedap Azie Kitchen

Cream Puff Yang Sedap Azie Kitchen

Cream Puff Yang Sedap: Sumber Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 100 ml air 
  • 45 gram butter – suhu bilik, potong 1cm 
  • 60 gram tepung gandum – diayak 
  • 2 biji telur – 100 gram

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, boleh terus sapukan butter.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur kuning dan telur putih bercampur.
  3. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  4. Masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan kacau cepat-cepat. 
  5. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  6. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Sedia untuk dipiping. 
  7. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak ada boleh guna bucu plasti yang dipotong anggaran 1 cm. 
  8. Pipe ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air. 
  9. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 25 minit. Kalau mahu lagi perang, biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

Bahan-bahan Cream Custard:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 4 sudu besar gula 
  • 200 ml (1 cup) susu segar 
  • 1 biji telur – saiz besar 
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning 

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul ketul. 
  3. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau. 
  4. Masak atas dapur dengan api yang sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

Resepi Cream Puff Wif Custard Vanilla Filling Mat Gebu

Cream Puff Wif Custard Vanilla Filling Mat Gebu

Cream Puff Wif Custard Vanilla Filling: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan Cream Puff:

  • 75 gram tepung gandum
  • 50 gram mentega
  • 125 ml air
  • 1/3 camca teh garam
  • 1 biji telur + 1 kuning telur
  • 1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna ‘butter vanilla)
  • Sedikit gula aising, untuk hiasan

Bahan-bahan Custard Vanilla:

  • 2/3 cawan susu segar
  • 1 camca besa penuh tepung kastard (che mat guna Bird’s Custard)
  • 1 camca besar penuh gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh mentega
  • Secubit garam

Cara-cara:

  1. UNTUK CREAM PUFF :- Dalam periuk, masukkan air, mentega dan garam. Masak dengan api kecil dan kacau hingga mentega cair dan larut. Masukkan tepung dan kacau hingga semua bersatu dan menjadi doh yang tidak melekat di periuk, kacau sehala sahaja. Matikan api dan biar suam.
  2. Masukkan doh ke dalam cake mixer, putar perlahan. Sementara itu masukkan esen vanilla ke dalam telur dan pukul sedikit dengan garfu. Tukar kelajuan pada sederhana laju dan masukkan telur. Putar hingga doh bertukar menjadi adunan yang lembut dan boleh di paip. Matikan mixer.
  3. Isi adunan ke dalam piping beg yang dipasang piping nozel corak bintang pecah 5 atau 6 bersaiz besar. Paipkan bentuk rosette pada saiz sederhana pada dulang pembakar (akan dapat kurang lebih 10 biji, bergantung pada cara anda buat). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 minit atau hingga kuning keemasa. Bila masak, keluarkan dari oven dan sejukkan atas jaringan.
  4. UNTUK CUSTARD VANILLA :- Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk. Gaul rata. Tuang susu segar dan kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip.
  5. UNTUK CREAM PUFF WIF CUSTARD VANILLA :- Ambil satu biji cream puff, gunting sedikit bahagian depannya untuk membentuk poket. Isi custard dalam piping beg (kacau dulu sebelum anda isi ke dalam beg piping). Paipkan ke dalam cream puff tadi, yang ni ikut suka anda nak banyak mana. Buat kaedah sama untuk baki cream puff dan kastard. Ayak sedikit gula aising sebelum dihidangkan.

Resepi Cream Puff Azlita Aziz

Cream Puff Azlita Aziz

Cream Puff: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan cream puff:

  • 100 ml air
  • 45 gram butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60 gram tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100 gram)

Cara-cara:

  1. Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
  2. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter.
  3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur. Tepung gandum di ayak.
  4. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  5. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  6. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  7. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  8. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 
  9. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm.
  10. Pipe kan ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  11. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  12. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

Bahan-bahan Cream Custard:

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200 ml (1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu teh esen vanila – ita tambah
  • sedikit pewarna kuning – ita tambah

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
  2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul-ketul. Masukkan telur dan kacau lagi. 
  3. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  4. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
    Masak sehingga pekat. 
  5. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 
  6. Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yang sederhana.
  7. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

Resepi Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap

Cream Puff Yang Gemuk Dan Sedap: Sumber Nuralia / Hellokerja

Bahan-bahan Cream Puff:

  • 1 1/4 cawan fresh milk
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 cawan gula kastor (kalau nak manis, letak lebih sikit)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 2 sudu besar unsalted butter
  • 1 cawan non-dairy whipping cream

Cara-cara:

  1. Masukkan telur, tepung jagung, tepung gandum, gula kastor, garam dalam 1 bekas. Whisk sampai sebati adunan tu.

  2. Panaskan fresh milk (letak dalam periuk laaa), tak perlu sampai menggelegak pun.
  3. Tuang susu dalam bekas adunan telur sambil whisk.
  4. Kalau dah sebati, letak adunan tu dalam periuk, kacau dengan api sederhana.

  5. Masukkan vanilla essence, teruskan kacau.

  6. Bila adunan dah pekat, tutup api. Masukkan dalam bekas, sejukkan 1-2 jam.

  7. Agak-agak dah nak dekat 2 jam tu, boleh lah putar non dairy whipping cream. Putar dengan mixer sampai kembang dan gebu.

  8. Mix adunan telur & whipping cream, kaup sikit-sikit.

  9. Masukkan filling ke dalam piping bag. Letak dalam peti. 

Bahan-bahan Puff:

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan butter
  • 1 sudu besar gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3-4 biji telur

Cara-cara:

  1. Masukkan air dalam periuk. Letak butter, gula dan garam. Kacau sampai gula larut. Kacau dengan api sederhana. Jangan terlalu besar. Letakkan vanilla essence.

  2. Tuang semua tepung gandum sekaligus.

  3. Bila adunan dah sebati, akan jadi “doh”. Kalau yang guna periuk non-sticky, nampak texture doh tu tak melekat dekat periuk. Tutup api. Sejukkan kejap dalam 5-10 minit je.

  4. Bila adunan dah sejuk, gunakan mixer, masukkan telur sebiji demi sbiji. Jangan letak sekaligus. Letak sbiji, mix. Then repeat. Sis guna 3 biji telur. Based on size telur tu lah.

  5. Adunan akan jadi berkilat & tak terlampau pekat/cair.

  6. Masukkan adunan puff dalam piping bag. Sebelum tu pilih la bentuk nozzles yang sesuai.

  7. Buat la bentuk macam mana korang suka, nak buat besar ke nk buat baby size ke up to you. Bakar pada suhu 160°C dalam tempoh 30-40 minit (bergantung pada oven masing-masing).
  8. Tips : Nak tau puff korang tu successful or unsuccessful, belah tengah, dalam tu kosong. Macam “angin” je. Kalau tekan takda isi. Macam dalam.

  9. Akhir sekali, cara letak cream dalam puff ni, anda boleh buat sama ada nak tebuk dari bawah puff atau belah tepi. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Resepi Krim Puff Gebu Buat Orang Lapo

Krim Puff Gebu Buat Orang Lapo

Krim Puff Gebu: Sumber Buat Orang Lapo

Bahan-bahan untuk Puff:

  • 125 gram mentega
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur  (grade A)
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar gula
  • secubit garam

Cara-cara:

  1. Masakkan air, mentega, gula dan garam sehingga mendidih.
  2. Masukkan tepung dan kecilkan api, kacau sehingga menjadi sebati (tak lekat di kuali)
  3. Pindahkan doh ke dalam mangkuk besar & sejukkan.
  4. Masukkan telur sebiji semi sebiji. Pukul sehingga rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke atas loyang telah disapukan minyak @ di alas dengan kertas pembakar.
  6. Bakar pada 180°c selama 30 minit atau sehingga kekuningan.

Nota:

  • Renjiskan sedikit air ke atas adunan sebelum dibakar supaya puff naik dengan lebih gebu.
  • Letakkan loyang di bahagian tengah oven supaya puff masak sekata.
  • Renjiskan sedikit air ke atas adunan sebelum dibakar supaya puff naik dengan lebih gebu.
  • Letakkan loyang di bahagian tengah oven supaya puff masak sekata.

Bahan-bahan Krim Kastard:

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 cawan (200ml) susu segar (saya guna full krim)
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur (saiz A)
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Satukan tepung gandum, tepung kastard, gula & susu dalam periuk. Kacau sehingga tepung hancur. (jangan pasang api dulu)
  2. Masukkan telur & esen vanila. Kacau sebati.
  3. Pasang api kecil. Masak kesemua bahan atas api perlahan sehingga pekat.
  4. Tutup api & masukkan mentega. Kacau sebati.
  5. Masukkan krim kastard ke dalam piping bag & paipkan ke dalam puff.

Nota:

  • Lepas dah siap ni korang boleh la hias ikut kreativiti masing-masing. Tabur gula icing @ letak hirisan buah (strawberry, kiwi, etc) @ tambah filing lain (strawberry, blueberry, coklat, etc).

Resepi Cream Puff n Custard Cream HaSue

Resepi Cream Puff n Custard Cream HaSue

Cream Puff n Custard Cream: Sumber HaSue

Bahan-bahan Cream Puff:

  • 100 ml air
  • 45 gram butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60 gram tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur (100 gram)

Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  4. Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  5. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  6. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  7. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

Nota:

  • Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm.
  • * Boleh juga guna cara ni: Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

Bahan-bahan Custard cream:

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan dari no1 – 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
  4. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  5. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Penutup

Jom cuba resepi cream puff kali ini. Dengan menggunakan tips yang dikongsikan, insha Allah hasilnya  pasti tidak mengecewakan. 

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.