fbpx

14 Resepi Karipap Sardin vs Karipap Inti Ikan (Sedapnya Tembosa Ikan Ini)

Hari ini saya kongsi resepi karipap sardin dan karipap inti ikan yang paling sedap. Anda kena cuba tembosa ikan ini, sedap! Tembosa Ikan ialah isi ikan yang dibuat sebagai inti, pasti menyelerakan. Saya pasti ramai penggemar karipap sardin. Sebenarnya, mudah je nak buat karipap sardin ni. Simple je! Anda boleh ikut resepi di bawah, ikut selera. Tepuk dada tanya selera. Jom saya kongsikan resepi karipap yang rangup ini! Pasti anak-anak suka kedua jenis karipap berintikan ikan dan sardin ini.

Resepi Karipap Sardin Azie Kitchen

Karipap Sardin Azie Kitchen

Karipap Sardin: Sumber Azie Kitchen

Bahan Pastri:

  • 1 kg tepung gandum
  • 1/2 cawan majerin
  • 1 cawan minyak masak
  • 400 ml air + 1 sudu besar garam

Cara-cara:

  1. Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas. 
  2. Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan. 
  3. Rehatkan doh selama 30 minit hingga 1 jam di dalam peti sejuk. Canai doh dan bentukkan karipap. Jika ada lebihan doh, boleh disimpan di dalam freezer.

Bahan Inti:

  • 2 tin Sardin Mackerel – tin besar
  • 4 biji ubi kentang besar – potong dadu
  • 2 biji bawang besar – potong dadu
  • 2-3 biji cili merah – hiris halus
  • 1 pokok daun sup – hiris tak letak sebab tak ada stok
  • 2 sudu besar cili kisar 
  • Garam
  • Air perahan limau nipis

Cara-cara:

  1. Asingkan ikan sardin dan sosnya. Hancurkan ikan sardin dengan menggunakan garfu. 
  2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga betul betul garing. Kemudian sardin, bawang besar dan kentang. Akhir sekali masukkan garam dan air limau nipis. 
  3. Tabur pula daun sup dan cili merah. Kacau seketika dan bolehlah tutup api.
  4. Sejukkan inti sebelum boleh digunakan.

Cara Membuat Karipap:

  • Saya tidak menggunakan acuan untuk doh yang dicanai. Kalau untuk dimakan sendiri, memang OK kerana saiznya tak sama besar. Selepas memasukkan inti, saya menutup doh, kemudian menekan keliling inti dan memotong lebihan pastri dengan menggunakan pisau. 
  • Lepas tu tekan keliling dan di kelim. Kalau mahu cantik dan sama saiznya, bolehlah doh dicanai dan diterap dengan acuan.

Cara Menggoreng:

  • Pastikan minyak yang banyak dan betul betul panas. Selepas itu, api dapur ditutup dan dimasukkan karipap. Kemudian barulah dinyalakan semula api dapur. Dengan cara ini, karipap kita menjadikan kurang berjerawat dan menggerutu. Gorenglah dengan api perlahan sehingga masak dan garing.

Cara Menyimpan

  • Untuk dibuat karipap frozen atau sejuk beku, ada dua cara iaitu satu digoreng dulu separa masak. Angkat, sejukkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag dan simpanlah di dalam freezer.
  • Cara kedua ialah dengan menyusun karipap yang telah siap di kelim dan disusun di dalam dulang yang dilapik dengan plastik dengan jarak antara satu sama lain. Masukkan dulang ini ke dalam freezer dalam 30 minit. Selepas ianya agak keras, keluarkan dan masukkan ke dalam bekas bertutup atau freezer bag. Simpan lah di dalam freezer.

Resepi Karipap Sardin Sayidah Napisah

Karipap Sardin Sayidah Napisah

Karipap Sardin: Sumber Sayidah Napisah

Bahan Doh:

  • 500 gram tepung gandum
  • 2 senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu
  • Air secukupnya
  • Secubit garam

Bahan Inti:

  • 1 tin sardin saiz sederhana
  • 1 labu bawang besar | dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 3 biji ubi kentang | dipotong dadu
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Asingkan tulang ikan sardin dan hancurkan isi ikan dan asingkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan separuh bawang besar yang sudah dipotong dadu.
  3. Bila naik bau, masukkan bahan kisar dan kacau perlahan sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar, kemudian perasakan dengan gara dan gula.
  5. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu.
  6. Masukkan satu cawan air supaya kentang cepat empuk.
  7. Apabila kentang empuk, masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan diikuti separuh lagi bawang besar tadi.
  8. Setelah kering air dan cukup rasa, angkat dan sejukkan.
  9. Untuk membuat doh, masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Kemudian diikuti minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.
  10. Kacau dengan senduk kayu semasa minyak masih panas.
  11. Masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi sehingga tepung sudah tidak melekit di tangan.
  12. Bulat-bulatkan doh, kemudian canai dan masukkan inti dan klim tepinya.
  13. Panaskan minyak dan goreng karipap sehingga kekuningan.

Resepi Karipap Sardin Hafizah Yahaya

Karipap Sardin Hafizah Yahaya

Karipap Sardin: Sumber Hafizah Yahaya

Bahan-bahan:

  • 250 gram tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin – panaskan (boleh juga letakkan semua minyak panas – tanpa majerin)
  • 2 sudu besar minyak masak – panaskan
  • garam
  • 1/2 cawan air atau lebih sikit (tuang sikit-sikit sehingga jadi doh)

Bahan Inti:

  • 1 tin besar sardin
  • 3 tangkai cili merah besar -di hiris (saya gantikan dengan 2 sudu teh serbuk cili)
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • air dan sedikit jus limau nipis

**Inti di atas adalah untuk dua adunan.

Cara-cara:

  1. Untuk membuat kulit karipap – campurkan tepung, marjerin dan minyak masak yang telah dipanaskan (untuk mendapatkan kulit karipap yang rangup). Gaul rata guna sudu sebab panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit-sedikit. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti – Sardin di toskan airnya dan hancur-hancurkan. Ketepikan seketika.
  3. Cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan kacau rata. Kemudian masukkan sardin yang di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit jus limau nipis dan gaul sebati. Kalau dah  secukup rasa bolehlah di angkat dan sejukkan.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai dan mengelim. 
  5. Setelah siap mengelim, goreng dengan api yang sederhana supaya karipap tak berjerawat/ mengerutu/gelembung.

Resepi Karipap Sardin dan Kentang Yang Sedap Yatie Memories

Karipap Sardin dan Kentang Yang Sedap Yatie Memories

Karipap Sardin dan Kentang Yang Sedap: Sumber Yatie Memories

Bahan-bahan:

  • 500 gram Tepung gandum
  • 50 gram Tepung Beras
  • 50 gram Tepung Ubi
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 3 sudu besar Majerin*
  • 1/4 cawan Minyak masak* (* panaskan)
  • 1 cawan air-tuang sikit demi sedikit

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan kering.
  2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit-sedikit sehingga membentuk doh lembut.
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil.
  5. Leperkan & isi dgn inti kegemaran, tutup dan klim kemas-kemas.
  6. Buat sehingga habis. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing.
    Angkat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana je. Karipap ni lebih rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ni tetap tak berminyak.

Bahan untuk inti:

  • 1 tin besar sardin
  • 4 biji kentang- kupas kulit dan ptng dadu
  • 4 tangkai lada merah/hijau besar>> dihiris
  • 2 biji bawang besar 
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula
  • 2 biji limau kasturi- ambil jusnya je

Cara menyediakan inti – 

  1. Kentang yang di potong dadu di rebus hingga separuh masak, toskan.
  2. Sardin di toskan airnya dan hancur-hancurkan…. ketepikan.
  3. Hiris atau cincang bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bahan-bahan tersebut hingga naik bau. 
  4. Masukkan lada merah dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang dan sardin yg di hancurkan, gula dan garam secukup rasa. 
  5. Masukkan sedikit jus limau kasturi dan gaul sebati. Kalau rasa dah ok, bolehlah di angkat dan sejukkan. 
  6. Masak hingga kering sedikit.

Resepi Karipap Inti Kentang, Sardin Dan Telur Aznanie

Resepi Karipap Inti Kentang, Sardin Dan Telur Aznanie

Karipap Inti Kentang, Sardin Dan Telur: Sumber Aznanie

Bahan-bahan untuk kulit karipap:

  • 500 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar margerin
  • 1/2 mangkuk kecik minyak masak
  • 1 sudu besar air kapur
  • 200 ml air sejuk dari peti ais
  • 1/2 sudu kecik garam

Cara-cara:

  1. Masukkan garam dalam tepung gandum. Gaul rata. Panaskan margerin. Curah dalam tepung gandum. Gaul rata. Panaskan minyak masak. Curah pada tepung.
  2. Gaul dan ramas guna tangan sampai jadi serbuk roti. Masukkan air kapur dan masukkan air sedikit dahulu. Uli bancuhan tepung gandum. Tambahkan air jika adunan tepung belum menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  3. Bila doh sudah menjadi, rehatkan sebentarMasukkan garam dalam tepung gandum. Gaul rata. Panaskan margerin.
  4. Curah dalam tepung gandum. Gaul rata. Panaskan minyak masak. Curah pada tepung. Gaul dan ramas guna tangan sampai jadi serbuk roti.
  5. Masukkan air kapur dan masukkan air sedikit dahulu. Uli bancuhan tepung gandum. Tambahkan air jika adunan tepung belum menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Bila doh sudah menjadi, rehatkan sebentar.

Bahan untuk inti karipap kentang:

  • 3 biji kentang (potong dadu)
  • 2 sudu besar lada blend
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 sudu besar udang kering – rendam
  • 1/2 kiub pati ayam
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • air secukupnya

Cara-cara inti karipap kentang:

  1. Blend bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga lumat.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan blend hingga garing. Masukkan lada blend.
  3. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan bancuhan serbuk kari. Biarkan hingga pecah minyak. Masukkan kentang. Gaul sebati. Masukkan air.
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Gaul sebati semua bahan.
  6. Tunggu hingga kentang empuk dan kuah menggering.
  7. Bila kuah dah menggering, bolehlah angkat dan letakkan dalam bekas.

Bahan inti karipap sardin:

  • 1 tin sedang sardin
  • 3 biji cili merah – potong kecil
  • 1 biji lada merah besar – potong kecil
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • sedikit bancuhan air asam jawa
  • garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara inti karipap sardin:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, lada merah dan cili merah hingga garing.
  2. Masukkan sardin. Gaul rata. Masukkan air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Hancur-hancurkan sardin dan tunggu hingga kuah sardin menggering.
  5. Bila dah kering dan pekat, angkat dan letakkan dalam bekas.

Bahan inti karipap telur:

  • 3 biji telur
  • 1/2 ketul kiub pati ayam
  • 1/2 biji bawang besar – dadu
  • 2 biji cili merah – dadu kecil

Cara-cara inti karipap telur:

  1. Tumis bawang besar dan cili merah sampai layu.
  2. Masukkan telur. Hancurkan telur. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Gaul sebati semua bahan. Bila bahan dah kering, angkat dan letak dalam bekas.

Cara-cara karipap telur:

  1. Bahagikan doh kepada bulatan kecik-kecik.
  2. Tabur tepung pada permukaan papan penggelek.
  3. Gelek doh karipap hingga nipis.
  4. Letak doh atas acuan karipap.
  5. Letak inti – jangan banyak nanti inti terkeluar.
  6. Terap sampai habis semua inti.
  7. Panaskan minyak.
  8. Goreng karipap yang telah siap di terap.
  9. Sentiasa balik-balikkan untuk mendapat kulit karipap yang cantik dan tidak menggelembung.
  10. Angkat bila kulit karipap menjadi kuning kecoklatan dan garing.
  11. Ulang hingga habis karipap. Siap.

Resepi Karipap Sardin Untuk Sarapan Jendela Hati Surianti

Karipap Sardin Untuk Sarapan

Karipap Sardin Untuk Sarapan: Sumber Jendela Hati Surianti

Bahan Kulit Karipap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan mentega (dicairkan)
  • 1/2 cawan air dari peti sejuk
  • Secubit garam
  • *penggunaan mentega yang dicairkan dan air dari peti sejuk akan membuatkan kulit karipap lebih sedap dan tidak liat. 

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam besen dan buat lubang di tengah-tengahnya.
  2. Cairkan mentega di atas api perlahan dan tuang kedalam tepung. Gaul dan ramas mentega cair dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  3. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga tepung tidak melekat pada tangan. Jangan terlalu liat, nanti susah untuk dicanai. (Air  sejuk yg Sue sediakan 1/2 cawan ini, tidak habis digunakan, bakinya ada sedikit lagi).
  4. Biarkan adunan sebentar dalam besen bertutup sambil kita menyediakan inti karipap. 

Bahan untuk inti karipap:

  • 1 tin sardin (sebarang jenama)
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 biji ubi kentang dipotong dadu
  • 2 biji cili merah dihiris nipis
  • Garam jika perlu (tapi Sue tak letak pun garam dalam inti)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • *jika tidak suka inti sardin, boleh gantikan dengan inti kentang/daging/ayam atau apa-apa kesukaan anda.

Cara penyediaan inti karipap :

  1. Asingkan ikan sardin dari kuahnya. Hancurkan isi ikan.
  2. Panaskan minyak dan masukkan kentang sambil digoreng sekejap. Bila kentang hampir empuk, masukkan bawang besar dan cili. Kacau sebati.
  3. Masukkan isi ikan sardin dan 3 atau 4 sudu kuahnya. Masak sekejap dalam api perlahan dan tutup api. Biarkan sejuk. 

Cara penyediaan karipap :

  1. Bahagikan doh kepada 4 bahagian.
  2. Ambil 1 bahagian dan canai. Terap dengan acuan berbentuk bulat. Boleh juga menggunakan gelas.
  3. Masukkan inti ke dalamnya, dan lipat kepada 2 bahagian. Picit sedikit supaya kedua bahagian bercantum. Kelim dari hujung ke hujung. Jika anda rasa sukar untuk proses kelim ini, boleh gunakan acuan karipap yang biasa dijual di kedai barangan plastik.
  4. Ulangi proses di atas sehingga habis semua doh yang dibahagikan tadi. 
  5. Panaskan minyak. Goreng karipap hingga kuning keemasan.

Nota:

  • *petua supaya karipap anda tidak menggerutu : Panaskan minyak, tutup api dan masukkan karipap. Biar sekejap, baru nyalakan semula api perlahan. Goreng seperti biasa hingga masak.

Resepi Karipap Sardin Kasih Aleeya

Resepi Karipap Sardin Kasih Aleeya

Karipap Sardin: Sumber Kasih Aleeya

Bahan kulit karipap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 3 sudu makan mentega dicairkan
  • sedikit garam

Cara-cara:

  1. Gaul tepung gandum bersama secubit garam.
  2. Lubangkan di bahagian tengah dan tuangkan majerin yang telah cair di tengah-tengah.
  3. Gaul/Uli rata dengan menggunakan tangan.
  4. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil teruskan menguli tepung. *sebenarnya korang agak-agak je air tu.. kalau liat sangat tambah lagi sikit-sikit, kalau agak-agak terlebih air, tambah sikit tepung.

Bahan Inti Sardin:

  • 1 tin sardin (besar yang leper tu) (asingkan kuah sardin)
  • 2 sudu cili kering blend
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang putih (dicincang atau ditumbuk)
  • 2 biji bawang merah (blend atau tumbuk)
  • 1 batang cili merah dipotong kecil-kecil (dibuang biji)
  • sedikit perahan air asam jawa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih  hingga wangi.. masukkan cili kering blend.. kacau hingga cili masak.. masukkan perahan air asam jawa dan masukkan sedikit garam, masukkan kentang.. masak hingga kentang empuk.. dan masukkan bawang besar dihiris, cili merah dan sardin.. masak hingga agak kering.
  2. Pastu pepandai lah buat sendiri karipap korang ye. Kelim lawa-lawa, tabur tepung sikit kat pinggan sebelum susun karipap tu supaya tak melekat.

Resepi Karipap Pusing Inti Sardin Rangup Lyn Alina

Karipap Pusing Inti Sardin Rangup Lyn Alina

Karipap Pusing Inti Sardin Rangup: Sumber Lyn Alina

Bahan Inti Sardin:

  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 1/2 biji bawang besar – didadu
  • 3 sudu besar pes cili kisar (lebihkan jika suka pedas)
  • 5 biji kentang (saiz sederhana) – potong dadu
  • 1 tin besar sardin (425 gram)  -saya suka pakai jenama Botan (hancurkan menggunakan garfu)
  • Sedikit air (lebih kurang 1/4 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.  Bila minyak telah cukup panas, tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau dan bawang layu.  Masukkan pes cili kisar dan tumis hingga rempah garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan kentang dan air, gaul dan tutup kuali dan masak sehingga kentang separuh masak menggunakan api sederhana.  Kacau sekali sekala untuk mengelakkan inti hangus.
  3. Masukkan sardin yang telah dihancurkan, beserta dengan kuahnya, perasakan inti dengan gula dan garam.  Masak sehingga inti garing dan kuahnya pekat.  Sejukkan sebelum digunakan.

Bahan Doh A:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • 4 sudu besar marjerin/mentega/shortening – saya pakai marjerin jenama Planta
  • 1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:

  1. Gaul rata kesemua bahan di dalam sebuah mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Bahagikan doh menjadi 4 bahagian dan bulat-bulatkan.
  3. Tutup doh dengan cling wrap atau tuala sementara kita menyediakan Doh B pula.

Bahan Doh B:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 2/3 cawan + 1-2 sudu besar air ais/ air sejuk dari peti ais

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak masak sehingga berasap supaya minyak betul-betul panas.
  2. Gaul rata tepung gandum dan garam halus di dalam sebuah mangkuk.
  3. Buat lubang di tengah adunan tepung dan tuang minyak panas.
  4. Gaul rata menggunakan senduk kayu.
  5. Masukkan air, bermula dengan menuang 2/3 cawan air sejuk dahulu, kemudian uli menggunakan tangan.
  6. Tambah lagi 1 hingga 2 sudu besar air sejuk jika perlu dan uli hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
  7. Bahagikan doh kepada 4 bahagian dan bulat-bulatkan.

Cara Mencanai Doh Karipap Pusing:

  1. Ambil 1 bebola doh B dan leperkan menggunakan tangan atau kayu pencanai.  Tak perlu canai terlalu nipis.
  2. Letak 1 bebola doh A di tengah-tengah bebola doh B yang telah dileperkan dan tutup doh dengan kemas.
  3. Ulang proses di atas untuk baki bebola doh A dan B.  Jadi anda akan dapat 4 biji doh karipap pusing kesemuanya.
  4. Tutup doh menggunakan kain lembap atau cling wrap dan rehatkan selama minima 15 minit supaya doh mesra dan mudah untuk dicanai nanti.
  5. Tabur sedikit tepung di atas papan pencanai, ambil sebiji doh yang telah direhatkan dan canai doh memanjang menjadi bentuk segi empat panjang (rectangle) setebal kira-kira 0.5 cm.
  6. Gulungkan doh yang telah dicanai, bermula dari sisi yang paling dekat dengan anda dengan kemas.  Gulung dengan rapat untuk membentuk lapisan karipap yang cantik.  Kemaskan doh yang telah digulung supaya membentuk silinder yang sekata.
  7. Kemudian, pusingkan doh 90° supaya doh berada dalam keadaan menegak (vertical), dan canai lagi doh secara memanjang menjadi bentuk segi empat panjang (rectangle) setebal 0.5 cm.
  8. Gulung doh, bermula dari sisi yang paling dekat dengan anda dengan rapat.
  9. Kemaskan doh supaya ketebalannya sekata.
  10. Ulang langkah 5 hingga 9 untuk 3 doh yang seterusnya.
  11. Bahagikan setiap doh kepada 8 atau 6 bahagian.
  12. Canai setiap bahagian membentuk bujur setebal 0.2 cm.  Jangan canai terlalu nipis kerana nanti lapisan akan hilang.  
  13. Letak 1 – 1 1/2 sudu besar inti sardin di tengah, lipat dua dan kelim karipap dengan kemas.
  14. Susun di atas dulang yang telah ditabur tepung atau dialas dengan plastik atau baking paper.

Cara Menggoreng Karipap Pusing:

  1. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali.  Seeloknya pakailah minyak yang baru.  (saya paling suka minyak jenama Aliff sebab kualiti gorengannya lebih baik dan hasil gorengan pun tak terlalu berminyak).
  2. Masukkan karipap bila minyak dah betul-betul panas dan goreng dengan api sederhana.
  3. Balikkan karipap bila bahagian bawahnya telah kecoklatan.
  4. Goreng sehingga kedua-dua belah karipap masak dengan sekata.
  5. Angkat dan toskan atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

Cara Menyimpan Karipap Pusing:

Baki karipap pusing bolehlah difrozenkan supaya tahan lama.
 
Cara 1: 
 
  • Susun karipap di atas dulang yang telah dialas plastik atau baking paper, jarakkan sedikit antara satu sama lain supaya karipap tak melekat.  Tutup dengan cling wrap dan frozenkan selama 1 hingga 2 jam sehingga karipap betul-betul beku.
  • Setelah itu, keluarkan dari freezer dan susun karipap di dalam bekas beralas plastik atau masukkan karipap ke dalam plastik dan seal dengan rapat.  Jangan risau, karipap tidak akan melekat antara satu sama lain kerana telah frozen.
  • Simpan semula di dalam freezer.

Cara 2:

  • Alas plastik atau baking paper di dalam bekas yang hendak digunakan untuk menyimpan karipap.
  • Susun karipap dan jarakkan antara satu sama lain supaya karipap tak melekat.
    Lapik lagi dengan plastik atau baking paper untuk lapisan kedua dan seterusnya.
    Kemudian, karipap bolehlah disimpan di dalam freezer.

Cara Menggoreng Karipap Goreng:

  1. Mesti ada sesetengah daripada anda yang tertanya-tanya macam mana nak goreng karipap pusing yang telah difrozenkan ni kan?
  2. Perlu ke nak defrost kan dulu atau goreng je terus waktu masih beku tu?
    Bagi saya, yang paling elok ialah goreng je terus sebaik saja anda keluarkan karipap pusing dari freezer tapi dengan api perlahan (bukan api yang paling kecil ya).
  3. Ini kerana, bila kita defrostkan dulu sehingga karipap kembali ke suhu bilik, maknanya defrost lebih dari 30 minit lepas keluarkan dari freezer, ais yang terbentuk pada karipap dan intinya akan cair menjadikan karipap lembik dan pecah ketika digoreng.  Sama macam konsep menggoreng popiah frozen.

Resepi Tembosa Ikan aka Karipap Inti Ikan Terengganu

Tembosa Ikan aka Karipap Inti Ikan Terengganu Zulfaza

Tembosa Ikan aka Karipap Inti Ikan Terengganu: Sumber Zulfaza

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 sb penuh tepung beras
  • 1 sb penuh tepung ubi
  • 1/2 sb gula
  • secubit garam
  • 1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
  • 4 sudu besar minyak panas
  • air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)

Cara-cara:

  1. Gaul bahan-bahan kering gandum, tepung beras, tepung ubi, gula, garam, shortening/marjerin.
  2. Kemudian curah minyak panas dan gaul lagi dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda. Goreng dalam api sederhana panas
    insya allah jadi licin molek je.

Bahan Inti Ikan:

  • 3 ekor ikan kembung (guna pelaling/sardin pun boleh)
  • 2 biji bawang besar – cincang
  • 1 inci halia – cincang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam/putih
  • 1 sudu kecil halba
  • 1/2 cawan kelapa parut – optional*
  • 1/2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan cili padi jika suka

Cara-cara:

  1. Rebus ikan. Perisikan. Satukan semua bahan di dalam kuali.
  2. Kacau sehingga agak-agak kering.

Resepi Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu Qurataaayun

Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu Qurataaayun

Tembosa/ Karipap Inti Ikan Terengganu: Sumber Qurataaayun

Bahan-bahan doh Karipap:

  • 4 camca tepung
  • 2 sudu besar margerin
  • 1/2 camca minyak
  • 3/4 camca air
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Panaskan margerin dan minyak dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung dalam periuk tadi dan gaul guna garpu (jangan guna tangan, melecur nanti).
  3. Dah sejuk sikit, campur garam dan air.
  4. Uli-uli.. siap! Boleh buat karipap ikut suka inti apa.

Bahan Inti Ikan:

  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara-cara:

  1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
  2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
  3. Tumbuk isi ikan hingga lumat.
  4. Dalam kuali, masukkan santan, bahan-bahan hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
  5. Masak bahan-bahan tersebut hingga menjadi betul-betul kering & berderai.
  6. Angkat & ketepikan sedia untuk digunakan.

Resepi Karipap Inti Ikan Nurul Razali

Karipap Inti Ikan Nurul Razali

Karipap Inti Ikan: Sumber Nurul Razali

Bahan-bahan Inti:

  • 5 ekor ikan kembung (direbus)
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar kelapa parut
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 cawan air utk mengisar tulang ikan
  • 1 batang serai

Bahan Kulit Karipap:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air ais

Cara-cara:

  1. Asingkan isi ikan dan tulang. Tumbuk isi ikan, kelapa parut, lada hitam, bawang merah, bawang putih dan serai

  2. Kisar tulang ikan bersama air dan tapis ke dalam santan. Masuk semua bahan inti ke dalam kuali dan masak hingga kering. Sejukkan sekejap.

  3. Letak tepung dalam bekas. Panaskan marjerin dan minyak masak. Tuang dalam bekas tepung dan gaul dgn senduk. Isi air ais sikit-sikit dan uli hingga jadi doh yg tak melekat di tangan. Boleh la mula buat karipap macam biasa.

  4. Gorengkan hingga kuning keemasan. Siap.

Resepi Karipap Inti Ikan Bersantan

Karipap Inti Ikan Bersantan

Karipap Inti Ikan Bersantan: Sumber Utusan Tv / Suriati Abd Aziz

Bahan Kulit Karipap:

  • 1 kg Tepung gandum

  • 1/2 cawan Minyak masak

  • 3 sudu besar Mentega

  • 1 sudu setengah Air garam (dibancuh)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dengan mentega. Pastikan betul-betul panas.

  2. Air garam yang dibancuh tadi dituang ke dalam tepung terlebih dahulu, kemudian baru tuang minyak yang panas ke dalam tepung.

  3. Sebelum bancuh dengan air, gaulkan tepung yang dituang minyak sehingga sebati dan baru letak air sedikit demi sedikit dan gaul. Ingat, jangan letak banyak sangat air nanti dia akan jadi lembik dan sukar untuk buat doh dan rupa karipap akan jadi tak comel.

  4. Selepas menjadi doh, bulatkan kepada doh kecil. Kemudian jadikan kepingan dan susun di atas pinggan dalam 20 keping untuk mempercepatkan kerja membuat karipap.

  5. Letak kepingan di atas acuan dan masukkan inti. Sebelum tutup acuan, pastikan letak air di keliling dan baru tutup acuannya. Tujuannya supaya kulit karipap tidak terbuka semasa digoreng nanti.

  6. Jika untuk dibuat frozen, goreng karipap separuh masak dahulu.

Bahan Inti Ikan:

  • 1 kilo Ikan selayang – direbus dan buang tulang. Ambil isinya sahaja. Rebus dengan air sahaja tak perlu campur apa-apa

  • 1 biji Kelapa – ambik santan pekat sekali dan cair sekali

  • 2 sudu besar Halba

  • 5 biji Bawang merah kecik – diracik halus/mayang

  • Halia – Mayang halus. Kalau letak halia, aroma bau semerbak

Cara-cara:

  1. Masukkan isi ikan selayang ke dalam kuali dan hancurkan isinya.

  2. Kemudian masukkan santan pekat dan santan cair.

  3. Masukkan juga bawang yang diracik tadi bersama halba. Gaul sebati.

  4. Perasakan dengan garam, gula dan aji (jika suka).

  5. Masak sehingga santan agak kering. Tetapi jangan kering sangat, intinya kena lembap sedikit. Boleh angkat dan ketepikan.

  6. Jika ada lebih, simpan di bahagian bawah peti ais.

Resepi Karipap Ikan Istimewa Hidangan

Resepi Karipap Ikan Istimewa Hidangan

Karipap Ikan Istimewa Hidangan: Sumber Dari Dapur

Bahan Karipap:

  • 1 kilogram tepung gandum
  • 1 cawan minyak masak*
  • 2 sudu makan membukit majerin*
  • 1 sudu makan air kapur
  • 1 sudu teh garam
  • 350 ml air sejuk peti@penapis air

Untuk air sejuk, anda juga boleh ketuk ais dan masukkan air. Biarkan seketika
lepas itu sukat 350ml. Bahan yang bertanda * pula dipanaskan hingga mulai
cair.

Cara Buat Resepi Karipap Ikan Mudah :

  1. Dah siap panaskan bahan yang bertanda, masukkan ke dalam bekas yang senang untuk anda menguli. Tambah dengan tepung gandum, air kapur, garam dan mula uli dengan senduk dahulu sebab panas.
  2. Barulah masukkan air ais dan uli dengan tangan hingga menjadi doh. Masukkan air sedikit demi sedikit. Bila dah tak melekat di tangan dan lembut, biarkan doh 1/2 jam. Perap. Boleh lah buat inti ikan.

Bahan Inti Ikan:

  • 1 kilogram ikan selayang/kembung
  • 50 ml santan pekat
  • 5 sudu makan kelapa parut
  • 7 biji bawang merah saiz 50 sen lama*
  • 4 ulang bawang putih *
  • 1/2 cm hirisan halia *
  • 1 sudu makan halba yang telah direndam selama 1/2 jam

Cara Inti Ikan:

  1. Rebus dahulu ikan bersama asam keping, gula melaka sedikit. Bilah dah masak, buang tulang ikan dan ambil isi. Kisar bahan yang bertanda dan campur masuk dengan isi ikan.
  2. Masukkan isi ikan ke dalam kuali dan tambah garam, gula, santan sehingga mulai kering. Bila hampir kering, tambah halba dan kelapa parut. Pastikan rasa sambal ikan ini manis-manis masin baru sedap. Keringkan ikut selera anda.
  3. Doh tadi dibulat-bulatkan dalam anggaran 30 gram setiap satu atau ikut saiz anda mahu. Gelek leper dan masukkan ke dalam acuan tiga segi.
  4. Tambah 1 sudu makan ikan inti dan barulah ditutup untuk bentukkan klem sisi. Bila dah siap, panaskan minyak guna api sederhana dan boleh goreng. Guna api sederhana ya. Dah siap. Selamat mencuba resepi karipap ikan ini. Sedap.

Resepi Karipap Ikan Tersohor

Resipi Karipap Ikan Tersohor

Karipap Ikan Tersohor: Sumber Hajar Mohd / rasa.my

Bahan Untuk Kulit:

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan letakkan garam. Gaul rata. Kalau tak letak garam nanti tawar pula.

  2. Panaskan minyak masak. Panaskan betul-betul. Bila minyak dah panas mendidih, terus tuang dalam bekas tepung gandum tadi. Cepat -cepat gaul minyak panas dengan spatula. Kalau tiada spatula, guna jelah senduk ke sudip ke garpu pun boleh.

  3. Bila tepung tadi dah sejuk sikit, ramas-ramas dengan tangan supaya adunan tak berketul.

  4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh. Tutup doh dan rehatkan sekurangnya 10-15 minit. Tapi saya rehatkan sejam.

Bahan Inti Ikan:

  • 1 kg ikan (saya guna ikan Selayang)
  • 1 sudu teh halba
  • 5 ulas bawang merah | dimayang 
  • 1 inci halia | dimayang halus 
  • 2 cawan santan

Cara-cara:

  1. Rebus ikan. Saya rebus dengan air je. Jika anda nak rebus letak asam keping atau garam atau backhoe pun tak apa.
  2. Perisi ikan, asing tulang dia betul-betul supaya tak tercekik nanti. Isi ikan ini kemudian ditumbuk. Isi ikan tu tumbuk hancur. Saya tak kisar sebab sengaja nak tekstur ikan tu kasar sikit best masa makan nanti.
  3. Masukkan santan dan isi ikan ke dalam kuali. Hidupkan api dapur dan masukkan bahan mayang tadi (bawang,halia dan halba).
  4. Part ni kena sabar, lenguh-lenguh juga kaki berdiri nak tunggu kuah santan tu kering. Mujur saya guna santan pekat cepat sikit kering. Tapi kali ini saya nak try inti tu tak kering sangat. Nak rasa yang lembab-lembab.

  5. Dah canai kulit karipap jadi leper, masukkan inti dan kelim tepi dengan kemas.

  6. Goreng semua karipap tadi. Kalau nak kulit licin, guna api perlahan. Kalau nak kulit jerawat guna api kuat. Kalau malas goreng. Guna jelah air fryer.

Penutup

Jom cuba rasai keenakan tembosa ikan dan karipap sardin ini. Bagi saya kedua-duanya sedap! Ikut selera anda.

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.