fbpx

9 Resepi Kek Lumut Cheese Viral Dan Mudah Dibuat!

Hari ini saya nak kongsi resepi kek lumut cheese yang anda perlu cuba. Rasanya sedap dan puas hati bila makan. Kek lumut adalah antara kek yang istimewa disebabkan berwarna hijau lumut. Kek lumut juga merupakan kek berasal daripada negeri Sarawak. Jika anda peminat cheese! Resepi kek lumut cheese ini, sangat sesuai untuk anda. Kalau nak beli pun harganya memang mahal. Jadi, anda boleh cuba buat sendiri, cara-cara nak buat kek lumutt cheese ini. Nak makan banyak mana pun boleh. Lagi puas hati. 

Resepi Kek Lumut Cheese Kukus

Kek Lumut Cheese Kukus

Kek Lumut Cheese Kukus: Sumber Resepi Isteri Viral 

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur telur ayam
  • 450 gram butter/mentega
  • 1 cawan gula halus
  • 200 gram horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong(diayak)
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 60 ml pandan pes
  • 1 cawan susu tepung
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1.  Pukul gula,esen vanilla dan mentega sampai kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu. (masuk sebiji,pukul,masuk lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis) pukul sampai sebati. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
  2. Masukan pula horlicks, susu tepung, pukul sebati lagi. Baru masukan tepung hong kong. Gaul rata guna senduk sahaja sampai betul-betul sebati.
  3. Bahagikan kepada dua bahagian dan guna loyang saiz 9X9. Kukus bahagian bawah hijau dulu dalam anggaran 30 minit, baru kita akan lapiskan dengan bahagian cheese mengikut resepi di bawah. Guna api sederhana ya.

Bahan Cheese Kek Lumut Cheese:

  •  750 gram cream cheese
  • 3 biji telur ayam
  • 4 sudu makan tepung hong kong (mudah didapati di pasaraya mydin, bakeri)
  • 1 sudu makan esen vanilla
  • 1 cawan gula halus

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan di atas. Pukul sampai rata dan sebati.
  2. Lapis diatas bahagian hijau yang pertama tadi.
  3. Kukus sampai permukaan cheese masak dalam anggaran minit, baru lapiskan dengan bahagian hijau yang terakhir.
  4. Kukus selama lebih kurang 2 jam 1/2 lagi untuk keseluruhan kek masak.
  5. Check air kukusan untuk elak kering.
  6. Untuk pastikan kek lumut cheese dah masak atau belum, cucuk tengah kek dengan lidi, kalau lidi keluar bersih bermakna kek sudah masak.
  7. Anda mesti dah tahu kalau kek original Sarawak mesti tak guna baking powder, soda bikarbonat tapi bergantung kepada penggunaan telur dan juga tempoh waktu mengukus yang sedikit lama untuk jadikan kek lembab dan lembut.

Resepi Kek Lapis Lumut Cheese Versi Bakar

KEK LAPIS LUMUT CHEESE VERSI BAKAR

Kek Lapis Lumut Cheese Versi Bakar: Sumber Resepi Rujukanku

Bahan Kek:

  • 10 biji telur
  • 1 Gelas gula halus
  • 1 Gelas Horlick
  • 1 Gelas susu tepung Nespray
  • 1/4 Gelas susu manis
  • 1 Gelas tepung gandum @ tepung hong kong
  • 450 gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 botol kecil pandan paste
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Mentega & gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil digaul rata.
  3. Masukkan susu, horlick, susu tepung, tepung,pandan paste & pewarna hijau.
  4. Gaul sampai rata @ pukul lagi. Bahagikan kepada 2.

Bahan Cheese:

  • 750 gram  creame cheese (kalau nak sedap lagi guna cheese PHILADELPHIA )
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji telur
  • 4 sudu tepung gandum @ tepung hong kong
  • 180 gram gula

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan cheese dan pukul sampai kembang ( sebab bahagian cheese saya putih, saya campur pewarna putih sedikit).
  2. Bakar pada suhu 180c (ikut kepanasan oven masing-masing).
  3. Bakar guna api atas bawah untuk lapisan pertama selama 10 minit ( kena jenguk-jenguk juga, takut hangus pulak nanti).
  4. Selepas itu, untuk lapisan kedua guna api atas sahaja, selama 10 minit juga. Cara nak cek lapisan tu masak @ tak, sentuh guna jari, kalau tak melekat masaklah kek tu. 

Nota:

  • Setiap lapisan saya letak 4 sudu makan je.

Resepi Kek Lumut Cheese Adinda Dona

Kek Lumut Cheese

Kek Lumut Cheese: Sumber Adinda Dona

Bahan-bahan:

  • 16oz mentega Anchor Salted
  • 10 biji telur ayam Gred A
  • 2 gelas nestum madu diblend
  • 1/2 gelas gula halus
  • 200 gram holic
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 tin kecil srikaya yoes
  • 1 gelas tepung hong kong
  • pandan paste 60 ml
  • sedikit pewarna hijau tua

Cara-cara:

  1. Putar mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. pukul sehingga kembang dan sebati. 
  3. Masukkan susu dan sri kaya gaul sebati. 
  4. Masukkan lagi nestum,holick dan tepung, gaul rata.
  5. Last sekali masukkan pandan pes. gaul rata. 
  6. Masukkan sedikit pewarna jika nak.

Bahan Cheese:

  • 750 gram cream cheese
  • 3 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 4 sudu makan tepung hong kong

Cara-cara:

  1. Mixer bersama sehingga sebati.
  2. Adunan hijau bahagi 2. kukus lebih kurang 1 1/2jam sehingga masak.
  3. Masukkan adunan cheese dan kukus lagi sehingga masak. 
  4. Akhir sekali masukkan adunan hijau terakhir dan kukus sehingga 2 1/2jam keseluruhan atau sehingga cukup masak. Guna acuan 9″x 9 “.

Resepi Kek Lumut Cheese Evelyn Gemina

Kek Lumut Cheese Evelyn Gemina

Kek Lumut Cheese: Sumber Evelyn Gemina

Bahan-bahan:

Kek: Bahan A

  • 250 gram pure butter, saya guna tatura
  • 150 gram gula kaster

Bahan B:

  • 4 biji telur

Bahan C:

  • 80 gram susu pekat
  • 80 gram serikaya

Bahan D:

  • 150 gram horlicks
  • 130 gram tepung gandum/tepung kek

Bahan E:

  • 1 sudu besar pandan paste
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

  1. Sediakan loyang bersaiz 9 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus atau oven (api bawah sahaja) pada suhu 150C. 
  3. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B satu persatu. 
     
  4. Masukkan pula C, pukul rata. 
  5. Kemudian, masukkan bahan D berselang-seli. Masukkan pula bahan E. Pukul rata.
  6. Tuang adunan dalam loyang yang disediakan. Kukus hingga masak selama 2 jam atau bakar dalam oven guna kaedah steambath selama 1 jam. 

Bahan Adunan Cheese:

Bahan A:

  • 500 gram cream cheese

Bahan B:

  • 250 gram susu pekat

Bahan C:

  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan D:

  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:

  1. Pukul bahan A hingga lembut. Masukkan bahan B. Pukul lagi.
  2. Masukkan bahan C & pukul rata. Akhir sekali masukkan bahan D, pukul hingga sebati.
  3. Keluarkan kek dari pengukus atau oven. Tuang adunan cheese atas kek. Kukus semula atau bakar semula selama 1 jam pada suhu 150C. Bila kek masak biarkan sejuk sepenuhnya dalam loyang. Simpan dalam peti sejuk semalaman baru dipotong.

Resepi Kek Lumut Cheese Maria Achak‎

Kek Lumut Cheese Maria Achak‎

Kek Lumut Cheese: Sumber Maria Achak‎

Bahan Kukus Bahagian Lumut :

  • 10 biji telur
  • 450 gram butte
  • 1 cawan gula halus
  • 200 gram horlicks
  • 1 cawan tepung hongkong ( Diayak)
  • Setengh cawan susu pekat manis
  • 60ml pandan pes
  • 1 cawan susu tepung
  • Setengah sudu esen vanila

Bahan Bahagian Cheese:

  • 750 gram cheese
  • 3 biji telur
  • 4 sudu tepung hong kong
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan gula halus

Cara-cara: 

  1. Pukul gula, mentega dan esen vanila sampai berwarna putih ( guna hand mixer. Beli di shoppe Rm30 ja ) . Masukkan telur satu persatu. Masuk sebiji, pastu pukul lagi. Buat sampai habis ya. Lepastu baru masukkan susu pekat.
  2. Masukkan horlicks dan susu tepung. Pukul sebati. Baru masukkan tepung hongkong. Done untuk kek lumut.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian ya. Kukus bahagian bawah hijau dulu. Kalau google dia cakap 30 mins. Tapi saya kukus 1jam. Kena cek selalu ya. Kalau rasa dah keras tu, baru boleh letak cheese. Loyang guna siza 9×9.

Cara Penyediaan Bahan Bahagian Cheese:

  1. Senang ja bahagian ni. Campurkan sahaja semua bahan tu. Pastu boleh blend guna hand mixer sampai lembut. Kalau kek lumut dah kering, boleh letak cheese terus.

Nota:

  • Kena cek setiap 30 mins. Sebab dah cakap tadi ni 1st try. Nak kukus berapa lama untuk setiap bahagian tu sis tak boleh agak-agak nak letak masa berapa. Yang penting kena rajin cek.

Resepi Kek Lapis Belacan Lumut Cheese

Kek Lapis Belacan Lumut Cheese

Kek Lapis Belacan Lumut Cheese: Sumber Fb page Gigit rangup

Bahan Lapisan Bawah (Kek Belacan):

  • 170 gram mentega asli
  • 50 gram gula halus
  • 3 biji telur grad A
  • 95 gram tepung pau
  • 100 gram sri kaya Yeos
  • 100 gram susu pekat manis
  • 100 gram milo
  • 100 gram Horlick
  • 1 sudu besar browning sugar’
  • 250 gram coklat masakan ( dicairkan )
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

  1.  Mentega dan gula dipukul sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
  2. Masukkan tepung gandum, milo, horlick dan susu pekat. Sebatikan.
  3. Masukkan esen vanilla, browning sugar dan coklat masakan.
  4. Kukus satu jam atau sehingga masak.

Bahan Bahagian Tengah (Kek Lumut):

  • 170 g mentega asli
  • 3 biji telur A
  • 50 gram gula halus
  • 90 gram roti marie ( dikisar)
  • 1 sudu penuh tepung pau
  • 100 gram sri kaya Yeos
  • 100 gram susu pekat manis
  • 100 gram Horlick
  • ½ botol pandan paste
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara:

  1.  Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan susu pekat, sri kaya, Horlick, tepung roti marie, tepung, pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.
  4. Lapiskan ke atas kek belacan yang telah dimasak tadi.
  5. Kukuskan 1 jam atau sehingga masak.

Bahan Lapisan Cheese:

  • 750 gram cream cheese
  • 150 gram gula halus
  • 3 biji telur A
  • Sedikit esen vanilla
  • 2 sudu penuh tepung pau
  • Sedikit pewarna putih

Cara-cara:

  1. Cream Cheese, esen vanilla dan gula dipukul rata.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan tepung gandum. Sebatikan.
  4. Lapiskan di atas kek lumut yang telah masak tadi.
  5. Kukus 2 jam atau sehingga masak.

Tips:

  • Sapu acuan dengan marjerin. Lapikkan Loyang dengan kertas minyak bahagian bawah dan bahagian sekeliling acuan supaya senang untuk dikeluarkan dari Loyang apabila kek sudah masak.
  • Apabila mengukus, tutup loyang menggunakan ‘Plastic Wrap’. Untuk mengelakkan wap air masuk kedalam loyang. 
  • Jika sudah masak, simpan kek ke dalam peti sejuk semalaman. Sila simpan dengan acuan sekali. Ini adalah supaya kek senang untuk dikeluarkan dan kek juga tidak akan jadi kemek dan senang untuk dipotong.

Resepi Kek Lapis Lumut Cheese Roslyn Kitchen

Resepi Kek lapis Lumut Cheese Roslyn Kitchen

Kek lapis Lumut Cheese: Sumber Roslyn Kitchen

Bahan-bahan:

  • Loyang pan cake 8×8
  • 1 cawan tepung gandum*|1 cup wheat flour
  • 1 cawan horlick*|1 cup horlick
  • *Diayak|*sieved
  • 1/2 cawan gula halus|1/2 cup refined sugar
  • 250g butter cup (mentega lain pun boleh) |250g butter
  • 4 biji telur gred A|4 eggs A gred
  • 4 sudu besar sri kaya|4 tbsp coconut jam
  • 1/4 cawan susu pekat|1/4 cup condensed milk
  • 1 sudu kecil esen vanila|1 tsp vanilla essence
  • pewarna hijau secukupnya|green dye

Bahan Lapisan Cheese

  • 250 gram cream cheese tatura (brand lain pun boleh)|250g cheese cream tatur

  • 1/2 cawan gula halus|1/2 cup refined sugar

  • 1 biji telur gred A|1 egg A gred

  • 1 sudu besar tepung gandum|1 tbsp wheat flour

  • 1 sudu besar air masak|1 tbsp hot water

Cara-cara:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.|Preheat the steamer first. Grease the pan with butter and coat the oil paper.
  2. Pukul mentega dan gula halus sampai berkrim.|Beat butter and refined sugar until creamy.
  3. Masukkan telur satu per satu. (Masuk sebiji, pukul sebati, baru tambah sebiji lagi) dengan kelajuan sederhana.|Put eggs one at a time. (Enter one, one beat, one add another).
  4. Masukkan sri kaya kemudian susu. Pukul dengan kelajuan sederhana. Tuang pewarna hijau secukupnya dan gaul sebati.|Add coconut jam and then milk. Beat it at medium speed. Pour enough green dye and mix well.
  5. Masukkan tepung gandum dan horlick (telah diayak) sedikit demi sedikit dan pukul dengan kelajuan paling slow.|Add the flour and horlick (sifted) gradually and beat at the slowest speed.
  6. Setelah siap, bahagikan kepada 3 bahagian.|When done, divide it into 3 parts.
  7. ~ Kukus dulu bahagian pertama, 10-15 minit atau sampai masak sementara kita buat adunan chesee.|Steam the first part, 10-15 minutes or until cooked through while making the chesee dough.

  8. Pukul cream cheese, gula halus dan telur hingga sebati, guna speed sederhana.|Beat cream cheese, refined sugar and egg thoroughly, using medium speed.

  9. Masukkan tepung gandum dan air masak. Pukul sebati.|Add wheat flour and hot water. Beat it well.

  10. Bahagikan kepada 2 bahagian.|Divide into 2 part.

  11. ~ Kalau lapisan hijau yang pertama telah masak, tuangkan bahagian pertama adunan cheese. Kukus selama 15-20 minit atau sampai masak.|When the first layer of green is cooked, pour the first part of the cheese mixture. Bake for 15-20 minutes or until cooked through.

  12. ~ Selepas lapisan cheese masak, tuangkan lapisan hijau, kemudian yang seterusnya berselang seli. Masa yang diperlukan sekurang-kurangnya 3-4jam bergantung pada kekuatan api. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil, kalau tiada…jangan stress, balut penutup periuk dengan tuala bagi mengelakkan air kukusan jatuh atas kek.|After the cheese layer is cooked, pour the green layers, and then alternate. It takes at least 3-4 hours depending on the firepower. Don’t forget to cover the pan with aluminum foil, if not … don’t stress, wrap the lid with a towel to prevent boiling water from falling on the cake.

  13. Kalau nak bakar…pun boleh. Tetapi hati-hati takut hangus. I sarankan kalau kek lapis, lebih baik kukus sahaja. Nanti kejadian lebih soft dan moist gitew…|If you want to bake … also can. But watch out for fear of burning. I recommend, layer cake it’s better to steam.

Resepi Kek Lumut Lapis Cheese Cekgu Norazimah

Resepi Kek Lumut Lapis Cheese

Kek Lumut Lapis Cheese: Sumber Cekgu Norazimah

Bahan-bahan Kek Lumut Lapis Cheese: 

  • 1 cawan tepung
  • 250 gram butter
  • 4 biji telur
  • 3/4 gula halus
  • 4 sudu besar kaya
  • 1/4 susu pekat
  • Pes pandan dgn pewarna hijau

Bahan Lapis putih:

  • 250 gram cream cheese
  • Sebiji telur
  • 3/4 gula halus
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar air masak

Cara-cara:

  1. Mixer butter dan gula sampai sebati. Masuk telur sebiji sebiji. Masukkan susu, kaya, pes dgn pewarna hijau. Dah sebati masukkan tepung gandum sampai sebati lagi.
  2. Bahagikan kepada 2 kukus separuh. Sementera kukus selama 30 minit bolehlah mixer cream cheese tadi.
  3. Mixer cream cheese dengan gula sampai kembang. Masukkan telur, air dgn tepung. Kukus selama 15 minit. Kemudian lapiskan adunan tadi dan kukus sehingga 45 minit. Sejukkan baru potong.

Resepi Kek Lumut Cheese Versi Bakar Mama Kent

Resepi Kek Lumut Cheese Versi Bakar Mama Kent

Resepi Kek Lumut Cheese Versi Bakar: Sumber Mama Kent

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula halus
  • 1 gelas horlicks
  • 1 gelas susu tepung nespray
  • 1/4 gelas susu manis
  • 1 gelas tepung gandum / tepung hong kong
  • 450 gm mentega
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 botol kecil pandan paste
  • sedikit pewara hijau

Cara-cara:

  1. Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil digaul rata.
  3. Masukkan susu, horlicks, susu tepung, tepung, pandan paste dan pewara hijau.
  4. Gaul sampai rata atau pukul lagi. Bahagi kepada dua.

Bahagian Cheese:

  • 750 gram cream cheese
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 biji telur
  • 4 sudu tepung gandum atau tepung hong kong
  • 180 gram gula

Cara-Cara:

  • Campurkan kesemua bahan-bahan dan pukul sampai kembang.

Cara Melapis:

  1. Bakar pada suhu 180C.
  2. Ikut kepanasan oven masing-masing.
  3. Bakar menggunakan api atas dan bawah untuk lapisan pertama selama 10 minit (kena jenguk selalu supaya tidak hangit).
  4. Selepas itu untuk lapisan ke-2 guna api atas sahaja selama 10 minit atau kek kelihatan keperangan.
  5. Selepas keluarkan kek dari oven, kek harus ditekan dengan perlahan menggunakan penekan kek dengan perlahan-lahan supaya kek rata.
  6. Dimulakan dengan lapisan hijau hingga habis.
  7. Kemudian lapisan cheese hingga habis. Kemudian lapisan hijau hingga habis.

Penutup

Kalau rajin nak buat lapis-lapis macam kek lapis pun boleh. Masa untuk untuk mengukus kek ini agak lama kerana Kek Lumut Lapis Cheese ni tidak menggunakan sebarang serbuk penaik. Semakin lama kek dimasak, akan membutakan kek naik elok. Hasilnya kek akan jadi sangat lembut dan lembap (moist). Rasanya sangat sedap, berbaloilah dengan masa kita mengukusnya untuk mendapatkan hasil yang terbaik!
 
Leave A Reply

Your email address will not be published.