Hari ini saya nak resepi brownies kedut, yang cantik berkilat! Brownies kedut adalah kek bantat yang sangat di sukai ramai. Crispy outside, fudgy inside. Texture tak padat but rich dengan rasa chocolate. Jika dibuat mengikut teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack. Tips buat brownies yang sedap rasanya, pilihan coklat masakan adalah sangat penting sebab akan mempengaruhi 'kejadian' brownies tersebut. Nyum! sedap taw! jangan pandang sebelah mata. Walaupun rupa dia berkedut sana-sini tapi bila masuk mulut..sangatlah heaven rasanya!
Resepi Brownies Kedut Super Sedap Che Nom
Brownies Kedut Super Sedap: Sumber Che Nom
Bahan-bahan:
- 300 gram coklat gelap/dark chocolate
- 150 gram mentega tak bergaram/unsalted butter
- 100 gram tepung gandum
- 30 gram serbuk koko
- ½ sudu kecil garam halus
- 2 sudu besar air panas
- ¾ sudu kecil serbuk espresso/nescafe
- 200 gram gula perang (soft brown sugar), kurangkan 150 gram kalau nak kurang manis
- 4 biji telur (gred B)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 160°C. Gris dulang bersaiz 9X9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas baking.
- Cairkan dark chocolate bersama mentega menggunakan kaedah double boiler. (Sila rujuk tips).
- Ayak semua bahan kering iaitu tepung gandum, serbuk koko dan garam halus.
- Bancuh air panas bersama serbuk espresso atau nescafe. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga sebati, tapi JANGAN lama dan kuat sangat. Nanti tak jadi kedut.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan cairan coklat dan metega tadi, bersama juga bancuhan kopi. Kacau sekejap.
- Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan menggunakan spatula agar semua bahan sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-35 minit, atau sehingga lidi yang dicucuk ada sedikit basah berketul coklat bila ditarik keluar. Tak perlu licin sangat nanti brownies akan overbaked.
Tips:
- Kaedah Double Boil ialah kaedah dimana kita masah sesuatu bahan dengan menggunakan steam di permukaan bawah, tanpa terkena direct heat dari api. panaskan periuk kecil dan letak mangkuk di atasnya sebagai penutup supaya steam tak keluar.
- Boleh juga gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri, tapi tekstur brownies akan jadi lebih ringan dan macam kek sikit, kurang fudgy.
Resepi Nutella Brownies Azie Kitchen
Nutella Brownies: Sumber Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 240 gram nutella
- 2 biji telur
- 9 sudu besar tepung serba guna
- 2 sudu besar chocolate chips – opsyenal
- 1 sudu besar kacang almond – opsyenal
Cara-cara:
- Satukan semua bahan dan putar sehingga sebati.
- Sediakan loyang saiz 10” x 7″ dan lapik dengan baking paper atau di spray. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar selama 20-30 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
Resepi Chocolate Brownies Kedut Azlita Aziz
Chocolate Brownies Kedut: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 400 gram coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
- 150 gram unsalted butter
- 100 gram gula perang
- 100 gram gula kastor
- 4 biji telur ~ gred A
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 gram tepung naik sendiri
- 30 gram serbuk koko
Cara-cara:
- Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
- Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
- Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
- Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
- Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
- Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
- Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit. - Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.
Resepi Brownies Kedut Eny Abdullah
Brownies Kedut: Sumber Eny Abdullah
Bahan-bahan:
- 400 gram Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl’s jenis coins
- 150 gram mentega
- 170 gram gula perang – kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150 gram sahaja
- 4 biji telur saiz A
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 100 gram tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
- 30 gram serbuk koko, saya pakai jenama Beryl’s
- Secubit garam kasar
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 160C.
- Cairkan butter dan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata. Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata. (Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave.)
- Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak. Satukan telur, butter cair, gula castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
- Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu. Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi. Masak selama 30-40 minit.
- Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.
- Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.
- Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
- Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
- Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.
- Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk. Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.
Tips Brownies Lebih Sedap:
- Guna sedikit garam kasar. Pengunaan garam dalam membuat kek dan biskut bukanlah sesuatu yang pelik.
- Secubit garam mampu membangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Boleh cairkan garam kasar bersama butter atau bersama coklat. Guna butter yang berkualiti.
- Jangan sesekali guna marjerin. Ada sesetengah resepi brownies menggunakan minyak. Guna minyak jagung dari menggunakan minyak sayuran biasa (minyak masak). Jangan terlebih bakar. Brownies yang sedap sedikit moist di dalamnya.
- Kalau terlebih bakar, brownies akan cepat mengeras dan kering. Jadi masa bakar brownies kena hati-hati jangan overbaked.
Resepi Brownies Coklat Qaseh Honey
Brownies Coklat Gajus: Sumber Qaseh Honey
- 225 gram mentega cair
- 130 gram coklat masakan cair
- 280 gam gula pasir
- 4 biji telur A
- 170 gram tepung gandum
- 65 gram serbuk koko
- 30 gram susu tepung
- 1/4 sudu teh baking powder
- 150 gram gajus panggang – cincang kasar (QH letak 50 gram gajus, 50 gramm badam dan 50 gram hazelnut)
- 80 gram coklat chips
Loyang 6 x 6 x 3 atau 8 x 8 (Alas dan gris mentega kelilingnya)
Cara-cara:
Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan susu tepung. Ayak dan ketepikan.
Pukul telur dan gula dengan whisk hingga kembang dan gula larut.
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, selang selikan dengan mentega cair dan coklat masakan cair. Gaul perlahan-lahan hingga rata.
Masukkan gajus dan coklat chip, gaul hingga rata.
Tuang ke dalam loyang, ratakan dan tabor dengan gajus dan coklat chip.
Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 1 jam di rak tengah. Cucuk dengan lidi jika masih melekit tambahkan sedikit masa membakarnya.
Tips:
- *** Jika menggunakan loyang yang lebih besar kurangkan masa membakarnya. Test dengan menusuknya dengan lidi. Jika licin bolehlah dikeluarkan dari oven.
Resepi Brownies Bites Anna Qawina
Brownies Bites: Sumber Anna Qawina
Bahan-bahan:
- 50 gram mentega
- *50 gram gula kastor
- *45 gram gula perang
- *50 gram tepung gandum
- *20 gram serbuk koko
- *1 biji telur gred A
- *60 gram kepingan coklat Beryls *sedikit coffee flavour/emulco (setitik dua sahaja)
Cara-cara:
- Satukan mentega, gula castor & gula perang dalam mangkuk tahan panas.
- Panaskan di atas api perlahan, kacau sentiasa sehingga butter mencair sepenuhnya.
- INGAT YA!! kita nak mentega je cair sepenuhnya, bukan gula!!
- Tutup api, teruskan mengacau sehingga sedikit suam, terus masukkan telur dan kacau laju-laju supaya telur tidak bergumpal atau menjadi telur separuh masak.
- Cepat-cepat masukkan coklat, supaya adunan mentega & telur yang masih suam-suam itu dapat mencairkan coklat dengan mudah.
- Sekiranya coklat susah nak mencair, boleh saja panaskan sekejap menggunakan api perlahan, kacau laju-llaju supaya adunan kembali suam-suam panas.
- Kemudian masukkan tepung & serbuk koko, kacau sebati, kaup balik supaya semua bersatu. Masukkan adunan brownies kedalam piping bag. Ketepikan.
- Aturkan cawan kertas saiz mini (saiz almond london) di dalam acuan aluminium/acuan tart/pai, acuan kapkek dan sebagainya.
- Paipkan adunan brownies tadi kedalam cawan kertas tadi sehingga hampir penuh, buiat sehingga habis.
- Taburkan kacang badam atau coklat cip mengikut kesukaan anda.
- Bakar didalam ketuhar dengan suhu 120’C – 130’C selama 40minit atau sehingga masak. (Pastikan suhu rendah supaya kedut & kilat permukaan brownies bites menjadi cantik.)
Resepi Brownies on a Stick
Resepi Brownies on a Stick: Sumber Zack
Bahan-bahan:
- 85 gram dark unsweetened chocolate – I used plain old dark couverture choc
- 115 gram mentega tanpa garam
- 150 gram gula kastor
- 2 biji telur gred A@B
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- secubit garam
- 2/3C @ 110 gram tepung gandum + 1/4 sudu kecil baking powder
Bahan Layer Cheese:
- 125 gram cream cheese
- 20 gram gula kastor
- 1 sudu besar susu segar @ whipping cream @ fresh cream – mana-mana pun ok takde hal
- esen lemon, lemon zest- optional
***Campur semua sampai sebati. Ketepikan.
Hiasan:
- Coklat compound (yang cepat keras) atau coklat masakan yang sedap
- Kekacang (almond, pistachios etc) atau choc rice
Cara-cara:
- Sediakan loyang 8x8in, alaskan baking paper dan lengser dengan butter. Pastikan terdapat lebihan 1 1/2 inci kertas terkeluar dari loyang. Panaskan oven.
- Campurkan chocolate, gula kastor, butter dalam stainless steel bowl. Panaskan atas periuk berisi air panas, kacau hingga sebati. Tutup api dan ketepikan sebentar hingga agak suam.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul sebati. Masukkan esen vanila, tepung gandum, baking powder dan garam. Garam sampai sebati. Tuang dalam loyang tadi.
- Bakar selama 20-25 minit, 170C. Tuangkan adunan layer cheese di atas brownies, teruskan membakar 15 minit atau hingga cheese masak.
- Keluarkan dalam peti sejuk, biarkan dalam loyang 10 minit. Sisipkan keliling loyang dengan pisau, dan sejukkan sepenuhnya atas redai kek.
- Potong brownies lebih kurang 1.5in x 2in (lebih kuranglah) dan cucuk dengan ice cream sticks. Buat sampai habis. Kemudian celupkan tiap satu brownies ke dalam coklat yang dicairkan. Hiaskan dengan kekacang atau ikut kreativiti.
Resepi Brownies Kedut Mudah Buat Orang Lapo
Brownies Kedut Mudah Buat: Sumber Orang Lapo
Bahan-bahan:
- 450 gram coklat masakan (saya guna dark coklat)
- 150 gram mentega
- 3 biji telur
- 150 gram gula perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 120 gram tepung naik sendiri
- 3 sudu besar serbuk koko
Cara-cara:
- Ayak tepung bersama serbuk koko. Ketepikan.
- Cairkan coklat bersama mentega.
- Dalam bekas lain, kacau telur, gula perang dan esen vanila sehingga sebati. (guna whisk)
- Masukkan coklat yang telah dicairkan tadi semasa coklat masih panas. Kacau sebati.
- Masukkan tepung dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang. (panaskan oven terlebih dahulu)
- Bakar pada suhu 200°C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180°C dan bakar lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
Tips:
- Gunakan coklat yang berkualiti untuk menghasilkan kedutan yang lebih nyata.
- Bakar pada suhu yang tinggi pada 10 minit pertama untuk menghasilkan kedutan.
- Jangan bakar terlalu lama untuk mendapatkan brownies yang lembut dan basah (moist).
Resepi Brownies Kedut Yang Sedap Dan Ohsem
Brownies Kedut Yang Sedap Dan Ohsem: Sumber Syira Ishak
Bahan 1:
- 100gram butter suhu bilik(boleh guna buttercup or real butter(csc dll)
- 100gram gula biasa
- 90 gram gula perang
- 2 biji telur
Bahan 2:
- 40 gram dark chocolate button jenama beryls (atau apa2 jenama favorite anda, saya guna beryls sebab paling sedap dan murah.
- Secubit nescafe
Bahan 3:
- 100 gram tepung gandum
- 40 gram serbuk koko
- 3 gram garam(saya guna garam bukit, kurang masin sikit)
- (diayak dan digaul sebati dengan spatula)
Bahan 4:
- 90 gram dark chocolate button jenama beryls
Cara-cara:
- Campurkan butter, gula biasa dan gula perang(bahan 1) bersama dan panaskan di atas api perlahan sampai butter cair, kena selalu kacau jangan sampai gula ‘caramalize’ tau. Bila sudah nampak mcam ada lapisan minyak, stop. (Proses ini penting untuk buat kedut-kedut yang menggoda tu). Notes: Ini jumlah gula yang terpaling sikit saya boleh kurangkan, lagi kurang dari ini, untuk bekas 8×8, kedutnya akan hilang, sebab gula ni memainkan peranan penting dalam kedut tu, satu lagi coklat.
- Bila angkat whisk tu, adunan tu macam lekat2,macam dalam gambar di atas. Kacau sehingga telur dan gula+butter tadi sebati tau, adunannya masih suam ketika ni.
- Kemudian, ketika masih suam (penting ya buat ketika ia masih suam supaya coklat cair). Masukkan coklat button 40 gram dan secubit nescafe (Bahan 2). Kacau sehingga coklat cair dan sebati.
- Adunan dia akan jadi likat seperti dalam gambar di atas. Coklat ni penting juga untuk dapatkan kedut yang licin dan berkilat.
- Tukar kepada spatula semula, masukkan tepung yang dah dicampur bersama tadi.(bahan 3). Ketika masuk tepung ni, akan naik bau coklat tu, sebab aduan masih suam2. Kacau secara kaup balik, sehingga licin.
- Strukturnya akan jadi seperti di atas tapi masih berketul2 sedikit sebab gula tadi tak cair sepenuhnya pun.
- Selepas siap masukkan tepung, tunggu sekejap dalam 5 minit, untuk kasi acuan tadi suam-suam kuku je, lepas tu baru masukkan dark coklat button 90 gram. Kacau secara kaup balik, sekali dua je tau. Kita tunggu dia sejuk dulu supaya coklat tu tak cair, haa yang ni lah yang membuatkan ada coklat cair kt tengah-tengah dia tu, yang buat orang terliur tuh.
- Lepas itu masukkan dalam bekas, kalau guna 7×7 dia tebal sikit, mana2 pun ok. Tapi jangan lupa tau letak baking paper/parchment paper seperti dalam gambar, supaya nanti senang nak keluarkan, kalu nak buat mkn2 aje, saya tak letak pun kat tepi tu, ini untuk jual, saya letak macam ini supaya senang nak bawa keluar.
- Bolehlah letak apa-apa, kalau nak letak kacang, toastkan dulu tanpa minyak atas dapur kejap.
- Bakar 160, 25 min aje, jangan overbake nanti jadi biskut. Tentang oven ni, uols kena faham ‘perangai’ oven masing2, yang pasti kena suhu dia rendah ye! Biarkan sejuk dalam tray, lepas sejuk, baru keluarkan.
Nota:
- Kalau nak makan sehari selepas, untuk effect coklat cair tu, panaskan dalam microwave paling TOP 20 saat je.
- Kalau nak jual, sebelum customer datang pickup, panaskan dulu kejap, lepas tu pesan kat dorang, kot dorang nak makan lambat. Sebab tu brownies ni best makan on the day baked.
- Kalau tak panaskan pun sedap juga, macam ada coklat chunks kat dalam dia, tengah-tengah makan tu tiba-tiba tergigit coklat, hmm kan nikmat tu! he he.
Penutup
Brownies ni sangat moist kalau tak terlebih bakar. Cara buat pun sangat la senang nak simple. Untuk rasa yang lebih enak, anda boleh cuba letakkan kepingan coklat, atau pun pelbagai jenis kacang seperti badan, almond dan lain lain untuk memberi rasa yang lebih crunchy. Brownies ni dia akan lagi sedap kalau ada Chocolate Chips dalam dia. Nanti dia akan ada rasa cair-cair chocolate chips dalam dia tu bila kita gigit.
Jom Cuba Resepi Kek dibawah: