fbpx

5 Resepi Roti Sangkaya Yang Sedap! Cara Homemade Ala Boat Noodle

0

Hari ini saya nak kongsi resepi roti sangkaya yang sedap! Roti sangkaya menggunakan roti yang dikukus lebut dan sedap dicicah dengan sos pandan yang enak! Kini, mudah je nak buat sos pandan homemade, confirm menjadi. Cukup rasa lemak manisnya… Wanginya bau pandan! Suapan demi suapan pasti tak terasa. Nak  resepi tak? Jom saya kongsikan cara mudah sediakan roti sangkaya homemade Ala Boat Noodle.

Resepi Sangkaya Bai Toey (Thai Pandan Custard)

Sangkaya Bai Toey (Thai Pandan Custard)

Sangkaya Bai Toey (Thai Pandan Custard): Sumber Azue’s Kitchen

Bahan-bahan:

  • 5-6 Helai Daun Pandan di ambil airnya sahaja
  • 1 biji Telur
  • 250 ml Susu Cair
  • 250 ml Air 
  • 150 gram Gula
  • 2 sudu besar Tepung Jagung
  • Secubit Garam

Cara-cara:

  1. Blender daun pandan dengan air ( setengah cawan)…tapis air daun pandan tadi.
  2. Masukkan telur dan gula, di kacau sebati…
  3. Masukkan susu, air daun pandan dan tepung jagung, dalam pengadun dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan yang disediakan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan sentiasa kacau..selama 20 minit.
  5. Setelah ianya likat…matikan api tunggu sehingga ia menjadi sejuk.
  6. Hidangkan bersama susu cair untuk rasa lebih umpphh..
  7. Bahan paling penting Roti Bengali yg telah anda Stimkan…atau di bakar ..ikut selera anda.

Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle

Resepi Roti Sangkaya Ala Boat Noodle

Roti Sangkaya Ala Boat Noodle: Sumber Nina Salleh

Bahan-bahan:

  • 14 helai daun pandan
  • 2 cawan air kosong
  • 2 biji telur
  • 14 sudu gula perang
  • 500 ml santan
  • 4 sudu tepung jagung
  • Pewarna hijau

Cara-cara:

  1. Kisar daun pandan dengan sedikit air.
  2. Tapis, ambil airnya sahaja.
  3. Masukkan dua biji telur.
  4. Masukkan gula.
  5. Masukkan tepung jagung dan santan.
  6. Kacau sehingga capai kepekatan yang diingini.
  7. Hidangkan bersama susu cair dan roti yang distim. Nikmati bersama keluarga di rumah.

Resepi Sangkaya Thai Pandan 

Sangkaya Thai Pandan Ala Boat Noodle Yang Sedap Dan Mudah

Sangkaya Thai Pandan: Sumber Qaseh Honey

Bahan-bahan:

  • 200 ml santan
  • 200 ml air
  • 3 biji kuning telur
  • 4-5 helai daun pandan
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar gula merah
  • garam secukup rasa
  • 2-3 titik pewarna hijau epal

Bahan lain:

  • Roti secukupnya – nak sedap kukuskan sekejap

Cara-cara:

  1. Satukan ke semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan pewarna hijau ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat dan sebati.
  2. Sediakan pan dan tapis bahan yang dikisar tadi ke dalam pan.
  3. Hidupkan api (perlahan) dan kacau perlahan-lahan.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan pewarna hijau epal. Kacau lagi sehingga adunan pekat dan kelihatan meletop-letop.
  5. Sedia untuk di hidangkan bersama roti.

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Resepi Sangkaya Ala Boat Noodle

Sangkaya Ala Boat Noodle: Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 300 ml santan (LiNa Pg gn 200ml santan kotak+200ml air)
  • 100 ml air
  • 4-5 helai daun pandan
  • 3 biji kuning telur
  • 3-4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn 1 sudu kecil gula merah)
  • Secubit garam
  • Beberapa titis pewarna hijau epal (jika suka)

Bahan lain:

  • Roti Banggali

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan kisar halus.
  2. Tapiskan ke dalam kuali/periuk.
  3. Masak api kecil hingga likat dan kelihatan ada letupan-letupan kecil.
  4. Dah siap.

Cara Hidang:

  1. Potong roti (terpulang citarasa)kukus/stim sekejap (LiNa Pg masukkan ke dalam microwave jer).
  2. Sedia dinikmati bersama sangkaya.
  3. Makan panas-panas. 

Resepi Roti Sangkaya Versi DapurPanasLeYa

Resepi Roti Sangkaya Versi DapurPanasLeYa

Roti Sangkaya Versi DapurPanasLeYa: Sumber Ilyaleya

Bahan-bahan:

  • 6 helai daun pandan (dikisar bersama 1 cawan air dan tapiskan untuk mengambil airnya sahaja)
  • 1 biji telur
  • 3/4 santan kotak 
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau (sebab kau ingat dia akan hijau… memang tak lah kan..)

Cara-cara:

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati. 
  2. Kemudian, panaskan di atas dapur dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau sehingga mendidih.
  3. Kena kacau selalu untuk sangkaya tidak berketul-ketul.
  4. Bila dah siap, hidangkan bersama roti yang telah dikukus. Tips: Makan panas-panas memang sedap. Kalau ada lebihan Sangkaya tu boleh disimpan dan digunakan untuk hidangan di hari lain.

Penutup

Mudah je nak buat, jom cuba!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.