fbpx

5 Resepi Apom Lenggang Paling Sedap Dan Mudah Dibuat!

Hari ini saya nak kongsi resepi apom lenggang yang paling sedap dan mudah dibuat. Rupanya seakan apam balik tapi apom lenggang ini tiada isi. Rasanya lemak dan manis. Sedap dimakan sebagai kudapan waktu petang, dihidangkan dengan teh/kopi panas. Alahai..sedapnya! Makan ketika sarapan pun sedap ni. Enak dimakan begitu sahaja. Nak makan dengan kari, sambal tumis atau sardin pun boleh. Ikut selera anda.

Resepi Apom Lenggang Che Nom

Resepi Apom Lenggang Che Nom

Apom Lenggang: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • sedikit garam

Bahan kisar halus:

  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
  2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
  3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
  4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
  5. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.

Tips:

  • Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalaman, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.

Resepi Apom Lenggang Namakucell

Resepi Apom Lenggang Namakucell

Apom Lenggang: Sumber Namakucell

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • sikit garam
  • 1 camt yis mauripan.
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Campur je semua bahan kecuali santan & telur. Bahan lain lebur je iaitu tepung beras, tepung gandum, garam, gula, yis mauripan & air. Kacau rata-rata & masuk dalam bekas bertutup..Yang ni mak aku dah bancuh siap-siap malam tadi sebelum tidur…Santan & telur masukkan masa pagi tadi..Tak boleh masuk awal sebab takut santan tu masam nanti sebab nak peram satu malam…Yang atas ni mak aku kata dia dah campur santan & telur sebab dah nak goreng.
  2. Panaskan nonstick pan….Tuang 1 senduk kecik adunan apom tu…Mak aku kata kalau dulu-dulu orang guna kuali biasa je..tapi sekarang dah ada non stik pan..Mak aku guna pan yang selalu mak aku guna untuk buat pancake….apinya mesti kecik je…
  3. Tutup pan tu….nanti apom tu akan mengering & jadi lubang2 cam ni..Macam rupa kuih serabai pun ada…tapi serabai lemak je..Yang ni lemak & manis…
  4. Bila dah nampak garing tepi dia…boleh la angkat..xyah nak terbalikkan..Masak sebelah jew….Masa masih panas lipat sikit tepi.
  5. Lipat tepi satu lagi..
  6. Dah siap….Mak aku pesan…kena lipat masa masih panas…baru dia lekat cantik.. Kalau lipat masa dah sejuk nanti lipatan akan  terbuka..

Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris

Resepi Apom Lenggang Terlajak Laris

Apom Lenggang Terlajak Laris: Sumber Mykmu

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • Dan 1 biji telur
  • sedikit garam

Bahan Kisar Halus:

  • 3/4 cawan nasi sejuk
  • 1 1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.

  2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.

  3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.

  4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu.

  5. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.

  6. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.

Resepi Apam Lenggang atau Apam Manis

Resepi Apam Lenggang atau Apam Manis

Apam Lenggang atau Apam Manis: Sumber Resepi Bonda / Umi Watie

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan nasi
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar mauripan
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Garam

Cara-cara:

  1. Semua bahan tu kita kisarkan dalam pengisar sampai semua bahan teradun. Tuangkan dalam bekas lain. Perap 1 jam, sedang elok bangun untuk solat subuh tu bancuh bahan, lepas tu perap. Boleh lah buat benda lain sementara tu. Mak-mak kan dia selalu multi tasking.

  2. Selepas diperap 1 jam. Nampak berbuih dah kacau-kacaukan bagi rata ya. Jom panaskan kuali. Kakchik gunakan kuali anti lekat. Kakchik sapukan dengan marjerin planta. Perghhhh tambah sedap uiiii. Lain macam wangi dia. Menggoda sungguh.

  3. Kakchik guna senduk kecil saja. Atas kuali yang telah panas tuangkan adunan Apom Lenggang kita tadi. Ratakan atas kuali, biar dia menipis. Lagi nipis lagi syok. Gunakan api kecil saja. Biarkan adunan mengering dan garing.

  4. Bila nampak bahagian tepi dah mula mengering dan garing boleh lah kita gulungkan. Kakchik gulung terus atas kuali. Senang cerita, angkat bubuh atas pinggan. Dah siap. Buat sampai habis adunan kita tadi ya.

Resepi Apam Lenggang Sedap Sukatan Cawan

Resepi Apam Lenggang Sedap Sukatan Cawan

Apam Lenggang Sedap Sukatan Cawan: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/2 cawan tepung gandum 
  • 1 1/2 sudu teh yis 
  • 7-8 sudu makan gula pasir 
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan kecuali santan. Adun dan perap selama 1-2 jam.

  2. Masukkan santan dan kacau sebati. Kalau adunan masih berkutil @ berketul, tapis untuk dapatkan adunan yang sebati.

  3. Panaskan kuali dan sapu minyak pada kuali. Jika guna kuali non-stik, tak perlu gris minyak.

  4. Ambil 1 senduk adunan dan tuang ke dalam kuali. Lenggang seperti buat Kuih Ketayap.

  5. Masak dengan api perlahan. Bila apam sudah kekuningan, bolehlah digulung atau dilipat dua.

  6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Enak dimakan panas.

Penutup

Mudah je kan cara penyediaan apom lenggang ini. Bahan pun mudah nak dapat, senang nak hidangkan untuk tetamu yang datang. Kudapan yang sedap dan simple je!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.