fbpx

7 Resepi Karipap Pusing Yang Rangup 2022 (Kulit Rapuh Krup Krap, Sedapnya!)

Hari ini saya nak kongsi resepi karipap pusing yang rangup dan semestinya sedap. Bukan sahaja cantik hasilnya, ianya juga rapuh dan rangup. Pusaran kulit karipap juga sangat cantik, kemas dan sekata, bak kata Mama Dee. Untuk menghasilkan karipap pusing, kulitnya digelek berlapis-lapis,  coraknya berlapis-lapis nampak cantik dan lebih garing. Pastinya lebih sedap. Anda juga boleh pilih inti mana yang anda sukai, sesuai ikut selera anda. 

Resepi Karipap Pusing Gebu dan Rangup Che Nom

Karipap Pusing Gebu dan Rangup Che Nom

Karipap Pusing Gebu dan Rangup: Sumber Che Nom

Bahan-bahan untuk inti Karipap:

  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1-2 sudu besar serbuk cili
  • 200 gram daging kisar
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 400 gram kentang
  • Air secukup nya, supaya kentang empuk
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ikat daun sup
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Doh A:

  • 300 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar majerin
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 125ml air sejuk ais

Bahan Doh B:

  • 150 gram tepung beras
  • 125 gram majerin

Cara-cara untuk Inti Karipap:

  1. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia Bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar halus sehingga kekuningan.
  3. Bancuh rempah kari dan serbuk cili bersama sedikit air. Tumis Bersama bahan kisar halus tadi.
  4. Masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam. Masak sehingga agak kering.
  5. Masukkan kentang, sedikit air dan bawang besar. Tutup kuali dan masak sehingga kentang lembut.
  6. Bila kentang dah lembut dan inti dah kering, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tambah hirisan daun sup.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh A):

  1. Panaskan minyak bersama majerin hingga mendidih.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan tepung gandum. Tuang cairan minyak panas dan majerin. Masukkan garam. Kacau semua bahan sekata menjadi serbuk kasar.
  3. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit. Uli menjadi doh dan rehatkan seketika.
  4. Bahagikan doh kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.

Cara-cara untuk buat Karipap:

  1. Leperkan bebola doh A. Letak bebola doh B di tengah doh A dan tutup rapat supaya menjadi 1 bebola besar. Ulang sehingga habis kesemua doh.
  2. Ambil 1 doh bulat dan leperkan setebal anggaran 1/2 cm. Gulung doh yang dileperkan. Uli sekali lagi kepada bentuk bujur memanjang, dan gulung lagi sekali.
  3. Ambil pisau yang tajam, potong doh gulung kepada 4 bahagian sama tebal.
  4. Ambil satu keping dan leperkan sehingga menjadi bulatan nipis.
  5. Sudukan inti di tengah. Tutup doh karipap dan kelim tepi dengan kemas.
  6. Goreng di dalam minyak panas sederhana sehingga kekuningan.

Tips:

  • Untuk doh B, kalau adunan masih keras, tambah majerin sedikit demi sedikit sampai menjadi bebola yang boleh dibentuk.
  • Che Nom sejukkan dulu adunan bebola yang dicantum ke dalam peti sejuk selama 10 minit, untuk mengelakkan adunan terlalu lembik (jika cuaca panas) dan mendapatkan lapisan yang cantik.
  • Che Nom timbang semua doh dulu dan bahagi 8. Ikut berat doh yanag Che Nom buat.
  • DOH A : 63 gram
  • DOH B : 47 gram

Resepi Karipap Pusing Honeydee Kitchen

Resepi Karipap Pusing Honeydee Kitchen

Karipap Pusing : Sumber Honeydee Kitchen

Bahan-bahan Inti Kentang:

  • 4 biji kentang saiz besar ~ di potong dadu kecil
  • sedikit daging yang dipotong kecil-kecil / daging kisar
  • 3 ulas bawang merah ~ kisar
  • 2 ulas bawang putih ~ di kisar
  • 3 sudu besar rempah kari
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara: 

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan daun kari dan bahan kisar hingga harum dan garing.
  3. Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.
  4. Masukkan daging, biarkan masak. Kemudian masukkan kentang dan tambahkan air. Biarkan ia merenih dan kentang empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia kering. 

Bahan Doh A:

  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu besar tepung jagung 
  • 2 sudu besar veg shortening 
  • 2 sudu besar marjerin

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
  2. Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.

Bahan Doh B:

  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1/4 cawan minyak jagung 
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
  • 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung ke dalam bekas dan buatkan kawah atau lubang di bahagian tengahnya.
  2. Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi. 
  3. Gaul rata dengan senduk atau sudu AWAS MINYAK PANAS!!
  4. Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
  5. Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut.
  6. Tuangkan air garam  sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
  7. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.

Cara Penyedian Karipap Pusing:

  1. Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.
  2. Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi. Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya.
  3. Bungkuskan dan kemaskan padat. Kemudian di bulatkan, ketepikan. Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.
  4. Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  5. Kemudian di gulung menjadi selinder yang panjang.
  6. Kemudian di canai sekali lagi sederhana tebal juga.
  7. Gulung semula menjadi selinder.
  8. Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
  9. Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.
  10. Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan.
  11. Ambil sekeping doh yang telah di potong dan canaikan bentuk bulat, sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  12. Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak pula untuk di nikmati nanti. 
  13. Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
  14. Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka. Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti. Ulang proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh. 

Kaedah Menggoreng:

  1. Pastikan semasa mengoreng minyak betul-betul panas. Cara mengoreng karipap pusing ni tak sama macam karipap biasa.
  2. Kalau karipap biasa minyak tak boleh panas sangat nanti ia mengerutu dan gelembung-gelembung permukaan karipap tu.. tapi sebaliknya karipap pusing kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya karipap ni cantik kejadiannya.
  3. Api tidak boleh terlalu kecil nanti karipap ni akan serap minyak yang banyak dan buatkan kita muak bila menikmatinya.
  4. Goreng hingga ia kuning keemasan, kemudian angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya minyaknya di serap.
  5. Kemudian bolehlah di hidangkan panas-panas.

Resepi Karipap Pusing Marveles Haniza

Karipap Pusing Marveles Haniza

Karipap Pusing Marveles: Sumber Haniza

Bahan Doh A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar vegetable shortening
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan Doh B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 sudu kecil garam atau secukup rasa
  • 1/2 cawan air  anggaran

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan Doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuklah menjadi bulat dan ketepikan.
  2. Untuk Doh B.  Panaskan minyak dan tuang ke dalam mangkok yang berisi tepung (lubangkan di bahagian tengah tepung untuk menuang minyak panas).  Gaul rata dengan senduk atau sudu (Awas Minyak Panas!) sehingga menjadi seperti serbok roti.  Sementara itu garam dibancuh dengan air hingga garam larut.  Tuangkan sedikit demi sedikit air garam ini ke dalam tepung sambil menguli sehingga sebati dan agak tak meletak kat tangan.  Doh ini dibahagi kepada 4 bahagian sama banyak dan dibulat-bulatkan.
  3. Canaikan satu bahagian Doh B yang kita telah bahagikan tadi.  Letakkan satu bahagian Doh A di tengahnya.  Bungkuskan dan kemaskan padat.  Kemudian dibulatkan, ketepikan.  Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.
  4. Doh yang telah disatukan tadi, dicanai sederhana ketebalannya.  Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
  5. Kemudian digulung menjadi selinder yang panjang.
  6. Kemudian dicanai sekali lagi sederhana tebal juga.
  7. Gulung semua menjadi selinder.
  8. Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
  9. Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.
  10. Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan.
  11. Ambil sekeping doh yang telah dipotong dan canaikan bentuk bulat atau bujur sederhana tebal. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.  Jika nipis ia susah dikendalikan dan mudah pecah semasa meletakkan inti.  Jika tebal pula tidak enak pula untuk dinikmati nanti.
  12. Letakkan inti (inti kentang ke inti sadin ke – lihat resipi dibawah) yang disukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
  13. Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka.
  14. Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses menggoreng nanti.
  15. Ulangi proses yang sama hingga habis kesemua kepingan doh.
  16. Dah pun siap karipap kita.  Untuk satu adunan ini boleh menghasilkan 24 biji karipap pusing.
  17. Jika hendak freeze karipap ini, ada 2 kaedah.

Kaedah Frozen:

Kaedah Pertama – Selepas siap karipap ini diklim terus susun dalam bekas kedap udara.  Susun ia satu-satu dan jarakkan supaya ia tak melekat-lekat nanti.  Tutup bekas kemas dan terus simpan dalam tempat beku dalam peti ais.  Bila nak goreng nanti keluarkan sebentar, dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Kaedah Kedua – Kita goreng dahulu setengah masak dalam minyak yang betul-betul panas.  Goreng sekejap sahaja.  Kemudian angkat.  Susun dalam bekas kedap udara dan simpan dalam bahagian beku dalam peti ais.  Bila nak makan keluarkan biarkan ia lembut baru goreng semula.

Kaedah Menggoreng Karipap:

  1. Bagi yang nak makan terus, pastikan semasa menggoreng minyak betul-betul panas.  Cara menggoreng karipap pusing ini tak sama macam karipap biasa.  Kalau karipap biasa minyak tak boleh panas sangat nanti ia menggerutu dan menggelembung di permukaan karipap tu tapi sebaliknya karipap pusing kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas supaya karipap ini cantik kejadiannya.  Api tidak boleh terlalu kecil nanti karipap ini akan serap minyak yang banyak dan buatkan kita muak bila menikmatinya.
  2. Goreng hingga ia kuning keemasan, kemudian angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya minyaknya diserap.
  3. Kemudian bolehlah dihidang panas-panas.

Bahan Inti Kentang:

  •  4 biji kentang saiz besar – dipotong dadu kecil
  • 2 sudu besar udang kering – direndam hingga lembut kemudian kisar
  • 2 sudu besar ikan bilis – direndam lembut kemudian kisar
  • 3 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 10 tangkai cili kering – digunting2 kecil, rendam hingga lembut kemudian kisar (boleh kurangkan)
  • 3 sudu besar rempah kari
  • Garam & gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan daun kari dan bahan kisar hingga harum dan garing.
  3. Masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing.
  4. Masukkan kentang dan tambahkan air.
  5. Biarkan ia merenih dan kentang empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan ia kering.
  8. Angkat dan toskan minyaknya.

Bahan Inti Sardin:

  • 3 biji kentang bersaiz kecil – dipotong dadu
  • 1 tin besar sardin – ambil ikannya sahaja, buang tulang tengah dilenyek lumat
  • 3 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halis – dikisar
  • 10 tangkai cili kering – digunting2, direndam hingga lembut dan kisar (boleh dikurangkan)
  • 1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum dan garing.
  2. Masukkan kentang dan air asam dan masak hingga kentang empuk.
  3. Masukkan sardin dan lada hitam.
  4. Masak lagi hingga pekat.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan toskan minyaknya.

Resepi Karipap Pusing dan Inti Kari Ayam/Daging Bonda

Karipap Pusing dan Inti Kari Ayam Daging Bonda

Karipap Pusing dan Inti Kari Ayam/Daging Bonda: Sumber Intai Dapur

Bahan-bahan:

  • 200 gram ayam @ daging – potong kecil-kecil
  • 500 gram ubi kentang / ubi keledek – potong dadu
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • Cili mesin – 2 sudu besar
  • Serbuk kari ayam – 3 sudu besar
  • 1 labu bawang besar – potong dadu
  • Daun sup – hiris nipis
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara:

  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *. Campurkan bahan-bahan tumbuk, cili mesin dan serbuk kari bersama sedkit air..kacau sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tadi hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan ayam / daging dan sedikit air.
  4. Bila ayam /daging dah empuk, masukkan ubi kentang/ keledek bersama air secukupnya untuk mengempukkan ubi tadi.
  5. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. Bila dah cukup rasa dan ubi tadi dah empuk, masukkan daun sup dan bawang besar yang dipotong dadu.
  6. Gaul hingga bahan-bahan sebati dan betul-betul kering.
  7. Sejukkan dan sedia digunakan.
  8. Sesuai utk roti john, karipap, inti puff segera, inti roti, inti mini murtabak dan lain-lain.
  9. Boleh jugak disimpan dalam fridge untuk tahan lama…bila nak guna, keluarkan dan biar lembut baru guna.

Resepi Karipap Pusing Paling Sedap Azlinna Bakery

Karipap Pusing Paling Sedap Azlinna Bakery

Karipap Pusing Paling Sedap: Sumber Azlinna Bakery

Bahan Doh A:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan minyak masak

Bahan Doh B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak masak (panaskan)
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air sejuk dari peti ais (boleh tambah air kalau adunan keras)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan doh A. Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan. Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.
  2. Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.
  3. Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.
  4. Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan. 

Cara-cara Membuat Karipap Pusing:

  1. Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A . Bungkus menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh-doh seterusnya.
  2. Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya. Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.
  3. Ambil doh dan potong kepada 6 bahagian. Gelekan sedang-sedang sahaja jangan terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang-sedang saja. Masukan inti, lipat dan klim lah cantik-cantik ya.
  4. Untuk menggoreng karipap ni, panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang-sedang tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan.

Bahan Inti:

  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dada ayam atau daging di potong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu serbuk cili/cili kisar
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

  • * 1 labu bawang besar
  • * 2 ulas bawang putih
  • * 1 inci halia

Cara-cara:

  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu.
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau-kacaukan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul-betul masak.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul-betul kering dan tutup api.

Resepi Karipap Pusing Inti Daging Resepi Bonda

Cara Buat Karipap Pusing Inti Daging Resepi Bonda

Karipap Pusing Inti Daging: Sumber Resepi Bonda

Bahan Doh Minyak:

  • 75 gram marjerin
  • 150 gram tepung

Bahan Doh Biasa:

  • 350 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • air (lebih kurang 1/2 cawan)
  • 2 sudu besar minyak masak yang dipanaskan

Bahan Inti Karipap:

  • 300 gram daging cincang
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit halia
  • 1 biji kentang ( dipotong dadu kecil-kecil )
  • rempah kari Baba’s atau rempah biasa
  • sedikit garam

Bahan Inti:

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis serta halia dan bawang putih yang ditumbuk. Masak hingga kekuningan.

  2. Masukkan daging dan kentang, masak dalam masa 1 minit. Kemudian tambahkan rempah kari Baba’s dan juga garam. Masak hingga kentang lembut.

  3. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam karipap.

Penyediaan Doh:

  1. Campur bahan doh minyak dalam sebuah mangkuk dan uli hingga menjadi sebuku doh. Bahagi kpd 16 bebola.

  2. Campur bahan doh biasa dalam sebuah mangkuk dan uli sampai jadi doh yang licin. Bahagi kepada 16 bebola.

  3. Masukkan doh minyak ke dalam doh biasa, bulatkan. Buah semua sehingga habis semua doh.

  4. Canai seketul doh sampai nipis kemudian gulungkan. Canai semula doh tersebut dalam bentuk memanjang. Gulungkan.

  5. Potong dua bahagian doh tersebut dengan pisau tajam.

  6. Canai satu bahagian doh itu, terbalikkan masukkan inti. Tutup rapat. Kelim tepinya.

  7. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga garing keemasan. Hidangkan.

Cara-cara untuk inti kulit karipap (Doh B):

  1. Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
  2. Bahagikan doh B kepada 8 bahagian sama berat dan buat bentuk bebola.

Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging Fieza

Karipap Pusing Inti Kari Daging Fieza

Karipap Pusing Inti Kari Daging: Sumber Fieza

Bahan-bahan:

  • 6-7 biji kentang di cuci & di potong dadu
  • RM 10 daging di rebus & di potong kecil
  • 600-700 gram tepung gandum
  • 2.5 sudu besar penuh kari daging/ayam
  • Minyak dalam 1.5-2 cawan ( guna untuk adunan )
  • beberapa biji bawang putih
  • sedikit daun sup
  • garam & gula
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak Resepi Karipap Pusing Inti Kari Daging :

Persediaan Awal :

  1. First rebus daging dulu, daging ni ikut la kalau nak kurangkan atau nak tambah pun boleh ikut kesedapan korang la, bagi aku RM10 ni dah ok dah, dah leh gigit daging dalam setiap biji karipap dah hehe.. air rebusan jangan buang nanti nak guna masa menumis.
  2. Sementara tunggu daging masak, kupas ubi kentang & potong dadu. Kemudian rebus kentang ni. setelah masak/empuk, toskan air.
  3. Apabila daging pun epuk, toskan juga air tapi simpan air ni. Potong atau koyakkan daging kecil-kecil.

Cara Membuat Inti Karipap iaitu Inti Kari Daging :  

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, kemudian masukkan kari daging dan kacau pastu masukkan air rebusan daging tadi lebih kurang 1 cawan dah la.
  2. Masukkan ketang & daging & kacau lagi sehingga sebati, last sekali baru masuk daun sup , kacau lagi & tutup api. kejap je masak inti ni sebab semua barang dah masak.

Cara membuat Kulit Karipap Pusing:

    1. Tak susah nak buat karipap pusing ni, cuma kena faham step by step cara untuk uli doh Karipap Pusing ni. Okey kita start dengan penyediaan doh Karipap dulu. Doh Karipap Pusing ni kena buat dua jenis, satu dicampur dengan air garam dan satu lagi di campurkan dengan minyak panas atau mentega panas.
    2. First bahagikan tepung kepada 2 bahagian tapi bahagian air garam kasi lebih sikit, yang bekas besar tu aku campur air garam & yang dalam mangkuk tu aku campur minyak panas.
    3. Masa untuk menguli tepung, kita mulakan dengan yg dalam mangkuk kat atas tu, yang ni aku letak minyak panas. Boleh jugak guna mentega panas caranya ialah panaskan minyak kemudian semasa masih panas curahkan pada tepung.

    4. Lepas tu kacau guna sudu, dah rasa cam ok tinggalkan sebentar agak-agak minyak dah tak panas sangat baru uli guna tangan agak-agak la kasi semua tepung terserap minyak jangan terlalu lembik, asal dia tak melekit & boleh dibentuk bulat-bulat , kalau keras sangat pun nanti pecah-pecah pulak. Yang sedang-sedang sahaja, kalau terlebik tambah tepung dan kalau macam keras je tambah la minyak sikit.

    5. Setelah siap yang adunan minyak ni, tinggalkan sebentar, kita uli yang perlu di campurkan dengan air garam lak. aku letak lebih kurang 1 sudu besar garam dalam gelas yang aku guna ni.
    6. Bagi adunan air garam ni,  just campur air dan uli hingga lembut dan tak melekit, tapi jangan keras sangat nanti mudah pecah dan susah nak bentuk.

    7. Langkah seterusnya ialah langkah yang paling penting dalam menyediakan Karipap Pusing ni, langkah ini yang akan menunjukkan macam mana untuk membezakan karipap biasa dan karipap pusing.
    8. Okey kita terus ke acara membuat karipap pusing. Sekarang kita dah selesai menyediakan 3 adunan iaitu tepung inti, tepung adunan minyak dan tepung adunan air.
    9. Tepung adunan minyak tadi di bentukan bulat-bulat lebih kurang besar duit 20 sen lama or buah melaka gitu. Kemudian balutkan dengan adunan air dan bentuk bulat-bulat.
    10. Aku berjaya menghasilkan 15 biji bulatan ni yang akan menjadikan 30 biji karipap pusing, sebiji ni akan di potong 2 ok mari kita lihat macam mana nak potong dua tu?

    11. Gelek satu kali kasi panjang.

    12. Gulung.

    13. Gelek lagi sekali.

    14. Gulung lagi sekali.

    15. Kemudian potong dua tengah-tengah, dan jadilah 2 bahagian.

    16. Lepas tu ambil 1 belah dan gelek pastu balik-balikkan dan gelek sehingga nipis ( jangan la terlampau nipis agak-agak la asal nanti goreng tak pecah) ha yang ni ingat bahagian yang berlapis-lapis tu bahagian luar, bahagian dalam tak lapis tau. Bahagian luar tu la nanti akan menampakkan putaran-putaran lapisn antara adunan minyak dan adunan air.
    17. Baiklah masukkan inti pastu kepilkan kedua-dua belah dengan memicit sedikit dan mula lah memintal. Cara untuk pintal ni ialah mula-mula picit dengan jari telunjuk dan ibu jari pastu naikkan dengan ibu jari dan anjak sikit pastu picit lagi hingga ke hujung. 

    18. pastu dah leh goreng, panaskan minyak hingga betul-betul panas kemudian goreng hingga kekuningan.

Penutup

Alahai… rangupnya karipap pusing ni. Nak dihidangkan ketika minum petang pun sesuai sangat, pekena dengan kopi/teh panas. Jom cuba!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.