fbpx

10 Tempat Makan Best Di Alor Setar !

0

Anda plan nak ke Alor Setar ? Mari lihat 10 tempat makan best di Alor Setar. Haa kebanyakan makanan belah utara ni sedap sedap belaka. Mari kita lihat. 

1. Gulai 7 Kawah

Gulai 7 Kawah

Restoran ini dinamakan gulai 7 kawah kerana menghidangkan makanan asli melayu didalam kawah itu sendiri. Jadi ori dimasak dalam kawah la kan. Selain itu , terdapat pelbagai lauk pauk yang lain. Rusa pun ada taw dan ulam ulaman untuk dinikmati bersama. Kebiasaannya waktu puncak adalah tengah hari dimana semua orang keluar untuk makan tengah hari. 

2. Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Bagi orang Kedah, nama Nasi Lemak Royale ini tidak lagi asing kerana disini menyediakan nasi lemak dengan pelbagai lauk seperti sotong, nasi kandar kuah kari kepala ikan dan macam macam lagi. Jadi sesiapa ke Alor Setar tapi tak singgah kesini memang rugi. 

3. Alor Setar Breakfast Station

Alor Setar Breakfast Station
Alor Setar Breakfast Station
Alor Setar Breakfast Station

Manakala disni pula menyediakan makanan breakast yang lain daripada restoran lain iaitu roti jala bersama kuah kari, roti bakar disapu kaya dan diletakkan telur goyang bersama nya. Nak breakest ala western pun ada ye. Jadi boleh lah singgah ke sini sebab teh susu disini memang kaw ye. Cukup manis dan lemak bakhiang !

4. Arab Kitchen

Arab Kitchen

Mana nasi arab nya ? Haa jangan taktahu di Arab Kitchen ini menyediakan makan shell out dengan pelbagai makanan alut seperti udang ketam kepah sotong dan lain lain. Ini merupakan tarikan baru disini dan anda boleh memesan cara bagaimana yang anda suka seperti masak pedas, buttermilk atau blackpepper. 

5. Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Alor Setar

Restoran Nasi Kandar Haji Ramli Alor Setar

Kalau utara memang dah biasa la dengan nasi kandar kan. Tapi disini mempunyai penggemar mereka sendiri. Kata orang nasi kandar Haji Ramli ni berbeza dengan tempat lain. Apa yang berbeza ? Anda patut datang cuba dan bandingkan dengan rasa nasi kandar ditempat lain. Kalau ya betul lagi sedap maka tidak hairanlah NAsi KAndar Haji Ramli ini sering mempunyai pelanggan yang ramai setiap hari. 

6. Awi Pulut

Awi Pulut

Muak dengan nasi kandar ? Nak makan benda yang manis dan enak ? Boleh lah singgah ke Awi Pulut ini dimana mereka menyediakan makanan pencuci mulut iaitu pulut mangga dan durian. Anda boleh campurkan sekali gus. Pulut yang sangat lembut bersama kuah santan dan buah mangga yang manis memang membuatkan disini sering ramai orang. 

7. Singgah Rasa Café

Singgah Rasa Café
Singgah Rasa Cafe ini pula cukup terkenal dengan Nan Cheese Leleh mereka kerana kelembutan nan cheese nya bersama kuah kari resepi istimewa mereka sendiri. Jangan lupa pesan ayam tandoori mereka. Antara menu wajib yang perlu dicuba disini ialah Roti Naan Cheese mereka yang dibakar sempurna bersama lelehan keju yang banyak, dihidangkan bersama kuah istimewa masakan Pakistan yang tidak boleh didapati di kedai mamak biasa. Jangan risau harga sangat berpatutan dan berbaloi. 

8. Labo Labo Steamboat & BBQ

Labo Labo Steamboat & BBQ

Labo labo Steamboat ini sering mempunyai pelanggan yang ramai kerana harga yang mereka tawarkan sangat murah dengan kepelbagaian menu yang disediakan. Makanan laut juga sangat segar. Pencuci mulut seperti aiskrim dan abc buatan sendiri sangat membangkitkan selera. Jadi tidak hairanlah disini selalu ramai orang. 

9. Mat Cucur Udang

Mat Cucur Udang

Ingin makanan yang santai di waktu petang bersama keluarga ? Boleh lah ke Mat Cucur udang kerana cucur udang mereka sangat sedap bersama kuah yang disediakan. Kejap je tengok tengok dah habis. 

10. Roti Canai Celaru

Roti Canai Celaru

Roti Canai Celaru ini juga salah satu tempat breakast kegemaran saya. Lihat saja lah pada rupa nya. Kuah banjir bersama telur goyang sangat membangkitkan selera. Saya suka memesan roti canai ini bersama teh susu panas. Pehh tak sabar nak ke alor setar lagi. 

Dengan 10 Tempat Makan Best di Alor Setar itu, anda tidak lagi perlu fikir nak makan kat mana jika berkunjung ke sana. Pakej ada, untuk breakfast, lunch, makan petang dan malam. Semua nya recommended !

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.