Hari ini saya nak kongsi tempat makan western best di Kelantan! Tempat makan menarik di Kota Bharu ini bukan sahaja viral, malah recommended kerana menyediakan makanan barat yang sedap! Tidak hairanlah ramai pengunjung memuji makanan dinikmati di lokasi yang kami kongsikan ini.
# Mr. Cook Western Food
Stik merupakan antara jenis makanan Barat yang sangat sedap jika disediakan dengan baik. Tercari restoran atau kafe mana di kota Bharu yang menyajikan stik yang enak? Singgah sahaja di Mr. Cook Western Food untuk mencuba stik mereka.
Sirloin Steak merupakan hidangan terlaris di sini. Selain itu, anda juga boleh mencuba menu lain seperti Lamb Chop, Chicken Grill, Sizzling Chicken dan Spaghetti Marinara.
Sirloin steak, lamb chop, sizzling power.
Chicken grilled with blackpepper sauce is superb.
Antara yang sedap kawe makan sini mee goreng,mee goreng basah dengan lamb chop.
Jika di Tokyo daging wa’gyu yang dikatakan lembut dan sedap, di Kota Bharu kita boleh ke Mr. Cook untuk mencuba wa’gyu yang dibekalkan oleh Me’nate Steakhub.
Macam mana rasanya? Dagingnya lebih lembut berbanding daging lembu yang kita biasa makan. Terasa lemak-lemak yang terkandung dicelah-celah daging tu (lembu tersebut diurut setiap hari ya!). Setelah anda memilih wa’gyu anda, mereka akan memasak secara panggang (grill) hingga ‘medium rare’ dan dihidangkan bersama 2 sosej, kentang lenyek (mashed potatoes), salad dan sos lada hitam.
Mr. Cook terletak Kg. Cempaka. Jika anda memandu dari bulatan Rambutan Rendang menuju ke Padang Tembak, Mr. Cook akan berada di sebelah kanan anda lebih kurang 200 meter selepas bulatan (gunakan imaginasi kalau tak biasa jalan ni atau boleh waze sahaja).
Alamat:
Jalan Panji, Kg Rambutan Rendang, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Ahad, 2 pm – 12 am
# KB Town Western
Kafe KB Town Western lokasinya terletak betul-betul bersebelahan dengan Pasar Siti Khadijah.
Kafe KB Town Western ini adalah di dalam kawasan yang berbumbung sepenuhnya. Terdapat dua pilihan tempat duduk samada di bawah bumbung pada bahagian luar mahupun di dalam kafe dengan pelbagai sudut tempat duduk yang sesuai.
Selain daripada duduk di meja makan, korang juga boleh memilih untuk duduk di kawasan meja yang berkonsep seakan-akan seperti sebuah mini bar. Meja yang lebih tinggi ini berhadapan dengan kawasan penyediaan minuman. Sambil menunggu minuman yang di pesan bolehlah menjamu mata melihat kepakaran pekerja di sini dalam menyediakan minuman yang pelbagai.
Selain daripada menu makanan berasaskan Thai, Kelantan dan western korang juga boleh memesan masakan panas yang lain seperti maggi berkuah, mee goreng mamak, nasi goreng dan lain-lain lagi. Pendek kata, apa yang terasa hendak di makan order saja. InshaAllah dengan adanya tukang masak yang sangat berpengalaman, pihak KB Town Western boleh menyajikan masakan dengan rasa yang sedap mengikut citarasa korang tu.
(Sis Hawa)
Penutup
Menarik kan menu yang disediakan di Mr Cook Western Food dan menu di KB Town Western. Dari perkongsian sis Hawa, KB Town Western berbaloi anda kunjungi. Keduanya ada kelebihan suasana yang boleh anda enjoy menjamu selera. Jom cuba makanan barat di kedua lokasi saya kongsi kan kali ini.