fbpx

Tengah Fikir Resepi Ayam Nak Masak Apa? Ini ada 8 Resepi Ayam Yang Sedap dan Lazat. Saya Suka Yang ke 5.

0

Tengah fikir resepi ayam nak masak apa? Jangan bimbang. Kami nak share 8 resepi ayam yang sedap dan lazat. Masak untuk suami dan anak-anak pasti mereka suka.

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri

Untuk resepi ini, kami share resepi Ayam Masak Merah Che Nom. Katanya ini resepi ayam masak merah ala-ala kenduri.

Bahan - bahan kisar halus:
2 inci halia
4 biji bawang merah
2 inci lengkuas
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 biji bawang besar
20 biji cili kering (lebihkan jika anda suka pedas)

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah:
1/2 biji bawang merah, hiris nipis untuk tumisan
minyak
1 ekor ayam
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
2-3 tangkai daun kari
gula melaka secukupnya
3 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam secukup rasa
1 biji bawang, hiris membulat
Hiaskan dengan hirisan daun bawang dan cili merah

Ini video tutorial daripada Che Nom:

Resepi Nasi Ayam Hainan

Kalau anda memang peminat resepi nasi ayam, kami cadangkan tengok juga 9 resepi nasi ayam viral ini. Cara membuatnya ringkas dan mudah. Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi nasi ayam Hainan.

Bahan-bahan :
1 ekor ayam belum dipotong – dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya
Air secukupnya ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
Halia – dipotong
Daun bawang – dipotong
Bawang besar – dibelah
Bawang putih – dibelah
Sup bunjut

Cara Memasak :
1. Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais.
2. Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

Bahan-Bahan Nasi Ayam:
4 pot beras 6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi – yang dalam botol
Minyak untuk menumis
Daun pandan – disimpul

Bahan Kisar:
4-5 ulas bawang merah 4-5 ulas bawang putih 4 inci halia

Cara Memasak:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.

Bahan-Bahan Sos Cili:
4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka
Sedikit minyak

Cara Memasak:
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
Tutup api dan tuang sedikit cuka.
Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

Bahan-Bahan Sos Halia dan Bawang Putih:
Seketul halia
2 ulas bawang putih garam dan gula secukup rasa
sedikit cuka
sedikit minyak

Cara Memasak:
Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

Bahan-Bahan Sos Kicap:
Sedikit air rebusan sup
Kicap

Cara Memasak:
Campurkan kedua-dua bahan itu dan sesuaikan tahap kepekatan ikut kemahuan.

Resepi Rendang Ayam Azie Kitchen

Sebelum itu, di post ini ada 10 Resepi Rendang Ayam yang sedap dan lazat. Dalam post terbaru ini, kami nak share satu resepi rendang turun temurun yang digemari ramai. Resepi istimewa daripada Azie Kitchen.

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 kilo santan - guna 1 santan kotak
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit - dihiris halus
Minyak untuk menumis
Garam
Gula/gula merah
Asam keping

Bahan Kisar:
20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara Memasak:
Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.

Resepi Ayam Masak Kicap

Ini adalah resepi kegemaran orang bujang. Sangat mudah disediakan dan melazatkan. Resepi ayam masak kicap ini antara resepi evergreen yang anda mesti cuba.

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji bawang putih (hiris)
10 tangkai cili padi (ikut suka nak pedas mana)
2 ketul ayam daging (potong sederhana)
1 ketul Bunga lawang
3 ketul cengkih
1 ketul kecil kayu manis
2 buah pelaga
Kicap
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan :
Gaulkan ayam dengan kunyit kemudian goreng separuh masak dalam kuali berasingan.
Masukkan minyak
Kemudian tumis cili, bawang putih, cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga sehingga naik bau.
Masukkan bawang dan gaul rata dengan bahan tumis.
Kemudian masukkan kicap (Ikut suka)
Masukkan sedikit air dalam suku cawan untuk banyakkan kuantiti kuah.
Kalau kuah kicap nampak macam cair, tambahkan lagi kicap.
Masukkan garam secukup rasa.
Last sekali masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak awal-awal tadi.
Tunggu sampai semua dah sebati rasa, ayam dah masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan.

Resepi Ayam Percik Kelantan

Bagi yang berasal dari Kelantan atau pernah menikmati ayam percik dari Kelantan, anda pasti merindui kelazatan hidangan ini. Ayam Percik Kelantan ini kuahnya pekat dan rasa manis-manis. Ini resepi ayam percik Kelantan.

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - potong 4
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan-Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara Memasak:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit.
Bakar ayam sehingga masak.
Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya.
Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau.
Masak sehingga kuah pekat.
Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.
Bolehlah diangkat.
Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika.
Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Resepi Sup Ayam

resepi sup ayam

Salah satu menu sepanjang zaman yang ibu-ibu gemari, sup ayam. Ada banyak cara untuk masak sup ayam. Kami nak kognsi satu resepi sup ayam sedap. Cara memasaknya pun sederhana.

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 ruas/bahagian halia
1 bunjut rempah sup
4 biji kentang
1 biji lobak merah (sederhana)
1 sudu besar minyak masak
2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup dan daun bawang untuk taburan

Cara Memasak
Sediakan bahan2. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia, bawang putih dan sup bunjut sampi naik bau.
Masukkan lobak dan kentang. Letak sedikit air dan biar masak hingga empuk.
Masukkan ayam dan tambah air hingga menutupi ayam.
Letak serbuk lada hitam dan kacau. Biar mendidih hingga ayam masak.
Masukkan garam secukup rasa.
Tutup api dan taburkan daun sup dan bawang.

Resepi Ayam Paprik

resepi ayam percik kelantan

Rindu masakan Thai? Ini adalah resepi ayam paprik yang lazat dan sedap. Tempoh masa masakan ini lebih kurang 60 minit.

Bahan-Bahan:
300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang
3 sudu besar minyak masak
1 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih(ketuk)
1 inchi halia hiris (nipis)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil pes tomyam
1 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
5 biji cilipadi di titik
1/4 bawang Holland dihiris kasar
Sos ikan (optional)
Air sedikit
Kacang panjang, bunga kubis, lobak merah, anak jagung

Cara Memasak:
Panaskan minyak di dalam kuali
Tumiskan halia, bawang putih, cili kisar, pes tomyam sampai naik bau
Masukkan ayam, kacau rata 2-3 minit guna api besar
Masuk bahan-bahan lain : daun limau, kicap, sos cili, kicap manis, sos ikan, kacau rata
Masukan sayur-sayuran, bawang holland dan kacau rata
Masukkan garam dan gula.
Sedia untuk dihidangkan

Resepi Ayam Goreng Berempah

resepi ayam goreng berempah

Apa yang menarik tentang ayam goreng berempah ini adalah masakan ini boleh dimakan dengan nasi kosong. Kalau nak tambah kesedapan, boleh letak kuah kari sikit. Resepi masak kari ada dalam artikel resepi masakan ayam yang sedap .

Bahan-Bahan : 
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
1 biji bawang putih
3 bawang merah besar
20g halia
4 batang serai
15g lengkuas
2 batang daun kari, daun sahaja
2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu besar lada hitam
Minyak masak, cukup untuk mengisi kuali kira-kira 3cm mendalam

Cara Memasak:
Masukkan bawang putih , bawang merah , halia , serai dan lengkuas kedalam pengisar dan kisar sehingga halus. Tambah sedikit air untuk membantu proses pengadunan.
Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam adunan. Kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam ke dalam campuran dan salutkan ayam dengan sama rata. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam atau, sebaik-baiknya, semalaman.
Panaskan minyak dalam kuali sehingga ia panas dan bersedia untuk menggoreng, kira-kira 180°C hingga 200°C.
Berhati-hati bila memasukkan ayam ke dalam kuali, dan jangan isi kuali dengan terlampau banyak ayam. Ayam boleh dimasak berkumpulan jika kuali anda tidak cukup besar.
Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata. Warna kulit ayam yang sudah masak adalah perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C. Ia akan mengambil kira-kira 15 hingga 20 minit untuk ayam masak dengan betul, bergantung kepada saiz dan potongan ayam anda.
Kemudian angkat ayam anda dan tapiskan minyak terlebih dahulu

Leave A Reply

Your email address will not be published.