fbpx

5 Idea Workspace Yang Simple. Anda pun boleh buat!

“Ahhh! Serabutnya kena work from home!”

Siapa yang macam ni? Cepat mengaku.

Tenang.. Anda tidak keseorangan sebab sejujurnya saya pun macam ni.

Kalau boleh nak sangat elak dari work from home ni sebab banyak gangguan dan nak kena setup workspace bagai.

Bayangkan kalau bangun pagi, baru nak cari meja, baru nak pasang cable laptop. Kertas    pulak berterabur dalam beg dan yang paling tak best bos minta submit kerja urgent pagi tu. Fuh haru dibuatnya!

Nak tak nak kena ada workspace, sekurang-kurangnya barang kerja berkumpul di satu tempat.

Kecil & sederhana pun tak apa yang penting susunan kena betul baru menyejukkan pandangan mata.

Kejap, kalau nak setup workspace ni nak kena fancy-fancy ke? Tak perlu.

Kalau tanya saya, benda basic yang perlu ada hanyalah :

1)  Kerusi

2)  Meja

3)  Lampu Belajar

4)  Ruangan tampal

5)  Alat tulis

Nah, disini saya kongsikan idea workspace terpaling simple yang anda pun boleh buat.

1. Ruangan Yang Menghadap Jendela

Ruangan ini saya suka sebab anda boleh menikmati pemandangan diluar ketika waktu rehat.

Sangat menenangkan mata selepas seharian menghadap kerja.

2. Ruangan di Sudut Bilik

Okay yang ni saya sangat pasti ianya menjimatkan ruang.

Dengan kedudukan di sudut pintu membuatkan bilik anda tidak kelihatan sempit. 

3. Ruangan di Sebelah Almari

Bila saya lihat workspace seperti ini, saya fikir tuan empunya workspace mesti seorang yang teratur.

Mana tidaknya, ruangan kecil di sebelah almari digunakan dengan sebaik mungkin. Tersusun & kemas sekali.

4. Ruangan Flexible

Kenapa saya namakan sebagai ruangan flexible? Sebab jenis meja yang digunakan boleh dilipat & melekat pada dinding.

Sangat menarik! Anda boleh lipat & gunakan ruangan itu untuk meletakkan barang terutama sekali ketika mengemas pada hujung minggu. 

5. Ruangan Paling Heaven

Betul tak ruangan ni paling heaven? Jangan tiru aksi ini atau anda akan bekerja sambil diulit mimpi hingga ke awan. 

Sekarang saya sudah kongsikan 5 idea workspace simple.

Jadi bagaimana? Sudah dapat inspirasi? Jom setup workspace sekarang & kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.