Sistem Permohonan SPA8i merupakan sistem yang tidak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Ia merupakan permohonan yang boleh dibuat oleh sesiapa yang berminat untuk berkhidmat dalam Sektor Perkhidmatan Awam.
Pelbagai jawatan menarik yang ditawarkan untuk semua peringkat pengajian. Tak kiralah sama ada anda baru selesai menghabiskan peperiksaan SPM ataupun sudah mempunyai ijazah dan ingin mencari pekerjaan dalam sektor awam yang sesuai dengan kelayakan yang anda miliki.
Borang Pendaftaran SPA8i boleh diisi secara online dengan dengan membuat pendaftaran terlebih dahulu melalui portal SPA8i.
Untuk makluman anda semua, Permohonan Jawatan Kosong SPA dibuka sepanjang tahun.
Cara Mendaftar Portal SPA8i Online (Borang Pendaftaran Jawatan Kerajaan)
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk membuat pendaftaran pekerjaan di SPA melalui Pendaftaran Borang SPA8i ataupun dikenali sebagai Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan.
Sebelum mendaftar, pastikan anda menggunakan pelayar (browser) Google Chrome ataupun Internet Explorer 10 ke atas sahaja.
1. Untuk mendaftar, anda boleh layari atau klik pada link URL yang tertera di bawah ini:
i) Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) - Server 1
ii) Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) - Server 2
2. Anda akan dibawa ke pelayar seperti berikut:
3. Klik "DAFTAR MYID BARU" jika anda belum mendaftar.
4. Anda akan dibawa ke skrin paparan seperti berikut:
5. Masukkan maklumat yang diminta seperti No. Kad Pengenalan, Nama Penuh, No. Telefon Bimbit dan maklumat lain seperti yang tertera di dalam gambar di atas.
6. Selesai isi semua maklumat, klik "Daftar" dan anda akan dibawa kembali ke skrin pelayar seperti dalam langkah 2.
7. Masukkan MyID iaitu Nombor Kad Pengenalan anda dan juga kata laluan yang telah didaftar.
8. Selepas urusan pendaftaran berjaya, anda perlu mengisi semua maklumat yang diminta di dalam sistem. Contohnya : maklumat peribadi, aktiviti dan maklumat akademik. Selepas mengisi semua maklumat, anda dikehendaki mengisi jawatan yang ingin dipohon. Pemohon dinasihatkan untuk mengisi jawatan yang dipohon bertepatan dengan kelulusan akademik anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk panduan pendaftaran SPA8i di bawah ini :-
Syarat Permohonan Terkini SPA8i 2019
Untuk permohonan SPA8i terkini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:
- U
- Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan A
Maklumat Lanjut SPA8i
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi butiran seperti berikut:
Telefon : +603 8885 6000
Email : webmaster[at]spa.gov.my
Laman Sesawang: Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Facebook: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Laman Aduan/ Pertanyaan: Sistem Pertanyaan SPA
Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda mendapatkan Jawatan Kosong Kerajaan yang anda hajati.Selamat membuat Permohonan SPA8i online. Selamat mendaftar dan Semoga Berjaya diucapkan kepada semua.