Kali ini mari kita lihat 10 Tempat Menarik di Shah Alam. Siapa kaki selfie atau yang suka melihat tumbuhan hijau ? Anda patut lihat artikel ini. Kebiasaannya tempat-tempat dijadikan tempat beriadah, tempat bergambar,menimba ilmu yang baru dan beristirehat.
1. Taman Botani Negara Shah Alam
Bagi siapa yang suka bergambar, melihat tumbuhan hijau dan beriadah, Taman Botani Negara Shah Alam merupakan tempat yang tepat disini kerana disini mempunyai tasik buatan manusia yang cantik,malah pengunjung juga ramai bila waktu petang hujung minggu. Bagi sesiapa yang mahu mengambil gambar pre-wedding sanagt sesuai disini kerana alam sekitar yang semujadi menarik.
Yang lagi menarik apabila terdapat Rumah 4 Musim iaitu cuaca yang terdapat di luar negara. Anda boleh dapati Musim Bunga, Musim Luruh, Musim Panas dan Musim Sejuk.
2. Perpustakaan Raja Tun Uda
Bagi anda ynag ingin memupuk anak anda dengan membaca harus dimulakan dengan anda terlebih dahulu. Pelbagai jenis buku yang anda boleh dapati disini bermula dengan buku pelajaran, sejarah, biografi dan hiburan. Tak rugi jika suka membaca, malahan seperti perpustakaan yang lain, anda juga boleh meminjam buku disini secara percuma.
3. Muzium Sultan Alam Shah
Tidak rugi rasa nya jika berkunjung ke tempat bersejarah dan berilmu sebegini kerana macam macam pengetahuan baru yang anda boleh dapati. Di Muzium Sulltan Alam Shah ini terdapat pelbagai barangan antik dari zaman dahulu lagi seperti senjata perang, kenderaan lama, barangan perabot rumah yang antik dan macam-macam lagi. Selain itu terdapat juga info tambahan yang anda boleh baca jika tidak tahu. Menarik bukan ? Kalau ke sini bawa sekali anak-anak agar terdedah dengan suasana luar dan saya pasti muzium ini membuatkan otak anak anda bergerak dan mempunyai pelbagai soalan.
4. Laman Budaya, Galeri Shah Alam
Galeri Shah Alam ini pula dibina bagi mengetengahkan idea pengkarya tanah air seperti lukisan-lukisan dan hasil kaligrafi khat. Bahkan disini juga terdapat jualan lukisan jika anda berminat untuk membeli. Bagi orang seni, setiap lukisan yang dilukis membawa maksud perasaan pelukis tersebut unutuk dliuahkan dalam lukisan mereka.
5. Laman Seni 7, Seksyen 7
Ingin ber 'OOTD' di tempat yang menarik ? Mungkin ini salah satu tempat yang sesuai untuk anda bergambar kerana disini terdapat pelbagai lukisan 4D yang membuatkan lukisan ini sangat menarik dan nyata. Kebiasaannya disini sering mendapat kunjungan anak muda yang ingin mengambil gambar untuk dimuat naik ke dalam Instagram masing-masing. Lukisan sebegini juga menarik pelancong asing untuk bergambar disini.
6. Uptown Shah Alam
Anda ingin melihat barang yang rare ? Jenguhlah ke Uptown Shah Alam dimana anda dapat melihat pelbagai barang yang rare seperti keris, batu permata geliga, baju-baju bundle yang limited edition dan macam-macam lagi. Uptown ini sering dikunjungi orang kerana disini terdapat pakaian dan makanan yang murah. Patut la kan !
7. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14
Jika anda sudah ke Shah Alam, singgah lah solat di Masjid Sultan Salahudiin Abdul Aziz Shah kerana ia adalah merupakan masjid yang sangat cantik dan besar. Jika sudah solat disini terasa damai dan tenang sahaja. Perasaan yang paling seronok bila berada dalam masjid dimana anda terlupa sekejap tentang hal dunia.
8. Setia City Mall, Shah Alam
Terasa ingin berhibur dan lepaskan stress dengan shopping ? Anda boleh berkunjung ke Setia City Mall Shah Alam yang merupakan pusat membeli-belah terbesar di Shah Alam. Jika hujung minggu memang pack disini kerana kebanyakan warga Shah Alam memang akan ke sini terutama anak-anak muda yang ingin menonton wayang.
9. Taman Tasik Shah Alam
Terasa ingin beriadah, jogging, berbasikal atau mahu melihat suasana keliling sahaja ? Saya cadangkan anda ke Taman Tasik Shah Alam ini kerana disini mempunyai tasik yang agak luas dan taman yang bersih dan cantik. Disini sering menjadi tumpuan bagi orang yang suka berjogging dan melakukan aktiviti sukan yang lain.
10. Kompleks Taman Seni Islam
Terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan pameran hasil seni Islam khat dan tulisan jawi dimana disini ada menyediakan pelbagai jenis bengkel dan kelas latihan kesenian Islam. Disin juga turut mempamerkan sejarah Islam dan ketamadunan Islam dari zaman dahulu. Ada manfaat nya jika anda ke sini untuk lebih mengetahui tentang sejarah Islam.
Dengan 10 Tempat Menarik Di Shah Alam ini sedikit sebanyak memudahkan anda untuk keluar berjalan-jalan. Kebanyakan saya cadangkan tempat yang anda boleh timba ilmu baru dan tempat beriadah yang baik untuk kesihatan kita.