fbpx

10 Tempat Makan Menarik Di Klang

0
Kali ini kita lihat 10 Tempat Makan Menarik Di Klang pula. Kebanyakan di Klang seperti kita tahu dekat dengan pesisiran pantai jadi mudahlah untuk mendapatkan makanan laut yang segar kan ? Nak tahu menu apa yang istimewa dan di mana  ? Jom kita lihat. 

1. Restoran Sate Kajang Hj. Samuri Klang

Restoran Sate Kajang Hj. Samuri Klang

Bagi warga Klang, jangan risau kalau nak makan sate Kajang, sebab di Klang juga ada sate Kajang ini. Restoran Sate Kajang ini dkunjungi ramai orang di kerana keenakan sate nya yang lembut. Bersama kuah kacang dan nasi impit membuatkan pengunjung tidak putus-putus untuk menikmati sate Kajang Haji Samsuri Klang ini. 

Alamat: No. 27-00-01 & 25-00-01, Lorong Batu Nilam 1E, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Khamis bermula 11.30 pagi – 11 malam, Jumaat bermula 4 petang – 11.30 malam manakala Sabtu dan Ahaad bermula 11.30 pagi – 10.30 malam

2. Restoran Seri Keningau

Restoran Seri Keningau

Pemilik yang berasal dari Sabah telah membuka cawangan restoran di Klang dengan menamakan Restoran Sri Keningau. Menu istimewa yang dihidangkan adalah air layer, makanan tradisional sabah, nasi goreng dalam nenas dan tomyam kelapa. Dengan harga yang murah jadi tidak hairanlah disini kering dikunjungi pelanggan. 

Alamat: Lot, 2555, Jalan Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 tengah malam

3. Tetra House of Biryani

Tetra House of Biryani

Credit : WordPress.com

Bagi warga Klang yang ingin makan nasi biryani kaw, Tetra House of Biryani adalah tempat yang tepat untuk anda. Dengan kuah kari yang pekat bersama daging kambing yang lembut membuatkan pegunjung nya tidak akan melupakan rasa nasi biryani disini. Papadom memang ngam lah dengan juadah ini dilapik dengan daun pisang pula memberikan aroma yang harum. Malahan bukan menu ini sahaja terdapat disini. Ada juga menu lain seperti nasi Mandhi. 

Alamat: Lorong Batu Nilam 4a, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 10.30 malam

4. Nasi Kukus Sotong Besar Klang

Nasi Kukus Sotong Besar Klang

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Klang ini memperkenalkan nasi kukus bersama sotong gergasi celup tepung. Kebanyan sotong disini segar-segar membuatkan ia sedap sangat. Memang kalau makan bertambah pun tidak sedar tapi disini bukan sahaja ada sotong celup tepung, ada juga menu yang lain yang boleh dimakan bersama nasi kukus. 

Alamat: No.2 Tingkat Bawah, Jalan Harmoni 1A/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 12 tengah hari – 11 malam

5. Muara Ikan Bakar

Muara Ikan Bakar

Port paling terkenal di Klang di mana anda boleh menikmati hidangan yang sedap bersama suasana pantai yang menyamankan. Disini yang paling stimewa adalah makanan laut dan ikan bakar. Kebanyakan pengunjung datang untuk menikmati ikan bakar disini, ikan dihujani kuah istimewa mereka bersama sos kicap. Biasanya pengunjung akan membawa keluarga untuk menikmati hidangan bersama. 

Alamat: Lingkaran Sultan Hishamuddin, 42000 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 petang – 1 pagi

6. Restoran Sri Rahayu

Restoran Sri Rahayu

Ingin makan tengah hari dengan pelbagai menu ? Restoran Sri Rahayu menyediakan makanan buffet buat pengunjung nya dengan puluhan lauk-pauk yang beraneka. Anda tunggu pilih je. Selain itu, disini juga terdapat kuih-muih tradisional yang susah untuk didapati di Klang ini. Seperti kuih tepung pelita, kuih cara, kasui dan macam-macam lagi. 

Alamat: Jalan Balau 2, Taman Meru Jaya, 42200 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 – 2 pagi, manakala hari Ahad pula 7 pagi – 12 tengah malam

7. Cendol Klang, Jalan Nanas

Cendol Klang, Jalan Nanas

Cendol sudah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia, jadi di Klang juga terdapat cendol yang sedap. Makanan yang sesuai jika cuaca panas jadi Cendol Klang ini memberi persaingan hebat dengan gerai cendol yang lain kerana kepekatan kuah cendol nya. Sudah sepastinya semangkuk tidak mencukupi. 

8. Nyonya Kitchen & Caterers

Nyonya Kitchen & Caterers

Credit : my.openrice.com

Merupakan restoran yang bertemakan makanan nyonya dan baba atau lebih jelas lagi makanan Cina. Namun anda tidak perlu risau tentang status kehalalan nya dimana rata-rata pengunjung nya adalah dari orang melayu yang menggemarkan makanan cina. Rugi rasa nya jika sudah ke sini namun tidak merasai kuih watan dan udang butternya. Mereka juga ada menjual produk mereka sendiri iaitu Nyonya Kari Laksa dan Nyonya Asam Laksa. 

Alamat: No. 220 & 222, Jalan Batu Unjur 7, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 pagi – 10.30 malam

9. Mee Rebus Kak Ida, Persiaran Botanik

Mee Rebus Kak Ida, Persiaran Botanik
Jarang-jarang kita temui restoran yang menu utamanya adalah mee rebus. Anda wajib menjamah mee rebus di sini kerana ia dikatakan sangat lazat. Terdapat juga menu lain seperti laksa yang tidak kurang hebat juga rasanya. Selain dari rasa makanannya yang enak, Mee Rebus Kak ida ini juga mendapat perhatian ramai kerana sikap mesra pemiliknya dan layanan 5 bintang yang tip top oleh para pekerjanya. Restoran ini dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad dari jam 12 tengah hari sehinggalah 7 malam dan ditutup pada hari Isnin.

10. Lontong Klang, Bukit Tinggi

Lontong Klang, Bukit Tinggi

Siapa kata anda boleh makan Lontong ketika waktu raya sahaja, di Lontong Klang anda boleh menikmati nya hari-hari. Lontong sememangnya enak di makan bersama kuah lodeh tapi ada juga segelintir yang suka memakannya bersama sambal. 

Ia telah beroperasi sekian lama sejak 1970 lagi. Di sini menu signaturenya adalah Lontong Special. Ia adalah gabungan lontong sotong dan telur goreng dan semua bahan asas yang lain diletakkan sebanyak dua kali ganda. Ini lah satu-satunya kedai lontong yang sedap di Klang ini kerana menu ini susah untuk ditemukan. 

Dengan 10 Tempat Makan Menarik di Klang ini dapat memudahkan anda untuk makan di Klang. Sedap,murah dan dekat. Tapi jika pengunjung luar ke Klang, jangan lupa untuk singgah ke Muara Ikan Bakar. Itu tempat wajib ye. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.