fbpx

Aquaria & Zoo Terkenal Di Malaysia

0

Kanak-kanak pasti sukakan Aquaria & Zoo yang terdapat Di Malaysia kerana di negara kita juga tidak kurang hebatnya dengan negara lain. Bahkan pencinta haiwan juga gemar ke aquaria dan zoo untuk melihat binatang-binatang kegemaran mereka. Siapa kata di Zoo dan Aquaria tidak boleh keluar bersama rakan-rakan? Buat sesuatu yang boleh menggembirakan anda dan endahkan persepsi orang tentang kita. 

Aquaria KLCC

Aquaria KLCC

Anda ingin bawa anak-anak atau menikmati pemandangan dasar di tengah kota Kuala Lumpur ? Datang lah ke Aquaria KLCC dimana disini menjanjikan anda pelbagai pemandangan yang rare yang membuatkan anda terpesona lebih-lebih lagi melihat ikan jerung yang besar dan pelbagai spesis itu. Pelbagai hidupan laut lagi yang anda boleh lihat seperti penyu, ikan pari gergasi Arapaima, jerung sand tiger dan macam-macam lagi. Bawa anak-anak anda ke sini mereka pasti akan teruja. Tiket masuk kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma. 

Harga tiket : Dewasa - RM49 Kanak-Kanak- RM39

Pelancong asing : Dewasa - RM69 Kanak-kanak RM59

The Shore Oceanarium (Melaka)

The Shore Oceanarium (Melaka)

Akuarium ini tidak sebesar Aquaria KLCC namun masih banyak haiwan laut yang anda boleh terokai disini seperti 100 jenis kerang, jerung, belangkas, penyu dan tapak sulaiman. Anda boleh menyentuh tapak sulaiman itu dengan tangan anda. Jangan risau ia nya dengan pengawasan pekerja di sana. Dalam 12 bahagian pameran yang ada, tempat yang paling utama, dan terakhir kat sini ialah Kampung Penyu. Tempat ini sebenarnya usahasama Jabatan Perikanan dengan syarikat ini. Dan ada beberapa ekor penyu yang boleh anda tengok dalam jarak dekat.

Harga tiket : Dewasa - RM40 Kanak-Kanak- RM30

Pelancong asing : Dewasa - RM40 Kanak-Kanak- RM30

Waktu Beroperasi : Setiap Hari : 10:30 pg – 9 mlm

Underwater World (Langkawi)

Underwater World (Langkawi)

Anda ingin melihat pengguin berlagak sombong ? Datanglah ke Underwater World Langkawi dimana disini terdapat pelbagai jenis ikan dan haiwan seperti pengguin, jerung, ikan nemo, kuda laut dan macam-macam lagi. Disini juga terdapat mini zoo yang menempatkan burung kakak tua, ular sawa dan marmoset(monyet paling kecil di dunia). 

Harga tiket : Dewasa - RM33 Kanak-Kanak- RM23

Pelancong asing : Dewasa - RM43 Kanak-Kanak- RM33

Penang Aquarium ( Batu Maung)

Penang Aquarium ( Batu Maung)

Credit : penang-traveltips.com

Akuarium di Penang ini pula menempatkan pelbagai ikan air tawar yang gergasi dan ada juga ikan air masin seperti nemo, jerung, penyu dan macam-macam lagi. Tangki besar ada ikan bersaiz mega, antaranya Kerapu Kertang, Pari, Giant Traveller, dan juga ikan Yu atau Jerung. Tangki ni terletak di auditorium yang terletak di kawasan akhir akuarium ini sebelum ke kawasan luar yang menempatkan rangka ikan prasejarah yang ditemui di Malaysia dan juga kolam Penyu. Dengan harga tiket yang sangat murah ini tidak lagi menjadi alasan untuk anda tidak membawa anak anda ke sini untuk melihat haiwan-haiwan unik ini. 

Harga tiket : Dewasa - RM5 Kanak-Kanak- RM2

Waktu Beroperasi : Setiap Hari Kecuali Rabu (10 pagi- 5 petang)

Zoo Negara ( Kuala Lumpur)

Zoo Negara ( Kuala Lumpur)

Kali ini kita ke Zoo Negara pula dimana Zoo Negara yang terbaru mempunyai seekor panda dimana kos peminjaman haiwan ini tersangat lah mahal. Haiwan comel itu membuatkan anda geram dan ingin membawa pulang. Selain itu, disajikan dengan pelbagai haiwan liar yang terdapat di Malaysia seperti Pak Belang, Buaya, badak sumbu, badak air dan zirafah. Zoo negara in agak luas dan letih juga untuk berjalan kaki. Anda juga boleh menikmati pemandangan haiwan-haiwan eksotik seperti ular sawa batik dan ular sawa albino. 

Harga tiket : Dewasa - RM45 Kanak-Kanak- RM18

Pelancong asing : Dewasa - RM88 Kanak-Kanak- RM43

Pusat Ikan Hiasan ( Port Dickson)

Pusat Ikan Hiasan ( Port Dickson)

Pusat Ikan Hiasan di Port Dickson ini juga tidak kurang hebatnya apabila menyajikan pemandangan yang sukar didapati kepada kita. Terdapat penyu, ular laut, kuda laut , ikan buntal dan bermacam lagi ikan yang sukar kita lihat. Yang lagi istimewa masuk adalah percuma.  Tapi yang paling geram adalah ikan nemo itu. Comel sangat ! 

Waktu Operasi :Setiap hari (9 pagi- 5 petang

Zoo Melaka 

Zoo Melaka

Zoo Melaka menawarkan anda pelbagai haiwan yang anda boleh lihat dan sentuh seperti memberi makan zirafah dan gajah. Malah, terdapat juga pertunjukan gajah disini. Wah menarik bukan ! Selain itu, Zoo Melaka juga telah melahirkan sebanyak 40 ekor harimau dan ada yang telah dihantar ke Zoo Afrika sana. Selain itu, terdapa juga haiwan yang lain seperti buaya, badak air, ular dan mcam-macam lagi. 

Harga tiket : Dewasa - RM25 Kanak-Kanak- RM15

Pelancong asing : Dewasa - RM35 Kanak-Kanak- RM25

Zoo Johor

Zoo Johor

Zoo Johor ini boleh dikatakan mini zoo kerana hanya terdapat 100 ekor binatang sahaja disini. Tapi bukan bermakna tidak terdapat pelbagai spesis. Disini terdapat haiwan seperti gajah, singa, harimau, badak air, buaya, unta dan macam-macam lagi. Anda patut bawa anak-anak anda ke sini untuk melihat sendiri ragam haiwan-haiwan ini.

Harga tiket : RM2

Safari Night (Zoo Taiping)

Safari Night (Zoo Taiping)

Anda ingin menyaksikan haiwan di malam hari ? Anda boleh melawat ke Zoo Taping Safari Night. Anda boleh melihat aktiviti haiwan seperti kuda belang, zirafah, rusa, harimau, dan macam-macam lagi. Bagaimana ragam mereka pada waktu malam kerana tidak semua haiwan tidur pada waktu malam. Jangan risau kerana anda tidak perlu berjalan kaki. Anda akan dibawa pemandu di Zoo Taiping untuk mengelilingi melihat haiwan-haiwan ini. 

Tiket Zoo Taping : Dewasa - RM16 Kanak-Kanak- RM8

Tiket Zoo Taping Night Safari : Dewasa - RM20 Kanak-Kanak- RM10

Waktu Beroperasi Night Safari : 8 malam - 11 malam

Merancang lah untuk bawa keluarga anda ke Aquaria dan Zoo Terkenal di Malaysia ini untuk merasai keterujaan melihat pemandangan yang jarang kita lihat. Harga tiket juga murah bahkan ada yang percuma. Selamat bercuti !

Leave A Reply

Your email address will not be published.