Hari ini saya nak kongsi tempat menarik yang anda boleh lawati bila datang ke Kelantan. Jika anda pernah ke Pasir Puteh, sebelumnya popular dengan Jeram Pasu dan Jeram Linang, kali ini anda boleh cuba ke tempat percutian baharu di Pasir Puteh. Jom ke Jeram Mengaji Agro Resort!
Jeram Mengaji Agro Resort: Kundasang Kelantan
Kredit Gambar: Bicara Mentari
Subhanallah, sungguh indah alam ciptaan Tuhan. Keindahan alam semula jadi di Jeram Mengaji Agro Resort menjadi tarikan untuk pengunjung bergambar, selain dapat menikmati air susu lembu, kambing segar dari ladang. Boleh dikatakan Kundasang Versi Kelantan, ada juga yang menyamakannya dengan ala-ala New Zealand.
Kredit Gambar: Ahmad Azizi
Permandangan Berkabus Mirip New Zealand!
Kredit Gambar: Ahmad Azizi
Tempat ini recommended! Inilah syurga untuk bergambar bagi rakyat Kelantan dan pengunjungnya.
“Suasana pagi sekitar jam 8 pagi hingga 11 pagi adalah paling cantik kerana keadaan berkabus dilatari kelompok lembu dan kuda di padang menjadikan gambar diambil sangat mirip seperti di New Zealand”.
(Nor Asma, Berita Harian)
Nikmati Keaslian Rasa Susu Segar dari Ternakan Lembu Tenusu
Kredit Gambar: Bicara Mentari
Lokasinya berhampiran ‘Kundasang Kelantan’ yang sedang viral kini memberi tempias positif terhadap kunjungan orang ramai ke kawasan rekreasi berkenaan. Kawasan Kundasang Kelantan digelar ‘Jeram Mengaji Agro Resort’ dan terletak di Selising di sini, kira-kira 22 km dari pekan Pasir Puteh.
Kredit Gambar: Kaki Jalan
Menariknya , di sini terdapat pusat ternakan lembu tenusu dan jualan air yogurt, susu lembu, kambing diperah segar di gerai penduduk tempatan yang dicat bertemakan tompokan warna hitam putih seperti lembu Holstein, lembu tenusu paling banyak diternak seluruh dunia!
Kredit Gambar: Faiz.com
Kredit Gambar: Tourism Kelantan
Selepas anda dah penat pusing, jangan risau di sini ada beberapa gerai yang menyediakan minuman dari produk tenusu. Yang ni best sebab ianya fresh dari ladang. Susu perah sendiri dan proses sendiri untuk dijadikan minuman.
Keindahan Alam Semula Jadi Dan Air Jeram Yang Jernih
Kredit Gambar: Raja Cuti
Jeram Mengaji Agro Resort (JERAM) merupakan sebuah resort, pusat latihan dan laman rekreasi keluarga yang berkonsepkan Pelancongan Agro atau ‘Agro Tourism’. Juga disebut oleh rakyat Kelantan dengan panggilan “Jeram Mengaji” atau “jere nngaji” merupakan suatu tempat pelancongan yang dijaga penuh oleh pihak pengurusan JERAM yang juga merupakan anak syarikat Yayasan Amanah Tok Kenali (YTK) Negeri Kelantan.
Selain menawarkan keindahan panorama semula jadi, Jeram Mengaji turut dianugerahkan jeram yang jernih sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan rekreasi keluarga.
Air terjun sini sangat sesuai untuk semua golongan sebab airnya tak dalam. Jadi, anda jangan risau pasal keselamatan anak-anak jika bermain air di sini. Cuma kena berhati-hati jika mandi lepas waktu hujan ya.
Kredit Gambar: Fahmi Nasir
Jeram Mengaji boleh dikatakan sebuah tempat yang selesa, dan pihak pengurusan resort, pusat latihan dan laman rekreasi keluarga ini telah menyediakan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan anda sekeluarga& sesuai untuk berkelah bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam sekitar.
Jeram Mengaji Agro Resort menyediakan pelbagai kemudahan untuk disewa seperti hotel bajet, asrama dan tapak perkemahan. Selain mandi manda di kawasan jeram, pengunjung berpeluang untuk melakukan rentas hutan di kawasan bukit berhampiran. Kemudahan surau dan tandas awam juga lengkap tersedia di sini utk kegunaan para pengunjung.
Kredit Gambar: Rileklah.com