fbpx

Kolam Air Panas Di Malaysia

0

Anda suka berendam dalam kolam air panas ? Mari kita cari 10 Kolam Air Panas di Malaysia. Siapa sahaja akan suka apabila ke tempat yang boleh melegakan fikiran mereka. Kolam air panas sebenarnya bagus untuk tubuh manusi dimana ia dapat membantu meregangkan urat dan membuang sel mati. 

Selayang Hotspring Pool

G

Terletak di Batu Caves Kuala Lumpur dimana menjadi destknasi bagi pengunjung untuk merehatkan minda sambil mandi disini. Speerti yang kita tahu kolam air panas mempunyai kebaikan sepeti menyahtoksin dan membaik pupih peredaran darah dalam badan dan membuka pori pori di wajah. Disini juga terdapat tempat persalinan dimana boleh mandi alas kembali dan juga tandas. 

Hotspring Ulu Slim

T

Agak jauh dari kota, namun Kolam Air Panas Ulu Slim yang terletak di Hulu Langat menjadi tumpuan pengunjunh yang datang dari jaub semata untuk mandi disini. Nampak nya semua kelihatan stress. Hehe. Namun anda harus berhati hati jika melihat kawasan ini tidak ramai oramg kerana kawasannya agak pedalaman sedikit. 

Hulu Tamu Hot Springs

Y

Terletak 7km dari Batang Kali Hulu Selangor, menjadi salah satu tempat kegemaran bagi mereka yang suka mandi di kolam air panas. Disini terdapag dua kolam yanv diasing iaitu satu kolam air panas dan satu kolam air sejuk. Jika ahli keluarga anda tidak mahu masuk ke kolam air panas jadi mereka boleh mandi di kolam air sejuk. Tempat ini juga berdekatan dengan kolam ikan iaitu D'Kali Pond. Jadi selepas melegakan badan boleh anda singgah ke kolam ikan pula untuk memancing. 

Bentong Hot Springs

G

Kolam air panas ini terletak di Bentong bahkan disini menyediakan penginapan yang anda boleh menginap. Jadi anda boleh turun untuk mandi di kolam air panas pada waktu malam. Sangate menenangkan dan pasti akan hilangkan stress anda. Kolam air panas disini juga luas dan dibahagikan tempat bagi kanak-kanak. Untuk kolam kanak-kanak ia adalah kolam mandi biasa. 

Ulu Legong Hot Springs

T

Kolam Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling Kedah. Disini juga terdapat penginapan berhampiran dengan kolam air panas dimana anda boleh menginap dan mandi di kolam air panas ini dalam waktu yang sama. Selain itu, kolam air panas ini berdekatan dengan Gunung Baling, bahkan disini juga lengkap dengan kemudahan dewan seminar, surau , outdoor gimnasium, tempat bbq, tempat khemah(sewa) dan medan selera. Jadi dengan kemudahan ini sangat memudahkan urusan anda. 

Gadek  Hot Springs

Y

Terletak 40 km dari bandar Melaka dan disini terdapat  16 kolam dari kolam besar hingga kolam kecil. Namun yang paling panas iailah kolam kecil iaitu sehingga 56 darjah celcius. Cukup panas untuk membuatkan anda lega. Tempat ini mungkin adalah tempat yang terbaik untuk anda datang pada waktu malam. Tandas disini terhad dan orang ramai. Jadi ia agak membebankan sedikit namun jika anda okay dengan kawasan ini jadi ia tidak menjadi masalah buat anda. Anda akan dikenakan bayaran sehingga RM5 buat dewasa dan RM3 buat kanak-kanak. 

 


Jasin  Hot Springs

R

Jasin Hotspring pula merupakan salah satu kolam air panas yang menarik di Melaka kerana disini juga pihak penganjur telah membuat sepperti taman tema air dan menarik lagi perhatian pengunjung untuk datang. Berdekatan dengan bandar Melaka sekitar 25km dan dibuka sehingga 2 pagi. Kolam disini terbahagi kepada 3 bahagian mengikut suhu. Bagi kolam kanak-kanak pula hanya dibuka Jumaat Sabtu dan Ahad serta cuti umum sahaja. Namun disini mungkin seronok buat kanak-kanak sahaja kerana air juga tidak dalam. Jadi sesuai untuk kanak-kanak. 

Cherana Putih  Hot Springs

A

Dibuka sehingga pukul 11 malam setiap hari membuatlan ramai yang datang untuk mandi di kolam air panas di Cherana Putih. Anda perlua membayar sekitar RM6.50 bagi dewasa dan RM3.50 bagi kanak kanak. Kolam air panas disini agak berlumut kerana tidak dibersihkan oleh pihak penganjur. Berdekatan dengan Tol Simpang Ampat jadi anda boleh menginap di resort berdekatan iaitu A Famosa Resort dan terdapat juga kemudahan di kolam air panas ini. 

Dah puas hati dengan 10 Kolam Air Panas di Malaysia ? Nanti kami akan menyajikan pelbagai lagi tempat menarik yang anda boleh lawati. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.