Anda sukakan aktiviti Snorkelling & Diving di Terengganu ? Mari kita lihat port cantik dan sesuai untuk anda berenang atau snorkelling. Seperti yang kita tahu Terengganu terkenal dengan kecantikan pantai dan pulau mereka. Banyak juga pulau di Terengganu ni ye.
Pulau Perhentian
Pulau Redang
Terletak di Pulau Nerus dan alah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan terdapat hanya beberapa meter dari tepi pantai. Jika hendak ke sini, anda perlu menaiki bot dari Jeti Merang dan sekitar 40 minit anda sudah boleh sampai ke sini. Jadi anda boleh melakukan aktiviti menyelam, dan snorkelling disini. Kebanyakan hidupan marin disini terjaga kerana disini juga adalah salah satu taman laut yang terpelihara.
Pulau Kapas
Pulau Kapas terletak bedekatan dengan Pulau Redang,dan Lang Tengah. Namun Pulau Kapas anda hanya boleh mengambil pakej hari sahaja kerana di pulau ini tidak terdapat resort yang anda boleh diami. Jadi kebiasaan pihak penganjur akan membawa anda berjalan sekitar pulau dan mecari spot yang sesuai untuk anda snorkelling dan diving bagi memastikan anda mendapat pemandangan yang terbaik.
Pulau Rhu
Pulau Rhu pula berdekatan dengan Pantai Kluang. Setelah penat hiking di Bukit Kluang anda boleh singgah untuk snorkelling di Pulau Rhu ini. Selain itu di Bukit Kluang ini juga mneyediakan pakej menaiki banana boat serendah RM20 seorang dan jeyski. Memang meriah kelihatan disini. Jadi untuk snorkelling di Pulau Rhu anda juga perlu mengambil pakej yang disediakan di Pantai Keluang ini. Tempat yang baik untuk snorkelling adalah di sebalik pulau tersebut dimana berdekatan dengan gua dan agak tersembunyi namun sangat cantik dan bersih.
Pulau Gemia
Salah satu pulau tercantik di Terengganu yang berdekatan dengan Pulau Kapas, Pulau Redang dimana terdapat satu tempat peranginan di Pulau Gemia. Jadi anda boleh menginap disini jika ingin snorkelling di pulau ini lebih lama. Bahkan untuk ke sini juga anda perlu menaiki bot dari Jeti Marang.
Pulau Lang Tengah
Terletak diantara Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Pulau Lang Tengah merupakan salah satu tarikan di Terengganu yang anda boleh pergi dengan menaiki bot dari Jeti Merang. Disini anda boleh memilih sama ada mahu tinggal di Blue Coral Island Resort, Square Point Resort, Redang Lang Resort dan DCoconut Resort. Kebiasaannya pihak resort juga akan menyediakan alatan untuk snorkelling bagi pengunjung mereka. Nak senang book sekali dengan resort.
Kebanyakan mereka suka akan aktiviti Snorkelling dan Diving ini adalah orang yang berani dan sukakan meneroka. Anda boleh melihat betapa besar kuasa Tuhan dengan mencipta pemandangan yang indah sebegini.