fbpx

5 Top Cafe Tempat Peminat Kopi Wajib Singgah di Kota Bharu! (Viral Kafe!)

Hari ini saya nak kongsi 5 tempat peminat kopi wajib singgah bila anda datang ke Kota Bharu! Let's ENJOY A Cup Of Coffee which equal to Happiness bagi penggemarnya! Siapa peminat kopi wajib datang dan cuba rasai keenakan kopi yang dibrew. Wanginya aroma kopi. Yang nak lepak santai minum kopi or suka food hunting , jomlah datang sini. Anda boleh lepak di kafe viral, dan hipster di sekitar bandar Kota Bharu. 5 kafe ini sememangnya viral  dan popular dalam kalangan warga tempatan dan boleh menikmati kopi yang premium dengan harga mampu milik. Kualiti dan harganya berbaloi bagi penggemar kopi terutamanya!

#1 NASKEEN COFFEE

Salah satu kafe terkenal untuk menikmati kopi di Kelantan adalah Nasken Coffee. Raja Kopi Viral Di Kelantan, Naskeen Coffee adalah pilihan untuk saya cadangkan pada anda! Selain pelbagai aneka kopi, Nasken Coffee turut menyediakan juadah lain seperti makanan western dan pelbagai jenis kek yang menjadikannya sebagai destinasi pilihan untuk penduduk setempat.

pilihan kek di Nasken Coffee Tanah Merah

Yang ni memang spot untuk dating dengan pasangan, mahupun bawa keluarga makan bersama. Kat sini kek dan kopinya sedap!

NASKEEN COFFEE 7

Ini adalah antara makanan dan minuman yang korang boleh order kalau datang ke Nasken Coffee. Untuk desserts macam kek korang boleh tengok dekat dalam cake freezer yang disediakan. Ada beberapa pilihan kek yang korang boleh pilih.

Paling best naskeen ni banyak cawangan. Semua hot spot dia ada, yang terbaru kafe dekat Troika gais! Nasken Coffee every where in Kelantan! Mudah nak pergi ke mana-mana cawangan untuk menikmati janji temu pasangan dan hang out bersama dengan kawan-kawan. 

Nasken Coffee - Ice Butterscoth Latte

Recommended untuk anda cuba Nasken Coffee, Ice Butterscoth Latte! Coffee dia memang power dan harga sangat berbaloi..

Antara menu WAJIB cuba Seafood Aglio Olio

Antara menu WAJIB cuba Seafood Aglio Olio! Memang rasa aglio olio melayu dengan pedas dan seafood yang segar. Anda juga boleh order makanan western lain, ikut selera anda.

#2 KOPI MESIN

Kafe Kopi Mesin ini pasti sesuai dengan citarasa anda! Banyak pilihan jenis minuman dan kopi yang disediakan di Kopi Mesin.

kopi mesin

Signature Kopi Mesin yang anda boleh cuba, recommended! Kopi ais Jerman, yang dikenali sebagai Eiskaffee, adalah campuran kopi dan ais krim yang menarik. Ia mesti dicuba. Ia kaya dan pahit, dengan sentuhan rasa manis vanila berkrim. Sedap!

Can't choose..then select all!  Happy luncheon!!

Menu kopinya agak pelbagai. Bagi mereka yang tidak benar-benar mengetahui tentang kopi, pilihan menunya akan membantu. Terdapat pilihan expresso, latte macchiato, doppio, cappucino, americano, kafe latte dan mocha. Kopi Mesin juga menyajikan pilihan bukan kopi seperti coklat, teh dan banyak lagi.

Kesemuanya menjanjikan rasa yang pekat namun tidak pula pahit. Rasa manisnya juga tidak keterlaluan, cukup sempurna!

creamy and juicy strawberry ice blended

Grilled cheesy lamb, tempting!

Grilled cheesy lamb, tempting!

At @kopimesinkb , we are not only selling coffees but we have more than just a cup of coffee. For example, we serve tea; hot or cold, peach, lemon or lychee. Also we do have ice blended drinks such as this creamy and juicy strawberry ice blended. Thank you to our lovely customer for sharing this photo with us. #kopimesinkb#kubangkerian#kopimurah#kopimesin#kotabharu
 

#3 KB BREWSTER 

KB Brewster ialah salah satu kedai kopi hipsters di bandar Kota Bharu yang anda boleh cuba singgah  dan nikmati kopinya. 

KB Brewster 17

KB Brewster Menu

Menu premium KB Brewster ini adalah Kopi Beng yang dinamakan sebagai Signature Kopi Beng. Didalam menu terdapat 6 jenis kopi Beng ni terdiri daripada Kopi Beng Latte, Kopi Beng Black Coffee, Kopi Beng Mocha dan macam macam lagi kopi yang anda boleh cuba sesuai citarasa anda dan kegemaran.

This small but cozy Coffee Cafe is definitely a place worth a visit especially if you want to try the many different tastes in coffee. We especially enjoyed their version of Frappuccino, Affogato and the cakes here. 

(Nori2024, TripAdvisor)

KB Brewster 11

Sedaaaap sangattt. Kalau rindu meatball ikea, boley makan meatball KB.Brewster. Walaupun 8 ketul je tapi alhamdulillah. kenyang. dapat pulak sos blackpaper dia yang umph!.”, (Nikki Ada Abdullah) antara review pelanggan yang merasai keenakan meatball  di KB Brewster.

Blogger terkenal seperti Ben Ashaari juga pernah ke KB Brewster:

KB Brewster Ben Ashaari

Apa yang ada kat sini ? Hurm… menu untuk makanan berat tak banyak tapi bagi aku , ok dah. Tak banyak tapi berbaloi dan mengenyangkan. Lebih penting , cepat sampai lepas order. Haaa ! Kek rainbow tu sedap. Meatball pun padat dengan rasa . Sesuai dengan harga la..

(Ben Ashaari, Benashaari.com)

KB Brewster 14

Cakenya tak pernah tak sedap. Semuanya sedap belako lebih-lebih lagi Rainbow Mille Crepe Cake! Selain kek,  KB Brewster turut menjual pelbagai jenis dessert,  kopi dan western food yang sedap dengan harga berpatutan.  

#4 The Bold Lab

The Bold Lab merupakan lokasi terbaik buat enthusiast kopi terutamanya meluangkan masa santai anda di sini.

The Bold Lab 2

Tempat yang bagus untuk bertemu rakan-rakan, muzik yang menenangkan, pilihan makanan dan minuman yang hebat, kebersihan dan harga yang berpatutan.

The Bold Lab

The Bold Lab is definitely the place to go for coffee and waffle lovers. The comfy environment of the cafe, minimal interior decoration and appetizing food are what attracts the locals to the cafe.

(Amir Azrael, 2020)

The Bold Lab 1

The Bold Lab adalah Cafe yang sangat bagus dan selesa. Kopi, minuman dan pencuci mulut yang sangat baik. Suasana adalah baik dan kakitangan yang ramah. Ianya permata tersembunyi di KB. Thumbs up ?

The Bold Lab 3

The Bold Lab 8

The Bold Lab mengetengahkan konsep gastranomi barat, salad, termasuk kepelbagaian pastri yang pantas membuatkan anda terliur. Pelbagai hidangan pastri yang disediakan di sini daripada kek, roti sehingga manisan. Paling utama, setiap resepi diadun dan freshly made di kafe berkenaan. Beralih ke hidangan barat, sudah tentu hidangan wajib berasaskan pasta dan spageti dapat dinikmati di kafe ini. Begitu juga hidangan ala-ala bakar seperti ayam bakar, salmon dan fish chip.

Burnt Cheese Latte

The Bold Lab 11

The Bold Lab 9

Selain daripada itu, pencinta kopi wajib mencuba adunan rasa barista di The Bold Lab. Setiap kopi yang digunakan di sini dipilih daripada biji kopi berkualiti. Kemudian proses mengisar kopi dilakukan secara manual dengan teliti.

Biji kopi baharu juga digunakan setiap hari. Bukan sahaja itu, demi menjaga kualiti rasa, aroma dan nikmat kopi berkenaan, barista mengikut SOP termasuk tidak terlalu lama mengisar biji kopi tersebut.

#5 JIWA KOPI DAN BINGSU

Di Jiwa Kopi & Bingsu menyediakan banyak menu istimewa seperti kopi jiwa, soda, yogurt, kek, bingsu, makanan barat dan makanan tempatan. Kopi sedap and the cake quite nice tak manis ada makanan western juga ye.

“Kafein yang menusuk kalbu , Suasana yang mengingatkan aku kepada kekasih lalu , Tapi tak mengapa, sekarang aku sudah bersama kekasih baru , Sedang minum kopi Jiwa dan Bingsu “

Tempat yang sesuai untuk makan ringan-ringan dan meluangkan masa samaada dengan yang tersayang atau kawan-kawan. Coffee is good & bingsu i would say much better than what mykori have to offer (in term of price & taste). Murah, sedap, selesa & servis terbaik daripada staff. Kali pertama ke sini dan semestinya bukan kali yang terakhir.
Jiwa Kopi dan Bingsu 7
Jiwa Kopi dan Bingsu 9
Jiwa Kopi dan Bingsu 8
Siapa nak minum coffee tapi kat gelas tu ada kata-kata yang sweet and kelakar, bolehlah pergi cafe ni. Makanan pun kat situ pun sedap juga tauu. Harga of course lah berbaloi. Cafe Jiwa ini viral sebab selain dari makanan yang best dan lazat, dia juga ada unsur puitis!
 
Penutup
 
5 Top Cafe yang saya senaraikan ini antara pilihan yang anda boleh singgah jika ke Kota Bharu. Apa kata jika anda belum pernah cuba kopi dan minuman di beberapa cafe yang saya senaraikan ini, jom ke sana sekarang! Rasa kaw kopin dan nikmati aromanya dan juga boleh cuba menu makanan western yang sedap di  sana. Ini juga masanya untuk belanja insan tersayang anda. Ataupun boleh ajak kawan lepak bersama, kongsi cerita apatah lagi bila lama tak berjumpa. Boleh enjoy kopi dan sembang bersama.
 
Leave A Reply

Your email address will not be published.