fbpx

7 Resepi Kepak Ayam Madu Bakar Sedap, Makes YOU Happy!

Hari ini saya nak kongsi resepi kepak ayam madu bakar. Ada yang rindu kepak ayam madu tak? Sedapnya kalau ratah kepak ayam madu ini panas-panas. Ini cara buatnya. Mudah je nak sediakan, bersihkan kepak ayam dan gaulkan dengan bahan-bahan yang diperlukan kemudian diperapkan. Makan dengan Nasi Kerabu lagi sedap! Jom cuba resepi di bawah.

Resepi Kepak Ayam Madu Sabah

Resepi Kepak Ayam Madu Sabah

Kepak Ayam Madu Sabah: Sumber Resepi Bonda

Bahan-bahan:

  • 2 kg kepak ayam⁣
  • 1 labu bawang putih⁣
  • 3 inch halia⁣
  • air secukupnya⁣
  • 3 sudu marjerin⁣
  • 1 paket serbuk nasi goreng ayam/2 kiub ayam⁣
  • 2 sudu madu⁣
  • 2 sudu gula perang⁣
  • 3 ke 4 sudu serbuk cili (ikut nak tahap kepedasan macam mana)⁣
  • 2 sudu sos tiram⁣
  • garam dan blackpepper secukup rasa⁣
  • sedikit pewarna merah⁣

Bahan Sos:

  • 1/2 cawan air⁣
  • 1 sudu tepung jagung (bancuh dengan 1/2 cawan air)⁣
  • kicap lemak manis secukup rasa⁣
  • gula perang secukup rasa (sos dia manis manis sikit sedap)⁣

Cara-cara:

  1. Basuh kepak ayam dan toskan sampai kering. kisar bawang putih dan halia dengan 1/4 cawan air sampai lumat.

  2. Letak kepak ayam dalam bekas, masukkan bahan kisar, serbuk nasi goreng ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, garam dan blackpepper. Gaul sampai rata.

  3. Cairkan marjerin. Sejukkan sekejap. Masukkan ke dalam kepak ayam tadi dengan pewarna merah. Kacau rata. Perap dan simpan dalam peti ais 4 jam atau semalaman.

  4. Panaskan kuali ajaib, bakar sampai masak. Nak bakar guna oven boleh, air fryer atau bakar arang. Ikut citarasa.⁣

Cara Buat Sos:

  1. Untuk sos, tuangkan baki bahan perapan ke dalam pan. Bilas sedikit air dalam bekas perap ayam tadi dan masukkan dalam pan. Tambah air tepung jagung, kicap lemak manis dan gula secukup rasa. Kacau sebati.

  2. Buka api sederhana, kacau selalu jangan stop sampai sos pekat dan mendidih. Tutup api. Tuang sos atas kepak ayam madu tadi atau dibuat pencicah. Siap!

Resepi Kepak Ayam Madu Choyaya!

Resepi Kepak Ayam Madu Choyaya!

Kepak Ayam Madu: Sumber Choyaya!

Bahan-bahan:

  • 15-20 ketul kepak ayam
  • 3 peket serbuk cili Babas size kecil
  • 200ml honey
  • 6 sudu besar gula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • satu cube ayam
  • setengah sudu kecik ajinomoto
  • 1 sudu kecik garam

Cara-cara:

  1. Bancuh dengan warm water sampai dapat right consistency.
  2. Celup kepak ayam dalam marinating sauce ni. Lepas tu simpan dalam peti ais dalam 5-6 jam. Lagi lama lagi la sedap.
  3. Esoknya dah boleh bakar dalam oven. Suhu 180′ dalam 50 minutes. 
  4. Bila dah 40 minit, bawak keluar and sapu balik sos pada ayam ni. Depan and belakang. Lepas tu masuk balik la dalam oven and continue masak for lagi 10 minutes macam tu.

Resepi Kepak Ayam Madu Puan Hazel

kepak ayam madu 2

Kepak Ayam Madu: Sumber Puan Hazel

Bahan-bahan:

  • 2 kg kepak ayam
  • 1 labu bawang putih
  • 3 inci halia
  • Air secukupnya
  • 3 sudu marjerin
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi – ganti dengan serbuk perencah Maggi ayam 
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula perang
  • 3-4 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam & black pepper secukup rasa
  • Sedikit pewarna merah

Bahan Sos:

  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung + 1/2 cawan air
  • Kicap lemak manis secukup rasa
  • Gula perang dan garam secukup rasa (sos dia kena manis manis) – letak 3-4 sudu besar

Cara-cara:

  1. Untuk kepak ayam, kisar bawang putih, halia dengan sedikit air sampai lumat. 
  2. Masukkan bahan kisar dalam bekas kepak ayam. Tambah serbuk nasi goreng ayam, madu, gula perang, serbuk cili, sos tiram, sedikit garam dan blackpepper. Kacau rata. #Ummi gaul kepak ayam dengan garam, serbuk perencah Maggi ayam dan black pepper dulu then baru letak bahan kisar dan bahan-bahan lain. 
  3. Cairkan marjerin. Tambah marjerin cair dan pewarna merah. Kacau sampai sebati. Perap sejam dua, lagi sedap semalaman.
  4. Panaskan kuali ajaib. Grill kepak ayam madu sampai garing dan masak. 
    #Guna air-fryer 200°C 10 minit pertama kemudian tukar suhu 180°C untuk 20 minit terakhir. Half way, balikkan kepak ayam agar semua masak sekata. 

Resepi Kepak Ayam Madu Bidadari

Resepi Kepak Ayam Madu

Kepak Ayam Madu: Sumber Bidadari.my

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam 10 ketul,
  • Setengah sudu kecil garam,
  • Gula 2 sudu,
  • 1 sudu serbuk cukup rasa,
  • 5 sudu madu,
  • 3 sudu serbuk cili,
  • 1 sudu sos tiram,
  • 3 sudu sos lada hitam,
  • 4 sudu olive oil kalau tidak guna minyak masak sahaja

Cara-cara:

  1. Bersihkan kepak ayam dan potong 2. Toskan.
  2. Gaul semua bahan-bahan dan olive oil.
  3. Perab 4 hingga 6 jam.
  4. Bakar selama 20 minit menggunakan air fryer kalau ada, kalau tidak ada bakar dalam kuali atau goreng pun boleh.

Resepi Kepak Ayam Madu (Sticky Caramel Chicken Wings)

Resepi Kepak Ayam Madu (Sticky Caramel Chicken Wings)

Resepi Kepak Ayam Madu (Sticky Caramel Chicken Wings): Sumber Lina Pg

Bahan-bahan:

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih – diketuk dengan kulitnya sekali 
  • 1 sudu besar halia dicincang
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 2 helai daun pandan simpul xde)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  3. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.Kemudian tutup kuali. 
  4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

Resepi Kepak Ayam Bakar Madu Berempah

Kepak Ayam Bakar Madu Berempah (1)

Kepak Ayam Bakar Madu Berempah: Sumber Ida

Bahan-bahan:

  • 15 ketul kepak ayam
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 4 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat masin
  • 1 inci halia*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai*
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kepak ayam dibersihkan.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Perap kepak ayam bersama semua bahan selama 1 jam atau lebih.
  4. Bakar kepak ayam hingga masak.

Resepi Kepak Ayam Madu Fatma Razak

Resepi Kepak Ayam Madu Fatma Razak

Resepi Kepak Ayam Madu: Sumber Fatma Razak

Bahan-bahan:

  • 10 ketul ayam bahagian kepak (dikerat dua setiap ketul)
  • 1 sudu besar garam
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 cm halia (ditumbuk halus)
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • 1.5 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • serbuk blackpepper (optional)

Cara-cara:

  1. Masukkan kepak ayam yang sudah dibasuh ke dalam bekas.
  2. Masukkan garam, serbuk cili, halia dan bawang putih yang sudah ditumbuk halus.
  3. Masukkan sekali kicap manis, sos tiram dan madu. Sekiranya suka, boleh masukkan serbuk lada hitam.
  4. Gaulkan semua sekali hingga sebati dan rata. Kemudian perapkan selama 1 jam.
  5. Bakar hingga masak dan siap untuk dihidangkan.

Penutup

Kepak ayam madu ini memang banyak dijual di pasar malam. Tentu puas dan sedap jika anda buat sendiri di rumah.  Makan atau ratah macam tu je dah sedap dah ayam bakar madu ni. Makan panas-panas memang layan sungguh!

Boleh cuba resepi INI:

Leave A Reply

Your email address will not be published.