fbpx

13 Resepi Sup Ayam Simple. Best Way For You! How To Cure Your Fever And Flu?

0

Hari ini saya nak kongsi resepi sup ayam simple. Cara yang bagus untuk anda! Apabila cuaca yang tidak menentu, kita mudah demam dan selsema! Bagaimana mengubati demam dan selsema anda? Tahu tak sebenarnya menghirup sup ayam yang panas ketika selsema dan demam ada kuasa magiknya dalam menyembuhkan kedua masalah ini. Ia bukan mitos semata-mata. Dr Zubaidi Hj Ahmad menyatakan sup ayam sangat bagus dijadikan sebagai makanan yang membantu menyembuhkan demam dan selsema. Musim Covid-19 jangan lupa ini amalkan cara hidup norma baharu.

Resepi Sup Ayam Thai Tini Joe (VIRAL! 76K share di FB)

Sup Ayam Thai Tini Joe

Sup Ayam Thai: Sumber Tini Joe / dailymakan

Bahan Tumis:

  • Bawang putih | ditumbuk
  • Halia | ditumbuk
  • Bawang Merah | dipotong
  • Bawang besar | dipotong
  • Serai | dipotong
  • (Berapa biji kuantiti bahan tumis, depends on kuantiti ayam dan kuah sup)
  • Daun limau purut

Bahan Lain:

  • Hirisan lemak ayam
  • Ayam
  • Celery
  • Carrots
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan tumisan dan campurkan hirisan lemak ayam. Nak letak daun limau purut pun boleh. Tumiskan sehingga layu/garing/wangi. Api medium.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Apabila air dah menggelegak baru masukkan ayam. Kemudian baru campakkan carrot dan celery.
  4. Kemudian tutup periuk dan tunggu sekejap.
  5. Masukkan pula sup bunjut adabi, garam, gula, maggi cukup rasa dan thai fish cake.
  6. Apabila nampak dah nak masak masukkan pula daun ketumbar, hirisan daun bawang, cili potong, tomato dan daun limau purut.
  7. Akhir sekali masukkan air limau nipis dan siap untuk dihidangkan.

Resipi Sup Ayam Mat Gebu

SUP AYAM MAT GEBU

Sup Ayam: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
  • 3 – 4 biji kentang
  • 1 kiub ayam “maggi (optional)
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1 pokok daun sup, kerat 3
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Bahan Kisar Halus:

  • 2 camca besar ketumbar
  • 3/4 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh jintan kasar
  • 1 1/2 camca teh lada hitam biji
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti.

Resepi Sup Ayam Kampung Mat Gebu

Sup Ayam Kampung Mat Gebu

Sup Ayam Kampung: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam kampung saiz sederhana, potong ikut suka cuci dan toskan
  • 4 -5 biji kentan
  • 1 batang lobak merah
  • 1 pokok daun sup, potong kasar
  • 1 camca besar penuh bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis (nak sedap guna minyak dari bawang goreng)
  • Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan

Bahan Kisar Halus:

  • 7 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 1/2 camca besar ketumbar biji
  • 3/4 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh jintan kasar
  • 1 camca besar lada hitam biji

Cara-cara:

  1. Ayam dipotong ikut suka, buang kulit dan cuci bersih, toskan. Kentang dikupas kulitnya, belah 4 setiap biji dan rendam. Lobak merah dibuang sedikit kulitnya dan potong berbaji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan lengkuas titik. Tumis hingga harum. Masukkan ayam, kentang dan lobak merah (toskan). Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam mengecut.
  3. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan daun sup yang dipotong kasar dan juga bawang goreng. Biar mendidih hingga kentang , lobak dan ayam empuk. Tambah garam secukup rasa dan kalau suka boleh masukkan 1 kiub pati ayam.
  4. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi, mi hoon, mi kuning, nasi impit atau pun dimakan begitu sahaja.

Resepi Sup Antibiotik

Sup Antibiotik

Sup Antibiotik: Sumber Sirap Limau

Bahan-bahan:

  • 5 biji buah pelaga

  • 5 -7 biji bunga cengkih

  • 5 ulas bawang putih | dicincang halus

  • 1 ulas bawang merah | dicincang halus

  • 3 biji lada hitam | dihancurkan

  • 1 batang lobak merah | dipotong dadu

  • 3 batang celery / ikan bilis

  • Ayam / ikan /daging (sumber protien)

  • Sedikit daun sup atau daun bawang

  • 3 cawan air

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan seperti di gambar bersama 3 cawan air. Sukatan sayuran dan protein boleh ditambah mengikut citarasa.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam air yang telah direneh. Tunggu hingga mendidih. Ibu- ibu boleh juga gunakan kaedah menumis.Tumiskan rempah ratus dan bawang dengan menggunakan unsalted butter atau minyak masak. Menumis guna Pure Olive Oil pon boleh.

  3. Apabila lobak merah dan ayam dah empuk. Taburkan daun sup atau pon daun bawang.

  4. Hidangkan bersama karbohidrat samaada, bubur nasi, mee hoon, noodle pelbagai perisa ataupun pasta. Boleh taburkan mix herbs semasa menghidang. Siap. Selamat mencuba.

Resepi Sup Ayam Mengubat Demam Selsema

Sup Ayam Mengubat Demam Selsema

Sup Ayam: Sumber Ourkizuna

Bahan-bahan: 

  • 2 labu bawang besar
  • 5-10 biji bawang putih
  • 1-2 inci halia
  • Sedikit lada hitam

Ditumbuk. Nak blender pun boleh, tapi nak sedap tumbuk lah dengan lesung batu.

Cara-cara:

  1. Tumis bahan perencah sampai naik bau dan sedikit garing. Masukkan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sekejap.
  2. Masukkan dalam air rebusan ayam tadi. Dan kacau sebati. Masukkan garam dan gula secukupnya untuk perasa.
  3. Lagi bagus kalau masuk bahan bahan lain macam daun bawang, daun sup, celery, carrot, cauliflower dan sebagainya.

Resepi Sup Ayam Power Petua Ibu

Sup Ayam Bila Anak Selsema Petua Ibu (1)

Sup Ayam Power: Sumber Petua Ibu

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ayam -dibersihkan dan potong saiz kecil
  • 3 biji bawang merah -dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1 inci halia -dihiris halus
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 5 kuntum cengkih*
  • 1 batang kulit kayu manis saiz sederhana*
  • 7 biji buah pelaga*
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 kiub ayam atau boleh ganti dengan 1 sudu besar stok ayam
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 biji kentang potong ikut suka
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan.
  2. Masukkan bawang dan halia. Biar hingga layu dan naik baunya.
  3. Bila bawang dah kekuningan, masukkan ayam bersama lada hitam. Gaul rata.
  4. Tutup periuk dalam lebih kurang 5 hingga 10 minit kemudian gaulkan rata.
  5. Bila sampai tempoh 10 minit anda dapat lihat ada air pekat yang berwarna kekuningan dalam periuk. Itu ialah pati ayam. Pati inilah yang menyerlahkan rasa sup ayam.
  6. Masukkan air secukupnya dan masukkan kiub ayam.
  7. Masukkan kentang bila sup mula menggelegak. Masukkan juga bawang goreng.
  8. Bila kentang agak lembut, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  9. Padamkan api bila kentang dah cukup lembut. Taburkan dengan daun bawang dan daun sup semasa dihidang.

Resepi Sup Ayam Untuk Yusuf By Hanis Zalikha

sup ayam untuk yusuf

Sup Ayam Untuk Yusuf: Sumber Hanis Zalikha

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Bawang putih (terbahagi dua iaitu untuk dihiris dan ditumbuk)
  • Bawang merah (untuk dihiris dan ditumbuk)
  • Lobak merah
  • Saderi
  • Daun sup
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Daun sup

Cara-cara:

  1. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk bersama halia. Bawang selebihnya dihiris nipis.
  2. Kemudian tumis bawang yang ditumbuk dan dihiris bersama bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air.
  4. Biarkan menggelegak terlebih dahulu sebelum dimasukkan ayam. Menurut Hanis ini adalah
    petua supaya sup tidak berasa hanyir.
  5. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Masukkan pula lobak merah, saderi, garam dan serbuk lada putih.
  6. Biarkan lama sehingga sup menjadi pekat. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Sup Ayam Serai Rawat Batuk Selsema

sup ayam serai

Sup Ayam Serai: Sumber rasa.my

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam | bahagian paha dan tulang-tulang ayam
  • 1 bunjut sup bunjut
  • 2 batang lobak merah | potong
  • 6 biji cili padi
  • 1 batang serai | Simpul
  • 2 biji bawang besar | potong empat
  • 2 inci halia | hiris
  • 2 tangkai daun sup | hiris
  • 2 biji ubi kentang | potong
  • 1 kiub stok ayam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis halia, serai yang dititik, bawang besar, kentang, sup bunjut (koyakkan sedikit) dan goreng sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan tulang ayam sekali, gaul sehingga rata, masuk air, masukkan lobak merah, kiub ayam, cili padi dan garam secukup rasa.
  3. Tutup periuk kira-kira 12 minit dan biarkan ia mendidih. Kemudian perlahankan api. Masukkan daun sup.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

Resepi Sup Ayam Pengubat Terbaik Demam Dan Selsema

Sup Ayam Pengubat Terbaik Demam Dan Selsema

Sup Ayam Pengubat Terbaik Demam Dan Selsema: Sumber MStar

Bahan-bahan:

  • Seekor ayam – potong 18
  • *1 sup bunjut
  • *1 batang lobak merah – dipotong
  • *1 batang serai – diketuk
  • *3 biji bawang merah
  • *2 inci halia – dipotong halus
  • *3 tangkai daun sup
  • *2 biji kentang – dipotong
  • *Garam secukup rasa

*bahan penumis

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, rempah tumis – goreng sehingga naik bau.
  2. Masuk ayam, serai dan halia – gaul sehingga rata sebelum masukkan air dan garam serta sup bunjut.
  3. Masukkan lobak dan ubi kentan.
  4. Renehkan dengan api perlahan kira-kira 15 minit (periuk ditutup).
  5. Angkat dan hidangkan bersama ditabur dengan daun sup. 

Resepi Sup Ayam Sedap Dan Mudah Azie Kitchen

Sup Ayam Sedap Dan Mudah Azie Kitchen
Sup Ayam Sedap Dan Mudah: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam – 600 gram
  • 1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
  • 2 biji ubi kentang
  • 1/2 batang karot
  • 2 batang saderi
  • 1/2 sudu besar garam atau secukup ras
  • 6 gelas air
  • Sedikit minyak

Bahan Tumbuk:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Hias:

  • Daun sup
  • Bawang goreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
  2. Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk.
  3. Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk.
  4. Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup.
  5. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba.

Resepi Sup Ayam Istimewa Che Nom

Sup Ayam Istimewa Che Nom

Sup Ayam Istimewa: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • sedikit minyak untuk menumis

Bahan Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih

Bahan Kisar Halus:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan-bahan untuk dipotong dadu besar:

  • 1/2 batang lobak merah
  • 2 biji kentang sederhana besar
  • tomato (potong 4)
  • celery, jika suka

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Kacau perlahan sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau, tutup periuk dan biar sebentar.
  4. Kemudian masukkan air, lebih kurang 3-4 cawan atau agak-agak sehingga air tenggelam isi ayam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng apabila dihidang.

Resepi Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri Che Nom

Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri Che Nom

Sup Ayam Pekat Rempah Sendiri: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 1/2 – 1 ekor ayam
  • 2 biji kentang
  • 1-2 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • daun sup
  • daun bawang
  • bawang goreng

Bahan-bahan Untuk Rempah Tumis:

  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum cengkih

Bahan-bahan Kisar Halus:

  • 1/2 – 1 biji bawang besar (ikut saiz)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar lada hitam

Cara-cara:

  1. Potong carrot (ketulan besar), daun sup (asing bahagian batang dan daun) dan daun bawang.
  2. Hiris kasar bawang besar, bawang putih dan halia.
  3. Campurkan rempah sup seperti serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan lada hitam kedalam satu mangkuk.
  4. Masukkan kesemua bahan campuran rempah dan bahan kisar halus kedalam blander, tambah air dan kisar halus.
  5. Panaskan sedikit minyak.
  6. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
  7. Masukkan bahan kisar halus.
  8. Kemudian masukkan ayam.
  9. Kacau sampai ayam sedikit kecut.
  10. Masukkan air dan batang sup.
  11. Kemudian reneh sekejap.
  12. Masukkan carrot dan sambung reneh hingga carrot lembut.
  13. Masukkan kentang, kiub ayam, sebuk lada putih, garam, tomato, tabur separuh daun sup.
  14. Tutup api.
  15. Perah sedikit limau nipis
  16. Hiaskan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

Nota:

  • Perahan limau nipis dapat seimbangkan rasa lemah dan berempah sup.

Resepi Sup Ayam Istimewa Azlita Aziz

Sup Ayam Istimewa Azlita Aziz

Sup Ayam Istimewa: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 500 gm ayam ~ di potong kecil dan cuci bersih
  • 1/2 batang lobak merah ~ di potong memanjang  1 inci
  • 2 biji kentang ~ di potong baji
  • 1 biji tomato ~ belah 4
  • Daun sup dan daun bawang di mayang halus
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih dan 2 biji pelaga

Bahan Untuk dikisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu kecil jintan manis ~ sangai dahulu
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan putih ~ sangai dahulu

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sebentar.
  3. Masukkan air anggaran 3 cawan dan biarkan merenih
  4. Bila sup dah mula mendidih masukkan lobak merah dan kentang.
  5. Masak hingga empuk.
  6. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Taburkan daun sup dan daun bawang apabila hendak menghidang.

Penutup

 Hidangan sup ayam yang panas membantu peredaran udara dalam hidung dengan baik dan mencairkan lendiran hingus yang pekat dalam hidung. Bawang putih, madu, teh, jus sayur-sayuran dan daging tanpa lemak juga antara makanan yang mampu melawan selsema dan flu.  Jangan lupa amalkan cara hidup norma baharu dengan memakai pelitup muka berganda, ya!

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.