fbpx

9 Resepi Jus Limau Kasturi Viral, Best Energy Booster!

0

Hari ini saya nak kongsi 9 resepi Jus Limau Kasturi Viral yang anda kena cuba. Limau Kasturi ini sedap dibuat jus kerana khasiatnya yang tinggi vitamin C. Bagus dijadikan sebagai penambah tenaga/energy booster! Jus segar ini mempunyai rasa menarik dari limau kasturi dan asam boi masam masin manis. Sesuai diminum pada hari yang panas dan terutama jika anda akan makan sesuatu yang pedas atau makanan berat. Jus Limau Kasturi cukup menyegarkan dan menyejukkan tekak. Kecur liur bila ditambah asam boi!

Resepi Jus Asam Boi Limau Kasturi Mat Gebu

Jus Asam Boi Limau Kasturi Mat Gebu

Jus Asam Boi Limau Kasturi: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 10 – 15 biji asam boi @ asam kecut kaler merah
  • 2 liter air atau secukupnya
  • Gula ikut kemanisan yang anda suka
  • 3 biji limau kasturi
  • Air jika perlu
  • Ais kiub secukupnya

Cara-cara:

  1. Rebus asam boi dengan air hingga asam boi kembang. Masukkan gula secukup rasa. Biar sejuk. Tuang dalam jug dan perah jus limau kasturi, letak ais kiun secukupnya, biar sejuk dan boleh hidangkan. Kalau manis boleh tambah sedikit lagi air.

Resepi Asam Boi Limau Kasturi Azlita Aziz

Asam Boi Limau Kasturi Azlita Aziz

Asam Boi Limau Kasturi: Sumber Azlita Aziz

Bahan-bahan:

  • 8 biji asam boi
  • Air secukupnya
  • Gula pasir secukup rasa
  • 5 biji limau kasturi
  • Ketulan ais secukupnya

Cara-cara:

  1. Masak air bersama asam boi hingga asam kembang dan air mendidih
    masukkan gula secukup rasa.
  2. Biarkan air sejuk. Masukkan dalam jug, perahkan limau kasturi dan letakkan ketulan ais. Sedia di nikmati.

Resepi Limau Kasturi Selasih Dapur Kak Tie

Limau Kasturi Selasih

Limau Kasturi Selasih: Sumber Dapur Kak Tie

Bahan-bahan:

  • Limau kasturi
  • Gula pasir
  • Selasi
  • Ais batu
  • Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Perah limau kasturi, ambil airnya.
  2. Gaul gula dalam air panas hingga larut.
  3. Masukkan biji selasih. Dah siap!

Resepi Air Limau Kasturi Pudina

Air Limau Kasturi Pudina

Air Limau Kasturi Pudina: Sumber Aneka Resipi

Bahan-bahan: 

  • 15 biji limau kasturi (kalamansi)
  • 6 helai daun pudina (mint)
  • 8 sudu gula pasir
  • 2 sudu madu (opsyenal)
  • 3 cawan air
  • Ais

Cara-cara:

  1. Ramas daun pudina dan masukkan ke dalam jag.
  2. Cuci dan potong dua limau kasturi. Perahkan dan tapis jusnya masuk ke dalam jag. Masukkan gula pasir, madu dan air.
  3. Kacau sehingga gula hancur. Tambah gula atau madu jika kurang manis.
  4. Biarkan selama 10 minit supaya semua rasa bercampur mesra (infused).
  5. Kacau dan tuang ke dalam gelas berisi ais sebelum minum.

Nota:

  • Hidangan untuk 5 orang. Air minuman limau kasturi pudina sesuai diminum sejuk di waktu tengahari, ketika cuaca panas atau selepas penat dari aktiviti sukan/riadah.

Resepi Jus Limau Kasturi Jeehan

Jus Limau Kasturi

Just Limau Kasturi: Sumber Jeehan

Bahan-bahan:

  • Untuk sirap mudah (150 gm Gula pasir, 150 ml Air)
  • Untuk jus Limau Kasturi (250 ml Air perahan limau kasturi (kira-kira 1/2 kg limau)
  • 500 ml Air sejuk
  • Secukup rasa Ais batu

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan.
  2. Untuk sirap mudah: Masukkan gula pasir dan air ke dalam sauce pan/periuk kecil, dan masak dengan menggunakan api yang kecil sehingga mendidih sambil dikacau. Matikan api dan biarkan sehingga sejuk. Ketepikan.
  3. Dibelah 2 limau kasturi dan diperah untuk mendapatkan airnya dan buang bijinya. Ketepikan.
  4. Cara penyajian, tuangkan ke dalam Jug sirap mudah, air perahan limau kasturi dan air sejuk. Kacau rata, dan tambahkan ais batu. Kemudian hidangkan. Nikmati lah jus anda

Resepi Jus Limau Kasturi Asam Boi

JUS LIMAU KASTURI ASAM BOI

Jus Limau Kasturi Asam Boi: Sumber Namakucella

Bahan-bahan:

  • 15 biji limau kasturi
  • 15 biji asam boi
  • 1/2 cawan gula
  • 1/4 sudu teh garam halus
  • 2 gelas air masak
  • Ais

Cara-cara:

  1. Cuci limau kasturi & belah 2. Buangkan biji-bijinya.
  2. Limau kasturi yang dah buang biji dimasukkan dalam blender + air+ garam + gula. ( Jangan perah).
  3. Blend hingga hancur & tapis.
  4. Tuang dalam jug, tambah asam boi & ais. Siap untuk dihidang.

Resepi Jus Kedondong Limau Kasturi

Jus Kedondong Limau Kasturi (1)

Jus Kedondong Limau Kasturi: Sumber simakterus.com

Bahan-bahan:

  • 20 – biji buah kedondong.
  • 15 – biji buah limau kasturi.
  • 700 ml – air mineral.
  • 10 – sudu gula atau ikut kemanisan masing2.
  • 1/4 sudu teh – garam.
  • 1 cawan – air mineral.
  • sedikit  daun pudina.
  •  ice kiub secukupnya.

Cara-cara:

  1. Sediakan bahan-bahan yang telah dibasuh bersih dan potong semua buah kedondong dan limau, limau belah 2 dan buang biji, biji limau punca air pahit.
  2. Sediakan blender dan masukkan semua buah buahan tadi, jangan buang kulit, tujuan untuk dapatkan warna hijau,masukkan juga gula dan 1 cawan air untuk blender, kalau ada mesin blender buah boleh skip air 1 cawan. Kemudian blender sampai hancur.
  3. Tapiskan habuk buah dan tambah air 700 ml, atau pun ikut kepekatan yang korang, air ni suggest ja.
  4. Akhir sekali masukkan garam 1/4 sudu teh tadi, mesti pelik kan kenapa letak garam, sebab garam penyedap, rasa lemak tu akan naik, jangan risau air tak akan masin, melainkan letak 1 sudu besar ya itu memang masin. Ok siap dan sedia mimum, letak daun pudina sikit lagi sedap rasanya, jangan lupa ice kuib ok!

Resepi Air Serai Berlimau

Air Serai Berlimau

Air Serai Berlimau: Sumber K Nor

Bahan-bahan:

  • 1 batang serai (kalau serai yang kecil guna 2 btg)
  • 1 biji limau kasturi
  • 1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
  • 250 ml air panas mendidih

Cara-cara:

  1. Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah-pecah.
  2. Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
  3. Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
  4. Biarkan hingga suam-suam panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi
  5. Kacau dan sedia untuk diminum.

Resepi Pes Limau Kasturi Madu

Pes Limau Kasturi Madu (1)

Pes Limau Kasturi Madu: Sumber Citarasawan

Bahan-bahan:

  • 500 gram limau kasturi
  • 500 air
  • 2 sudu besar garam
  • 400 gram gula batu
  • 4 sudu besar madu

Cara-cara:

  1. Belah limau, perah airnya dan tapis.
  2. Kulit limau di hiris halus, rendam air dan garam.
  3. Ramas beberapa kali, bilas dan toskan.Masak jus limau dan gula batu hingga gula larut.
  4. Masukkan kulit limau dan biar mendidih selama 10 minit.
  5. Masukkan madu dan biar mereneh sebentar.
  6. Apabila telah sejuk, simpan di dalam botol kaca.
  7. Boleh di jadikan jus atau sebagai pencicah buah.

Jus Kasturi Detox

  • 1 sudu besar pes limau kasturi
  • Ais secukupnya
  • 2 ketul asam boi

Pencicah Buah

  • 4 sudu besar pes limau kasturi
  • 4 cili padi hiris halus
  • sedikit garam

Penutup

Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Dapat menikmati air dengan perahan limau kasturi memang cukup menyegarkan bila dinikmati ketika cuaca panas. Sebenarnya minum jus limau kasturi bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, bahkan elok kiranya diamalkan kepada seisi keluarga. Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan. 

Anda juga boleh cuba resepi dibawah:

Leave A Reply

Your email address will not be published.