fbpx

5 Resepi Ikan Keli Berlada Sedap (Mudah Disediakan)

0

Hari ini saya nak kongsi resepi ikan keli berlada yang sedap. Resepi Ikan Keli Berlada ini pastinya mudah untuk disediakan. Sedap dimakan dengan rasa pedas sambalnya. Sesuai untuk orang yang sukakan masakan pedas. Tahap kepedasan boleh dibuat bergantung citarasa anda. Letak cili  sebanyak yang anda suka. Ianya pedas, namun boleh dinikmati penuh selera. 

Resepi Ikan Keli Berlada Che Nom

ikan keli berlada sedap

Ikan Keli Berlada: Sumber Che Nom

Bahan-bahan:

  • 2 ikan keli
  • Serbuk kunyit dan sedikit garam (untuk digaulkan bersama ikan keli)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1/2 biji limau nipis(diperah dan diambil jusnya)-boleh juga gantikan dengan air asam jawa atau limau kasturi.
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar:

  • 3 biji bawang merah**
  • 4 ulas bawang putih**
  • 2 biji lada merah ( bagi yg mau pedas boleh guna cili padi)**

Cara-cara:

  1. Gorengkan ikan keli yang telah digaul bersama2 dengan kunyit dan garam. ketepikan.
  2. Kisarkan bahan-bahan yang bertanda **.
  3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga cili benar2 masak .
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan perahan jus limau nipis dan gaul rata.
  6. Apabila sudah masak, tuangkan tumisan ke atas ikan keli dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Ikan Keli Berlado Mat Gebu

ikan keli berlado mat gebu

Ikan Keli Bewrlado: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 – 3 biji limau kasturi
  • 1/4 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*
  • 6 biji cili merah*
  • 5 – 6 biji cili padi*(*ditumbuk hingga hancur, tak perlu terlalu lumat)

Cara-cara:

  1. Ikan keli dicuci bersih, siang dan kelar2 ikan tadi, perap dengan garam dan jus limau 10 – 15 minit, kemudian cuci kembali hingga hilang lendir dan hanyirnya. Lumur dengan 3/4 camca teh serbuk kunyit dan 1/2 camca teh garam, gaul rata.
  2. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan. Tumis bahan2 tumbuk hingga garing, tuang air dan masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Bila hampir kering, masukkan ikan dan gaul rata. Perahkan jus limau kasturi dan rasa, jika perlu tambah lagi jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat. Hidangkan segera.

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Ikan Keli Goreng Berlada: Sumber Hazanis

Bahan-bahan:

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar – disiang dan dibersihkan
  • Sedikit air asam jawa.
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Bahan ditumbuk/dikisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (tambah jika nak pedas)

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk atau dikisar sehingga garing dan naik bau.
  4. Setelah itu, masukkan air jika terlalu kering bersama sedikit air asam jawa.
  5. Kemudian, masukkan bahan perasa. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal tumis.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Ikan Keli Berlada

Ikan Keli Berlada

Ikan Keli Berlada: Sumber Mazaliffah Md Esa

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan keli, saiz sederhana

Bahan Kisar:

  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 6 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Mula-mula ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. 
  2. Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum. Perap 10 minit kemudian bilas. Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau atau air asam jawa hingga rata dan perap sekejap. 
  3. Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. 
  4. Gaul rata dan goreng hingga ikan masak. Angkat dan ketepikan.
  5. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  6. Masukkan garsm,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan ikan keli goreng. 
  8. Gaul hingga rata dan tutup api.
  9. Siap dan bolehlah hidangkan bersama nasi panas.

Resepi Ikan Keli Masak Sambal

ikan keli masak sambal

Ikan Keli Masak Sambal: Sumber CikManggis

Bahan-bahan:

  • 8 ekor ikan keli.
  • 10 ulas bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 10 biji cili masak. (Jika suka pedas boleh tambahkan cili api)
  • 2 biji buah tomato.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara:

  1. Ikan keli di cuci bersih dan dikelar-kelar.
  2. Perap ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Taburkan dengan sedikit tepung dan goreng sehingga garing, ketepikan.
  4. Bawang merah, bawang putih, buah tomato dan cili masak direbus selama 5-6 minit.
  5. Tumbuk bawang merah,bawang putih dan buah keras sehingga halus, ketepikan.
  6. Buah tomato dan cili masak di tumbuk kasar, ketepikan.
  7. Ambil sedikit minyak lebihan goreng ikan tadi.Panaskan.
  8. Tumis bawang merah, bawang putih dan buah keras sehingga keluar baunya.
  9. Kemudian baru masukkan buah tomato dan cili masak. Masak sehingga keluarminyak (benar-benar masak).
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan keli dan gaul sehingga rata.

Penutup

Leave A Reply

Your email address will not be published.