fbpx

5 Resepi Ikan Bakar Portugis Sedap (Ikan Yang Lembut Isinya, Dibakar Sempurna)

Hari ini saya nak kongsi resepi ikan bakar portugis sedap. Ikan yang lembut dan isinya dibakar sempurna, pasti sedap! Rasanyanya enak, masam manis, rasa lemak-lemak. Pastikan ikan yang digunakan juga segar ya. Aroma wangi bahan tumisan disalut dengan ikan yang di bakar, pasti lazat dimakan dengan nasi panas-panas. Resepi ikan bakar portugis ini sesuai juga untuk orang diet yang teringin nak makan bersambal. Hidangan ini sesuai untuk semua jenis ikan dan makanan laut lain seperti sotong dan udang. Hari ini kita fokuskan masakan berasaskan ikan dan dibakar dengan pes portugis. Pastinya sedap hingga menjilat jari. 

Resepi Ikan Bakar Portugis Azie Kitchen

ikan bakar portugis azie kitchen

kan Bakar Portugis: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar
  • 5 helai daun limau purut – hiris halus
  • 3 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • Aluminium foil/daun pisang

Bahan kisar:

  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji buah keras 
  • 6 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai 
  • 2 hiris lengkuas

Cara-cara:

  • 1. Untuk Minyak Bawang Putih, ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulit kulitnya.  Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
  • Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
  • Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 
  • Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.
  • Sedap dimakan semasa masih panas panas. Sedap juga diratah begitu sahaja. Yang pastinya, ia adalah penyediaan lauk yang lebih sihat dan berkhasiat.

Resepi Ikan Bakar Gaya Portugis Mat Gebu

ikan bakar portugis mat gebu

Resepi Ikan Bakar Gaya Portugis: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan pari, setiap satu panjang kurang lebih 1 jengkal
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 3 camca besar minyak bawang putih (4 ulas bawang putih, cincang halus dan goreng dengan 1/3 cawan minyak masak hingga bawang putih harum dan perang. Tapis dan sejukkan)
  • 3/4 camca besar pes asam jawa
  • Daun pisang secukupnya (layur atas api hingga lembut, agar mudah digunakan)
  • Limau kasturi secukupnya
  • Hirisan cili padi untuk hiasan

Bahan kisar:

  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai, hiris
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris
  • 3 biji buah keras
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, Tumis bahan2 kisar hancur tadi hingga harum, masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa. Tambah garam dan gula dan masak hingga sambal pekat. Masukkan 2 helai daun limau purut (2 helai lagi dimayang halus), masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sambal sejuk sebelum digunakan.
  2. Ikan pari dibersihkan dan perap dengan jus limau kasturi selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Untuk bakar ikan che mat guna 2 helai daun pisang yang telah dipotng 4 persegi. Pastikan saiz potongan lebih besar dari panjang ikan tadi…Kita mula membungkus..
  3. Ambil 2 helai daun pisang dan lapiskan. Ceduk 1/6 bahagian sambal dan ratakan atas daun pisang. Letak sekeping ikan pari, tuang sedikit minyak bawang putih dan ratakan. Cedok lagi sambal dan lumur atas ikan tadi. Tabur dengan hirisan bunga kantan dan hirisan daun limau purut. Bungkus ikan tadi dan kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki ikan dan bahan2 lain hingga siap.
  4. Panaskan oven atau che mat guna kuali pemanggang ajaib. Bakar ikan tadi selama 7- 10 minit untuk setiap bahagian, atau hingga masak. Tabur hirisan cili padi dan hidangkan bersama belahan limau kasturi.

Nota:

  • Kalau anda bakar atas api bara, balut bungkusan daun pisang yang berisi ikan dengan aluminium foil untuk mengelakkan ia hangus. Boleh juga ditukar dengan ayam jika anda suka dan pastikan anda bahagi sambal tadi kepada 3 bahagian untuk memudahkan kerja anda.

Resepi Ikan Bakar Portugis Chef Wan

ikan bakar portugis chef wan

Ikan Bakar Portugis Chef Wan: Sumber Reef Omar

Bahan-bahan:

  • Ikan bawal, 600g
  • Minyak masak, 4 sudu besar
  • Perahan limau, 1/2 biji
  • Soya sos pekat, 1/2 sudu besar
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Daun pisang dan aluminium foil untuk membungkus ikan

Bahan Kisar:

  • 4 tangkai cili merah
  • 4 tangkai Cili merah
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 4 buah keras
  • 1 batang serai dikupas
  • 1/2 sudu besar belacan 
  • 1 sudu serbuk cili 
  • 2 helai daun limau purut

Cara-cara:

  1. Kisarkan kesmua bahan kisar untuk dijadikan pes ikan bakar ini. Kisar hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi menggunakan api yang perlahan hingga naik bau.
  3. Tambah perahan limau, sos soya, gula dan garam. 
  4. Selesai menumis, lumurkan pes ini pada ikan dan bungkus menggunakan daun pisang dan alimunium foil.
  5. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit dengan kepanasan 180 darjah Celsius. Boleh juga dibakar menggunakan dapur arang.
  6. Sedia untuk dihdang bersama nasi putih

Resepi Ikan Bakar Portugis Bersama Bendi

ikan bakar portugis bersama bendi

Ikan Bakar Portugis Bersama Bendi: Sumber Patyskitchen

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – kelar
  • 5 helai daun limau purut – hiris halus
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • 7 biji bendi dihiris serong
  • Aluminium foil/daun pisang

Bahan Kisar:

  • 25 tangkai cili kering kisar
  • 5 biji buah keras
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 hiris kunyit hidup
  • 1hiris belacan

Cara-cara:

  1. Ikan dibersihkan dan dikelar kelar sedikit.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula.
  3. Letak ikan atas foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi.
  4. Jika suka, boleh diletakkan daun pisang di atas foil bagi menambah wangi.
  5. Taburkan hirisan bendi ditepi ikan.
  6. Tutup dan bungkus ikan dengan foil dan bakar sehingga ikan masak. 
  7. Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan foil terbuka sehingga garing yang disukai.

Resepi Ikan Bakar Portugis Sedap

ikan bakar portugis

Ikan Bakar Portugis: Sumber Resepi Panas

Bahan-bahan Pes Ikan Bakar:

  • *Pilih ikan kesukaan anda
  • 2 batang lagi diketuk
  • Lada kering dikisar 10 sudu besar
  • Air asam jawa.
  • Belacan 1 inci dibakar.
  • Daun limau purut diramas-ramas.
  • Bunga kantan separuh dibelah 2.
  • Garam, ajinomoto & gula.

Bahan Kisar:

  • Bawang merah 7 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 1 inci
  • Buah keras 2 biji
  • Serai sebatang

Cara Masak Pes Ikan Bakar:

  1. Panaskan minyak, goreng serai ketuk 2 batang sampai naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, masukkan belacan bakar, kacau sebati hingga garing sedikit.
  3. Masukkan lada kering dikisar, kacau, masukkan air asam jawa, daun limau purut dan bunga kantan.
  4. Kacau sebati, perasakan garam, ajinomoto & gula.
  5. Masak pes hingga pes betul-betul garing dan pecah minyak.
  6. Tutup api. siap!

Cara Bakar Ikan:

  1. Bentangkan aluminium foil, letakkan daun pisang atas aluminium foil.
  2. Lumur pes ke serata ikan, lumur rata atas bawah..
  3. Letakkan ikan di dalam daun pisang.
  4. Kalau suka boleh tabur bendi atau petai atas ikan.
  5. Bakar atas pemanggang atau dalam oven, balik-balikkan ikan.
  6. Bila ikan dah masak, boleh la dibuka daun pisang dan perahkan limau kasturi.
  7. Sedap bila makan dengan nasi panas-panas.

Penutup

 Ikan Bakar Portugis ini popular dan biasanya didapati di restoran. Jika kita masak sendiri di rumah, lebih jimat berbanding makan di restoran. Lagipun, masakan ikan bakar portugis ini cukup mudah nak sediakan. Masakan simple ini cukup sedap. Selain Resepi Ikan Bakar Portugis, anda boleh cuba Resepi Ikan Masak Cuka juga. Selain itu, Resepi Singgang Ikan ini juga boleh anda cuba.  Anda juga boleh dapatkan panduan masakan seperti Resepi Ayam Yang Paling SedapResepi Daging Masak Merah ini pun sedap!

Leave A Reply

Your email address will not be published.