fbpx

7 Resepi Ayam Yang Paling Sedap

0

Kali ini kita cuba 7 Resepi Ayam Yang Paling Sedap pula. Kebanyakan kita suka makan ayam kerana nutrisi dan protein yang terdapat dalam nya yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Jadi masakan apa yang cuba kita pelbagaikan masakannya. Mari kita lihat. 

Ayam Goreng Ala KFC

ayam goreng

Bahan-bahan :

-Ayam (seekor)
-2 cawan tepung bestari pedas
-1 cawan tepung jagung
-2 sudu tepung Beras
-Bawang putih 3 ulas (ketuk)
-Serbuk cili 2 sudu
-Garam 1 sudu kecil

Cara Masakan :

1. Ayam perap letak garam dengan tepung bestari 1/4 cawan dan bawang putih. Biar ada air skit jangan buang air perap ayam tu akan keluar. Perap simpan dalam peti lagi lama lagi sedap.
2. Letak air ayam perap sikit tambah air masak sikit utntuk celup ayam. Tips celup dalam air perap ayam tadi buat ayam cantik tersalut macam KFC.
3. Satukan semua bahan-bahan, pepung + serbuk cili. Celup ayam dalam air dulu selepas itu dalam tepung bestari. Salut sebati baru ayam cantik.
4. Goreng dalam kuali minyak penuh sampai tutup ayam. Api mesti besar sikit kasi ayam masak cantik. Inshallah ayam masak elok cantik.

Masakan Ayam Diet

Masakan Ayam Diet

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
2 biji ubi kentang
1/2 batang karot
2 batang saderi
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak

Bahan Tumbuk:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan hias:

Daun sup
Bawang goreng

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan 6 gelas air atau secukupnya. Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot. Masak sehingga ubi kentang empuk. 

Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.  Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi kentang kerana daging lambat empuk. 

Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi. Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup. Selamat mencuba. 

Credit : Resepi dari Azie Kitchen

Rendang Ayam Minang

Rendang Ayam Minang

Bahan bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa (santan pekat)
4 - 5 helai daun limau purut
2 batang serai - titik
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 asam keping
Garam
Gula

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 inci kunyit hidup
15-20 tangkai cili kering

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan bahan kisar sehingga keluar minyak. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Bila dah naik bau, masukkan pula ayam. Bila kuah telah mendidih dan ayam kecut, masukkan pula santan pekat. Kacau rata sehingga hampir pecah minyak.

Masukkan kerisik dan daun limau purut. Gunakan api kecil dan sentiasa kacau untuk mengelakkan bawah nya menjadi hangus. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. 

Kacau sehingga kuah menjadi kering. Bila dah nampak kering. boleh lah diangkat. Tapi saya biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan dengan nasi.

Credit : Resepi dari Azie Kitchen

Kari Ayam

Kari Ayam

Bahan bahan:

12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Sandwich ayam

Sandwich ayam

Bahan-bahan
1. Dada ayam 4 keping
2. Bawang Holland
3. Lada benggala
4. Mayonis
5. Timur dan tomato
6. Lada hitam
7. Oregano
8. Garam dan gula
9. Bawang putih

Cara-caranya :
1. Rebuskan ayam bersama bawang putih sehingga masak dan toskan.

2. Bila ayam dah agak-agak suam tu racikkan isi ayam tu halus-halus ke dalam bekas.

3. Potong dadu bawang Holland dan lada benggala dan masukkan bersama ayam yang diracik tadi.

4. Lepas tu masukkan mayonis, perasa, lada hitam dan oregano.

5. Gaul mesra dan sedia dimakan bersama roti, timun dan tomato.

Intinya boleh disimpan sejuk. Kalau nak pedas boleh letak cili. 

Bubur Ayam

Bubur Ayam
BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Beras / Nasi
  • Hirisan halia
  • Lada putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Carrot (jika suka)
  • Minyak Bijan
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang goreng
CARA-CARA : 

Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.

Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.

Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan…

Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.

Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.

Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.

Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.

Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.

Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.

Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.

Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.

Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.

Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.

Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.Kemudian tunggu menggelegak.

Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.

Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.

Nasi Beriyani Ayam

Nasi Beriyani Ayam

Bahan bahan:

5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji bawang besar – potong dadu
5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 helai bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus  
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Garam
Gula


Hiasan :

Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci 
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:

Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.

Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak. 

Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Penyediaan Beriani:

Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar. Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Credit : Resepi dari Azie Kitchen

Mudah dan senang bukan 7 Resepi Ayam Paling Sedap itu ? Kebanyakan resepi tersebut adalah masakan kesukaan rakyat malaysia. Selamat Mencuba !

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.