fbpx

7 Resepi Ikan Masak Pindang Yang Mudah Dan Sedap!

0

Hari ini saya nak kongsikan resepi ikan masak pindang yang mudah dan sedap. Sedap betul kalau makan nasi berlaukkan pindang, hirup kuah..slurpppp..! Hirup kuah, semangkuk tak cukup dibuatnya. Sesuai dijadikan lauk diet. Suri rumah yang pertama kali nak masak ikan masak pindang ini, boleh cuba resepi masakan ini. Pasti menyelerakan! 

Resepi Masak Pindang Pedas Ikan Bawal Putih Azie Kitchen

Masak Pindang Pedas Ikan Bawal Putih Azie Kitchen

Masak Pindang Pedas Ikan Bawal Putih: Sumber Azie Kitchen

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ikan bawal putih
  • 2 batang serai
  • Pes asam jawa
  • Garam

Bahan Tumbuk Kasar:

  • 8 Bawang merah
  • 4 Bawang putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup
  • Belacan
  • 4 tangkai cili padi kampung
  • 2 tangkai cili merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta serai sehingga wangi.  
  2. Masukkan air asam jawa. Bila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa.

Resepi Singgang Serani Ikan Tongkol Mat Gebu

Resepi Singgang Serani Ikan Tongkol Mat Gebu

Singgang Serani Ikan Tongkol: Sumber Mat Gebu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana, kerat 4 – 5 bahagian, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap 1
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun sup, untuk hiasan

Bahan Tumbuk Lumat:

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 10 biji cili padi kampung  (campur hijau dan merah)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Kacau dan masukkan ikan. Biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas bersama nasi putih.

Resepi Ringkas Dan Sedap Pindang Ikan Jelawat

RESEPI RINGKAS DAN SEDAP: PINDANG IKAN JELAWAT

Pindang Ikan Jelawat: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 300 gram ikan pari – bersihkan dan toskan – potong kecil-kecil (Amie gunakan seekor ikan jelawat potong 5 bahagian)
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 cawan air
  • 2 batang serai – ketuk
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 tangkai cili hidup – buang biji
  • 2 cm belacan
  • 1 labu bawang besar

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan kisar, air, serbuk kunyit dan serai dalam periuk dan rebus hingga mendidih selama 5 minit.
  2. Masukkan asam gelugur dan ikan.
  3. Apabila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa jika suka. Amie masukkan kacang bendi.

Resepi Masak Pindang Serani Ikan Susu

Resepi Masak Pindang Serani Ikan Susu

Masak Pindang Serani Ikan Susu: Sumber Amie’s Little Kitchen

Bahan-bahan:

  • 800 gram ikan – Amie gunakan 1 ekor ikan susu – bersihkan – potong 6
  • 1/2 biji nanas (400 gram) – kupas kulit – potong ikut citarasa
  • asam keping – boleh masukkan jika masakan kurang rasa masam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit – pilihan
  • 2 biji cili merah / hijau – belah 2
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 cawan air
  • garam / gula / perasa pilihan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali / periuk. Tumis semua bahan hiris hingga terbit bau dan kekuningan.
  2. Masukkan nanas dan gaul, biarkan seketika.
  3. Tuangkan air. Biarkan mendidih sehingga nanas layu. Ketika ini Amie tambah 1/2 sudu kecil serbuk kunyit sebab warna kuah tidak menyerlah.
  4. Seterusnya masukkan ikan susu. Masak di antara 5 hingga 7 minit.
  5. Masukkan cili merah / hijau, dan perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

Resepi Ikan Singgang Serani (Pindang Serani)

Ikan Singgang Serani (Pindang Serani)

Ikan Singgang Serani (Pindang Serani): Sumber Naseer’s Kitchen

Bahan Kisar:

  • 30 gram (6 ulas) bawang putih
  • 60 gram (6 biji) bawang merah kecil
  • 15 gram atau 1.5cm kunyit hidup
  • 10 gram belacan
  • 10 gram atau 3 hiris halia

Bahan lain:

  • 2 batang serai ( dititik )
  • 2 helai daun kunyit
  • 10 gram atau 0.5cm lengkuas
  • 1 biji lada merah
  • 1 biji lada hijau
  • 1 biji buah tomato
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu kecil pes asam Jawa
  • 1 sudu serbuk perasa ( Jika mahu )

Cara-cara:

  1. Kisarkan bawang putih, bawang merah kecil, kunyit hidup, belacan dan halia dalam blender sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
  3. Bila minyak sudah panas masukkan bahan kisar. Tumiskan sehingga bahan kisar garing dan wangi.
  4. Masukkan serai yang telah dititik ( diketuk ). Jika tidak dititik, bau wangi serai tidak akan dapat dibebaskan dengan sepenuhnya.
  5. Bila bahan tumisan sudah mula berwarna gelap sedikit, tambah 500ml atau 2 cawan air. Kacau supaya rata.
  6. Masukkan asam keping bila air sudah mendidih. Diikuti lengkuas, daun kunyit, cili merah dan hijau yang telah dibelah dua.
  7. Tambahkan 1 sudu kecil garam atau secukup rasa dan 1 sudu kecil gula atau secukup rasa. Funsgi gula bukanlah untuk memaniskan kuah singgang tetapi cuma untuk mengimbangkan rasa masam asam dalam kuah sahaja.
  8. Masukkan 1 sudu kecil pes asam Jawa. Pastikan pes larut sepenuhnya dalam kuah.
  9. Besarkan api dan masukkan ikan. Tutup dan renihkan untuk 5-10 minit bergantung kepada jenis dan saiz potongan ikan.
  10. Masukkan buah tomato yang telah dipotong.
  11. Ambil sedikit kuah untuk dirasa supaya rasa masam, masin dan pedas seimbang mengikut citarasa anda.
  12. Jika anda suka, boleh tambah 1 sudu kecil serbuk perisa.
  13. Ikan singgang siap untuk dihidangkan bersama nasi.

Resepi Ikan Pindang Singgang

Resepi Ikan Pindang Singgang

Ikan Pindang Singgang: Sumber Delynncious

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan selayang

  • *1/4 biji bawang merah besar

  • *2 biji bawang putih

  • *1 inci halia

  • *1 inci kunyit

  • 1 batang serai (dititik)

  • 1 cawan air

  • 1-2 keping asam keping (kalau besar guna 1)

  • 1-2 biji cili api (optional kalau nak pedas, Lynn letak 1 biji)

  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Tumbuk bahan bertanda * menggunakan lesung batu sehingga lumat. Kalau takde lesung boleh blander tapi tak berapa sedap.
  2. Panaskan periuk. Isikan air dalam periuk.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai dan asam keping.
  4. Kacau bahan-bahan tersebut dan tutup periuk.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan, cili dan garam.
  6. Tutup semula periuk dan biarkan ikan masak seketika. Tak perlu lama sebab ikan cepat masak.
  7. Rasa kuah. Kalau kurang masin cukup tambah garam lagi.

Resepi Masak Pindang Ikan Utara

Masak Pindang Ikan Utara

Masak Pindang Ikan Utara: Sumber Fuzy Hamid

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung atau ikan lain (Umi guna ikan susu yang sangat lemak)
  • 4 biji bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • 3 batang cili kering – dipotong 2 atau 3
  • cili api – kalau suka nak lebih pedas
  • serbuk kunyit atau
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititi, asam keping, cili kering kedalam periuk yang berisi air
  2. Biarkan air dimasak hingga mendidih
  3. Kemudian masukkan ikan dan perlahankan api
  4. Terbalikkan ikan supaya ianya dimasak dengan sempurna
  5. Tutup api dan masukkan garam dan dikacau.
  6. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan hirup kuah dia yang masam-masam tu.

Penutup

Rupanya mudah sangat kalau nak buat sendiri kat rumah.

Anda juga boleh cuba resepi berasaskan ikan:

Rate this post
Leave A Reply

Your email address will not be published.