fbpx

5 Resepi Kek Tapak Kuda Viral 2022 (Sedap & Lembut Je!)

Hari ini saya nak kongsi resepi kek tapak kuda. Bagi yang pertama kali ingin mencubanya, tekstur kek ini sangat gebus seperti swiss roll! Rasanya sudah pastilah sedap dengan inti Nutella, penuh dengan limpahan krim ditengahnya! Nak letak inti perisa lain pun boleh. Nama kek ini sempena bentuknya seperti ladam kuda. Jom buat sendiri di rumah. Anda buat sendiri boleh ikut resipi di bawah ya.

Resepi Roll Tapak Kuda Dapur Kak Noor

Roll Tapak Kuda Dapur Kak Noor

Roll Tapak Kuda: Sumber Dapur Kak Noor

Bahan-bahan:

  • 10 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 225 gram gula kastor
  • 110 gram tepung gandum
  • ½ sudu makan ovelet
  • 10 gram susu tepung
  • ½ sudu makan baking powder
  • ½ sudu makan esen vanilla
  • ½ sudu makan coklat emulco
  • 135 gram butter dicairkan

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi.
  2. Masukan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama ke dalam adunan.
  3. Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata. Ambil 300 gram adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata.
  4. Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan.
  5. Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C.
  6. Bila sudah masak terbalikan kek ni dan potong lah agak-agak boleh dilipat
  7. Sapu nutella atas warna coklat dan lipat dua menggunakan plastic wrapping
  8. Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam peti ais supaya mudah di potong.

Resepi Kek Tapak Kuda, Kek Yang Gebu & Lembut Berinti Nutella!

Kek Tapak Kuda, Kek Yang Gebu & Lembut Berinti Nutella!

Kek Tapak Kuda: Sumber myresipi

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 108 gram gula kastor
  • 66 gram tepung kek
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 81 gram butter (dicairkan)
  • 1 sudu besar ovallete
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • Nutella

Cara-cara:

  1. Putarkan telur, gula dan ovallet sehingga separuh kembang.
  2. Masukkan tepung kek, susu tepung dan putar sehingga betul-betul kembang.
  3. Masukkan butter cair dan esen vanilla, guna teknik kaup balik sehingga sebati. Bahagi adunan kepada dua bahagian, satu bahagian dibiarkan kosong dan satu adunan lagi ditambah coklat emulco.
  4. Alas baking paper pada tray 9×9 , letak adunan coklat dahulu dan ratakan pada tray. Lepas ratakan, hentak sikit tray.
  5.  Adunan kosong dimasukan ke dalam piping bag, piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis.
  6. Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak.
  7. Selepas bakar, terbalikkan kek tadi ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian.
  8. Pipingkan nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap dengan ketat.
  9. Masukkan ke dalam peti ais. Ulang pada bahagian kedua juga. Satu adunan dapat 2 roll tapak kuda. *lepas 30 min macam tu letak dalam peti ais, boleh potong dan makan.

Resepi Kek Tapak Kuda Rozzan

Kek Tapak Kuda Rozzan

Kek Tapak Kuda: Sumber Rozzan

Bahan-bahan:

  • 10 biji kuning telur
  • 5 biji putih telur
  • 225 gram gula castor
  • 110 gram tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
  • 10 gram susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
  • 135 ml mentega cair
  • 1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara-cara:

  1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
  2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
  3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yang plain dimasukkan ke dalam piping bag.
  4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sebab kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yang dah rata tu dengan senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
  5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
  6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

Nota:

  • Walaupun masa membakar dlm resipi ini adalah selama 20-25 minit, saya telah membakar kek ini selama kira-kira 14 – 15 minit di dalam built-in oven saya.
  • Seperkara lagi, walaupun saya telah ambil 6 senduk adunan utk dicampur dgn chocolate emulco, still, bila dah siap 2 loyang, masih lagi ada lebihan adunan yang plain. In future, perhaps saya akan menggunakan loyang yg besar sikit iaitu 11″ x 11″.

Resepi Kek Tapak Kuda Nutella Abdus Fauzi

Kek Tapak Kuda Nutella Abdus Fauzi

Kek Tapak Kuda Nutella: Sumber Abdus Fauzi

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3 kuning telur
  • 108 gram gula
  • 66 gram tepung kek
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 81 gram mentega cair
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu besar baking powder
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar chocolate emulco
  • Nutella

Cara-cara:

  1. Pukul telur, gula dan ovellete hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan kering.
  2. Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanila dan mentega yg telah dicairkan. Kacau sebati.
  3. Asingkan 1 mangkuk adunan dan masukkan choc emulco. Ini untuk adunan coklat.
  4. Lapik loyang dengan kertas minyak, dan tuangkan adunan coklat.
  5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan menggunakan piping bag supaya kek tidak berombak. Penuh kan loyang dengan adunan putih
  6. Bakar kek selama 25 minit dan suhu 140°c.
  7. Potong kek kepada 2 bahagian, dan sapukan dengan nutella. Lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia dihidang.

Resepi Kek Tapak Kuda Putri Style

Kek Tapak Kuda Putri Style

Kek Tapak Kuda: Sumber Putri Style

Bahan-bahannya (Menghasilkan 2 loyang 10×10 Inci):

  • 5 biji telur gred a (putih dan kuning)
  • 5 biji kuning telur gred a
  • 225 gram gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 110 gram tepung hongkong (tepung gandum pun boleh) diayak
  • 10 gram tepung susu diayak
  • 1 sudu kecil baking powder diayak
  • 140 gram butter dicairkan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit pewarna pilihan

Nota:

  • *** Tepung hongkong lebih lembut berbanding tepung biasa. Satukan semua tepung dan ayak sekali dengan baking powder. Butter dicairkan terdahulu dan disejukan sepenuhnya. ***

Cara-cara:

  1. Telur, gula dan ovalette di pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang pekat selama 8-10 minit. Lihat gambar sebagai contoh. Selagi tak pekat pukul lagi ok.
  2. Masukkan semua tepung yg telah diayak tadi kedalam telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan butter cair dan esen vanila kedalamnya dan gaul dengan spatula perlahan-lahan sehingga bergaul rata.
  4. Alas loyang 4 segi 10x10x1 (guna 9x12x1 lebih baik just nice) dengan baking parchment paper.
  5. Ambil suku dari adunan tadi dan masukkan kedalam piping bag dan pipekan ke dalam loyang. Pastikan ianya menutupi loyang seluruhnya. Jangan tebal agak-agak ok. Kalau nak buat corak cam putri asingkan 2 sudu besar kedalam piping bag kecil dan ketepikan.
  6. Adunan selebihnya warnakan merah dan gaul rata. Masukkan dalam piping bag juga dan pipekan keatas adunan putih tadi. Pipekan pula adunan 2 sudu besar yg kita asingkan tadi keatas warna merah berpetak2 seperti dalam gambar. Gunakan lidi satay dan gariskan corak mengikot kreativiti masing-masing. Jangan cocok lidi sampai bawah…cukup bahagian atas sahaja.
  7. Bakar adunan pada suhu 170c-180c selama 8-10 minit bergantung pada oven masing-masing.
  8. Sediakan tuala kecil. Bila adunan dah masak kluarkan dan cepat-cepat terbalikkan atas tuala tadi.
  9. Ketika masih panas-panas lagi kita terus membuatnya. Potong adunan kepada 2 bahagian.
  10. Sapukan nutella diatas kek yang telah diterbalikan (bahagian merah dibawah dan putih diatas) dan lipat dua seperti dalam gambar. Gunakan plastik cling, bungkus kek dan simpan dalam peti sejuk sebentar sebelom memotong.

Penutup

Buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan!

Antara resepi yang anda boleh cuba:

Leave A Reply

Your email address will not be published.