Hari ini saya nak kongsi resepi kek gulung gebu, juga kita sebut swiss roll. Kek ini cukup sedap dan wajib ada di rumah. Yang penting resepi kek gulung ini cukup simple dan mudah je nak buat. Coraknya yang menarik pasti menjadi perhatian kan? Pelbagai perisa, inti yang creamy dan tekstur kek ini cukup lembut. Kek ini sesuai untuk minum petang, sedap juga dimakan semasa majlis. Pastikan anda guna pisau yang tajam untuk memotong kek ini, dan untuk mendapat potongan yang kemas, simpan kek dalam peti sejuk sekejap.
Resepi Kek Gulung Cheese Neopolitan
Kek Gulung Cheese Neopolitan: Sumber Mat Gebu
Bahan-bahan:
- 155 gram tepung optim
- 3 biji telur gred A
- 35 gram mentega, cair dan sejukkan
- 30 ml susu segar
- 1 camca teh esen vanilla
- 1/4 camca teh pewarna makanan unggu violet
- 1/2 camca teh pewarna makanan merah jambu
Bahan Krim Cheese:
- 180 gram cream cheese
- 50 gram mentega
- 1/2 camca teh lemon jus
- Sedikit parutan kulit lemon
- Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 – 2 camaca besar)
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin berukkuran 11 inci x 11 inci x 1 inci dengan kertas minyak, biar lebih sedikit agar senang untuk mengalihkan kek nanti. Ketepikan.
- Masukkan tepung optima, telur dan air kedalam mangkuk adunan, putar perlahan hingga semua sebati, kemudian tinggikan kelajuan dan putar hingga kembang ( 7 – 8 minit). Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Bagi adunan kepada 3 bahagian dan warna kan unggu, merah jambu dan satu lagi biar tanpa warna.
- Sudukan berselang seli tapi agak berselerakkan pada dulang pembakar. Ratakan dan lorek sedikit dengan chostick. Bakar 20 – 25 minit. Keluarkan dan sejuk atas jaringa, Boleh sapu krim cheese tadi atasnya dan gulung kemas, simpan dalam peti sejuk 30 minit sebelum dipotong dan hidangkan..
- UNTUK CREAM CHEESE :- Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi.
Resepi Kek Gulung Kasih Azlita Aziz
Kek Gulung Kasih: Sumber Azlita Aziz
Bahan-bahan:
- 70 gram tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 gram gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-cara:
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
- Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm sahaja.
- Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
- Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
- Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
- Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking.
- Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
- Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
- Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
- Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.
Resepi Swiss Roll Zirafah Azlita Aziz
Swiss Roll Zirafah: Sumber Azlita Aziz
Cara-cara:
- Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc.
- Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak.
- Sapukan atau griskan loyang dengan butter.
- Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang.
- Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan. Setelah siap ketepikan.
- Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek. Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama
Bahan Adunan Coklat
Bahan A:
- 3 biji kuning telur
- 15 gram gula kaster
- 60 ml air
- 40 ml minyak mazola / minyak masak
- 75 gram tepung gandum
- 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Satukan gula dan telur.
- Pukul sehingga adunan berkrim.
- Tambahkan esen vanilla, air dan minyak.
- Pukul adunan hingga sebati. Tambahkan tepung.
- Kaup balik adunan hingga rata. Ambil 2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah.
Bahan B:
- 3 biji putih telur
- 50 gram gula kaster
- 1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C:
- 8 gram serbuk koko
- 1 sudu teh coklat emulco
Cara-cara:
- Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian tambahkan cream of tartar dan gula kaster.
- Pukul bahan ini dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk (softpeak).
- Ambil 1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi. Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
- Campurkan semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik sehingga ia sebati.
- Sekarang kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C.
- Tambahkan juga coklat emulco.
- Dengan kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan. Selesailah proses pringkat pertama. Sekarang kita beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah.
Peringkat ke dua
Bahan Adunan Corak Zirafah:
- 1 biji putih telur
- 2 sudu teh gula kaster
- 1 sudu teh tepung gandum
- 2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi
Cara-cara:
- Pukul putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk (softpeak).
- Tambahkan tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati.
- Kemudian kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi. Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
- Masukkan adunan yang telah siap ke dalam piping bag.
- Sekarang boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek dan diikuti proses penyediaan kek kita.
- Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C. Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
Resepi Strawberry Swiss Roll
Cara buat Swiss Roll Bercorak: Sumber Qaseh Honey
Bahan A:
- 3 biji kuning telur
- 75 gram gula kaster
- 50 ml air
- 40 ml minyak jagung / minyak masak
- 80 gram tepung gandum – ayak
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:
- 3 biji putih telur
- 2 sudu teh gula kaster
- 1/8 sudu teh cream of tartar
Bahan C:
- Buah Strawberry secukupnya
- Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
- coklat emulco dan lidi
- 150 ml whip topping cream (non-diary) – Putar hingga pekat
- Loyang 10 x 10″ (di alas dan di gris)
Cara-cara:
-
Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
-
Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
-
Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang bentuk strawberry dan daun.
-
Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat dan ketepikan.
-
Tuang baki adunan ke atas motif strawberry. Ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C selama 10-15 minit.
-
Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
-
Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.
-
Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.
Resepi Kek Gulung Blueberry Qaseh Honey
Kek Gulung Blueberry: Sumber Qaseh Honey
Bahan-bahan:
- 70 gram tepung gandum*
- 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
- 3 biji telur gred A
- 60 gram gula halus
- 60 ml minyak jagung (CMG guna minyak canola)
- 2 camca teh ovallate
- 1 camca teh esen vanilla
- Sedikit pewarna violet
- Jem blueberry secukupnya (CMG guna jenama SMUCKERS, jenis tanpa gula)
Cara-cara:
- Panaskan oven pada suhu 175C. Sediakan loyang swiss roll berukuran 7 inci x 10 ini. Alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
-
Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna.
-
Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat. Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula.
- Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna violet tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih.
- Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan.
- Lorekkan garisan tadi, secara berlawanan. Bakar 18 – 20 minit.
-
Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang.
-
Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem blueberry rata-rata.
- Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan.
Resepi Pandan Swiss Roll
Pandan Swiss Roll: Sumber Fiza’s Cooking
Bahan-bahan:
-
6 biji telur – Gred A
-
90 gram gula kastor
-
1 sudu makan ovellete
-
70 gram tepung gandum
-
10 gram tepung jagung
-
10 gram susu tepung
-
1 sudu teh pasta pandan
-
125 gram mentega – cairkan dan sejukkan sebelum diguna
Cara-cara:
-
Sediakan loyang, sapu mentega dan lapik dengan kertas minyak.
-
Masukkan telur, gula kastor, pasta pandan dan ovellete kedalam mangkuk pengadun bersama tepung gandum, tepung jagung serta susu tepung yang telah diayak.
-
Pukul dengan mixer (high Speed) sehingga adunan benar-benar kembang. Proses ini mengambil masa 10 ke 15 minit.
-
Seterusnya masukkan mentega cair sedikit demi sedikit dan kaup balik dengan spatula sehingga adunan benar-benar bercampur rata.
-
Tuang ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan kepada 200’C sehingga masak.
-
Keluarkan dari loyang, telangkupkan dan tanggalkan kertas minyak yang dilapik dibawah kek tadi. Sapu krim, atau saya hanya gunakan delicia coklat dan gulung pandan swiss roll sambil dipadatkan. Saya gulung ketika masih panas selepas keluar dari oven.
Resepi Kek Gulung Cheese
Kek Gulung Cheese: Sumber Suzana Ibrahim
Bahan-bahan:
- 70 gram tepung gandum – diayak
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 gram gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- sedikit pewarna oren – saya tambah
- bahan lain parutan cheddar cheese secukupnya- saya tambah
Cara-cara:
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Tuangkan adunan di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Separuh dari masa membakar, taburkan keju parut di atas permukaan kek.
- Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. Kemudian sapukan dengan topping cream cheese tadi. Taburkan keju parut selebihnya di atas krim. Gulung kek dengan kemas. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Bahan untuk topping cream cheese:
- 180 gram cream cheese
- 50 gram mentega
- 1/2 camca teh lemon jus
- Sedikit parutan kulit lemon – saya ganti dengan parutan cheese
- Gula aising secukup rasa, diayak (anggaran 1 – 2 sudu besar)
Cara-cara:
- Satukan semua bahan untuk krim cheese dalam mangkuk adunan, putar hingga sebati dan putar lagi hingga kembang dan keputihan, boleh digunakan untuk menggulung kek tadi.
Resepi Swiss Roll Coklat & Sedikit Tips
Swiss Roll Coklat & Sedikit Tips: Sumber Nadz Nazharzan
Bahan-bahan A:
- 3 biji telur gred A atau B
- 2 oz (4 sudu besar / 60 gram) gula kaster
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil asen vanilla
- 1/2 sudu kecil ovallate
- 1.5 oz (5 sudu besar) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 sudu besar tepung gandum ni
- 2 sudu besae serbuk koko
- 1/2 Tbsp susu tepung
Bahan-bahan lain:
- 2 oz (60 gram) mentega (dicairkan dan disejukkan)
- Buttercream secukupnya
Cara-cara:
- Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
- Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
- Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
- Gulung kek dengan cermat.
Resepi Kek Gulung Kasih DayangJack
Kek Gulung Kasih: Sumber DayangJack
Bahan-bahan:
- 70 gram tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 gram gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara-cara:
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Resepi Kek Gulung Batik
Kek Gulung Batik: Sumber Rozzan
Bahan-bahan:
- 6 biji telur gred A
- 4 oz gula castor
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu besar ovalet
- 3 oz tepung gandum (saya gunakan Top flour)
- 1 sudu besar susu tepung
- 4 oz mentega (dicairkan)
- sedikit coklat emulco
- jem strawberri secukupnya (saya gunakan Nutella)
Cara-cara:
- Telur, gula, ovalet, baking powder, esen vanilla, tepung gandum (Top) dan susu tepung dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu (5-7minit).
- Kemudian, masukkan mentega cair, lalu digaul/kacau hingga rata. Asingkan sebahagian daripada adunan tadi (lebih kurang 1 cawan) ke dalam bekas lain dan bubuh sedikit coklat emulco. Kacau rata dan masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag.
- Tuangkan adunan plain tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya. Seterusnya, picitkan adunan coklat secara memanjang pada permukaan adunan plain tadi. Lorekkan/corakkan dengan menggunakan lidi dari hujung ke hujung. Bakar dalam oven selama kira-kira 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius.
- Apabila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar di atas redai kek. Selepas itu, keluarkan kek dari loyang dan terbalikkan ke atas sehelai kertas dan sapukan jem / Nutella sehingga rata. Setelah itu, gulung kek perlahan-lahan sehingga kemas. Boleh di balut dgn kertas tracing/kek atau cling wrap.
Nota:
- Resipi asal menggunakan satu jer loyang kek roll berukuran 14″ x 14″. Oleh kerana saya takde, saya gunakan 2 loyang berukuran 10″ x 10″.
- Sewaktu membakar, kalau masa membakarnya kurang tepat (atau cakap senangnya ‘tak cukup masak’ walaupun kek nampak cantik, tapi setelah menggulungnya, bila dibuka semula dari kertas tracing tu, ‘kulit’ kek akan terkopek dan akan mencacatkan kek anda. Ini berlaku sedikit pada kek roll pertama yang saya buat. Harap maklum ya.
Resepi Red Velvet Swiss Roll
Red Velvet Swiss Roll: Sumber Chah
Bahan-bahan:
-
3 biji telur
-
90 gram gula halus
-
1 sudu besar ovellete
-
90 gram tepung naik sendiri
-
50 ml minyak jagung
-
50 ml susu segar
-
1 sudu besar Mocha emulco
-
1 sudu besar pewarna merah
-
1 sudu besar serbuk koko
-
Secubit garam halus
Cara-cara:
- Pukul telur dengan gula hingga kembang.
- Masukkan ovellete dan pukul lagi hingga gebu.
- Masukkan minyak, mocha emulco, pewarna merah dan susu dan pukul perlahan.
- Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan serbuk koko dan garam.
- Lapik loyang dengan baking paper. Oleskan adunan kek dengan spatula kira-kira 1/4 inci tebal. Pastikan sama rata.
- Bakar pada suhu 160-170 darjah C kira-kira 7-8 minit atau kek masak.
- Sejukkan kek dan terbalikkan kek. Tarik perlahan-lahan baking paper. Pastikan kek tidak terkoyak.
- Potong setiap sisi kek yang mungkin naik tidak sekata atau pecah-pecah.
- Terbalikkan kek semula menggunakan dulang yang sama saiz dengan kek. Pastikan bahagian yang berlapik duduk di bawah. Biarkan baking paper tadi berada di bawah kek untuk digunakan sebagai ‘pemegang’ semasa menggulung nanti.
- Sapukan dengan adunan cream cheese di bahagian atas permukaan kek. Gulung perlahan-lahan dan tekan sedikit untuk memadatkannya dan untuk mengelakkan kek pecah.
Bahan-bahan Cream Cheese:
- 200 gram cream cheese
- 50 gram mascarpone cheese
- 50 gram non-dairy whipping cream
- gula secukupnya
- 2-3 sudu jus lemon (saya gunakan sunquick jus lemon)
- Sedikit lemon zest
Cara-cara:
- Pukul cream cheese, macarpone cheese dan whipping cream hingga kembang. Masukkan gula, lemon zest dan lemon jus. Pukul lagi hingga kembang. Sapukan pada kek.
Resepi Kek Gulung Green Tea Paling Sedap
Resepi Kek Gulung Green Tea Paling Sedap: Sumber Resepi Masakan
Bahan Kek:
- 1 biji telur
- 60 gram tepung superfine – diayak
- 5 gram serbuk teh hijau – diayak bersama tepung
- 3 biji kuning telur – Simpan putih telur
- 35 gram mentega
- 60 gram susu segar
- 85 gram gula kastor
Bahan Krim:
- 2 sudu teh gula ising
- 100 gram krim putar
Cara-cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 160’c. Pukul telur (termasuk telur kuning) hingga sebati. Ketepikan seketika.
- lalu cairkan mentega dalam kuali dan padamkan api. Masukkan tepung dan juga serbuk teh hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul tadi sedikit demi sedikit.
- seterusnya Masukkan pula susu segar dan gaul hingga sebati. Tapis adunan untuk mendapatkan tekstur yang tidak berketul. Ketepikan seketika.
- Lalu Pukul putih telur serta gula kastor hingga kembang dan gebu. Tuang ke dalam bekas yang mengandungi bancuhan tepung dan telur tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
- Jangan lupa Sapukan mentega pada loyang dan alaskan dengan kertas minyak. Guna Loyang bersaiz 10’ x 10’.
- Tuang adunan dan bakar pada suhu 160’c selama 20 minit. Apabila kek telah masak, keluarkan dari Loyang dan sejukkan seketika.
- Untuk krim, pukul krim putar bersama gula ising hingga kental. Sapukan ke atas kek dan gulung dengan kemas.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dihidangkan.
Resepi Kek Gulung Dam Siti Delima
Kek Gulung Dam: Sumber Siti Delima
Bahan A:
- 6 biji telur (CT guna gred A)
- 30 gram ovalette
- 120 gram gula kastor
Bahan B:
- 120 gram tepung kek
- 20 gram tepung jagung
(diayak bersama)
Bahan C:
- 50 ml minyak jagung
- 1/2 sudu teh perisa vanila
Bahan Krim Mentega:
- 250 gram mentega (CT letak 125 gm)
- 100 gram gula aising (CT letak 60gm)
- 1/2 sudu teh perisa vanila
- Pewarna yang digemari
Cara-cara:
- Krim Mentega : Putar kesemua bahan sehingga gebu dan berkerim. ketepikan.
- Kek : Kesemua bahan A diputar sehingga kembang. (CT putar selama 5 minit).
- Masukkan bahan B, gaul hingga sebati dan putar lagi sehingga kembang. (CT putar lagi 3 minit).
- Akhir sekali masukkan bahan C kaup balik hingga rata. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (CT bahagi 3 bahagian sama banyak dan lebihkan sedikit adunan warna plain).
- Warnakan setiap bahagian dengan pewarna hijau, coklat, merah jambu dan satu bahagian dibiarkan plain. (CT letak hijau – perasa pandan, pink- perasa strawberry, oren- perasa limau).
- Masukkan dalam loyang yang berlainan (4 biji dulang) dan bakar pada suhu 180C sehingga masak. (CT bakar satu2 selama 20 minit – 25 minit) bergantung pada oven masing2 ya. Glis dahulu dulang dan alas dengan baking sheet.
- Apabila masak, keluarkan dan sejukkan dahulu sebentar. Sapukan dengan krim mentega. Susun kek yang berwarna didalamnya secara berselang seli warna. gulung dengan cermat dan ketat supaya padat.
- Masukkan dalam peti sejuk. (CT gulung dengan clingwrap dengan kemas dan simpan dalam peti sejuk 30 minit baru cantik dipotong). Selamat mencuba 🙂
Resepi Cheese Peach Swiss Roll Siti Delima
Cheese Peach Swiss Roll: Sumber Siti Delima
Bahan A:
- 3 biji putih telur (CT guna telur A)
- 30 gram gula halus / castor
- 1 sudu kecil tepung jagung
Bahan B:
- 3 biji kuning telur
- 30 gram gula halus / castor
- 60 ml air
- 40 ml minyak sayur / masak
- 80 gram tepung gandum di ayak
- Sedikit pewarna kuning telur
- 3/4 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
-
Buat adunan untuk bahan-bahan A. Pukul putih telur sehingga berbuih. Pastikan kuning telur tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit.
-
Masukkan gula dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga gebu dan kental. Bila di terbalikkan mangkuk adunan, ia tidak tumpah. Ketepikan.
-
Di dalam mangkuk lain masukkan kuning telur, gula dan pukul sehingga putih menggunakan mixer tadi tanpa perlu di basuh.
-
Kemudian masukkan air, minyak dan esen vanila dan kacau sebati menggunakan senduk kayu / spatula.
-
Masukkan perwarna kuning dan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
-
Alas loyang dengan cooking sheet. Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan.
-
Bakar dengan suhu 170 degree selama 15 minit atau sehingga kek masak.
-
Keluarkan dan terbalikkan kek. Biarkan sekejap sebelum menggulung.
Bahan Buttercream:
- 125 gram butter
- 1/4 cawan gula aising
- Yellow peach dalam tin
- Cheddar Cheese – diparut – CT guna jenama Kraf
Cara-cara:
- Pukul semuanya sehingga berkerim dan putih.
2. Sapu pada kek dan susun buah peach3. gulung kemas2 dan balut dengan cling wrap. Simpan dalam petisejuk selama 30 minit sebelum dipotong.4. Sapu lebihan buttercream diluarnya dan taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dengan cream tadi.
Resipi Kek Lapis Gulung Inti Coklat
Kek Lapis Gulung Inti Coklat: Sumber cakencookies
Bahan-bahan:
- Tepung Gandum / Tepung 450 Gram ayak
- Gula 250 gram
- Susu pekat 1 tin
- loyang bersaiz 9 inci ( loyang pendek)
- oven elektrik yang kecil pun boleh
- telur 10 biji
- butter golden churn 450’gram
- coklat kegemaran anda
- jem coklat 1 bekas kecik
Cara-cara:
-
Gaul kan bahan-bahan diatas dengan mixer tangan sehingga sebati. Mulakan dengan memukul telur terlebih dahulu sehingga kembang.
-
Ambil loyang 9 Inci itu tadi tuangkan sekitar 8 sudu teh kedalam acuan loyang, ratakan dan bakar sekitar 10 minit. Buat dua lapisan sahaja. Tindih adunan yang telah siap dengan adunan kedua.
-
Selepas masak, tanggalkan kek yang telah masak itu dan sapukan dengan jem coklat dengan rata dan gulungkan dengan coklat sedap.
-
Biar sebentar untuk bagi jangan patah.
Penutup
Cara menggulung kek yang cantik tanpa pecah, tentunya menjadikan bentuk kek gulung ini nampak menarik. Apalagi jika dihias dengan mengikut corak yang anda suka.
Antara resepi yang anda boleh cuba: