Harini saya kongsikan pula 7 resepi kek cheese yang viral di Malaysia. Sekarang kan semua nak letak cheese tapi bila dikombinasikan dengan kek. Memang sangat sedap ! Jom kita lihat ..
1. Kek Cheese Leleh
Bahan-bahan untuk Kek:-
100gm tepung blue key
60 gm tepung kastard
1 sudu teh baking powder
100gm gula halus
1 sudu besar ovelete
6 biji telor gred A ( ambil 4 biji telor dan 2 biji lagi ambil kuning jer ok)
50ml air sejuk
Sedikit esen vanila ( satu tutup botolnya tu)
75 gm butter ( cairkan)
Cara-caranya:-
Cairkan butter dalam periuk kecil , jangan lama sangat kemudian biarkan sejuk
Satukan semua bahan kek kecuali butter yang dicairkan tadi
Putar semua bahan kek hingga kembang dan adunan kelihatan putih dan ringan ( putar laju yer guna mixer)
Masukkan butter yang dah dicairkan tadi kemudian putar sebati ( sekejap jer putar, bagi sebati je )
Masukkan bahan kek yang dah siap diadun tadi dalam loyang 8 inci.. Sapu loyang dengan sedikit butter atau alas loyang kek dengan kertas minyak.
Sementara tu, panaskan oven dalam 10 minit sebelum bakar kek, suhu 160 ..
Bila oven dah panas, masukkan loyang kek tadi, bakar selama 50 minit, suhu 160, guna api atas bawah.
Bila kek dah masak, jangan terus keluar dari oven, buka pintu oven, biarkan kek dlm oven tu selama 5 - 10 minit, baru keluarkan.. Kemudian terus terbalikkan kek atas dulang, biar kek turun sendiri dari loyang.. Lepas tu sejukkan dahulu.. Dah sejuk, boleh potong kek kepada dua bahagian, untuk isi topping di tengah2 kek..
Bahan untuk Topping kek:-
1- cream cheese , saya guna tartura cheese yang RM8.30 satu tu
2- 1 tin susu pekat f&n
3- 50ml whipping cream ( kalau tak guna pun takpe.. )
Cara-caranya:-
Putar semua bahan hingga gebu dan sebati. Sapu di tengah- tengah kek yang dibelah dua td, selebihnya sapu dan ratakan lebihan topping tadi atas kek.. Nak meleleh leleh, sapu lebih topping tu ok..hehe
Last sekali parut cheese ( brand cheddar) atas kek, tutup kek dengan parutan cheese. Masukkan kek dalam peti sejuk, sejukkan dulu baru potong n makan..
Sumber : Facebook (https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/?post_id=2920861131570517)
2. Kek Cheese Kukus & Lapisan Kek Coklat
Bahan-bahan :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 bj telur
1 1/2 cwn gula castor
1 1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tpg gandum
1 sk baking powder
1 sk baking soda
1 sk esen vanilla
Cara-cara :
1) cairkan butter, biar sejuk sket br masukkan serbuk koko, kacau rata.
2) dlm mangkuk lain, pukul telur + gula..
3) masukkan adunan butter td sedikit2 dan kacau...
4) tambahkan susu cair, tpg gandum, baking powder / soda + esen vanilla satu persatu & kacau rata...
5) masukkan adunan k dlm loyang, simpan sedikit ( 2 @ 3 sb ) adunan dan masukkan dlm piping bag..
6) bake 170°c 45 - 1 jam @ sehingga kek masak.
Lapisan cheese :
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur
1) Mix cream cheese hingga gebu, masukkan gula + telur...
2) keluarkan kek yg siap dibakar td
3) masukkan adunan cheese di atasnya...
4) pipe adunan kek & corakkan guna lidi @ ikut creativity masing2...
5) bake semula kek selama 20 -30 mnt @ sehingga masak...
Sumber : Facebook (https://www.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/?post_id=3258374801152480)
3. Kek Cheese Oreo
- 12 biji oreo (asingkan inti gula)
- 2 sudu besar/ 30g butter unsalted
- 250 g cream cheese
- inti gula (dari 12 biji oreo di atas)
- 2 sudu besar/ 28g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar jus lemon
- ¾ sudu besar serbuk gelatin
- 200 ml whipping cream
- 6 biji biskut oreo (patahkan)
Bahan untuk serbuk lapisan atas: - Asingkan kepingan biskut dan inti gula Oreo ditengah.
- Inti gula diketepikan manakala biskutnya dihancurkan untuk lapisan bawah kek.
- Cairkan butter kemudian tuang ke dalam serbuk oreo.
- Tuang adunan tadi kedalam loyang (springform yang boleh dibuka bahagian bawah) dan ratakan.
- Tekan rata dgn sudu.
- Simpan ke dalam peti sejuk.
- Perah lemon dan ambil jusnya.
- Kemudian gelatin, tambah air suhu bilik sikit bagi gelatin lembut dulu kemudian tampah air panas sedikit dan kacau sampailah larut.
- Patah-patahkan biskut Oreo.
- Masukan creamcheese kedalam mangkuk adunan diikuti dengan inti gula Oreo (dari Oreo bahagian kerak tadi), lenyek-lenyekan supaya adunan bergaul sebati dengan creamcheese.
- Diikuti dgn esen vanilla, jus lemon dan gelatin, kacau sebati.
- Sediakan whipping cream.
- Putar sampai jadi pekat kental.
- Masukkan whipping cream kedalam adunan creamcheese tadi dan kacau sekata.
- Kemudian masukan Oreo (telah dipatahkan).
- Keluarkan loyang dari peti ais dan tuang kesemua adunan
- Ratakan permukaan, balut plastic dan masukan kedalam freezer 10 minit.
Cara-cara untuk ganache: - Asingkan biskut dan inti gula kemudian hancurkan biskut tadi.
- Tbur sekata atas adunan cheesecake dan ratakan.
- Balut plastic dan sejukkan semalaman.
Sumber : Resepi Che Nom
5 biji biskut oreo (buang inti gula)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan kerak bawah:
Cara-cara untuk adunan coklat cheesecake:
4. Kek Cheese Bakar
Bahan-bahan :
1. Cream cheese 250g
2.Whipping cream 1/2 cawan
3. Gula 1/2 cawan
4.Tepung gandum 2sdb
5. Telur 3 biji
Cara-cara :
1. Blend semua bahan tadi hingga sebati
2. Tuang dalam loyang tapi sebab tak ada kkya pakai aluminium foil je itu pun besar sangat tak muat habis berkeriput walau rupamu cacat tapi rasa tetap mabelesss. Bakar dalam air fryer suhu 180/25minit. And then sejukkan semalaman dalam peti ais tau.
3. Inilah kejadiannya . Gebasss gitchuu. Korang boleh hias letak buah kegemaran stoberi blueberry ke.
5. Kek Cheese Red Velvet
Kek cheese red velvet ni pastinya menjadi kegemaran ramai juga kan. Ramai yang suka beli je sebab cara membuatnya agak leceh. Dan kebiasaan nya memang suka beli je boleh terus makan. Tapi apa salah nya kita cuba buat dulu. Dah terer buat nanti takpayah beli dah. Dah boleh jimat duit kek tadi buat beli air di Starbucks plak kan. Aduh semua nak hipster. Hehe. Jom tengok video bawah ni untuk cara membuat kek cheese red velvet ni.
6. Kek Cheese Jepun
Bahan-bahan :
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.
Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
7. Kek Cheese Blueberry
Bahan-bahan:
3 biji telur (gred B)
1 sk perisa blueberry
1 sb ovalette
¾ cawan gula halus
1 sk pewarna ungu
Mix bahan-bahan di atas sehingga kembang
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
½ sk soda bikarbonat
½ sk cream of tartar
Ayak bahan-bahan tepung di atas
1/4 cawan butter yang dah dicairkan
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan yang dah dimix sampai kembang tadi. Slowkan mixer. Bila dah sebati, matikan mixer dan masukkan butter cair tadi dan kacau sebati dan rata2.
- Oles bekas aluminium dengan minyak dan masukkan adunan.
- Tutup permukaan bekas dengan plastik
- Kukus dengan api besar selama 30 minit (kalau Loyang 40 minit)
- Bila dah masak terbalikkan atas redai dan belah dua keping menggunakan benang
Bahan Cream
½ cawan whipping non dairy cream
Mix kental. Sapu atas lapisan kek dan lorek dengan blubbery paste atas cream tadi.
Tutup dengan lapisan kek yang kedua tadi.
Topping cheese leleh
125 grm cream cheese
¼ cawan susu pekat
¼ cawan whipping diary/susu cair
Blend semua bahan dan tuang atas kek
Lorek dengan bluberry paste atau hias ikut suka. Sejukkan siap kek yang marbeles.
Sumber : Resepi Azlina Ina ( https://www.facebook.com/resipisheilarusly/photos/blueberry-cheese-cakeby-azlina-inabahan-bahan3-biji-telur-gred-b1-sk-perisa-blue/900747890110343/)
Semua nampak sedap kan 7 resepi kek cheese viral tu.. Nanti ada masa terluang atau hari istimewa boleh lah anda cuba resepi-resepi tersebut. Pasti yang tersayang makin sayang. Hehe. Selamat mencuba !