fbpx

10 Resepi Biskut Raya 2020

0

Harini saya kongsikan pula 10 resepi biskut raya 2020 yang masih digemari ramai tak kira peringkat umur. Kita masih dalam bulan syawal jadi belum terlambat untuk mencuba. Jom kita lihat resepi-resepi nya !

1. Biskut Mazola

biskut mazola

Bahan-bahan :

  • 1 kg kacang tanah kisar (ada jual di supermarket untuk buat kuah kacang).
  • 1 kg tepung gandum (1 bungkus).
  • 700 ml minyak mazola (1 botol setara 1 liter, jangan habiskan)
  • 2 cawan gula icing (atau 1 cawan gula icing 1 cawan gula perang lembut)
  • 1 sudu makan garam halus
  • Kacang untuk hiasan
  • Kuning telur untuk hiasan


  • Cara- cara :

    Masukkan 1 kg kacang kisar dalam bekas.

    Tambahkan 1 sudu makan garam.

    1 kg tepung gandum, habiskan sebungkus.

    1 cawan gula perang, sama rata jangan buat bukit atau gunung pula. Kalau tak suka boleh masuk gula icing semua.

     1 cawan gula icing, gaul rata semua bahan lepas itu masukkan minyak dan gaul lagi.

    Bentukkan dengan sudu sukatan 1/2 sudu makan.

    Letak kacang dan sapu kuning telur.

    Siap bakar selama 15 minit, 160’C.

    2. Biskut Nestum

    biskut-oat-nestum

    Bahan-bahan :

    • 125 gram butter, premium Anchor butter
    • 1/2 cawan gula kastor
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 biji telur
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
    • 1 cawan Nestum original, kisar halus
    • 1 cawan Nestum original, tak perlu kisar
    • Bahan untuk hiasan:
      • Ceri merah atau hijau, hiris kecil
      • Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

    Cara Penyediaan:

    1. Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar.
    2. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
    3. Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
    4. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
    5. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

      Sumber : Resepi Che Nom

    3. Biskut Semperit

    semperit

    Bahan-bahan :

    250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
    ½ cawan susu pekat @ gula ising
    Sedikit esen vanila
    Sedikit pewarna kuning
    2 biji kuning telur
    2 cawan tepung kastard  (untuk bagi creamy pada Semperit)
    1 ½ cawan tepung jagung ( untuk bagi rasa cair dalam mulut)
    1 cawan tepung gandum
    1 sudu besar tepung beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)

    Cara Membuat Biskut Semperit Susu  :

    1. Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna kuning.
    2.  Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk
    3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
    4. Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.
    5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
    6. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.
    7. Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
    8. Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
    9. Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
    10. Satu adunan di atas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? Itu ikut alunan daun dia.Pecah berapa.

    Petua Supaya Bunga Biskut Semperit Tak Rebah

    1. Rehatkan dulu biskut yang sudah diterap dalam setengah jam sebelum masuk ke dalam oven atau
    2. Masukkan doh ke dalam peti ais dalam setengah jam sebelum di terap menggunakan acuan semperit.
    3. Hanya masukkan kuning telur sahaja dan jangan campurkan putih telur.
    4. Kalau mix atau putar doh jangan sampai overbeat.InsyaAllah berhasil dapat biskut semperit Dahlia yang cantik.

      Sumber : Resepi Azlina Ina

    4. Biskut Cornflakes Madu

    cornflakes

    Bahan-bahan :

    • 5 cawan Cornflakes
    • 1/4 cawan madu
    • 1/4 cawan mentega
    • 1 1/2 sudu besar gula kastor
    • ceri atau taburan manik, untuk hiasan
    • paper cup, secukupnya

    Cara Penyediaan:

    1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
    2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
    3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
    4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
    5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.

      Sumber : Resepi Che Nom

    5. Biskut Coklat Chips

    coklate chip

    Bahan-bahan :

    1. Bahan A: Kacau Rata

    Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

    • 250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
    • 1 1/4 cawan brown sugar
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 1 biji telur

    Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

    2. Tambahkan Bahan B

    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 1/2 cawan tepung jagung
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu kecil soda bikarbonat
    • 6 sudu besar minyak
    • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

    Cara-cara :

    Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. (Saya guna 300g)

    3. Sejukkan Adunan

    Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

    4. Sedia Dibakar

    Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

    Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

    6. Biskut Almond London

    almond london

    Bahan-bahan :

  • 250 gm buttercup
  • 1/2 cwn gula
  • 3 sdb susu tepung (tak ada tak apa)
  • 2 1/2 cwn tpg gandum
  • 2 1/2 cwn tpg jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • Badam biji secukupnya. Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali. Toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit. Kalau tak mahu buat cara ini nak bakar terus pun boleh.
  • Badam cincang secukupnya, bakar 5 minit.
  • Untuk salut. Coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan.

    Cara-cara :

    1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.
    2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.
    3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter, bakar suhu 180 selama 20 minit.
    3. Untuk coklat gunakan teknik double boil.


  • 7. Biskut  Tart Nenas

    tart nenas

    Bahan bahan:

    250 gm mentega
    300 gm tepung gandum
    50 gm gula kaster
    40 gm tepung jagung
    1 sudu kecil esen vanilla
    Sedikit kuning telur + sedikit air  +  pewarna kuning - sapuan

    Cara cara:

    Satukan semua bahan dan uli dengan menggunakan tangan sahaja.

    Masukkan dalam acuan dan picit. Letakkan inti dan gulung.

    Sapukan sedikit kuning telur. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 minit.

    Susun atas redai dan bila sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.

    8. Biskut Sarang Semut

    sarang semut

    Bahan-bahan :

    • 250gm butter/marjerin
    • 1 cwn tepung gandum
    • 1 cwn tepung jagung
    • 2 cwn tepung kastard
    • 1 cwn gula halus
    • 1 biji kuning telur
    • Sedikit pewarna kuning (optional)
    • Esen vanilla
    • Coklat rice (hiasan)
    • Paper cup

    Cara Membuat Biskut Sarang Semut

    1. Panaskan oven 180°C, selama 10 minit.
    2. Pukul gula dan butter sehingga kembang.
    3. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla.
    4. Kemudian masukkan 3 jenis tepung tadi. Gaul hingga menjadi doh.
    5. Parut doh, letak dalam papercup. Bakar 180°c selama 25 minit sehingga masak.
    6. Akhir sekali, taburlah semut-semut dia dekat atas tu. Siap

    9. Biskut Red Velvet

    red velvet


    Bahan-bahan :

    • 1 1/2 cawan tepung gandum
    • 2 1/2 sudu besar serbuk koko
    • 1 sudu teh tepung jagung
    • 3/4 sudu teh baking powder
    • 1/2 cawan mentega, lembutkan
    • 1 cawan gula kastor
    • 1 sudu kecil vinegar atau cuka makan
    • 1 biji telur Gred A
    • 1 1/2 sudu kecil ekstract vanilla
    • 1 1/2 sudu kecil pewarna merah
    • 3/4 cawan white chocolate chips

      Cara-cara :
    1. Ayak tepung gandum, serbuk koko, tepung jagung dan baking powder di dalam mangkuk dan ketepikan.
    2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega bersama gula kastor dan vinegar sehingga putih dan kembang. Anggaran dalam 3-4 minit.
    3. Masukkan pula telur, esen vanilla dan pewarna merah kemudian pukul sebati.
    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan akhir sekali masukkan separuh white chocolate chip. Separuh lagi digunakan untuk hiasan sebelum dibakar.
    5. Sudukan doh menggunakan ice cream scoop di atas dulang yang telah dilapik dengan kertas minyak. Kalau tak ada ice cream scoop sudu pun boleh cuma saiz harus sekata supaya waktu masak adalah sama.
    6. Masukkan doh yang sudah di scoop tadi ke dalam peti ais selama 15 minit. Ini adalah supaya biskut tidak terlalu nipis dan melebar apabila dibakar.
    7. Bakar pada suhu 160°C selama 9-11 minit. Masa adalah bergantung pada saiz oven dan jenis oven anda.
    8. Angkat dan sejukkan biskut di atas redai. Biskut memang lembut apabila baru masak dan panas, tetapi akan mengeras di waktu proses penyejukan.
    9. Simpan di dalam bekas kedap udara apabila sudah sejuk sepenuhnya.

      Sumber : Resepi che nom

    10. Biskut Arab

    biskut arab

    Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 tin kecil mintak sapi (anggaran)
  • pewarna kuning
  • pewarna pink atau merah
  • pewarna biru


    Cara-cara :

  • Ayak tepung gandum di dalam bekas dan goreng di dalam kuali tanpa minyak di atas api yang perlahan sampai rasa tepung ringan dan gebu. Angkat dan sejukkan.Kaedah ini dipanggil sangai.
  • Ayak lagi sekali tepung gandum (kalau tak nak ayak pun tidak mengapa, Che Nom ayak supaya nk tepung tu tidak berketul lepas disangai).
  • Gaulkan gula kastor bersama tepung. Kemudian sudukan minyak sapi sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan uli sehingga terbentuknya doh yang lembut dan boleh dibentuk bulat.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dan uli dengan pewarna sehingga sekata.
  • Cubit sedikit doh secara sama rata dari 3 warna doh dan uli sehingga menjadi bulat pada saiz yang agak-agak muat ke dalam paper cup.
  • Bakar selama 15-20 minit pada suhu 160 °C. Angkat dan sejukkan.Golek kuih bersama gula kastor dan masukkan ke dalam paper cup.

    Sumber : Resepi Che Nom


  • Macam mana ? Nampak menarik kan 10 resepi biskut raya 2020 ni kan. Ni resepi biskut lama sebenarnya namun masoh digemari ramai kerana kalau takde biskut-biskut ni memang tak sah. Tak rasa raya sangat walaupun ada ketupat lemang, biskut pun kena ada jugak Hehe. Okay la selamat mencuba !

    Rate this post
    Leave A Reply

    Your email address will not be published.