fbpx

10 Tempat Makan Viral di Temerloh

0

Siapa tak kenal Temerloh kawasan yang makan viral kan. Temerloh dimana kawasan mereka di kenali dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Aduh, dengan taip je dah meleleh air liur. Jom kita lihat dimana anda boleh cari port makan yang best di Temerloh. 

1. Kancil Raja Patin

patin tempoyak

Kawasan Temerloh memang tak lari ye dari masakan ikan patin tempoyak. Menu wajib yang tuantuan sekalian kena cuba. Kancil Raja Patin merupakan salah satu port yang tersohor untuk masakan patin di Temerloh. Ikan patin nya rasa sangat berlemak dan tempoyak nya memang terasa sedap dan ngam sekali dengan tekak saya. Kalau anda nak cuba, waze je tempatnya. 

2. Mango Shake D'Temerloh

mango shake

Mungkin anda orang tempatan yang tinggal di Temerloh dan mungkin ingin mencuba citarasa yang lain, boleh lah singgah ke Mango Shake D'Temerloh ini. Pehhh piyoorr mangga ye tak tipu. Minum sambil menikmati pemandangan pekan Temerloh sangat lah menyamankan. Jangan lupa untuk mencuba !

3. Payam D'Cafe

payam dcafe

Dah bosan dengan patin tempoyak ? Boleh la cuba dengan menu western pulak. Tapi di Payam D'Cafe ini pula menyajikan menu yang sedikit berbeza dimana ada menu istimewa iaitu Nasi Lemak Lobster. Lobster besar gais dengan harga berpatutan. Memang sedap ! Nak ke sini waze saja Payam D'Cafe. 

4. Restoran Claypot Patin Tempoyak

the-claypot-patin-tempoyak

Disini pula masih menyajikan Masakan Patin Tempoyak namun cara penyediaan yang berbeza dimana ia dimasak didalam bekas tanah liat/claypot bahasa inggerisnya. Rasa sedikit berbeza namun masih sedap selagi ia adalah masakan ikan patin tempoyak. Cuba lah untuk rasa kelainan nya. 

5. Sidin Cafe

sidin cafe

Ini satu lagi restoran western yang tersohor di bandar Temerloh. Macam macam menu istimewa sampai anda keliru nak pilih yang mana. Kalau tengah gaji boleh la order semua ye. Hehe. Saya suka burger cheese mereka. Daging sangat lembut dan perapan dalam daging sangat lah terasa. Well cooked ! 

6. Rotarrium Buffet Steamboat

steamboat
rotarrium steamboat

Selain western dengan ikan masak tempoyak dah takde yang lain dari yang lain ke kat Temerloh ni ? Ada la. Ni steamboat yang digemari ramai. Dengan harga berpatutan anda patut cuba disini. Pelbagai jenis lauk pauk,seafood, sayur-sayuran dan macam-macam lagi disediakan. Harga pulak murah. Ajak kawan kawan atau ahli keluarga datang ke sini. Kalau sorang-sorang agak sendu la. hehe. Selamat mencuba !

7. Clash Gida

dulang

Clash Gida merupakan restoran western tapi mereka menyediakan western dulang yang sesuai bagi mereka yang suka makan banyak dan pelbagai jenis menu dalam satu hidangan. Bayangkan lah mereka ada spagetti, chicken chop, coeslaw, lambchop, cheezy wedges dalam satu hidangan. Tidakkan itu menyelerakan? Haha. Dah dah pergi ajak kawan-kawan atau ahli keluarga anda ke sini cepat. 

8. Gobang Maju Patin Tempoyak

Gobang Maju Tempoyak

Di Gobang Maju Patin Tempoyak ini juga merupakan salah satu port patin tempoyak yang terkenal di Temerloh. Anda patut cuba semua port masakan patin tempoyak ni. Baru lah boleh recommend kepada pelancong yang mana lagi sedap. Tapi bergantung juga dengan citarasa masing-masing. Setiap tempat pasti ada kegemaran orang kan. Lokasi nya waze sahaja sebab senang. 

9. Vanilla Temerloh

Vanilla Temerloh

Tempat ini agak rare sikit sebab terletak bukan di kawasan bandar namun tempat ini menyajikan ais krim vanilla yang diperbuat dari pokok vanilla itu sendiri. Ori segar dari ladang. Sekarang mereka sedang mempunyai permintaan yang tinggi dengan penanaman pokok vanilla dan aiskrim mereka. Menarik bukan ? Biasa nya kita makan aiskrim vanilla yang telah dicampur perasa nya. Meh cuba yang ori pula. 

10. Bambam BakeHouse

Bambam BakeHouse

Bambam Bakehouse merupakan tempat makan pastri, kek minuman kopi seperti mocha, latte dan macam-macam lagi. Taklah makan ikan patin tempoyak je kan. Cari yang lain dari yang lain sikit. Anda nak datang sorang pun boleh mungkin untuk melakukan kerja kerana disini ada menyediakan wifi percuma. Mudahlah untuk anda akses kan. 

Jadi, macam mana dengan 10 tempat makan viral di Temerloh ini ? Simpan siap siap nanti nak ke Temerloh tak ada lah anda buntu nak makan kat mana. Yelah zaman sekarang ini soalan yang paling susah ialah nak makan kat mana kan ? Hehe. Okay lah nanti saya akan cadangkan pula tempat viral di tempat yang lain. Masih dalam kawasan Malaysia. 

5/5 - (3 votes)
Leave A Reply

Your email address will not be published.